Tuesday, September 17, 2013

May Your Love Last till Jannah

halluuuu. udah lama tak menghupdate belog mushuk2 ni. orait, ini kalilah .. Ops! lain macam bunyinya. hahaha. kita kasi tukar ea. kali ini aku nak story pasal wedding one of my beloved sis, Along.

alhamdulillah, dengan dua kali lafaz Along sah bergelar menjadi seorang isteri kepada Ahmad Syakir bin Hariri pada 31 Ogos yang lalu. aku rasa sangat gembira masa tu sebab akhirnya aku berjaya memiliki seorang abang. ramai yang tanya, ada nangis nangis tak, ada sedih sedih tak? hehehe. jawapan nya tak ada. sebab kitorang semua sangat happy.

yang part best nya kan, waktu adat batal air sembahyang kan, cincin tu tak muat kat jari Along. sumpah lawak. semua dok ketawa kan dorang tapi oke la tu kan. sweet memory. yang abang ipar aku dah muka gelabah atas pelamin tu sebab cincin tak boleh masuk.

abang syakir : ehh, tak muat lah cincin ni.

along : kenapa tak muat ni? saya dah gemuk ke? saya tak gemuk pun. meh sini la saya cuba (sambil menarik jari dia untuk pakai sendiri cincin tu)

abang syakir : takpe, bak sini saya try buat.

tetap tak muat kat jari manis Along, last last sarung kat jari kelingking.

malam tu pulak, kitorang ada malam berinai. ini memang adat istiadat orang Melaka. dengan pakaian sanggul lintang nye, kompang joget joget and bunga api buluh yang memang ada di Melaka sahaja. so kalau korang nak tengok bunga api unik ni, datanglah ke majlis perkahwinan orang Melaka ye. seronok sangat. mak siap buka gerai roti canai lagi, makan panas panas. sedappp. kalau nak roti telur, bolehlah amek telur kat dalam fridge aku. hahaha

esok nya pulak seperti di majlis perkahwinan yang lain, pagi tu ada marhaban. marhaban ni banyak mengingatkan pengantin yang bakal bergelar ibu nanti, mendoakan kebahagiaan pengantin, memuji-muji pengantin tapi sayang betul. marhaban ni tak sedap. seriously! hahaha. untuk memeriahkan suasasan majlis, kitorang mengambil kumpulan gamelan untuk menggantikan karaoke atau pasang lagu kuat-kuat atau DJ atau yang seangkatan dengannya. bukan apa, kalau kita minta pasang lagu je pun kan, aku rasa bingit. macam memekak je. nak cakap pun terjerit-jerit. pada hal dah cakap kat corong telinga orang tu dah. kalau dengar bunyi gamelan ni, kita rasa syok je. tenang and soft je bunyi nye. nak makan pun rasa happy je. kalau nak cakap pun tak perlu dah nak terpekik terlolong tau. orang ramai pun suka. siap ada yang record lagi.

but so far, we all adik beradik belum lagi bertegur sapa dengan abang ipau kesayangan tu. aku rasa mcam bermusuh pulak dengan dia. kalau selisih pun buat tak tau. belum cerita part makan lagi. dia makan sedap dia sorang je, sikit pun tak pelawa aku makan walaupun aku dok mundar mandir depan dia. haishhh. geram pula aku tengok dia. bukan apa, orang kata itu bahasa kan. hahaha tapi takpe, actually kitorang tak kisah pun.

sebabnya abang syakir ni seorang yang pemalu. kalau nak berbual tu, kita yang kena mulakan dulu. then nanti dia akan sangat oke. tapi aku belum buat macam tu lagi. takde point nak sembang dengan dia. abang syakir ni adik beradik dia semua lelaki, dia pulak anak yang bongsu. that is why dia jadi pemalu. kitorang pulak semua perempuan. dalam rumah aku, dia dengan ayah je yang lelaki. mungkin dia susah sikitlah nak bergaul dengan kitorang. masa mula-mula dia dok rumah kitorang tu lagi la pulak, asek ikut bontot Along je. kalau Along tak dok kat ruang tamu tu, dia dok terperap je dalam bilik. sekarang ni tak macam tu dah. kalau Along takde pun dia boleh tengok tivi dengan kitorang. pernah satu malam tu, Along pergi masuk tidur awal. dah tinggal aku dengan abang syakir je tengok tivi sampai pukul 12 malam. time tu pulak cerita kelakar, kalau boleh aku nak gelak kahkahakah macam tu tapi bila aku gelak, dia boleh buat muka slumber je. tak gelak langsung. hmmppphhhh, segan pulak aku nak gelak bila part kelakar. terpaksa aku gelak kihkihkih je. dalam hati aku, cepat lah kau masuk tidur. aku nak baring-baring tengok tivi sambil gelak-gelak. tapi dia still tengok jugak sampai cerita tu habis. mungkin dia nak temankan aku kot.

actually kan, Along aku ni kes bercinta lepas kahwin. macam yang korang-korang idamkan tu. termasuk lah aku sekali. abang syakir ni pun bukan nya orang lain. sedara aku jugak tapi sedara jauh cuma kitorang jadi rapat. kitorang tak rapat lah dengan dia, tapi every raya mesti kaum kerabat dia datang beraya rumah kitorang. termasuk lah abang syakir ni. even Along pun  tak pernah bertegur sapa dengan dia. nak dijadikan cerita, kiranya mak ayah abang syakir ni suruh dia kahwin tapi dia tanak. abang-abang dia banyak bagi calon-calon yang sesuai, nak suruh dia pilih. satu pun dia tanak. last last nenek dia bagi cadangan kat mak ayah dia supaya dijodohkan dengan Along aku. bila ditanya kat abang syakir, terus dia nak. siap tau lagi Along aku kerja kat mana. what?? even mak dia terkejut dia boleh tahu Along aku kerja kat MARDI. haaa. nampak tak kat situ dia dah usha Along guwa. cehh

then, masa nak hantar mak ayah aku pergi menunaikan ibadah haji pada tahun lepas kat Kelana Jaya tu, mak ayah dia suruh datang. tengok betul-betul Along aku tu, betul-betul nak ke tidak sebelum dorang datang merisik. at this time, only family abang syakir je yang tahu pasal ni. mak ayah aku sendiri belum tahu plan dorang. mak ayah abang syakir pun pergi haji juga tahun lepas cuma 3 hari selepas penerbangan mak ayah aku. lepas tu dorang cerita, mak ayah abang syakir ni memang berdoa depan Kaabah untuk abang syakir dengan Along aku.

2 minggu lepas kepulang mak ayah aku, rombongan merisik pon datang. Along aku pun setuju. before2 ni kalau sebut je pasal kahwin, Along aku terus melenting, marah. yang ni tak pulak. dah dikatakan jodoh kan. alhamdulillah. disebabkan dorang ni tak couple sebelum kahwin, macam-macam ragam Along aku ni. kadang-kadang aku konfius, Along aku ni sedar ke tak yang dia dah ada suami. bagi aku, ragam Along aku ni agak cute la. hahhaha. dia tak reti lagi nak biasakan diri jadi isteri. boleh nampak lah perbezaan kahwin selepas dan sebelum bercinta. seriously they are super cute! kalau aku nak cerita satu-satu, boleh cramp jari jemari aku yang runcing ni nak menaip. hahaha.

dan ... rupa-rupanya abang syakir ni kenal Along aku sorang je. kitorang lagi 3 orang ni dia tak kenal pun. no wonder la masa makan dia tak pelawa aku makan sebab dia tak tau nak panggil aku apa and aku siapa. hello brader, wa la yang selalu hidangkan makanan time family brader datang beraya kat rumah wa. wa la yang penat ke luar ke dalam, berpeluh-peluh kat dapur tu. boleh brader tak kenal wa? haiyaaa. nampak sangat dia hanya usha Along wa sorang je.

::INDAHNYA BERCINTA SELEPAS BERKAHWIN::







this is so called Sanggul Lintang. baju perkahwinan tradisional orang Melaka yang ada campuran budaya Cina. baju ni takde cutting tau. korang ada nampak pengantin lelaki dan perempuan pakai belt? haaa hanya belt tu digunakan untuk diperkemaskan lagi pakaian tu. Along cakap sanggul ni agak berat lah jugak sebab ni sanggul tradisional dari tembaga. actually sanggul ni boleh ditinggikan lagi. lagi tinggi lagi cantik tapi disebabkan Along kata sanggul tu dah macam menekan dahi dia, cukuplah takat tu je. maybe ade dalam 3kg++ beratnya



geng marhaban. apelah yang makcik ni buat sampai tertonggeng tonggeng






p/s: more pictures will be uploaded on the fesbuk once Along give her pictures to me. be patient oke