Saturday, December 28, 2013

Wheelie??..

fuh .. fuh .. lama betul tak update belog. serius busy yang teramat. alasan aku ni asyik yang sama je. balik balik kata busy. tapi memang betul pun, tak kan nak kata aku tak busy, tu sebab lama tak update belog? gila ke hape? hari ni je aku ada presentation, habis presentation ada test, habis test ada test lagi! hah! amek kau! mau tak meletup kepala kau?ehh tak meletup pun. haha

masa diploma dulu tak pernah pun hectic macam ni sekali. minggu depan pulak aku ada 4 tests! Ohgosh! malapetaka apa yang aku dapat ni? kayuh je la slow-slow ye tak. makin nak habis semester makin busy pulak. aku rasa penyusunan study plan kitorang tak proper lah. that is why kitorang punya subjek banyak heavy. hmm entah la. banyak pulak songeh aku. oke, enough for that.

bila dah lama tak update belog, maka nya banyak lah cerita yang nak dikongsi. bila dah terlampau banyak cerita maka tak tau nak pilih yang mana satu untuk di kongsi. oke, tajuk pon wheelie. aku cerita pasal wheelie je dulu ye.

korang tau tak apa wheelie tu? haa bagi sesiapa yang tak tau, wheelie tu main jongket-jongket guna wheelchair? dapat bayang? takpe nanti aku tunjuk kan gambar ye. masa diploma dulu aku pernah belajar wheelie ni, cara nak propel guna wheelchair and so on lah. well, masa dulu lecturer yang ajar aku wheelchair ni mungkin tak pandai wheelie so masa tu dia tak wajibkan kitorang mahir wheelie. setakat tau benda tu ada, tau cemana nak handle and guna wheelchair tu sudah memadai. tapi ada jugak klasmet aku pandai wheelie dah masa tu. nak pulak bebudak lelaki. maklum le, dorang ni hyperact. siap boleh propel masa wheelie lagi. orang macam aku yang tak berminat nak wheelie ni memang tak amek pot la. lantok kome le.

malangnya time degree ni, subjek wheelchair ni aku kena amek balik. memula aku ingatkan macam biasa la, setakat tau benda basic tu dah oke. sekali nah kau, wheelie masuk practical test! weii, masa tu sumpah aku frust gila. first day practice, fail! masuk second week practice, fail again! masuk third week, guess what? ape lagi, FAIL le wei! sumpah aku give up dah time tu. ada yang cakap markah untuk wheelie 1 je, so aku mula pasrah. aku rasa nak burn je markah untuk wheelie. masuk forth week, lecturer cakap siapa yang tak mahir lagi wheelie kena pergi practice sebab next week ada test. oh man! time tu aku rasa macam nak mati.

at first, aku memang susah gila nak jerk kat wheelchair tu sampai terangkat. then kawan aku si wafi ni cakap kat aku, "kau kena berani noni, dah dapat angkat sikit tu kau kena konfiden and berani tolak lagi ke belakang"

haa, aku pon apa lagi. aku pon try la. oke jerk then aku angkat wheelchair tu, oke dah terangkat sikit. dalam kepala aku dok bermain main dengan ayat wafi. oke pon dengan gagah beraninya ikut nasihat wafi. hah! apa lagi. kebabom la aku jatuh ke belakang. nasib baik skill jatuh aku tu power. kepala dan badan aku sikit pon tak terhentak tapi trauma lepas tu jangan cakap lah. mulut aku lah paling bising dok terjerit jerit time prektis. semua dok ketawakan aku. hmmm sabau je la. tu belum kira part aku mengamuk. nasib baik ada kawan kawan yang supportive and understanding. tak serik serik and tak bosan dengan aku. hahaha.

lama kelamaan, aku pon boleh wheelie sikit sikit tapi dengan syarat mesti ada orang standyby kat belakang. kalau buat sendiri konfem tak jadi. kalau ada orang kat belakang aku, dan dan tu jugak aku boleh wheelie dengan powernya. tapi aku bab wheelie ni memang main psikologi aku betul. serius ! but after all, wheelie ni memang bagi aku pengalaman yang sangat berharga. pengalaman yang best lah dikatakan tapi lebam punya cerita takyah cakap lah. kesian ketiak aku. well, tak fisio lah kalau tak boleh wheelie ye dok. hahaha. tanak cakap banyak, kita tengok gambar gambar ye








sequel aku nak wheelie. oi susah aw nak maintain sebab nak tangkap gambar. maklumlah  ni first time dapat wheelie setelah sebulan aku prektis. 

gambar bawah ni masih belum pandai wheelie. aku tipu je tu, aena tolong jongketkan. kunun nya dah pandai wheelie.






tak boleh nak digambarkan cemana perasaan kalau dah dapat buat wheelie tu. rasa dia macam nak terjatuh ke belakang tapi korang rasa secure and korang percaya korang tak kan jatuh. how to describe it in a simple word? nahh, i dont know, you guys should try it out!


Saturday, November 2, 2013

Pengalaman Berharga

lama sangat dah aku tak update blog kan? memang aku sangat sangat busy, so aku tak dapat spend masa untuk berceloteh kat blog. well, aku baru sahaja balik dari UiTM Dungun setelah seminggu aku berkampung di sana. nak cerita penatnya kat sana .... hmm tak larat nak tulis. kedatanngan aku di sana adalah sebagai sport physiotherapy untuk kontijen UiTM Shah Alam untuk sukan KARISMA. korang tahu kan apa tu KARISMA? so tak payah lah aku nak define kan benda ni.

at first, aku sangat sangat takut, nervous, cuak sebab aku tak pernah join benda ni. maklumlah, deal dengan sport injury ni lain sikit. otak kita kena pantas, cekap dan tau apa kita nak buat. kiranya kita perlu buat keputusan dengan cepat bila kita berhadapan dengan sesuatu injury. so first day, aku kena jaga game volleyball. nasib dorang ni takde injury, so aku agak relax sikit. malam nya pula kami perlu buka bilik rawatan untuk para players. malangnya malam itu Wafiqah takde. antara kami berempat, dia ni yang paling berpengalaman sebab dia dah memang selalu join benda benda camni. aku, ety dengan jidah memang kelam kabut malam tu. kitorang sangat blur, even benda simple pun kami jadi tak tau. tapi kitorang buat jugak slow-slow sambil mendapatkan pertolongan jarak jauh dengan Kak Nab. alhamdulillah, lepas sudah malam pertama.

maka dengan itu, aku ada sedikit konfiden dalam diri untuk melalui hari-hari yang mendatang. so lama-kelamaan kami semua bertambah oke. pengetahuan terhadap strapping semakin bertambah. nak handle setiap injury pon bertambah yakin.

selain volleyball, aku jaga jugak game handball lelaki perempuan, basketball lelaki (masa ni aku tolong ety sebab kesian sangat kat dia. dia exhasuted gila) and aku jaga game netball. dalam banyak-banyak game ni, aku paling banyak belajar strapping kat game netball. dorang ni yang paling banyak ada injury. dengan ankle sprain nye, ACL lagi, meniscus la, muscle injury la and sebagainya. kalau korang tengok coach dorang buat strapping, korang akan "WOW". strapping yang dia buat memang kita tak pernah tengok sebelum ni and aku sempat lah belajar sikit-sikit dari dia. especially tang ankle. so kalau palyer dia nak strapping ankle, aku serahkan pada coach dia. aku amek yang simple2 je la. sebab player netball ni mostly old injury so strapping dorang tu kena betul-betul.

antara pengalaman lain ialah aku tengok fracture yang berlaku depan mata aku sendiri. sampai sekarang aku fobia. alkisahnya player basketball lelaki dari UiTM Kedah ni nak amek bola, tapi kaki dia bersilang and dia terjatuh dan terseret. maka kaki yang bersilang tu patah and bunyi "POP" tu jelas kedengaran satu court. mungkin dia fracture tib-fib. aku takdelah nak menjengah, sebab aku masa tu tengah tegamam. macam ... "ehh, biar betul?"

suasana kat UiTM Dungun tu pulak ... hmm. suasananya agak best. cuma semua tempat jauh jauh. dah la dorang ni kekurangan susur gajah maka aku terpaksa menapak di bawah terik matahari. terik weh! berpeluh peluh ketiak aku nak berjalan. tu yang kulit aku sampai hitam legam jadinya. kalau mat salleh suka la ni. skin tanning katanya. -_-''

orang kata sambil menyelam, sambil minum air ye tak. haha. maka nya aku memang lah mengikut peribahasa itu. sempat lah jugak meng usha usha brader brader hensem lagi macho. ramai jugak lah yang kau usha nya. nak dikatakan semua lah aku usha. tapi yang paling best, ade sorang player handball lelaki hensem ni tegur aku. hahaha. aku ingat dia tak cam aku sebab aku jaga team dia sekejap je. tapi bila esok kami terserempak, dia cakap.. "hi kak fisio" time tu ... hmmm melting lerr. macam bangang jugak aku ni. so after that, setiap kali aku terserempak dia aku akan menyapa dia. and dia akan balas balik sambil memberi senyuman yang manis. bangang tahap abadi aku ni. tu je la tabiat aku. dari dulu sampai sekarang memang suka usha usha.

all in all, pengalaman join sport physiotherapy ni memang best. jangan dikira penat tu, adatlah lah kan. kalau tak nak penat, dok dalam bilik. banyak sangat ilmu yang aku belajar. thanks kepada member member yang banyak tolong macam Kak Nab, Wafi, Ety and Jidah. aku paling ingat pesanan Kak Nab, "konfiden Non, konfiden. kau buat apa yang kau tau" aku pegang kata-kata tu sampai sekarang.

insyaAllah kalau ada peluang lagi, aku akan follow. nak tambah lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Tuesday, October 1, 2013

Me Shopaholic? Big Spender?

kadang-kadang aku rasa aku ni jenis yang berjimat cermat orangnya, tak suka boros, tak suka shopping, bijak mengawal nafsu terhadap shopping dan sebagainya lah. tapi dalam masa yang sama, aku rasa sifat-sifat ni takde pun dalam diri aku. lagiii kuat shopping adalah. dalam members Power of 10 tu, siapa aje yang tak kenal dengan aku yang suka membeli-belah. pantang ada jualan, akulah orang first yang tahu and pergi melawat tempat tersebut. paling cikai pun, aku mesti rembat sebarang dua. aduiii

padahal mak ayah tak ajar aku bersikap macam ni. beli mengikut kemampuan dan keperluan. pernah masa sem lepas, aku beli sekali 3 pasang kasut dalam kedai yang sama, pada waktu yang sama dan bayar pada cashier yang sama. 2 pasang flat shoes dan sepasang high heels. aku memang minat dengan high heels ni, maklumlah .. aku ni memiliki ketinggian yang kurang normal sikit. tapi bukan ni sekali je, tak silap aku masa semester 5 diploma dulu pun aku pernah buat perangai macam ni. 

boleh dikatakan aku ni memang minat shopping but I'm not a big spender (spender oke, bukan panties). aku beli ikut kemampuan jugak. kalau mahal sangat, aku tak beli pun. kalau murah, ada sale, konfem konfem aku tak kan lepaskan peluang. nak pulak kalau dia dok pamerkan baju baju yang cun melecun. nak dikatakan aku ni suka berfesyen, bergaya dan melaram, rasanya tak kot. mungkin aku lebih cenderung untuk mengumpul koleksi pakaian dari segala jenis tudung, selendang, baju, seluar, skirt, kasut. memiliki penyakit *takde baju nak pakai* menjadi punca penyakit shopaholic ini menjadi jadi dan semakin menular ke dalam jasad ini. oh my .. apakah akan terjadi dalam hidup aku seandai penyakit ni tak sembuh sehingga aku bekerjaya nanti? nanti anak-anak nak makan apa? kasi makan segala pakaian aku tu? ooo, itu mengingatkan aku supaya mencari suami yang kaya raya. hahahah ( masih tak insaf lagi tu)

lagi satu, penyakit *rugi kalau tak beli* juga menjadi faktor yang menyumbang kepada severity shopaholic aku ni. macam ada suatu suara yang dok bermain-main di cuping telinga ni .. "beli noni .. rugi kau tak beli. lepas ni belum tentu dapat murah macam ni. entah entah stok dah habis ke nanti"

haaa .. bila suara ni dah keluar, memang hancur la dinding yang aku bina untuk melindungi diri daripada shopping.-_-''
kadang-kadang disebabkan aku bersedih, aku mengambil tindakan untuk pergi shopping and yes, it works. tapi hanya untuk seketika. tak kekal pun. pernah jugak aku rasa nak jadikan shopping ni sebagai hobby. gila?? kau hengat kau anak orang kaya. bila bosan pergi shopping, bila sedih pergi shopping, bila ada masa lapang pergi shopping. tak sedar diri punya orang. tapi betul, memang aku pernah terniat nak buat macam tu. bahaya kan?

aku selalu jugak cakap kat diri sendiri macam ni, "tak sabar lah nak kerja. nanti dah ada duit sendiri, macam macam nak beli sebab sekarang ni tak dapat nak beli semua yang diingini sebab duit tak cukup" tengok .. tengok. belum pape dah ada niat macam tu. ini adalah salah satu simtom awal untuk memasuki stage 4 of being shopaholic.

tapi .. adakala nya aku mampu menahan nafsu shopping. misalnya aku akan cakap camni kat diri sendiri, "simpan duit tu dulu. ada kepentingan lain lagi. lain kali kau datang lagi ye, insyaAllah kalau ada rezeki kau tak kan ke mana" tapi memang boleh nampak la, sometimes bila aku dapat tahan nafsu tu then aku datang semula ke kedai yang sama untuk membeli barang yang dihajat tu, kadang-kadang ada. kadang-kadang takde. bila takde, aku akan cakap, "bukan rezeki kau tu. Allah nak suruh kau berjimat" masa tu rasa bersyukur yang teramat sebab berjaya kawal nafsu dan menjimatkan duit.

however, aku akan berusaha untuk mengubati penyakit shopaholic ni sebelum ia masuk ke stage 4. dalam kepala kena ingat, duit yang mak ayah bagi tu perlu digunakan dengan sebaik mungkin. jangan boros dengan kehendak diri. tak salah kalau nak shopping tapi jangan selalu sangat sehingga menjadi pembaziran.

Tuesday, September 17, 2013

May Your Love Last till Jannah

halluuuu. udah lama tak menghupdate belog mushuk2 ni. orait, ini kalilah .. Ops! lain macam bunyinya. hahaha. kita kasi tukar ea. kali ini aku nak story pasal wedding one of my beloved sis, Along.

alhamdulillah, dengan dua kali lafaz Along sah bergelar menjadi seorang isteri kepada Ahmad Syakir bin Hariri pada 31 Ogos yang lalu. aku rasa sangat gembira masa tu sebab akhirnya aku berjaya memiliki seorang abang. ramai yang tanya, ada nangis nangis tak, ada sedih sedih tak? hehehe. jawapan nya tak ada. sebab kitorang semua sangat happy.

yang part best nya kan, waktu adat batal air sembahyang kan, cincin tu tak muat kat jari Along. sumpah lawak. semua dok ketawa kan dorang tapi oke la tu kan. sweet memory. yang abang ipar aku dah muka gelabah atas pelamin tu sebab cincin tak boleh masuk.

abang syakir : ehh, tak muat lah cincin ni.

along : kenapa tak muat ni? saya dah gemuk ke? saya tak gemuk pun. meh sini la saya cuba (sambil menarik jari dia untuk pakai sendiri cincin tu)

abang syakir : takpe, bak sini saya try buat.

tetap tak muat kat jari manis Along, last last sarung kat jari kelingking.

malam tu pulak, kitorang ada malam berinai. ini memang adat istiadat orang Melaka. dengan pakaian sanggul lintang nye, kompang joget joget and bunga api buluh yang memang ada di Melaka sahaja. so kalau korang nak tengok bunga api unik ni, datanglah ke majlis perkahwinan orang Melaka ye. seronok sangat. mak siap buka gerai roti canai lagi, makan panas panas. sedappp. kalau nak roti telur, bolehlah amek telur kat dalam fridge aku. hahaha

esok nya pulak seperti di majlis perkahwinan yang lain, pagi tu ada marhaban. marhaban ni banyak mengingatkan pengantin yang bakal bergelar ibu nanti, mendoakan kebahagiaan pengantin, memuji-muji pengantin tapi sayang betul. marhaban ni tak sedap. seriously! hahaha. untuk memeriahkan suasasan majlis, kitorang mengambil kumpulan gamelan untuk menggantikan karaoke atau pasang lagu kuat-kuat atau DJ atau yang seangkatan dengannya. bukan apa, kalau kita minta pasang lagu je pun kan, aku rasa bingit. macam memekak je. nak cakap pun terjerit-jerit. pada hal dah cakap kat corong telinga orang tu dah. kalau dengar bunyi gamelan ni, kita rasa syok je. tenang and soft je bunyi nye. nak makan pun rasa happy je. kalau nak cakap pun tak perlu dah nak terpekik terlolong tau. orang ramai pun suka. siap ada yang record lagi.

but so far, we all adik beradik belum lagi bertegur sapa dengan abang ipau kesayangan tu. aku rasa mcam bermusuh pulak dengan dia. kalau selisih pun buat tak tau. belum cerita part makan lagi. dia makan sedap dia sorang je, sikit pun tak pelawa aku makan walaupun aku dok mundar mandir depan dia. haishhh. geram pula aku tengok dia. bukan apa, orang kata itu bahasa kan. hahaha tapi takpe, actually kitorang tak kisah pun.

sebabnya abang syakir ni seorang yang pemalu. kalau nak berbual tu, kita yang kena mulakan dulu. then nanti dia akan sangat oke. tapi aku belum buat macam tu lagi. takde point nak sembang dengan dia. abang syakir ni adik beradik dia semua lelaki, dia pulak anak yang bongsu. that is why dia jadi pemalu. kitorang pulak semua perempuan. dalam rumah aku, dia dengan ayah je yang lelaki. mungkin dia susah sikitlah nak bergaul dengan kitorang. masa mula-mula dia dok rumah kitorang tu lagi la pulak, asek ikut bontot Along je. kalau Along tak dok kat ruang tamu tu, dia dok terperap je dalam bilik. sekarang ni tak macam tu dah. kalau Along takde pun dia boleh tengok tivi dengan kitorang. pernah satu malam tu, Along pergi masuk tidur awal. dah tinggal aku dengan abang syakir je tengok tivi sampai pukul 12 malam. time tu pulak cerita kelakar, kalau boleh aku nak gelak kahkahakah macam tu tapi bila aku gelak, dia boleh buat muka slumber je. tak gelak langsung. hmmppphhhh, segan pulak aku nak gelak bila part kelakar. terpaksa aku gelak kihkihkih je. dalam hati aku, cepat lah kau masuk tidur. aku nak baring-baring tengok tivi sambil gelak-gelak. tapi dia still tengok jugak sampai cerita tu habis. mungkin dia nak temankan aku kot.

actually kan, Along aku ni kes bercinta lepas kahwin. macam yang korang-korang idamkan tu. termasuk lah aku sekali. abang syakir ni pun bukan nya orang lain. sedara aku jugak tapi sedara jauh cuma kitorang jadi rapat. kitorang tak rapat lah dengan dia, tapi every raya mesti kaum kerabat dia datang beraya rumah kitorang. termasuk lah abang syakir ni. even Along pun  tak pernah bertegur sapa dengan dia. nak dijadikan cerita, kiranya mak ayah abang syakir ni suruh dia kahwin tapi dia tanak. abang-abang dia banyak bagi calon-calon yang sesuai, nak suruh dia pilih. satu pun dia tanak. last last nenek dia bagi cadangan kat mak ayah dia supaya dijodohkan dengan Along aku. bila ditanya kat abang syakir, terus dia nak. siap tau lagi Along aku kerja kat mana. what?? even mak dia terkejut dia boleh tahu Along aku kerja kat MARDI. haaa. nampak tak kat situ dia dah usha Along guwa. cehh

then, masa nak hantar mak ayah aku pergi menunaikan ibadah haji pada tahun lepas kat Kelana Jaya tu, mak ayah dia suruh datang. tengok betul-betul Along aku tu, betul-betul nak ke tidak sebelum dorang datang merisik. at this time, only family abang syakir je yang tahu pasal ni. mak ayah aku sendiri belum tahu plan dorang. mak ayah abang syakir pun pergi haji juga tahun lepas cuma 3 hari selepas penerbangan mak ayah aku. lepas tu dorang cerita, mak ayah abang syakir ni memang berdoa depan Kaabah untuk abang syakir dengan Along aku.

2 minggu lepas kepulang mak ayah aku, rombongan merisik pon datang. Along aku pun setuju. before2 ni kalau sebut je pasal kahwin, Along aku terus melenting, marah. yang ni tak pulak. dah dikatakan jodoh kan. alhamdulillah. disebabkan dorang ni tak couple sebelum kahwin, macam-macam ragam Along aku ni. kadang-kadang aku konfius, Along aku ni sedar ke tak yang dia dah ada suami. bagi aku, ragam Along aku ni agak cute la. hahhaha. dia tak reti lagi nak biasakan diri jadi isteri. boleh nampak lah perbezaan kahwin selepas dan sebelum bercinta. seriously they are super cute! kalau aku nak cerita satu-satu, boleh cramp jari jemari aku yang runcing ni nak menaip. hahaha.

dan ... rupa-rupanya abang syakir ni kenal Along aku sorang je. kitorang lagi 3 orang ni dia tak kenal pun. no wonder la masa makan dia tak pelawa aku makan sebab dia tak tau nak panggil aku apa and aku siapa. hello brader, wa la yang selalu hidangkan makanan time family brader datang beraya kat rumah wa. wa la yang penat ke luar ke dalam, berpeluh-peluh kat dapur tu. boleh brader tak kenal wa? haiyaaa. nampak sangat dia hanya usha Along wa sorang je.

::INDAHNYA BERCINTA SELEPAS BERKAHWIN::







this is so called Sanggul Lintang. baju perkahwinan tradisional orang Melaka yang ada campuran budaya Cina. baju ni takde cutting tau. korang ada nampak pengantin lelaki dan perempuan pakai belt? haaa hanya belt tu digunakan untuk diperkemaskan lagi pakaian tu. Along cakap sanggul ni agak berat lah jugak sebab ni sanggul tradisional dari tembaga. actually sanggul ni boleh ditinggikan lagi. lagi tinggi lagi cantik tapi disebabkan Along kata sanggul tu dah macam menekan dahi dia, cukuplah takat tu je. maybe ade dalam 3kg++ beratnya



geng marhaban. apelah yang makcik ni buat sampai tertonggeng tonggeng






p/s: more pictures will be uploaded on the fesbuk once Along give her pictures to me. be patient oke

Monday, August 19, 2013

Kisah Hati



setiap orang pasti mahukan kebahagiaan dalam kehidupan mereka, kerat jariku jika ada yang ingin derita untuk menemani kehidupan ini. kita juga berhak untuk merasa kebahagiaan dan indahnya hidup ini. namun, setiap keperitan itu tidak dapat dielakkan kerana ia sudah pon tertulis dalam kisah hidup kita. seharusnya kita harus reda dan memohon diberi kekuatan dari Allah untuk menghadapi setiap dugaan itu.

derita dan keperitan juga akan menjadi guru yang terbaik buat kita. tanpa dugaan, kita tidak mungkin dapat mendewasakan diri dengan pemikiran yang matang. kadang kadang aku terfikir juga, dengan dugaan ini mungkin kita akan mengecapi bahagia tanpa tandingnya, diluar imaginasi dan harapan kita.

namun begitu, bukan mudah untuk menghadapi dan berdepan dengan rintangan hidup. bekalan semangat yang tinggi perlu ada agar kita tidak jatuh tersungkur dengan teruk. kita perlu kuat untuk bangkit semula supaya dapat memulakan sesuatu yang baru atau mungkin perbetulkan setiap khilaf yang dilakukan.

aku juga tidak lari dari melakukan kesilapan dan menghadapi saat saat kejatuhan dimana aku fikir tidak mungkin aku dapat bangkit semula untuk mencari diriku yang telah hilang dalam sekelip mata. kerana seorang lelaki, aku sanggup melakukan apa sahaja demi kemahuan dia tanpa aku berfikir panjang. aku hilang dan terus hanyut. terlalu banyak khilaf dan silap yang telah aku lakukan dalam masa yang singkat. aku semakin jauh dengan yang Maha Esa. aku sama sekali tidak salahkan dia. aku terus marah dan salahkan diri sendiri. kerana setiap itu tidak akan berlaku kalau aku kata TIDAK. tapi demi kasih sayang aku kepadanya, aku abaikan apa yang telah dididik dalam diriku sejak kecil.

pada saat aku tersedar bahawa aku tidak lagi bersama dia, diri ini mula menyesali apa yang dilakukan. menangis air mata darah sekali pun, aku tidak sama sekali memaafkan diri ini. walaupun aku sering bertaubat pada yang Maha Pengampun tapi tiada ketenangan dalam diriku seperti sebelum ini. aku mula risau seandainya Allah telah membenci diri ini. setiap kali aku teringat atas perbuatan terkutuk itu, aku memohon keampunan Allah tapi masih tiada juga ketenangan yang aku harapkan.

Alhamdulillah, 27 ramadhan yang lalu Allah telah memberi aku peluang untuk berqiam di masjid bersama jemaah jemaah yang lain. aku berazam untuk melakukan ibadah sebaik mungkin untuk qiam kali ini. pada ketika solat taubat dilakukan, aku menangis atas setiap dosa dosa yang aku lakukan. ketika imam membaca doa taubat, ya Allah .. hiba sungguh hati ini. aku berasa sungguh hina. aku meminta taubat dari yang Maha Esa. semenjak itu, hati aku kembali tenang. malah aku dapat rasa yang diri aku telah berubah menjadi seorang yang lebih tenang dan penyabar walaupun panas baran tu masih ada. syukur ya Allah .. aku berharap Kau terima segala taubat dan mengampunkan semua dosa dosa ku. namun, perbuatan dosa besar yang aku lakukan itu, tidak pernah aku maafkan diri ini agar menjadi peringatan. aku ingin mengingatkan diri betapa kotornya aku, betapa hinanya aku, betapa murahnya maruah aku, betapa bodohnya aku hanya demi seorang lelaki yang tidak pasti menjadi suamiku, malah mengkhianati perhubungan.

bodohnya aku sebagai seorang wanita yang dianggap baik pada pandangan mata manusia.
hinanya aku sebagai wanita yang dianggap indah pada pandangan mata manusia.
kotornya aku sebagai wanita yang dianggap suci pada pandangan mata manusia.
murahnya maruahku sebagai wanita yang dianggap tinggi martabatnya pada pandangan mata manusia.

namun kini aku telah bangkit untuk membina semula diri ini. Allah .. bimbing lah aku

::tiada siapa yang inginkan perhubungan berhenti di separuh jalan. women love men so much but men never appreciate them::

Sunday, August 18, 2013

Happy Belated Birthday!

tanggal 10 August 2013 yang lalu, bersamaan 3 Syawal 1434H ialah merupakan tarikh lahir sahabat aku yang jauh nunnn kat Sabah sana. ahaha. idok ler jauh sangat tapi kalau nak jalan kaki, rasa-rasa 2 3 tahun lagi baru sampai ke rumah dia. first of all, sorry for being late to wish you a great happy birthday so HAPPY BELATED BIRTHDAY dear!

>>semoga panjang umur dan murah rezeki selalu.
>>may all your wishes come true.
>>semoga dipertemu jodoh yang soleh yang mampu membimbing kau dan keluarga sehingga ke Jannah.
>>semoga memiliki masa hadapan yang cerah.
>> and may our friendship never last!
>>love you so much and thanks for being my friend who always be there when i need you.

seperti yang aku pernah kata sebelum ni, dulu selama 5 semester kita tak pernah bertegur sapa and sebenarnya aku ada sedikit pandangan negatif terhadap kau. sorry, tak baik aku ada sikap macam tu tapi aku bersyukur sebab masa final semester kita dipertemukan and we end up as a good friend and im very thankful. moments di JB sangat best dan aku akan sentiasa ingat kenangan kita bersama. the time kita ngumpat ngumpat, nyanyi kuat kuat depan kipas dalam bilik kau, jalan jalan pergi Tesco, makan makan, kena marah dengan jiran, jalan jalan pergi Zoo Johor, the time kau buli buli aku and soooo on la. tak ter'list aku. from that, i knew you better and you are someone who is best to be friend with. sorry takde hadiah, aku tunda ya. nanti kau tuntut masa graduation day kau tau. in case kalau aku terlupa lah. hewhewhew




:: Sweet 22 Siti NoorZulaikha bt Suhaili.
:: aku takde gambar lain yang best, gambar ni favorite aku. heee

ni masa kita tengah tunggu burger kita siap kat stall burger berhampiran flat kita tu.




a bunch of thanks to our tourist guide .. Incik Rafiq

ni saja aku upload gambar kenangan kita di JB, mau kasi imbas sweet memories kita. walaupun perit untuk aku godek album kat Johor ni, demi kau ..... aku buat juga. hahaha. aku tau kau pon ada gambar2 ni tapi aku mau kasi refresh itu kepala otak kau. lastly ..

happy belated birthday. love you and miss you dear!

Tuesday, July 30, 2013

Random Talking

salam subuh semua. hari ni sudah masuk ke 22 Ramadhan. mmm, dah tinggal seminggu je kita bersama Ramadhan kan? sedih pulak rasanya. aku pon sudah lama tidak hupdate belog akibat kesibukan yang melampau. kalau tak busy pon, masa aku dihabiskan dengan ketiduran. hahaha. nak online pon maleh. maklumlah, bulan bulan pose ni memang kalau dibawa tidur susah mau dibangun. sekali kepala letak kat bantal, tak sempat cicak nak menjengah kita dah berdengkur. memang sedap je tidur. hari tu aku tidur pukul 4.30 petang, sedar sedar dah pukul 6.45. asar pon idok lagi. mak kejut terus bangun solat. pastu baru beberapa minit, dah berbuka. hahaha. indah sungguh perasaan tu. tak perlu rasa menyeksa jiwa raga untuk tunggu waktu berbuka lama-lama. nak dapat can tidur macam tu lagi memang tak lah. peluang tidur macam tu datang sekali dalam seumur hidup je. kalau hari lain, nyaye mak aku dah melaung satu kampung.

rasanya entry kali ni aku tanak bebel panjang panjang. takde idea pon nak cerita apa. kalau nak cerita pasal preparation raya, benda yang sama juga macam korang buat. so apa yang korang prepare, benda tu jugak aku prepare. hahaha. easy to tell your story right? lepas ni tak tahu bila aku akan update semula. hari-hari kebizian semakin menghampiri. jangan rindu rindu sangat kat aku. kekeke. till then, papai uolss

Saturday, July 20, 2013

Cermin Diri Sendiri

Nur Syazni bt Abd. Razak .. tu baru intro der. now let's begin ...

1) perkara wajib setiap kali mandi ialah basuh baju. memang dah tabiat dari sekolah, kalau tak membasuh rasanya macam tak lengkap je kitaran mandi.
2) mata wajib ditutup dengan something sewaktu tidur especially malam. walaupun memang bilik dah gelap, mata tu mesti nak kena cover.
3) nama timangan dalam family, KUDID. guwa pun tak tau apa maksudnya.
4) penggemar tegar cerita kartun.
5) mudah touching, terutamanya bila tengok cerita sedih-sedih. dan dan tu air mata meleleh.
6) sangat mementingkan masa. kata lainnya very punctual lah. kalau kata nak jumpa pukul 5, lagi 5 10 minit nak pukul 5 aku dah siap.
7) sangat mencintai bahasa inggeris. feveret subjek tapi tak pandai mana pun. setakat YES, NO, ALRIGHT tu boleh lah.
8) suka mencari lagu-lagu baru. kira sentiasa update dengan lagu yang terkini tapi hanya english songs.
9) suka pasang lagu kuat-kuat, pastu dengar ikut earphone bila stress, marah, upset and yang sama waktu dengannya.
10) sangat mudah terjaga bila dikejutkan dari tidur.

11) makanan kegemaran laksa dan tomyam.
12) mempunyai taste yang sangat tinggi terhadap pilihan hati. (poyo macam awok tu cantik sangat)
13) kekemasan dan kebersihan amat penting. kalau tak nanti rasa kepala ni macam serabut je.
14) bad tempered person but senang nak cool down.
15) kalau bab buat kerja ni, jenis tak berkira sangat. kira nya aku akan buat sebanyak mana yang aku mampu walaupun tu tugas orang lain.
16) masuk bab cintan cintun ni, aku seorang yang sangat setia, penyabar, suka berterus terang.
17) garang dan jenis yang outspoken.
18) mudah dipengaruhi oleh orang lain. maksudnya susah nak tetap dengan pendirian sendiri.
19) jangan tak percaya kalau aku seorang yang romantik.
20) merupakan bekas ahli taekwondo. tali pinggang MERAH tu. kalau aku test lagi sekali, sudah BLACK BELT mehh.

21) pernah bercinta dan hanya mampu bertahan untuk beberapa bulan sahaja. that was my first love.
22) aku seorang yang simple tapi dalam simple tu, aku mementingkan kesempurnaan.
23) memiliki penyakit nervous yang severe.
24) pemalu yang teramat.
25) suka menceriakan hari-hari orang lain dengan lawak bersahaja.
26) suka ketawa berdekah-dekah. memang tak elok tapi aku rasa puas. hehe
27) aku suka shopping baju, seluar, skirt, tudung, kasut.
28) kalau masak-masak ni, ada masa rajin memasak, ada masa malas memasak. tapi dijamin setiap masakan aku tu sedap. (ikut lidah aku ler. lidah orang aku tak tau)
29) memiliki sikap penyayang yang menebal dalam diri.
30) aku lebih suka mencari kawan dari mencari cinta.

31) tak suka guna nama sendiri untuk akaun fesbuk.
32) menyimpan hasrat untuk memakai braces satu hari nanti.
33) im a good listener.
34) kepala aku akan jadi serabut kalau dengar orang tu bercakap dengan nada and suara yang kuat. grrr. telinga jadi bingit gila.
35) suka menyanyi tapi malangnya suara tak sedap.
36) rajin mengemas rumah.
37) seorang yang bersifat terbuka.
38) kuat merajuk tapi mudah sangat dipujuk.
39) suka bermanja-manja dengan semua orang sebab rasa disayangi.
40) suka pada kejutan. i like any types of surprises, but the good one only lahh.

41) tak suka dengar bunyi mesin kelapa, blender dengan mesin rumput.
42) buah betik adalah satu-satunya buah yang aku tak suka makan sebab nanti berak bau buah betik. erghh. aku tak suka.
43) tak suka pakai mekap. malah tak reti pon nak pakai.
44) tak berani and tak suka tengok cerita hantu.
45) lemah semangat, maksudnya aku ni kuat terperanjat. kalau aku menjerit sebab terkejut, hmmm konfem korang semua boleh pekak.
46) aku selalu berangan, kalau satu hari nanti aku ada keluarga sendiri, aku akan melayan and menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu sebaik mungkin. (hahaha, over giler kan)
47) aku akan pastikan cadar katil aku akan sentiasa tegang dan kemas. walaupun kedut sikit je, aku akan tegangkan jugak. even nak tidur pon aku kan tegangkan semula cadar.
48) suka mandi malam.
49) pembuli tegar kucin-kucin.
50) tak suka makan cheese and minum susu. rasa loya je tekak.


::THE END::

berhari-hari aku kaji selidik diri sendiri. who was me before this makes who i am today. someone with great personality and i proud for who i am now.

^_-

Friday, July 5, 2013

Nak Buat Jugak!

aku ni jenis yang suka baca belog tapi belog terpilih sajalah. macam belog tasha manshahar, hana tajima, ainan tasneem. wei, merepek apa duh. tu bukan bloggers. senang cerita macam ni lah. aku tak follow blog yang femes femes ni, yang dah berkilo kilo dia punya follower. aku lebih prefer baca belog member member aku. tak tahu kenapa tapi aku lah follower setia korang. hakhakhak. *nampak tak guwa nak bodek kat situ*

eh, tapi memang betul pun. mana mana kawan aku yang jadi blogger and aku tahu link dorang, aku akan follow and baca. bukan setakat follow meng'khinzir buta, guwa baca sekali oke. suka pulak baca isi hati kawan kawan kita ni. iye lah, bukan apa. kita bukan nya ada 24jam sehari tu untuk dok dengar segala cerita dorang, kadang kadang apa yang terlintas dalam hati dorang tu, dorang lebih suka tulis and share kat belog. sama lah macam aku ni.

hari tu aku ada baca entry eg pasal personaliti diri, hari ni aku buka belog sheb, dia pun dah buat pasal personaliti diri. cehhh, aku pun nak buat jugak! mana boleh aku ketinggalan macam ni! hahaha. actually memang dah lama nak buat tapi belum ada masa memikirkan sikap and perangai sendiri. aku lebih suka share benda yang berlaku dalam kehidupan aku. tapi tidak mengapa, nanti aku pun akan buat jugak entry pasal diri aku. ha.. nanti dah baca jangan terjatuh cinta dengan aku sudah lah. kihkihkih.

Friday, June 28, 2013

Aku VS Ustaz

tengah dok menulis nulis origin insertion muscle jadah ni, tetiba rasa mengantuk pulak. haiii .. pada hal lagu sikit punya kuat aku pasang kat telinga ni nak bagi mata ni celik. kalah jugak. nampaknya kuasa mata lagi hebat dari kuasa lagu head banging aku! puii. haha. then aku pun mengambil langkah untuk menulis kat belog. actually aku teringat kisah puasa tahun lepas. maklumlah, puasa dah makin hampir ye tak. tu yang dok teringat tu.

kisahnya macam ni. aku ada tanam azam dan niat untuk ikut mak aku pergi tadarus sepanjang Ramadhan tahun lepas. tambah-tambah pulak aku memang dapat full puasa kat rumah. selain itu, aku nak improve la skill bacaan Al-Quran aku ni, kalau masuk bab tajwid .. hmmm .. memang tingtong sikit. ke laut sikit lah. aku tahu basic-basic je. so kalau aku pergi tadarus, insyaAllah ustaz tu akan tolong aku. bak kata mak, cuma nak gilap sikit je lagi bacaan Quran tu. oke, first day Ramadhan tu aku tak ikut, sebab nervous, cuak, takut, gemuruh, plus aku terbangun lambat. so aku bilang sama emak aku akan ikut pada esok harinya.

hari esok pun muncul. semangat ni. siap mandi, kasi wangi-wangi, pakai molek je baju kurung tu. pastu mak pun bawak lah aku ke masjid, solat sunat semua, then aku dengan golongan warga emas yang lain (member mak. adalah dalam 10 orang) pun tunggu lah sehingga ustaz datang. orait, kami semua duduk dalam halaqah (bulatan) and aku bertentang betul-betul depan ustat. mak pulak kat sebelah aku.

tadarus dimulakan oleh ustat dan diikuti oleh anak-anak muridnya. dalam kalangan peserta tadarus ni, aku sorang je anak dara, yang lain semua nenek-nenek kepada anak dara. plus, aku sorang je bukan anak murid ustat ni. mula-mula tu aku rasa, "oke, aku boleh. setakat nenek-nenek ni takde hal lah"

then, aku dengar sorang demi sorang bacaan nenek-nenek ni. fuhh .. boleh tahan mantap jugak bacaan dorang. matilah aku. tapi dalam hati aku dok kata, takpe .. nak belajar kan. nak malu apa nya. tapi hati aku .. masyaAllah, mengalahkan  enjin motobot dok berdegup. beberapa minit kemudian, tibalah giliran aku. alamak. aku rasa macam nak tutup Al-Quran pastu terus cabut lari. tapi malangnya, bontot aku sangat berat dan memaksa aku untuk terus duduk disitu dan berdepan dengan kenyataan.

aku pun memulakan bacaan .. Auzubillahiminaisyaitonirajim .. Bismillahirrahmanirrahim ..

halamak, aku sendiri boleh dengar betapa teruknya suara aku vibrate dek nervous yang terlampau. rasa malu sudah mula menyelinap. aku sempat kalih ke wajah ustat, cehhh .. ustat tersenyum sinis. takpe, life must be go on. aku teruskan bacaan. ayat pertama, oke. takde salah lagi. ayat kedua pun oke. dan aku tak ingat ayat ke berapa baru ada kesalahan tajwid. ustat pun tegur untuk betulkan.

aku punya cuak sampai melatah latah. nasib baik mak ada kat sebelah. mak tolong. bila kena tegur je, mesti aku tak jumpa terus kat mana ayat yang aku baca tu. nasib baik mak tolong tunjukkan balik ayat yang aku berhenti tadi. kalau mak takde, memang sampai ke sudah aku tak kan jumpa! adehhh .. masalah .. masalah. dan sepanjang bacaan aku tu, suara menggigil tu memang jelas kedengaran lah. bila dah kena tegur, getaran suara tu makin ketara! i felt like .. what the ... aduii. makin parah suara aku.

habis je majlis tadarus pada hari tu, aku dengan mak terus balik. dalam kereta jangan cakaplah. mak asek ketawakan aku je. terkekek-kekek pulak tu. cehh. malu aku dengan nenek-nenek tadi. nasib baiklah masjid tak jauh dari rumah. sampai rumah pulak, habis mak cerita dengan semua orang. sedap dorang dok ketawakan aku. hampehhh

esoknya pulak mak tanya, "hari ni kau nak pergi tadarus tak (aku tau tu nada perli mak)" "nak kemas rumahlah mak. kesian angah kemas rumah sorang-sorang" pastu mak pun gelak-gelak sambil berlalu pergi. pada hal aku pun tahu itu hanya alasan untuk aku mengelak dari pergi. dan sepanjang Ramadhan tahun lepas, sekali tu je la aku join tadarus.

kelmarin mak call. mak cakap mak nak pergi tadarus, nak pergi terawih and sebagainya lah untuk Ramadhan tahun ni.

aku pun jawab balik, "haha. mak pergilah tadarus sorang-sorang. biar orang kemas rumah"

"hahaha. kau tak payah ikutlah dek. dengan suara kau menggigil-gigil tu, ustat pun tau kau takut dengan dia"

aku : -_-''

sumpah aku malu nak berdepan dengan ustat tu lagi.

Tuesday, June 25, 2013

Final Exam yaww ...!!!

sekarang ni bumi Malaysia teruk dilanda bencana alam iaitu makcik jerebu. makcik jerebu ni tak habis-habis nak melawat Malaysia. eh! kita orang Malaysia tak suka awak lah. boleh pergi main jauh-jauh tak? kita tak sudi lah nak kawan dengan awak makcik! asyik nak kacau kesihatan orang je. sampai ada tempat yang diisytihar darurat dah. bangunan kat puncak alam ni pun dah tak nampak bayangnya lagi. kejam lah makcik jerebu nih. I hate YOU! tapi alhamdulillah, hujan dah mula turun di beberapa buah kawasan hari ni. semoga pakcik hujan halau jauh-jauh makcik jerebu ni. ngeee

minggu ni akan bermula final exam kitorang, bermula dengan paper CTU (pendidikan Islam). huh! bosan tahap gaban dah baca CTU ni, cerita pasal sejarah lah, pasal politik lah, apa entah lagi. guwa pun dah lupa. tapi bosan bosan pun, banyak yang aku boleh refresh dalam hotak ni pasal sejarah Malaysia. mula la aku cakap camni ..

"laaaa .. rupanya macam ni"

"ouhh .. ini ke puncanya 13 Mei ni"

"eee .. jahatnya British"

haha, aku pun tak tahu lah macam mana aku jawab paper sejarah masa SPM dulu.

so far aku boleh tahan lagi dengan jadual exam teori, walaupun ada yang dekat-dekat, insyaAllah aku rasa aku boleh pick up and manage nak revise. masuk bab OSPE pula .. adehhh. stress mula melanda. jadual OSPE diawalkan! oh no no no. do you know what is that mean? that means you are going to die. mana tak nya, 5hb tu hanya untuk post-dip , iaitu aku and the geng lah. sudah lah modelnya diploma semester 1 yang sangat suci murni yang tak tahu apa itu OSPE. memang masaklah kami. examiner pulak, guwa suspek mesti lecturers yang hardcore and otai-otai yang jadi. haaa .. mau terketar-ketar masuk stesen. silap hari bulan mau terkincing tengok muka examiner yang serupa mau terkam kitorang. almaklumlah .. batch aku ni dulu memang most wanted punye student. hahaha

walau pape pun, aku tahu lecturers tak kan naya student. *penyedap hati*

so as a conclusion, aku bisa pulang ke kampung pada 9hb julai. means aku boleh sambut 1st ramadhan dengan familia. hahaha. mak aku kalau dapat tahu aku boleh balik awal ni, beliau lah orang pertama yang kemain suka. mana tidaknya, bila call je mesti tanya boleh puasa sama-sama ke tak nanti masa 1st day puasa. makbul juga doa puan emak. nampaknya tahun ni aku dapat puasa penuh di rumah, macam tahun lepas. mak ada geng lah. and aku lah akan ganti tempat mak jadi suri rumah, aku lah yang masak sahur, aku yang sediakan juadah berbuka puasa (sedia je, yang masak still emak) hik3

last but not least, doa kan kami semua dapat menempuhi final exam semester ni dengan cemerlang tau! harap-harap dapat improve kan pointer! aminnn~~



hey there! im watching you! jangan kecing merata, kena sampuk dengan hantu nanti baru tahu.

p/s: aku peliklah, awat muka aku jadi hitam sangat nih? tang mana yang tak kena?

Sunday, June 16, 2013

Sudut Pandangan Saya ..

apabila kami berjumpa dengan kawan-kawan masa diploma dulu, soalan cepumas yang sangat popular bagaikan va va voom yang wajib ditanya ialah .. "susah tak degree?"

hmm .. aku sendiri tak tau nak jawab macam mana. tengok! soalan pun dah susah, mengambil masa selama 3 jam untuk menjawab bagaikan soalan ini merupakan subjek yang membawa 3 jam kredit! fuhh. gitu kata kau. harharhar. bila kawan-kawan tanya je soalan ni, ligat kepala otak aku nak bagi jawapan yang padat dan ringkas serta penuh dengan informatif. bukan apa, kena fikir juga perasaan orang lain. kalau kita kata susah, nanti patah pula semangat dorang nak further study. kalau kata senang, nanti kena tanya pointer pulak. adehhh. serba salah dibuatnya. hik3

bagi pandangan aku lah, my personal opinion kata omputihnya. actually degree ni mungkin susah kalau nak dibandingkan dengan diploma. tapi sebenarnya tak lah susah mana. kalau pandai spend time, tak study last minute, insyaAllah boleh survive dalam degree ni. cuma iye lah, kadang-kadang kita ni penat, stress. sampai satu tahap, "oke, aku malas nak study. nak layan muvi lah malam ni" hahaha. perkara ni berlaku hari-hari dalam kehidupan pelajar, majoriti lah. 

nak pulak semua lecturers sepakat cari satu week yang konfem boleh buat kita gila di mana mereka kumpul test untuk dijalankan. perghh!! yang ni paling tak boleh tahan. nak tak nak, kena jugak redah. kalau tak, memang ciputlah course work kita, silap-silap boleh fail lagi.

sebagai konklusinya, degree ni mungkin susah dan bagi pandangan saya, iye. degree agak susah dan sangat mencabar. kalau kita tiada kekuatan fizikal dan mental, tiada sokongan moral dari parents and friends, susah untuk kita teruskan pengajian dalam degree ni sehingga habis. kena kuat semangat, jangan stress kan diri sendiri, just follow the flow, then you will succeed. dan yang penting, MINAT tu mesti ada. tapi kalau iye pon nak follow the flow, jangan lah nak follow memvavi buta. kena jugak study. kalau setakat nak follow tapi dok diam, memang nak kena makan tendangan padu namanya.

mungkin kata orang diploma itu senang tapi bagi kami 63 orang ni, kami tak rasa diploma itu senang. tak percaya? sila daftarkan diri anda ke program diploma fisioterapi di UiTM. 




antara gambau kenangan masa diploma dulu. ada banyak lagi tapi cukuplah bagi 3 keping je.

Saturday, June 15, 2013

Kau Pergi Jua ...

assalam semua .. harap korang semua dalam keadaan yang sihat hendaknya.

korang masih ingat perihal sepupu aku yang sakit teruk akibat buatan orang tu tak? yang aku ada cerita panjang lebar tu. oke, takpe kalau korang tak ingat. nanti korang boleh scroll lah kat list entry aku tu.

inalillah wainailahirojiunnn .. akhirnya sepupu aku pergi meninggalkan kami semua pada malam 12/6/2013, bersamaan hari Rabu yang lepas. kami semua redha dengan pemergian mu Angah. semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. aminnn~~

terlebih dahulu aku ingin memohon maaf kepada semua saudara-mara especially family Angah sebab aku tak pulang untuk menziarahi jenazah kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan. mengikut cerita mak, Angah mengalami kompilasi paru-paru dimana arwah mengalami sesak nafas akibat jangkitan kuman yang teruk di paru-parunya. dalam masa 2 jam sahaja, kuman merebak dengan cepat sekali lalu Angah terus menghembuskan nafasnya yang terakhir.

mengikut kata mak lagi, jenazah arwah sangat cantik, merah-merah. tidak seperti rupa mayat pun. alhamdulillah. sesungguhnya arwah ni seorang yang sangat baik, pendiam. apatah lagi dia meninggal kerana buatan orang. semoga Allah akan membalas orang yang menganiaya arwah dengan balasan yang setimpal.

walaubagaimana pun, aku bersyukur kerana aku pernah menjaga arwah semasa dia sakit teruk dulu tu. at least aku tak rasa terkilan sangat sebab tak pulang. orang akan sentiasa doakan kesejahteraan Angah di sana. semoga Angah tenang di sana. aminnn~

::biarlah Allah mengambil nyawa Angah dari dia terus terseksa menahan kesakitan dan terus terseksa::

Thursday, June 6, 2013

Semoga Allah Permudahkan Segalanya .....

ya Allah ya Tuhanku ....

busy nya diri  ni. Allah je yang tahu betapa busy nya kitorang sekarang ni. makin nak dekat dengan final exam makin banyak pancaroba. sibuk dengan video mandarin lagi, dengan test yang berlabamk-lambak minggu depan. korang bayangkan, minggu depan mula dengan Senin sampai Rabu, hari-hari kitorang ada test. bukan  satu hari satu test, tapi satu hari dua tests!! dengan presentation lagi. ya Allah... berilah kami semua kekuatan untuk harungi setiap ujiaan dan dugaan ni. semoga Kau permudah setiap soalan test, tenangkan hati kami untuk menjawab setiap soalan yang diberi, dan semoga dapat lakukan yang terbaik~~

tapi dalam kesibukan yang melanda ni, sempat jugak kami ni prektis aerobik sempena perasmian Aerobik Yokk 4.0 semalam, iaitu 6/6/2013. huhu. bestnya! rasa mcam nak ulang je peristiwa semalam. haha. oke. tipu. aku dah penat, sakit segala sendi dan tulang belulang kat badan ni. macam nak berderai-derai je rasa nya. alhamdulillah, aerobik kitorang mendapat sambutan yang memberansangkan dan mendapat komen yang positif. well, see the leg la brader. noni kot yang handle aerobik ni. kekeke. takdelah, ni semua kerjasama dari member-member aku. si zaty, aena, hanan, wafiqah and man. walaupun kitorang prektis 2 hari je tapi memang kitorang berhempas-pulas berlatih sampai perfect. tak pernah dalam sejarah hidup aku dok aerobik sampai pukul 2 3 pagi. macam dah buang tabiat je. but at the end, we all satisfied. yeay!!!

p/s: kalau ada sesiapa yang ingin mencari instructor aerobik, boleh lah hubungi kami ye. kih3

Monday, June 3, 2013

2.47 am (4.6.2013)

ya Allah ....

LAPAR NYA ..!!!

esok ada test BEL, aku tak study lagi weii!

nak buat yang mana satu ni?

MAKAN atau STUDY?

atau pun TIDUR? kemungkinan besar inilah pilihan yang tepat!


Saturday, June 1, 2013

Randomly Random

hmm ... kebosanan. terasa tangan ni nak menaip tapi tak tau nak share cerita apa dengan readers. hati ni tetiba rasa sangat kosong. kosong yang teramat. rasa sunyi menyelubungi diri ni semula. aduhh. susah nak atasi perasaan ni. ya Allah, berapa lama lagi aku akan jadi macam ni. final exam dah semakin hampir. emosi aku betul-betul terganggu saat ni. malang sungguh aku dalam keadaan uzur sekarang ni. aku tak dapat bersujud dan merintih kepada Tuhan ku yang satu. ya Allah...aku sangat rindu pada Kau. terlalu banyak untuk aku luahkan. rasa diri ni tak mampu menanggung derita ni seorang diri.

hati aku benar-benar kosong. sudah lama aku tak membajai jiwa dan nurani ni dengan taubat, zikir dan bacaan ayat-ayat suci. mungkin sebab ini aku semakin lemah, semakin sukar untuk aku bangkit, semakin jiwa ni kosong ibarat sebuah kamar yang luas tanpa sebarang pengisian.

ya Allah ya Tuhanku, adakah Kau akan mengampunkan segala dosa hambuMu yang hina ini? jiwa ku sangat resah, aku tidak mahu diriku jauh dariMu

Friday, May 31, 2013

Miss Favorite oke!

ahaks! alhamdulillah atas kemenangan yang diperoleh. Cik Sam menang apa? haaaa. ini yang nak habaq kat hangpa semua. korang ingat lagi Cik Sam ada join program Punching Pound Championship (PPC)? ingat lagi kan? haaa...alhamdulillah...Cik Sam menang dalam kategori favorite poundpuncher!

dalam pertandingan ni, ada 5 tempat ditawarkan kepada peserta.

1) Mr. Poundpuncher
2) Miss Poundpuncher
3) Favorite Poundpuncher
4) Best trainer
5) Best Dietetic Plan

dengan 67 likes di fesbuk, aku berjaya memenangi kategori nombor 3 tuh. alhamdulillah. thank you kepada supporters. ngeee

kategori nombor 2 tuh dimenangi oleh bestfriend aku, Siti Ezzaty. banyak gak dia turun, dalam 3 kilo lebih. banyak kan? sorry, gambar takde sebab malam tu takde mood pulak nak bergambar-gambar ni.


me dengan trofi. hadiah yang dapat ialah sebuah trofi gambar orang bogel, medal keras yang berwarna gold (guwa sudah rasa cemane gigit medal macam yang dilakukan oleh atlit), selempang Miss Favorite yang rasa seolah-olah anda menang Ratu Kebaya dan juga wang tunai. alhamdulillah. gambar ni pon dipaksa oleh senior untuk diambil. nak buat kenangan katanya. heee

oke, kat bawah ni adalah gambar peserta yang menang!


untuk pengetahuan semua, program PPC ni masuk newspapers tau! haaa. hebat kan? tak sangka nama Cik Sam pon ada tertulis dalam newspapers. hehe. bangga sat. rasa macam jadi retis pulak.


boleh sport Cik Sam tak dalam gambar ni? alaa. yang tudung rainbow, yang sedang semangat gila erobik tu, Cik Sam la. hihi. sebelah kiri aku tu ialah pengarah program, Cik Norashikin. masa ni at tasik Shah Alam, kami ada explorace. untuk baca artikel ni, kat bawah ni aku bagi link ea.

Punching Pound Championship


Throwback ...!!!


agak-agak kenal tak dengan awek kat atas ni? kalau kenal, thumbs up untuk anda. kalau tak kenal takpelah. meh sini aku nak ketuk kepale sorang-sorang. ni aku lahhh...masa muda-mudi remaja anak dara. kalau tak silap, form 4 kot ni. Danga Bay yaww! haha 

dulu aku bersekolah di Mersing, tu yang dapat berjalan sampai ke Danga Bay. tapi time tu aku tak tau pon apa jadahnya Danga Bay ni. datang situ pergi karok ramai-ramai dengan member. amboi kau Sambal, time sekolah lagi dah pandai masuk KBox ea! tu namanya pengalaman kan. kitorang singgah Danga Bay ni masa otw balik ke Mersing dari Siti Square. masa tu ada PC fair kat sana, so sebagai ahli kelab komputer, cikgu penasihat kami membawa ahli kelab ke sana. pada hal satu hape pon aku tak tau. datang jalan-jalan je. masa tu card reader, sim card, memory card ... dalam kepala aku ... apa benda korang ni? apa function korang? punya jahil aku ni kan. oke, aku bukan nya nak cerita pasal PC fair ke, Danga Bay ke, Siti Square ke. bukan! aku nak cerita lain...

well, dulu dengan berwajah yang agak kurang cantik ni, ramai jugak yang mengejek aku, menyindir, menghina dan sebagainya. seriously aku tak sedih, tak kisah dan tak malu dengan rupa paras aku ni tapi apa yang sedihnya ialah dengan orang disekeliling aku. they really judge me by my physical appearance. sedih tau tak nak harungi zaman-zaman KEGELAPAN aku ni. nangis je. puas gak mak ayah pujuk aku ni. lama-lama termakan jugak lah.

habis je SPM, mak beli kan aku satu set produk Safi Balqis untuk merawat masalah kulit aku. actually takdelah masalah sangat. dah aku ni memang tak pakai pape produk kecantikan kat muka, rasa malas. aku sental dengan sabun mandi yang buku tu kat muka. tu yang cantik sangat masa sekolah dulu.

dalam masa 2-3 bulan, nampaklah perubahan kat wajah aku ni. kulit semakin cerah, jerawat pon dah kurang tumbuh. sesiapa je yang jumpa aku lepas tu, sama ada saudara mara, kengkawan, even adik beradik aku pon, dorang semua terkejut. dorang kata aku dah cantiklah, dah putihlah, GOJES, macam-macamlah. tapi ada jugak yang kata aku pakai mekap. hello, guwa tak mainlah mekap-mekap ni. apa barang. kekekeke

sungguhpun begitu, aku tak suka dengan pujian mereka. tak tau kenapa tapi aku tak suka bila ada yang menegur aku dah putih and sebagainya. family aku pon tau aku tak suka. so kalau ada sesiapa yang kata aku dah putih and cantik, dorang akan senyap. dorang tak kasi tau aku sebab aku akan mula rasa nak marah. bukan aku tak bersyukur dengan pujian tu cuma ... entahlah. susah nak describe. 

p/s: sekarang ni Cik Sam dah jadi janda berhias. kekeke

Thursday, May 30, 2013

Fenomena Sambal Udang

assalam dah hye semua ...

kalau korang perasan, dah 2 kali aku tukar nama belog kesayangan ni. first, LIGHT and  EASY. second, Kain Batik Selipar Jepun. sekarang ni Dunia Cik Sambal Udang pulak.

oke, kenapa nama Sambal Udang? haha. alaa. aku rasa tak perlu kot nak jawab soklan tu. korang mesti dah tau kan. cuma sekarang ni aku sangat selesa dengan nama Sambal Udang ni. tu sebab aku tukar nama belog ni. sekarang ni pon, ramai yang mengenali aku dengan nama Sambal Udang so aku agak selesa and tak kisah dengan nama tu.

pada asalnya aku letak nama Sambal Udang ni sebagai nama aku di fesbuk. ingat nak tukar jugak tapi makin lama makin sayang pulak dengan nama ni. mak dah bagi nama yang sedap-sedap, sambal udang jugak yang aku pilih. *ketuk kepala sikit*

berbalik pada perenggan kedua di atas, sebenarnya ramai juga yang bertanya kenapa Sambal Udang? first, aku sangat suka pada lauk Sambal Udang. second, aku sangat pandai masa lauk Sambal Udang. lauk lain pon aku pandai jugak masak tapi bila datang je bab sambal ni, aku lah pro. *aicewahhh*

entah lah. aku ni memang suka dengan sambal sambal ni. kekeke. so lepas ni, silahlah menggemari lauk sambal udang ye. tak taulah masa akan datang akan bertukar kepada nama apa pulak. but for now, XOXO untuk SAMBAL UDANG.

aku dan SAMBAL UDANG ... berpisah tiada

Thursday, May 23, 2013

Getting Stronger

ya Allah .. begini hebat rupanya penangan putus cinta ni ye. baru aku tau cemane sengsaranya bila cinta tidak kesampaian. kalau perpisahan itu berlaku dengan bersebab, ada penjelasan, ada alasan tidak bersefahaman, ada perbincangan, mungkin aku sedikit lega dan mudah untuk menerima. tapi bila perpisahan tu berlaku tanpa sebab, tiada sebarang perbincangan, tup-tup si dia diam seribu bahasa, aku susah nak terima. lagi pun aku ni jenis yang suka berbincang sebelum membuat keputusan. tapi bila berlaku sebaliknya, hati ni ada juga terkilan. at least aku tau mana salah silapnya.

tapi tak mengapalah. aku tetap terima walaupun aku masih mencuba untuk belajar terima semuanya dengan hati yang terbuka. atas nasihat kawan-kawan, aku sendiri membuat keputusan untuk berpisah tanpa berbincang dengan si dia. aku rasa si dia pun berharap aku akan melupakannya dan melepaskan dia pergi.

alhamdulillah, makin hari aku bertambah kuat dan semakin mudah untuk aku melupakan si dia. kadang-kadang tu ada jua teringat kenangan dengan si dia, tapi aku akan cepat-cepat tukar perhatian. tanak layan perasaan, seolah-olah aku masih mengharapkan dia lagi. tak mau macam tu. dengan adanya kawan-kawan di sisi aku, nasihat-nasihat yang diberi, aku semakin gagah meniti hari-hari yang mendatang.

nak kata hati ni merajuk dengan mana-mana lelaki, tak tau lah nak cakap cemana. cuma yang aku pasti, sekarang ni aku susah nak percaya lelaki, lebih susah dari yang dulu. soal hati dan jodoh, biarlah Allah yang tentukan. aku tak kan buat keputusan terburu-buru lagi.

aku berharap, si dia akan menjaga segala baik buruk aku seperti mana aku menjaga segala baik buruk dia. rahsia kami akan tetap tersimpan kemas.

dulu aku selalu keluarkan ayat ni "jangan beri 100% kepercayaan kepada lelaki", nampaknya aku sendiri termakan dengan ayat aku sendiri. itulah namanya ujian, ye tak. ada phit manis nye. sekurang-kurangnya lepas ni bila orang bercerita tentang CINTA, aku pun ada juga cerita untuk dikongsi bersama. boleh juga berkongsi perasaan indah dan sedih tu. ada juga pengalaman sendiri untuk dijadikan pengajaran dalam kehidupan yang mendatang.

kawan-kawan ..,

aku berharap sangat aku akan cepat sembuh dari kesedihan ni. tak larat nak sedih lama-lama. bantu aku untuk melupakan dan melenyapkan dia dari ingatan ni.

)':

Saturday, May 18, 2013

Congratulations dear Friends ..!!

assalam semua, enough with sad sad story bout me. he he he. getting stronger day by day.

tanggal 18 May 2013, iaitu semalam je .. adalah hari kebanggaan bagi sahabat-sahabat seperjuangan saya yang teramat dikasihi. SEGULUNG DAN JUTAAN TAHNIAH dari saya. maaf takde hadiah untuk dibawa (scholar PAMA je kan, paham paham la. hew3). diharap kehadiran saya dan rakan-rakan yang lain semalam menjadi satu penghargaan buat kalian semua. hanya itu je yang mampu kami berikan untuk meraikan hari bersejarah anda semua bersama-sama.

terharu sangat tengok korang semua happy selepas pelbagai dugaan yang sangat mencabar terpaksa dilalui semata-mata untuk mendapat segulung sijil diploma. seriously, sijil tu sekarang adalah harta yang amat berharga, emas pun kalah.

semoga selepas ni, Allah sentiasa memberkati perjalanan hidup kalian semua. sama ada anda bekerja atau pun ingin sambung belajar, semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kita semua and may Allah bless us with His Grace. may Allah give us a bright future. aminnn~~

::antara gambar yang tidak di upload::













ikhlas dari kami ... we do support all of our friends!!!



best of luck in your life dear friends! friendship never ends~

(:

tangisan~

ya Allah ya Tuhanku ...

pedihnya hati ni, sakitnya hati ni ...
bantulah aku untuk menghadapi keperitan ini ...
sesungguhnya aku amat lemah ... terlalu banyak khilaf yang telah aku lakukan
berikanlah aku sedikit kekuatan untuk terus berjuang dalam hidup ini ...
seandainya dia adalah jodohku ... maka kau pelihara dan berkatilah hubungan ini ...
seandainya dia tidak ditakdirkan untuk diriku ... maka Engkau berikanlah aku petunjuk ...

berikan aku sedikit kekuatan~

Thursday, May 16, 2013

Bahagiamu, Deritaku ...

saat aku ingin menulis entry ni, air mata tiada henti mengalir di pipi. perit yang aku rasa tiada terkata. hanya Allah yang mengetahui betapa pedihnya hati. sedalam kasih aku pada Kamal, sedalam itu juga pahit yang aku rasa ketika ini. harapan aku untuk bahagia dengan dia sampai hujung nyawa hanya tinggal sia-sia. perlahan-lahan Kamal meninggalkan aku, lama sudah aku perasan dengan perubahan perilakunya tapi hati aku masih menidakkan dan masih mempercayai dia. kenapa aku sungguh naif? dengan mudah maruah dan harga diri aku diberi kepada insan yang tidak menghargai keikhlasan aku.

teringat saat indah kami bercinta, semuanya sungguh indah dan bahagia. ketika itu, hati aku sungguh yakin bahawa dia lah yang akan membimbing aku ke syurga kelak. angan-angan dipasang terlalu awal sehingga aku hanyut dengan khalayan sendiri yang nyata nya kehadiran dia adalah bersifat sementara. teringat kata-kata manis Kamal, membuat hati aku bertambah pedih dan terus terluka.

dendam? benci? marah? sedih? saat ini, mungkin semua perasaan ini sedang bercampur baur dalam darah aku. aku lebih kenal dengan diri aku, perasaan ini hanya bersifat seketika. masa dan keadaan akan memulihkan semula perasaan di hati ini.

awak, kenapa setiap kali saya meminta putus, awak tidak pernah memberi jawapan yang sejujurnya? awak tidak pernah kata setuju atau pun tak setuju. hubungan ni tergantung macam tu je. saya sendiri pun tak tahu apa status hubungan kita sekarang. saya tak tahu apa yang awak nk dari saya? kalau betul awak dah tak suka saya, tak sayang saya, kenapa awak tak lepaskan saya? jangan buat saya macam ni. hati saya pedih sangat, saya tak tertanggung seorang diri. kalau betul hubungan kita sampai di sini sahaja, mungkin saya akan sedikit lega. tapi bila awak tak lepaskan saya tapi awak layan saya tak ubah macam kucing kurap yang mengharapkan kasih orang, saya sakit. terlalu sakit. selama ni saya sentiasa sabar dengan kerenah awak, saya sabar dengan perangai awak, tapi mungkin tidak untuk kali ni.

selama ni saya yakin awak sungguh ikhlas terhadap saya, saya sungguh megah dengan kawan-kawan bahawa saya ada awak yang sentiasa di sisi saya. sejujurnya saya menerima awak 6 bulan yang lepas kerana keyakinan saya itu. hati saya juga ikhlas menyayangi awak, sepenuh hati jiwa dan raga saya. tiada kata atau gambar yang dapat diluahkan betapa jujur dan ikhlas perasaan saya terhadap awak.

terima kasih awak sebab awak telah mengajar saya betapa indahnya cinta, betapa bahagia nya apabila dicintai. dengan ini, saya rela lepaskan awak pergi. sejak dulu lagi, saya berdoa jika saya memiliki satu perhubungan, saya lebih rela kalau si dia yang membuat keputusan untuk melepaskan saya. bagi saya, saya rela menanggung sakitnya cinta itu daripada si dia yang merasainya. kini baru aku tahu, memang sungguh perit apabila ditinggalkan. takpelah, aku terima dengan hati yang lapang. sakit cuma sekejap, lepas ni mesti aku akan bahagia semula seperti yang lalu tanpa Kamal di sisi.

Kamal, ermmm .. saya doakan semoga awak sentiasa bahagia dengan kehidupan awak sekarang. walaupun saya tak tahu punca hubungan kita jadi begini, saya berharap awak tak akan buat macam ni kepada gadis lain. cukuplah saya seorang je yang merasai luka ni. semoga awak akan mencapai kejayaan di dunia mahu pun akhirat, in shaa Allah. jaga diri, jaga kesihatan. awak tu selalu sakit-sakit, ubat jangan lupa makan. anggaplah pemberian dan pertolongan yang saya beri selama ni adalah pertolongan seorang sahabat. mungkin susah untuk saya lupakan awak dan buang perasaan sayang ni jauh-jauh, tapi saya akan belajar sedikit demi sedikit. buat sementara waktu ni, awak janganlah cari saya lagi. bantulah saya untuk cuba lupakan awak seperti mana awak sudah pun melupakan saya untuk sekian lamanya. awak tutuplah fon tu, biar saya tahu bahawa awak dah tak wujud dalam kamus kehidupan saya lagi. saya janji saya tak kan stalk fesbuk awak lagi. mungkin lepas saya pulih, kita boleh berkawan semula seperti yang kita lakukan dahulu.

(sebenarnya, saya sendiri tak pasti sama ada saya mampu lepaskan awak buat masa ini)

Saturday, April 13, 2013

Kehidupan yang Busy

assalam semua. lama sudah tak hupdate belog. rindukah kalian kepada hamba? aceceh. tau je takde yang merindui aku tapi tidak mengapa. takde hal lah. tapi aku pula yang rindu nak menulis kat sini.

actually banyak juga benda yang nak dicerita tapi memandangkan lately ni aku sungguh busy untuk menyiapkan segala jadah esaimen yang tahap gaban punya banyak. tiada kesempatan untuk berkongsi segala  apa yang aku alami kat sini dengan korang.

sebenarnya aku lebih nak cerita tentang program punching pounds championship tu dengan korang. sangat best! tapi itu lahhh, walaupun aku berusahah keras untuk senaman, kawal pemakanan aku dengan ketat sekali tapi berat aku tak turun!! heyy, kenapa haa?? apa daa salah aku? seriously aku frust gila, rasa penat sangat apabila usahah kita membuahkan hasil langsung. hmm...takpelah, as long aku memiliki BMI yang normal, itu pon sudah cukup kot. (saja sedapkan hati)

and sekarang ni aku dah kurang exercise, nak rehat kejap sebab lutut2, ankle2 aku dah mula sakit. risau jugak ni. takut kalau aku dok paksa body ni, nyaye kena ankle sprain ke, ape ke. ishh, tak mahu lah sampai camtu sekali kan?

orait, tu je kot nak share dengan korang setakat ni. nak sambung siapkan esaimen. banyak wooo. till then, daaa

LOVE YOU ALLS

gambar di atas tiada kena mengena dengan cerita ye.

Sunday, March 17, 2013

Penyesalan ...

sepatutnya hari ni aku nak update pasal aktiviti semalam, banyak sangat yang berlaku. macam-macam hal, macam-macam dugaan yang kitorang dapat. tapi tetiba tak jadi aku nak share apa yang berlaku. kemudian nanti baru aku cerita dengan korang apa yang berlaku sepanjang hari aku jalan jalan kat Midvalley tu.

penyesalan .. iye. aku memang menyesal. nak tau kenapa? aku terkantoi dengan awek kepada member lelaki aku. adoii, aku takde pon rasa malu tapi aku kesian kan member lelaki aku ni. macam mana lah dia dengan awek dia tu. janganlah dorang gaduh besar disebabkan aku.

aku dengan akim (bukan nama sebenar) memang berkawan rapat, suatu ketika dahulu lah. kitorang selalu chat thru fesbuk, and bila dah chit chat tu, adalah terselit manja-manja sikit. sikit je, tak banyak pon. and time aku berkawan dengan akim, aku memang tau dia dah ada makwe. time tu pulak aku masih single. aku pon dok melayan je lah. but then, itu kisah lama. memang dah lama sangat kitorang tak contact lagi.

sejak aku couple dengan Mr. K, memang aku dah jarang contact dia. bukan setakat dia, mana-mana lelaki lain pon. Mr. K dah tak bagi aku gatal-gatal dengan lelaki lain. tapi masa dulu aku tak sedar dengan perbuatan aku ni akan memudaratkan orang lain. dan aku tak sangka dorang boleh share password. nak buat cemane, dah takdir nak terkantoi kan.

aku bukak je fesbuk, dapat mesej yang panjang berjela dari akim yang ditulis oleh makwe dia. teruk jugak aku kena marah tapi aku takdelah melawan balik. aku tau itu salah aku. aku mengaku kat dia dan aku minta maaf. aku janji kat dia aku tak kan kacau akim lagi. taubat dah ni. aku tak kan melayan lelaki lain sama ada sudah berpunya atau tak. iye lah, siapalah yang tak marah bila dapat tau pakwe dia dok menggatal dengan perempuan lain. kalau aku pon boleh naik angin. aku setia dengan kamal.

aku pon perempuan jugak, aku sangat faham apa yang dia rasa. oleh itu, kejadian ini sangat-sangat menginsafkan aku. kalau benda ni tak jadi, mungkin aku tak sedar akan akibatnya kepada orang lain walaupun aku tak kan buat lagi perangai melayan aku ni.