Thursday, May 16, 2013

Bahagiamu, Deritaku ...

saat aku ingin menulis entry ni, air mata tiada henti mengalir di pipi. perit yang aku rasa tiada terkata. hanya Allah yang mengetahui betapa pedihnya hati. sedalam kasih aku pada Kamal, sedalam itu juga pahit yang aku rasa ketika ini. harapan aku untuk bahagia dengan dia sampai hujung nyawa hanya tinggal sia-sia. perlahan-lahan Kamal meninggalkan aku, lama sudah aku perasan dengan perubahan perilakunya tapi hati aku masih menidakkan dan masih mempercayai dia. kenapa aku sungguh naif? dengan mudah maruah dan harga diri aku diberi kepada insan yang tidak menghargai keikhlasan aku.

teringat saat indah kami bercinta, semuanya sungguh indah dan bahagia. ketika itu, hati aku sungguh yakin bahawa dia lah yang akan membimbing aku ke syurga kelak. angan-angan dipasang terlalu awal sehingga aku hanyut dengan khalayan sendiri yang nyata nya kehadiran dia adalah bersifat sementara. teringat kata-kata manis Kamal, membuat hati aku bertambah pedih dan terus terluka.

dendam? benci? marah? sedih? saat ini, mungkin semua perasaan ini sedang bercampur baur dalam darah aku. aku lebih kenal dengan diri aku, perasaan ini hanya bersifat seketika. masa dan keadaan akan memulihkan semula perasaan di hati ini.

awak, kenapa setiap kali saya meminta putus, awak tidak pernah memberi jawapan yang sejujurnya? awak tidak pernah kata setuju atau pun tak setuju. hubungan ni tergantung macam tu je. saya sendiri pun tak tahu apa status hubungan kita sekarang. saya tak tahu apa yang awak nk dari saya? kalau betul awak dah tak suka saya, tak sayang saya, kenapa awak tak lepaskan saya? jangan buat saya macam ni. hati saya pedih sangat, saya tak tertanggung seorang diri. kalau betul hubungan kita sampai di sini sahaja, mungkin saya akan sedikit lega. tapi bila awak tak lepaskan saya tapi awak layan saya tak ubah macam kucing kurap yang mengharapkan kasih orang, saya sakit. terlalu sakit. selama ni saya sentiasa sabar dengan kerenah awak, saya sabar dengan perangai awak, tapi mungkin tidak untuk kali ni.

selama ni saya yakin awak sungguh ikhlas terhadap saya, saya sungguh megah dengan kawan-kawan bahawa saya ada awak yang sentiasa di sisi saya. sejujurnya saya menerima awak 6 bulan yang lepas kerana keyakinan saya itu. hati saya juga ikhlas menyayangi awak, sepenuh hati jiwa dan raga saya. tiada kata atau gambar yang dapat diluahkan betapa jujur dan ikhlas perasaan saya terhadap awak.

terima kasih awak sebab awak telah mengajar saya betapa indahnya cinta, betapa bahagia nya apabila dicintai. dengan ini, saya rela lepaskan awak pergi. sejak dulu lagi, saya berdoa jika saya memiliki satu perhubungan, saya lebih rela kalau si dia yang membuat keputusan untuk melepaskan saya. bagi saya, saya rela menanggung sakitnya cinta itu daripada si dia yang merasainya. kini baru aku tahu, memang sungguh perit apabila ditinggalkan. takpelah, aku terima dengan hati yang lapang. sakit cuma sekejap, lepas ni mesti aku akan bahagia semula seperti yang lalu tanpa Kamal di sisi.

Kamal, ermmm .. saya doakan semoga awak sentiasa bahagia dengan kehidupan awak sekarang. walaupun saya tak tahu punca hubungan kita jadi begini, saya berharap awak tak akan buat macam ni kepada gadis lain. cukuplah saya seorang je yang merasai luka ni. semoga awak akan mencapai kejayaan di dunia mahu pun akhirat, in shaa Allah. jaga diri, jaga kesihatan. awak tu selalu sakit-sakit, ubat jangan lupa makan. anggaplah pemberian dan pertolongan yang saya beri selama ni adalah pertolongan seorang sahabat. mungkin susah untuk saya lupakan awak dan buang perasaan sayang ni jauh-jauh, tapi saya akan belajar sedikit demi sedikit. buat sementara waktu ni, awak janganlah cari saya lagi. bantulah saya untuk cuba lupakan awak seperti mana awak sudah pun melupakan saya untuk sekian lamanya. awak tutuplah fon tu, biar saya tahu bahawa awak dah tak wujud dalam kamus kehidupan saya lagi. saya janji saya tak kan stalk fesbuk awak lagi. mungkin lepas saya pulih, kita boleh berkawan semula seperti yang kita lakukan dahulu.

(sebenarnya, saya sendiri tak pasti sama ada saya mampu lepaskan awak buat masa ini)

No comments:

Post a Comment