Friday, June 28, 2013

Aku VS Ustaz

tengah dok menulis nulis origin insertion muscle jadah ni, tetiba rasa mengantuk pulak. haiii .. pada hal lagu sikit punya kuat aku pasang kat telinga ni nak bagi mata ni celik. kalah jugak. nampaknya kuasa mata lagi hebat dari kuasa lagu head banging aku! puii. haha. then aku pun mengambil langkah untuk menulis kat belog. actually aku teringat kisah puasa tahun lepas. maklumlah, puasa dah makin hampir ye tak. tu yang dok teringat tu.

kisahnya macam ni. aku ada tanam azam dan niat untuk ikut mak aku pergi tadarus sepanjang Ramadhan tahun lepas. tambah-tambah pulak aku memang dapat full puasa kat rumah. selain itu, aku nak improve la skill bacaan Al-Quran aku ni, kalau masuk bab tajwid .. hmmm .. memang tingtong sikit. ke laut sikit lah. aku tahu basic-basic je. so kalau aku pergi tadarus, insyaAllah ustaz tu akan tolong aku. bak kata mak, cuma nak gilap sikit je lagi bacaan Quran tu. oke, first day Ramadhan tu aku tak ikut, sebab nervous, cuak, takut, gemuruh, plus aku terbangun lambat. so aku bilang sama emak aku akan ikut pada esok harinya.

hari esok pun muncul. semangat ni. siap mandi, kasi wangi-wangi, pakai molek je baju kurung tu. pastu mak pun bawak lah aku ke masjid, solat sunat semua, then aku dengan golongan warga emas yang lain (member mak. adalah dalam 10 orang) pun tunggu lah sehingga ustaz datang. orait, kami semua duduk dalam halaqah (bulatan) and aku bertentang betul-betul depan ustat. mak pulak kat sebelah aku.

tadarus dimulakan oleh ustat dan diikuti oleh anak-anak muridnya. dalam kalangan peserta tadarus ni, aku sorang je anak dara, yang lain semua nenek-nenek kepada anak dara. plus, aku sorang je bukan anak murid ustat ni. mula-mula tu aku rasa, "oke, aku boleh. setakat nenek-nenek ni takde hal lah"

then, aku dengar sorang demi sorang bacaan nenek-nenek ni. fuhh .. boleh tahan mantap jugak bacaan dorang. matilah aku. tapi dalam hati aku dok kata, takpe .. nak belajar kan. nak malu apa nya. tapi hati aku .. masyaAllah, mengalahkan  enjin motobot dok berdegup. beberapa minit kemudian, tibalah giliran aku. alamak. aku rasa macam nak tutup Al-Quran pastu terus cabut lari. tapi malangnya, bontot aku sangat berat dan memaksa aku untuk terus duduk disitu dan berdepan dengan kenyataan.

aku pun memulakan bacaan .. Auzubillahiminaisyaitonirajim .. Bismillahirrahmanirrahim ..

halamak, aku sendiri boleh dengar betapa teruknya suara aku vibrate dek nervous yang terlampau. rasa malu sudah mula menyelinap. aku sempat kalih ke wajah ustat, cehhh .. ustat tersenyum sinis. takpe, life must be go on. aku teruskan bacaan. ayat pertama, oke. takde salah lagi. ayat kedua pun oke. dan aku tak ingat ayat ke berapa baru ada kesalahan tajwid. ustat pun tegur untuk betulkan.

aku punya cuak sampai melatah latah. nasib baik mak ada kat sebelah. mak tolong. bila kena tegur je, mesti aku tak jumpa terus kat mana ayat yang aku baca tu. nasib baik mak tolong tunjukkan balik ayat yang aku berhenti tadi. kalau mak takde, memang sampai ke sudah aku tak kan jumpa! adehhh .. masalah .. masalah. dan sepanjang bacaan aku tu, suara menggigil tu memang jelas kedengaran lah. bila dah kena tegur, getaran suara tu makin ketara! i felt like .. what the ... aduii. makin parah suara aku.

habis je majlis tadarus pada hari tu, aku dengan mak terus balik. dalam kereta jangan cakaplah. mak asek ketawakan aku je. terkekek-kekek pulak tu. cehh. malu aku dengan nenek-nenek tadi. nasib baiklah masjid tak jauh dari rumah. sampai rumah pulak, habis mak cerita dengan semua orang. sedap dorang dok ketawakan aku. hampehhh

esoknya pulak mak tanya, "hari ni kau nak pergi tadarus tak (aku tau tu nada perli mak)" "nak kemas rumahlah mak. kesian angah kemas rumah sorang-sorang" pastu mak pun gelak-gelak sambil berlalu pergi. pada hal aku pun tahu itu hanya alasan untuk aku mengelak dari pergi. dan sepanjang Ramadhan tahun lepas, sekali tu je la aku join tadarus.

kelmarin mak call. mak cakap mak nak pergi tadarus, nak pergi terawih and sebagainya lah untuk Ramadhan tahun ni.

aku pun jawab balik, "haha. mak pergilah tadarus sorang-sorang. biar orang kemas rumah"

"hahaha. kau tak payah ikutlah dek. dengan suara kau menggigil-gigil tu, ustat pun tau kau takut dengan dia"

aku : -_-''

sumpah aku malu nak berdepan dengan ustat tu lagi.

No comments:

Post a Comment