Friday, July 5, 2013

Nak Buat Jugak!

aku ni jenis yang suka baca belog tapi belog terpilih sajalah. macam belog tasha manshahar, hana tajima, ainan tasneem. wei, merepek apa duh. tu bukan bloggers. senang cerita macam ni lah. aku tak follow blog yang femes femes ni, yang dah berkilo kilo dia punya follower. aku lebih prefer baca belog member member aku. tak tahu kenapa tapi aku lah follower setia korang. hakhakhak. *nampak tak guwa nak bodek kat situ*

eh, tapi memang betul pun. mana mana kawan aku yang jadi blogger and aku tahu link dorang, aku akan follow and baca. bukan setakat follow meng'khinzir buta, guwa baca sekali oke. suka pulak baca isi hati kawan kawan kita ni. iye lah, bukan apa. kita bukan nya ada 24jam sehari tu untuk dok dengar segala cerita dorang, kadang kadang apa yang terlintas dalam hati dorang tu, dorang lebih suka tulis and share kat belog. sama lah macam aku ni.

hari tu aku ada baca entry eg pasal personaliti diri, hari ni aku buka belog sheb, dia pun dah buat pasal personaliti diri. cehhh, aku pun nak buat jugak! mana boleh aku ketinggalan macam ni! hahaha. actually memang dah lama nak buat tapi belum ada masa memikirkan sikap and perangai sendiri. aku lebih suka share benda yang berlaku dalam kehidupan aku. tapi tidak mengapa, nanti aku pun akan buat jugak entry pasal diri aku. ha.. nanti dah baca jangan terjatuh cinta dengan aku sudah lah. kihkihkih.

No comments:

Post a Comment