Sunday, March 30, 2014

Ceritera

hamaigadd! lama nye tak hupdate belog. tak tau nak cakap sebab ape. busy pon iye. malas pon iye jugak. senang cerita ialah sebab malas kerana kesibukan masa. haaa gitu kau! so whats up guys? are you doing well? hopefully so (;

oke, actually aku baru je habis praktikal, dalam 2 minggu yang lepas. aku ditempatkan di HKL. haaa kalau bebudak fisio dengar HKL mesti rasa gerun. gerun bukan sebab ape pon, sebab "orang tua" tu tapi you alls tak yah risau dah lepas ni kalau dapat posting kat sana sebab "orang tua" tu dah pon pencen. so selamatlah hidup kome.

quite hectic jugak HKL ni. memang penat la kalau dapat kerja kat sana. kalau aku diberi pilihan, HKL ni takde dalam list aku. kehkehkeh.

bagi aku, best sebenarnya posting kat HKL ni. so far staff kat sana boleh dikatakan oke lah jugak. adat la kan kalau ade fisio yang cengil, poyo and sebagainya. hospital lain pon mesti ada jugak kan. bagi aku yang paling best ialah aku dapat ramai kawan kat sana. ade dari KSKB, MAHSA, SIME DARBY, UTAR and ICAN. first time dapat kawan se havoc macam ni. plus minus ada lah dalam 40 orang. bayangkan crowded nye HKL. dengan staff HKL dah ada dalam 80 orang.

hmm tetiba dah rasa malas nak sambung tulis. tengok! makin lama makin malas aku ni. oke la, next time aku sambung cerita pasal HKL ni. Daaa

Tuesday, January 7, 2014

Nasib Baik Tak Cirit

memang payah sikit kalau dapat perut yang lawas dia memang superb. kalau kena hari-hari biasa yang kita takde hal takpe jugak. tak kisah. anytime je boleh pergi qada' hajat tu. ini hari dia memulas lambat pulak. hari ni paper aku pukul 9.00 pagi. biasanya 8.20 aku dah gerak dari kolej. dan kebiasaannya sebelum mandi tu aku dah siap-siap kosongkan perut aku.

nak dijadikan cerita, masa aku tengah syok jalan-jalan kaki nak pergi dewan exam, time tu jugak lah perut aku memulas tak tentu pasal. tengok jam, uihh aku tak boleh singgah mana-mana toilet ni. kang tak sempat pulak. so aku abaikan. aku jalan cepat-cepat. lama-lama tu aku tak perasaan pemulasan perut ni hilang.

tepat jam 9 pagi, maka aku masuklah ke dalam dewan exam. haaa belum pape lagi perut aku memulas balik. kali ni kaw-kaw dia pulas. aku baru je sentuh pen. kacau daun betul lah perut aku ni. tengok soalan memang banyak, semua nak esei yang berjela-jela. masa diperuntukkan pulak 2 jam je. kalau aku keluar pergi toilet ni memang confirm aku tak sempat jawab semua. maklumlah, aku kalau pergi meng qada' ni memang makan masa yang lama. ahhh biarlah perut aku memulas pun. aku terus jawab soalan. dalam tengah menahan sakit perut ni, tak perasan pulak sakit tu hilang. maka dengan senang hatinya aku jawab exam.

lagi setengah jam nak tamat masa, perut aku memulas balik. fuhh sakit nye haii. sabau je la. aku tengok jam, tak boleh jadi ni. kena tahan. sikit je lagi nak habiskan masa. soalan pun ada banyak lagi tak jawab ni. berpeluh-peluh kau. dengan ketabahan yang aku miliki, aku harung jugak lah menahan sakit perut ni. tangan yang lagi sebelah ni dah picit-picit dah perut. nasib baik aku tak terkentut-kentut. aku doa supaya aku tak tercirit time tu. alhamdulillah, lepas 2 jam aku pon keluarlah dari dewan exam.

dah keluar ni taknak pulak sakit perutnya. sabau je la. hahahaha. entry kali ni kotor sikit. ape adehal, jangan baca entry ni time makan lah kan. jumaat ni last paper, Therapeutic exercise. makin last paper makin malas nak study la jawabnya. huhu

Friday, January 3, 2014

Pandangan Anda Macam Mana?

welcome 2014, happy new year to all. semoga tahun ni memberi kita semangat yang baru demi menghadapi segala cabaran dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ni. malas nak cerita panjang pasal new year ni sebab aku rasa new year story is too mainstream.

actually aku nak minta pandangan korang tentang hubungan korang dengan EX korang. nak jadikan seperti sahabat sepertimana hubungan sebelum couple? musuh? ignore je ke? atau layan je macam sahabat biasa?

korang pon dah tau kan aku ada pengalaman clash dengan boyfriend, first time dalam hidup kena DUMP! kira-kira dah 6 bulan jugak lah. lepas je ex aku suruh clash, time tu aku tak tau nak cakap apa. nak desribe perasaan pun tak tau sebab time tu tak rasa pape. dipendekkan cerita, lepas aku clash tu aku harap hubungan aku dengan ex aku akan jadi macam kawan balik, sama rapatnya seperti sebelum kitorang couple. memang sangat aku harap macam tu sebab aku tak nak kehilangan kawan tapi bukan bermakna aku mengharapkan dia lagi.

lepas clash tu, lama jugak lah kitorang tak contact and kalau texting pon memang jarang gila. mula-mula tu memang rasa kosong but then lama-lama aku boleh adapt and semakin boleh menerima hakikat. kadang-kadang tu ada juga aku teringat kat dia. lama-lama aku buat keputusan aku tak nak hubungan aku dengan ex ni jadi rapat macam kawan. aku rasa itu lah keputusan yang paling tepat. kalau korang?