Tuesday, July 30, 2013

Random Talking

salam subuh semua. hari ni sudah masuk ke 22 Ramadhan. mmm, dah tinggal seminggu je kita bersama Ramadhan kan? sedih pulak rasanya. aku pon sudah lama tidak hupdate belog akibat kesibukan yang melampau. kalau tak busy pon, masa aku dihabiskan dengan ketiduran. hahaha. nak online pon maleh. maklumlah, bulan bulan pose ni memang kalau dibawa tidur susah mau dibangun. sekali kepala letak kat bantal, tak sempat cicak nak menjengah kita dah berdengkur. memang sedap je tidur. hari tu aku tidur pukul 4.30 petang, sedar sedar dah pukul 6.45. asar pon idok lagi. mak kejut terus bangun solat. pastu baru beberapa minit, dah berbuka. hahaha. indah sungguh perasaan tu. tak perlu rasa menyeksa jiwa raga untuk tunggu waktu berbuka lama-lama. nak dapat can tidur macam tu lagi memang tak lah. peluang tidur macam tu datang sekali dalam seumur hidup je. kalau hari lain, nyaye mak aku dah melaung satu kampung.

rasanya entry kali ni aku tanak bebel panjang panjang. takde idea pon nak cerita apa. kalau nak cerita pasal preparation raya, benda yang sama juga macam korang buat. so apa yang korang prepare, benda tu jugak aku prepare. hahaha. easy to tell your story right? lepas ni tak tahu bila aku akan update semula. hari-hari kebizian semakin menghampiri. jangan rindu rindu sangat kat aku. kekeke. till then, papai uolss

Saturday, July 20, 2013

Cermin Diri Sendiri

Nur Syazni bt Abd. Razak .. tu baru intro der. now let's begin ...

1) perkara wajib setiap kali mandi ialah basuh baju. memang dah tabiat dari sekolah, kalau tak membasuh rasanya macam tak lengkap je kitaran mandi.
2) mata wajib ditutup dengan something sewaktu tidur especially malam. walaupun memang bilik dah gelap, mata tu mesti nak kena cover.
3) nama timangan dalam family, KUDID. guwa pun tak tau apa maksudnya.
4) penggemar tegar cerita kartun.
5) mudah touching, terutamanya bila tengok cerita sedih-sedih. dan dan tu air mata meleleh.
6) sangat mementingkan masa. kata lainnya very punctual lah. kalau kata nak jumpa pukul 5, lagi 5 10 minit nak pukul 5 aku dah siap.
7) sangat mencintai bahasa inggeris. feveret subjek tapi tak pandai mana pun. setakat YES, NO, ALRIGHT tu boleh lah.
8) suka mencari lagu-lagu baru. kira sentiasa update dengan lagu yang terkini tapi hanya english songs.
9) suka pasang lagu kuat-kuat, pastu dengar ikut earphone bila stress, marah, upset and yang sama waktu dengannya.
10) sangat mudah terjaga bila dikejutkan dari tidur.

11) makanan kegemaran laksa dan tomyam.
12) mempunyai taste yang sangat tinggi terhadap pilihan hati. (poyo macam awok tu cantik sangat)
13) kekemasan dan kebersihan amat penting. kalau tak nanti rasa kepala ni macam serabut je.
14) bad tempered person but senang nak cool down.
15) kalau bab buat kerja ni, jenis tak berkira sangat. kira nya aku akan buat sebanyak mana yang aku mampu walaupun tu tugas orang lain.
16) masuk bab cintan cintun ni, aku seorang yang sangat setia, penyabar, suka berterus terang.
17) garang dan jenis yang outspoken.
18) mudah dipengaruhi oleh orang lain. maksudnya susah nak tetap dengan pendirian sendiri.
19) jangan tak percaya kalau aku seorang yang romantik.
20) merupakan bekas ahli taekwondo. tali pinggang MERAH tu. kalau aku test lagi sekali, sudah BLACK BELT mehh.

21) pernah bercinta dan hanya mampu bertahan untuk beberapa bulan sahaja. that was my first love.
22) aku seorang yang simple tapi dalam simple tu, aku mementingkan kesempurnaan.
23) memiliki penyakit nervous yang severe.
24) pemalu yang teramat.
25) suka menceriakan hari-hari orang lain dengan lawak bersahaja.
26) suka ketawa berdekah-dekah. memang tak elok tapi aku rasa puas. hehe
27) aku suka shopping baju, seluar, skirt, tudung, kasut.
28) kalau masak-masak ni, ada masa rajin memasak, ada masa malas memasak. tapi dijamin setiap masakan aku tu sedap. (ikut lidah aku ler. lidah orang aku tak tau)
29) memiliki sikap penyayang yang menebal dalam diri.
30) aku lebih suka mencari kawan dari mencari cinta.

31) tak suka guna nama sendiri untuk akaun fesbuk.
32) menyimpan hasrat untuk memakai braces satu hari nanti.
33) im a good listener.
34) kepala aku akan jadi serabut kalau dengar orang tu bercakap dengan nada and suara yang kuat. grrr. telinga jadi bingit gila.
35) suka menyanyi tapi malangnya suara tak sedap.
36) rajin mengemas rumah.
37) seorang yang bersifat terbuka.
38) kuat merajuk tapi mudah sangat dipujuk.
39) suka bermanja-manja dengan semua orang sebab rasa disayangi.
40) suka pada kejutan. i like any types of surprises, but the good one only lahh.

41) tak suka dengar bunyi mesin kelapa, blender dengan mesin rumput.
42) buah betik adalah satu-satunya buah yang aku tak suka makan sebab nanti berak bau buah betik. erghh. aku tak suka.
43) tak suka pakai mekap. malah tak reti pon nak pakai.
44) tak berani and tak suka tengok cerita hantu.
45) lemah semangat, maksudnya aku ni kuat terperanjat. kalau aku menjerit sebab terkejut, hmmm konfem korang semua boleh pekak.
46) aku selalu berangan, kalau satu hari nanti aku ada keluarga sendiri, aku akan melayan and menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu sebaik mungkin. (hahaha, over giler kan)
47) aku akan pastikan cadar katil aku akan sentiasa tegang dan kemas. walaupun kedut sikit je, aku akan tegangkan jugak. even nak tidur pon aku kan tegangkan semula cadar.
48) suka mandi malam.
49) pembuli tegar kucin-kucin.
50) tak suka makan cheese and minum susu. rasa loya je tekak.


::THE END::

berhari-hari aku kaji selidik diri sendiri. who was me before this makes who i am today. someone with great personality and i proud for who i am now.

^_-

Friday, July 5, 2013

Nak Buat Jugak!

aku ni jenis yang suka baca belog tapi belog terpilih sajalah. macam belog tasha manshahar, hana tajima, ainan tasneem. wei, merepek apa duh. tu bukan bloggers. senang cerita macam ni lah. aku tak follow blog yang femes femes ni, yang dah berkilo kilo dia punya follower. aku lebih prefer baca belog member member aku. tak tahu kenapa tapi aku lah follower setia korang. hakhakhak. *nampak tak guwa nak bodek kat situ*

eh, tapi memang betul pun. mana mana kawan aku yang jadi blogger and aku tahu link dorang, aku akan follow and baca. bukan setakat follow meng'khinzir buta, guwa baca sekali oke. suka pulak baca isi hati kawan kawan kita ni. iye lah, bukan apa. kita bukan nya ada 24jam sehari tu untuk dok dengar segala cerita dorang, kadang kadang apa yang terlintas dalam hati dorang tu, dorang lebih suka tulis and share kat belog. sama lah macam aku ni.

hari tu aku ada baca entry eg pasal personaliti diri, hari ni aku buka belog sheb, dia pun dah buat pasal personaliti diri. cehhh, aku pun nak buat jugak! mana boleh aku ketinggalan macam ni! hahaha. actually memang dah lama nak buat tapi belum ada masa memikirkan sikap and perangai sendiri. aku lebih suka share benda yang berlaku dalam kehidupan aku. tapi tidak mengapa, nanti aku pun akan buat jugak entry pasal diri aku. ha.. nanti dah baca jangan terjatuh cinta dengan aku sudah lah. kihkihkih.