Sunday, March 17, 2013

Penyesalan ...

sepatutnya hari ni aku nak update pasal aktiviti semalam, banyak sangat yang berlaku. macam-macam hal, macam-macam dugaan yang kitorang dapat. tapi tetiba tak jadi aku nak share apa yang berlaku. kemudian nanti baru aku cerita dengan korang apa yang berlaku sepanjang hari aku jalan jalan kat Midvalley tu.

penyesalan .. iye. aku memang menyesal. nak tau kenapa? aku terkantoi dengan awek kepada member lelaki aku. adoii, aku takde pon rasa malu tapi aku kesian kan member lelaki aku ni. macam mana lah dia dengan awek dia tu. janganlah dorang gaduh besar disebabkan aku.

aku dengan akim (bukan nama sebenar) memang berkawan rapat, suatu ketika dahulu lah. kitorang selalu chat thru fesbuk, and bila dah chit chat tu, adalah terselit manja-manja sikit. sikit je, tak banyak pon. and time aku berkawan dengan akim, aku memang tau dia dah ada makwe. time tu pulak aku masih single. aku pon dok melayan je lah. but then, itu kisah lama. memang dah lama sangat kitorang tak contact lagi.

sejak aku couple dengan Mr. K, memang aku dah jarang contact dia. bukan setakat dia, mana-mana lelaki lain pon. Mr. K dah tak bagi aku gatal-gatal dengan lelaki lain. tapi masa dulu aku tak sedar dengan perbuatan aku ni akan memudaratkan orang lain. dan aku tak sangka dorang boleh share password. nak buat cemane, dah takdir nak terkantoi kan.

aku bukak je fesbuk, dapat mesej yang panjang berjela dari akim yang ditulis oleh makwe dia. teruk jugak aku kena marah tapi aku takdelah melawan balik. aku tau itu salah aku. aku mengaku kat dia dan aku minta maaf. aku janji kat dia aku tak kan kacau akim lagi. taubat dah ni. aku tak kan melayan lelaki lain sama ada sudah berpunya atau tak. iye lah, siapalah yang tak marah bila dapat tau pakwe dia dok menggatal dengan perempuan lain. kalau aku pon boleh naik angin. aku setia dengan kamal.

aku pon perempuan jugak, aku sangat faham apa yang dia rasa. oleh itu, kejadian ini sangat-sangat menginsafkan aku. kalau benda ni tak jadi, mungkin aku tak sedar akan akibatnya kepada orang lain walaupun aku tak kan buat lagi perangai melayan aku ni.

No comments:

Post a Comment