Wednesday, March 28, 2012

Ingatlah Wahai Kaum Adam!

Assalamualaikum semua...sihatkah anda? Harap-harap readers semua sihat hendak nye. Saya rasa kalian semua mesti kenal dengan ustaz youtube kita. Siapa? Siapa lagi kalau bukan Ustaz Azhar Idrus! Saya tak malu nak mengaku bahawa saya masih antara orang-orang yang rugi. Walaupun banyak dah kawan-kawan saya share ceramah ustaz Azhar kat Facebook, saya masih lagi tak click video tersebut untuk dengar bersama-sama. Saya pun tak tahulah kenapa hati ni tak tegerak lagi nak dengar ceramah beliau yang sangat bermanfaat tu. Walaupun begitu, tak bermakna iman dan agama yang saya ada kat dalam hati ni senipis kulit bawang. Ceramah ustaz-ustaz lain pun saya dengar jugak, kat Program Tanyalah Ustaz tu saya tengok tiap-tiap hari sambil menikmati sarapan dengan family.Santapan rohani di pagi hari. haha.

Sekadar gambar hiasan.
Oke, sebenarnya saya tak nak cerita panjang pasal ustaz Azhar. Saya sebenarnya dah lama tertarik dengan kata-kata beliau cuma baru sekarang ni saya ada kelapangan waktu untuk cerita and kongsi pendapat kat sini. Apa lagi kerja penganggur bertauliah selain bermanja-manja dengan blog sendiri ye tak? Ramai dah share kat Facebook petikan beliau ni. Again. Facebook ni memang memainkan peranan jugak ye kalau kita betul-betul manfaatkan muka buku ni. Berikut adalah petikan kata-kata beliau:


  • Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
  • Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau kalau anda tak cintakan dia.
  • Jangan memberi wanita harapan kalau anda tak sedia.
  • Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
  • Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
  • HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya.

So, kaum Adam yang ada di muka bumi dan juga di muka buku sekalian, tolonglah pegang kata-kata ni. Kasihan wanita-wanita yang kecewa akibat kamu setelah mereka ikhlas terhadap kamu. Tak dinafikan bahawa ramai kawan-kawan saya yang kejap putus, kejap couple balik. Lagi 2 hari kang, putus balik. Minggu depan dah rujuk pulak. Haih, saya pun tak paham la dengan pasangan sekarang. Ada jugak yang bercinta bagai nak rak, at the end masing-masing kahwin dengan orang lain. So, kalau betul-betul nak cari pasangan hidup, carilah yang betul-betul kamu ikhlas sayangkan dia dan ingin dia jadi teman sehidup semati.

Atas keadaan inilah saya masih single. Bukan apa, takut untuk rasa untuk disayangi dan menyayangi, lepas tu ditinggalkan. Pedih tu. Wanita ni hatinya fragile, sensitif. Sekali remuk hati, tak tahulah bila boleh pulih. After this, kalau sesiapa yang try approach saya, memang saya suruh dia baca ni dulu. Bagi dia faham betul-betul. Kalau tak faham and tak berani, say goodbye ajelah. Jangan nak bazir-bazir masa. Umur dah semakin meningkat, so pemikiran pun mestilah sama-sama matang jugak kan. And last but not least, be a gentleman. Don't beat around the bush! I hate it! Kalau kita sama-sama renungkan petikan kat atas ni, mendalam sungguh maknanya. (Tetiba rasa macam dah lari tajuk)

Sesungguhnya wanita ini adalah perhiasan yang paling indah. Jadilah pasangan yang matang pemikirannya. Kalau setakat gaduh hal-hal kecik, tak perlulah nak clash. Pastu kat Facebook, DIVORCED. Mengalahkan artis yang bercerai. Selang 2 3 hari, MARRIED lah pulak. Kebudak-budakan. Bawa berbincang dulu, selesai masalah elok-elok. Nanti kalau dah kahwin, tak kan nak buat macam time couple-couple dulu? Niat mesti ikhlas, tak kiralah yang pihak wanita ke atau yang pihak lelaki. Jangan sesekali mempermain perasaan masing-masing. Oke? Cukup lah sampai kat sini je. Saya pon bukan nya arif hal-hal macam ni. Semoga kite renungkan bersama sekali lagi petikan kata-kata Ustaz Azhar Idrus ni

(-_^)

Saturday, March 24, 2012

FIRST ATTEMPT!

Assalamualaikum semua and good evening

Wahh...macam rindu sakan pulak kat blog ni. Masuk malam ni, 3 dah entry baru saya post. Gila tak gila? Nak buat macam mana, rajin tu dah terlebih-lebih. Malam ni saya nak post pasal kek coklat lembap. (macam sesape yang makan kek ni akan jadi bodoh je) Atau nama English nye, Moist Chocolate Cake. Sepanjang 21 tahun saya hidup ni, hari ni lah first time nak masak kek coklat yang sangat-sangat simple ni. Tak sampai 15 minit, adunan kek coklat sudah pon siap. Tak perlu nak pukul sampai kembang, masuk tu, masuk ni, kacau-kacau, dah siap! Tuangkan dalam tray, pastu masukkan dalam oven. Tunggu 1 jam, masak lah kek nya.

Selama ni, saya hanya tolong aje sikit-sikit kalau Along saya nak masak kek. Tk teringin pon nak belajar. Bukan apa, takut kek tak jadi. Nanti mengharap pulak orang yang nak makan kek. So, hari ni memang terpaksa kena masak kek ni. Mak dah tak sempat nak buat sebab ada kursus, nak harap adik, pemalas orang nye. Jadi, saya aje yang volunteer masak kek ni. Tapi awal-awal lagi dah bagi warning kat mak,

"Mak jangan marah eh kalau kek ni tak jadi, batat ke, tenggelam ke. First time ni"

"Alahh, apa tak jadinye pulak. Kau ikut aje dalam resepi ni ha. Jadilah kek kau tu nanti"

"Oke, tapi mak jangan marah tau kalau kek tak sedap", bersungguh tu nak konfem dari Mak tanak kena marah kalau kek tak jadi.

Memandangkan esok kami nak Kuantan sebab nak melawat sepupu yang tak sihat, bawa lah sekali buah tangan kek coklat ni untuk anak-anak sepupu saya tu, merangkap anak-anak buah saya lah, juga cucu kepada Mak dan Ayah saya. So, not bad...first attempt looked quite impressive. Proud to be myself. Cuak gak time nak bukak oven, jadi ke tak. Jadi ke tak.

Ni bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kek coklat yang lazat. Buku resepi wajib ada kat tepi.  Abaikan kucing kat depan tu. Dia singgah minum air je, terjamin bersih kek coklat saya tau. (memang kene kejar dengan penyapu jugak kucing ni)
Adunan dah siap. Tray kat sebelah tu. Nanti tuangkan aja kat situ. Tinggal baki-baki yang ada kat dalam besen tu, boleh colet guna jari and rasa. Kat situ nanti kita dah tau lazat ke tak kek kita nanti. Takpe, gerenti tak sakit perut punye.
Adunan yang mentah, dimuat turun ke dalam tray kek. Ready to check-in dalam oven for 1 hour. Sementara tunggu, boleh la tidur ke, mandi ke, lepak-lepak. Buat ape lah yang anda suka!
Tadaaa!! Siap dah kek coklat saya yang lembap. Siapa makan, insyaAllah jadi pandai. Sebiji makan kat rumah, sebiji lagi nak post ke Kuantan. Rupa memang hitam legam, tak cantik tapi rasanya.....Ya Allah...Tuhan saja yang tau. Lazat~ Tapi komen dari sifu, kurang manis pulak.

















































































































































WE ARE FRIENDS

Sepanjang 3 bulan setengah aku bereada di Hospital Sultan Ismail, banyak sungguh pengalaman yang dikutip. Majoriti kengkawan semua kata praktikal kali ni yang paling best and rasa macam nak sambung praktikal lagi. Kenapa ek? Mungkin selama ni kami praktikal untuk beberapa minggu je so maybe kita baru nak sesuaikan diri kat sesuatu hospital tu, dah tamat praktikal. Kena balik sarang semula kan. Kali ni sampai 3 bulan, mana tak bestnya. Dengan staff pun jadi kamcing, ngumpat sesame, makan sesame, gelak sesame, nangis sesame, pendek kata dah jadi macam kawan. (Kesian si pendek, asek nama kau aje yang naik)

So aku pulak, praktikal kali ni aku pon nak kata praktikal yang paling best aku rasa. Sebab apa? Sebab dapat kenal dengan ramai kawan. Before ni kalau praktikal, aku tak dapat kenal dengan student physio from other institutions. Mungkin takde rezeki time tu, hanya student UiTM je yang jadi penghias. Tapi kali ni, dapat kenal dengan student KLMU dengan KKM. Ramai....mengalahkan staff physio yang ada. Total up semua nya 14 orang. 6 perempuan, selebihnya kumbang-kumbang. Walaupun tempoh perkenalan sangat singkat tapi hubungan persahabatan yang terjalin tu macam kitorang dah kenal lama. Memang fun sangat. Perasaan memiliki sahabat baru tu macam satu nikmat yang orang lain takde. Fuh..sampai macam tu sekali.

So, saat-saat akhir kami ada kat sana, sempatlah jugak lepak-lepak dengan kengkawan baru. Pergi kenduri Puan Aznur, then kitorang jenjalan kat Danga Bay yang takde pape tu. At least bila balik Melaka, orang cerita pasal Danga Bay takde lah aku melopong tak tau apa benda tu Danga Bay. Tapi time aku sekolah dedulu, sampai dah Danga Bay nye, siap karaoke lagi. Hebat tak hebat. Lepas habiskan masa dalam beberapa minit kat sana, Intan berhajat nak ke Zoo Johor. Walaupun haiwan yang diternak kat sana tak banyak mana, tapi berbaloi lah dengan bayaran nye. RM2.00 per person. Wow! murah kan? Jemputlah ke sana. Yang penting ada ular, harimau, singa, cuma takde gajah, my favorite animal. Oke lah, tenang-tenangkan fikiran, ambil angin di petang hari, luangkan masa dengan kengkawan. Happy and sangat enjoy dapat hang out dengan mereka yang sangat fun, sporting and cool habis.

Even dah hampir sebulan or maybe lebih 2 3 hari, aku masih lagi contact dengan kengkawan HSI. Oh, rindunya pada mereka kat HSI. Ombak rindu pon boleh kalah ni. Rindu pada kengkawan UiTM yang sekali praktikal kat HSI lagi menggunung. Bila teringat kenakalan sorang-sorang dok bahan aku tak habis-habis, memang satu kenangan yang tak mungkin hilang di ingatan melainkan aku kena Traumatic Brain Injury. So, nak kenal dengan kawan-kawan baru saya? Jom, check it out.

Ini kengkawan UiTM saya. From front leykha, intan, me, myra
^^

Gadis berbaju putih tu dari KSKB. From left, cyarron (Sharon sebutanya) dari Sabah and Marianne dari Sarawak

Jejaka baju hitam tu nama dia Acap, KLMU student. Yang sebelah tu Qayyum,  dari KSKB
Janji nak belanja saya makan McD kan Qayyum?

Nak introduce yang belum kenal lagi je. Yang kiri tu Muaz, taiko besar dari KSKB jugak, tengah tu Kamal and tepi sekali yang kecik tu Rafiq. Dua-dua dari KLMU

Oke, rasanya tinggal lagi sorang. Kat tepi sekali, kening macam Shin Chan tu Nordin from KLMU. Cik adik manis yang kat tengah-tengah tu, yang sangat sweet and merangkap best friend untuk semua student tu Puan Aznur kami.

Eh, rasanya ada lagi 2 orang lah. Kelvin dengan Vejay. Takpelah. Takde pulak gambar dorang. Haha. Alasan! Lain kali upload la gambar lagi budak 2 orang ni.

Sempat jugak menjamah Tutti Frutti. Teringin nak pergi lagi tapi harap ada orang yang sudi belanja!

Friday, March 23, 2012

KISAH BAPA KEBANGGAAN ANAK-ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera  ^^

Hari tu beriya-iya kata time cuti-cuti ni rajin hupdate blog ye? Haha..ape? Ingat duduk rumah tak busy ke. Lebih busy berbanding student life rasanya. Oke, stop pasal tu lah. Hari ni nak sambung kisah teladan yang lain dengan kamu semua ye. Jom layannnn

Suatu hari, ketika waktu rehat, tiga murid berbicara mengenai kehebatan bapa masing-masing. Maklumlah, hero utama kanak-kanak biasanya adalah bapa mereka sendiri.

Murid A: Bapa aku cukup hebat, kalau dia memanah, dia boleh mengejar dan menangkap semula anak panah tersebut.

Murid B: Bapa aku lagi hebat. Kalau dia menembak menggunakan pistol, dia boleh mengejar dan menangkap semula peluru tersebut.

Murid C: Kedua-dua bapa kamu tidaklah sehebat bapaku. Bapaku yang sepatutnya habis kerja pukul 5.00 petang, biasanya pukul 3.30 petang dia sudah pun berada di rumah.

Pengajaran: Peliharalah sifat amanah dengan baik. Setiap tindak-tanduk kita sentiasa diperhati anak-anak. Amat malang jika amalan buruk kita tidak sekadar menjadi tatapan malah subur menjadi ikutan mereka ketika dewasa.

Sunday, March 11, 2012

UMAT AKHIR ZAMAN

Assalamualaikum semua... (^^)

Memandangkan saya sedang bercuti panjang nih, memang agak rajin lah nak hupdate entry baru. Topik kali ni pasal umat akhir zaman yang sememangnya topik yang agak hangat untuk diperbualkan. Lately kan, kita banyak baca berita pasal gay and lesbian ni. Apa lah nak jadi dengan dunia sekarang. Even budak sekolah rendah pon ade yang sudah tertangkap jadi gay! MasyaAllah....Astaghfirullah. Berita terperinci boleh baca di akhbar Utusan bertarikh hari ini. Kesian kat mak ayah dia, kalau di kemudian hari nanti, sekiranya mak ayah dia dah meninggal and dia masih tak berubah, bayangkan seksaan yang akan mak ayah dia tanggung.

Saya pun masih bingung kenapa hal seperti ini semakin menjadi-jadi. Hancur sudah umat akhir zaman. Saya tak nak salahkan mana-mana pihak dalam hal ni sebabnya masing-masing boleh fikir mana yang baik, mana yang tidak. Apa lah nikmat menjalin hubungan sesama jenis ni. Apa yang kau ada, pasangan sejenis kau tu pun ada. Tak nak ke cari kelainan? Alamatnya, ramailah kaum Hawa yang akan jadi andartu berjaya in future. Yang lelaki ni pun satu hal, dah la kaum kamu ni semua limited edition. Manalah golongan wanita termasuk saya nak cari pasangan hidup. Dah takde pilihan! (marah nampaknya disitu) Sebagai balas dendam, yang perempuan pulak nak jugak mencontohi lelaki tapi jadi lesbian lah. (ini andaian sendiri je)

Walaubagaimanapun, ini sememangnya akan berlaku dalam kehidupan akhir zaman kerana semakin kita mendekati The Judgement Day, banyaklah perkara-perkara songsang seperti ini akan berlaku. Malah, maksiat-maksiat lain jugak semakin berleluasa. Bak kata ustaz, kita boleh berdoa untuk meminta kepada Allah agar dipanjangkan umur tapi janganlah kita hidup hingga ke hari kiamat kerana ketika itu, yang tinggal hanyalah orang-orang yang jahat dan sesat dan para alim ulama semuanya sudah tiada. Nauzubillah....takut nya saya.

Saya pun runsing, kat manalah nak cari pasangan hidup yang benar-benar suci dan tulen dengan keadaan dunia yang sekarang ni. Even ustaz pun sekarang ni kita tak boleh percaya sangat sebab ada terbaca kat akhbar pasal seorang ustaz ni. Waktu pagi jadi ustaz, waktu petang pergi meliwat! Astaghfirullah...tengok! Saya bukan nak kondem ustaz tapi saya just nak menyatakan bahawa susah nak percaya dengan orang sekeliling kita sekarang ni.

So, kita yang masih berada dalam jalan kebenaran ni kenalah sentiasa beringat dan berpegang dengan ajaran Islam yang benar agar kita tidak akan terpesong. Kita bersama-sama doa agar iman kita ditetapkan dan terpelihara akidah. Itu belum masuk bab berzina, murtad, berjudi dan sebagainya. Cukuplah dengan topik hubungan sejenis ni. Saya pun rasa nak termuntah bila share pasal benda ni sebab saya rasa jijik dengan mereka-mereka yang terlibat. Nabi tidak akan mengaku umat tau!

Saturday, March 10, 2012

ENDING OF MY STUDENT LIFE

Assalamualaikum semua...

Tanggal 6/3/2012 bersamaan hari Selasa yang lalu, tamatlah sudah kisah hidup saya sebagai seorang pelajar di UiTM Puncak Alam dengan berakhirnya Clinical Examination di Hospital Sungai Buloh. Fuhh...nak mengadap exam tu bukan main pressure nye. Tak larat nak mengahdapi lagi ujian sebesar itu. Tapi padanlah dengan 3 tahun belajar (tak sampai 3 tahun pun), perit jerih lelah semua ada. Hopefully, I'll succeed with great result. Tak nak repeat weh! Dah la malam tadi saya mimpi kena repeat. Adoiyai, sampai ke saat ni tak tenang hati. Tak tahu nak story dengan siapa so story dengan kamu je la ye. ^^

Maka dengan ini, rasmilah hidup saya sebagai penganggur berjaya! Wah, 6 bulan duduk rumah nak buat apa je? Boleh termuntah cuti banyak-banyak macam ni. Dah la takde kawan, harap kucing-kucing musibat ni je la. Astaghfirullah. Kan dah terkeluar bahasa Melaka aku ni. Maaf! Nasib baik ada kucing, boleh jugak lah bawak teman bersembang dikala sunyi. Ngeh ngeh ngeh.

Buat teman-teman seperjuangan sekalian, saya memang sayang korang semua. Semua kenangan manis yang kita cipta bersama-sama akan sentiasa terpahat di hati. Andai satu hari nanti saya terlupa kisah kita, ingatkanlah saya bahawa kita pernah mencipta bahagia dan melakar kehidupan bersama-sama. Sememangnya pertemuan dengan sahabta-sahabat sekalian adalah perkara yang bermakna dalam hidup ini. Thanks sebab kita banyak kongsi segala duka dalam tempuhi hidup kita yang sememangnya penuh ranjau dan duri.

Saya berdoa agar kita dipertemukan lagi pada masa akan datang agar ukhwah yang sedia terjalin kekal bertaut sehingga ke akhir pernafasan kita. Selesai je exam Selasa hari tu, terasa beban kat bahu ni hilang sekelip mata. Sampai sekarang saya masih tak percaya saya berjaya tempuhi segala yang saya fikir mustahil untuk saya lalui. Alhamdulillah, itu semua berkat doa mak ayah saya, usaha dan juga pertolongan dari Allah.

Dah malam ni, tak boleh tulis panjang-panjang. Esok kena bangun awal pagi sebab tugas saya sebagai seorang anak dara yang solehah telah pun rasminya dijawat semula selama 6 bulan akan datang. Kasar lah jari  saya lepas ni.