Friday, June 22, 2012

Tanda Hubungan Menjadi

Entry kali ni aku nak share tentang tajuk kat atas. Kalau ada yang baca peiper Utusan Mingguan Ahad lepas, sure korang akan ada terbaca satu artikel nih. Kalau tak baca, jom baca sekarang. Saja-saja nak share.

1) Tanda-tanda ini sebenarnya bergantung kepada bahasa badan. Jika si dia melihat ke dalam mata ketika bercakap si dia sebenarnya memberikan sepenuh perhatian  kepada anda berbanding rakan-rakan lain.

2) Namun, keadaan ini sebenarnya tidak praktikal sekiranya dia atau anda sedang memandu. Namun sekiranya ia melibatkan perbualan dari hati ke hati, dia akan memberi sepenuh perhatian kepada anda dengan mengalihkan badannya ke arah anda dan memerhatikan ekspresi wajah anda. Ini adalah petanda bahawa dia ingin mengetahui apa yang anda sedang fikirkan.

3) Jika teman lelaki anda bertanya tentang kisah silam anda, impian dan kemahuan anda, keperluan dan bagaimana anda mahu diinspirasikan olehnya, ehem ehem....si dia sebenarnya sudah mula ingin mula mengenali diri anda lebih jauh.

4) Cara dia memberikan anda pelukan dan belaian adalah berlainan daripada yang biasa dia lakukan terhadap anda sebelum ini. Bukan berbenyuk rangsangan seksual namum belaian berdasarkan rasa keikhlasan. Dia juga akan cuba mententeramkan anda ketika anda berada dalam keadaan hari-hari yang teruk.

5)  Si dia boleh diharapkan dalam keadaan yang sukar bagi hidup anda disaat orang lain mula menjauhkan diri mahu pun buat tidak tahu dalam hidup anda. Tandanya hubungan anda telah memasuki satu fasa berlainan-mungkin setingkat lagi.


6) Dia memberi anda hadiah yang istimewa bukan bermakna memberikan hadiah yang paling mahal. Namun mungkin sekadar kad buatan tangan, memberi sepotong kek yang cantik, memberi bunga-bungaan untuk hari jadi anda, itu juga sifat nyata yang si dia mahu menjalinkan hubungan dengan anda dalam tingkat yang seterusnya.


7) Si dia membuatkan anda terasa  sangat istimewa sesekali menyatakan betapa dia melihat anda kelihatan cantik di matanya atau anda kelihatan menarik buatnya.


8) Dia mahu anda berjumpa dengan rakannya atau orang yang penting dengan dirinya. Itu tanda si dia mahu anda mengenali insan atau rakan-rakannya yang penting.


9) Anda merasa persahabatan anda dengannya semakin mesra dan anda merasa selesa dengannya begitu juga dengan si dia. 


10) Dia suka menghabiskan masa dengan anda dan melayan anda sebagai seorang teman karib dan memberitahu perancangan serta impiannya. Berkongsi pandangan dan cita rasanya dengan anda itu juga adalah salah satu keadaan yang mana hubungan anda sebenarnya sedang berada pada tahap yang sempurna untuk diteruskan.


Ini hanyalah panduan je. Tak semestinya setiap pasangan itu akan mengalami setiap stage yang disebutkan kan? Aku rasa mungkin ada lagi tapi aku tak tau lah. Almaklumlah, orang berpasangan ni ada banyak ragam dan keistimewaan masing-masing. Sebelum aku diisyhtihar sebagai plagiarise hak orang, ingin diumumkan sekali lagi bahawa isi-isi disumberkan dari Utusan Mingguan. Kbye

Thursday, June 21, 2012

Berserah Dan Reda

Actually kan, aku sebenarnya konfius nak eja reda macam mana. Sama ada "Reda" atau "Redha"? Bedal aje lah asalkan korang faham. Oke, berbalik kepada topik asal. Hmm, kita semua tahu dan sedia maklum bahawa hidup kita ni ibarat roda, tak sentiasa berada di atas dan tidak selalunya berada di bawah. Lagi satu, life is like a box of chocolate, we will never know what choc we will get inside the box.

Kita ni hidup kat dunia untuk sementara waktu je, tak perlulah nak gah sangat kalau kau dah berpangkat atau duit berkepuk-kepuk kat tangan sampai boleh buat kipas. Ingat, Allah benci hambanya yang sombong, riak dan bongkak. Tapi kenapa wujud juga orang seperti ni? Inilah namanya ujian, kalau dia sendiri tak berusaha untuk berubah maka tiada hidayah yang akan Allah berikan kepadanya. Aku sendiri dah bosan hidup dikelilingi orang macam ni! Seriously I tell you. Bukan nak mengungkit tapi bila dikenang balik, rasa macam..."Why they turn out this way? Why my Mom has to face all these? Why my Mom has to suffer like this? Why my family get that shit? Till when my Mom will stop crying? Cant you see how much she suffer in her life?" Persoalan WHY ni keep spinning in my head and it makes me sick.

Walaupun dah banyak mak ayah aku berkorban, jasa hanya dibalas dengan fitnah dan diabaikan. Tapi nak buat macam mana, ini semua ketentuan Allah untuk hamba-hambaNya. Jadi kami adik-beradik perlu berjaya dan jadi muslimah yang bermaruah untuk melindungi nama mak ayah. Aku nak mak ayah dipandang tinggi kerana berjaya mendidik anak-anaknya sehingga berjaya. Aku nak tengok selama mana dorang boleh berada kat puncak sana? Once they fall, don't ever try to call my Mom and step to our home. Believe me, I will never let you in. Apa yang aku mampu tolong mak hanyalah dengan kata-kata semangat. At the end, mak reda dan berserah kepada Allah.

Hidup ni pula kita tak dapat jangka apa yang akan berlaku. Even sesaat akan datang pun kita tak tau senario apa akan ditayangkan dalam hidup kita. Seperti orang kata, kita hanya mampu merancang tapi Allah menentukan segalanya kerana Dia yang lebih tau apa yang terbaik untuk kita. Aku tertarik dengan satu entry sahabat aku yang boleh dikatakan sahabat baik jugalah. Dalam entry tu dia menceritakan kisah kegagalan dia untuk menempuhi final exam yang lepas. Setiap orang dugaannya berbeza berdasarkan kemampuan masing-masing. Wahai sahabat, tabahkan hatimu menempuhi segala dugaan yang diberi olehNya. Aku sendiri kagum melihat kau sabar dan terima ujian ini sedangkan aku sendiri lemah dan gagal mengawal emosi. Mungkin ujian ini akan memberi satu ganjaran yang tidak terhingga hebatnya kepadamu. Aku tau kau telah berusaha dengan gigih namun apa yang boleh dilakukan andai ini takdirnya. Yang penting reda, berserah dan tawakal kepadaNya.

Sebagai kesimpulan, hidup ini sememangnya penuh dengan cabaran dan ujian yang berlainan bentuk. Ada yang lupa diri, lupa asal usul, hajat dan impian yang tidak tercapai dan sebagainyalah. Oleh itu, kita perlu sentiasa mendekatkan diri kepadaNya agar tidak lari dari landasan Islam yang suci.

*Bolehlah ni hantar karangan kat cikgu esok. 5 perenggan. Not bad. Huhu

Tuesday, June 19, 2012

Kami Berkayap

Masa tengah siram pokok bunga tadi, ternampak tanah. Ofcos la memang kena nampak tanah. Hengat kau duduk kat kayangan! Hahaha. Actually teringat masa kanak-kanak dulu, when I was a pretty cute little girl. Angkara adik aku, kami 4 beradik terkena penyakit kayap. Tau kayap tu apa? Intan dengan Laeykha mesti tau kayap tu apa kan? Hehehe. Kalau tak tau, try cari kat Incik Google. Kalau tak jumpa, tanpa segan silu tanyalah mak ayah anda ye. Standard lah kan kalau bebudak suka main tanah, aku pun suka main tanah jugak. Konon buat bom lah, kuih donat lah, kuih badak berendam lah, segala macam kuih aku pernah buat dengan bahan-bahannya cuma air dan tanah je. Pastu jemur.

Oke, nak dijadikan cerita maka suatu hari adik aku kena kayap dan telah berjangkit kat 3 orang kakak dia sekali. Semuanya sebab suka sangat main tanah. Takpe, orang kata sharing is caring. Aku tak ingat adik-beradik aku yang lain kayap tu kena kat area mana tapi aku kena kat kedua-dua belah tapak tangan. Hmmm, aku pun tak dapat bayangkan macam mana aku buat ADL setiap hari. Maybe mak yang tolong kot. Lama jugaklah kami kena kayap ni. Tak silap aku berbulan-bulan baru sembuh.

Ubat tak payah cakaplah. Merata mak aku pergi, sama ada moden atau tradisional semua mak aku try. Mesti parents aku sangat-sangat risau kan. Mana tak nya, kitorang time tu memang kecik lagi, kayap pulak memang bahaya. Yang aku ingat, every month mak ayah akan bawa kitorang pergi jumpa specialist untuk ambil injection. Doktor enjet kat punggong! Sakit tapi aku budak kuat, tak nangis pun. Along aku je yang nangis setiap kali datang sampai doktor cakap camni, "Kalau awak nangis, nanti saya kasi jarum yang lagi besar." Terus along aku diam. Time tu aku bayangkan jarum yang doktor cakap tu besar macam senapang gajah. Aku pun gerun. Last treatment kitorang kat hospital, doktor cakap macam ni kat mak, "Kak, lepas ni saya tak tau nak kasi ubat apa lagi. Ini ubat yang paling kuat saya bagi." Ini mak yang ceritalah, aku tak dengar pun. Tapi kenapa doktor cakap macam tu? Sebabnya kitorang takde improvement langsung! Doktor pun dah give up nak treat kitorang.

Tapi mak still cari ubat kampung jugak, mana je orang cakap mak akan pergi. Kasihnya ibu bapa ku terhadap kami. Antara kami 4 beradik, aku yang paling teruk sekali. Adik punya pasal, aku pula yang terkena lebih. Teruk tu bukannya kayap tu merebak satu badan cuma pernah satu malam tu mak terjaga dari tidur. Masa tu kami tidur beramai-ramai, tak tidur dalam bilik sebab senang mak nak jaga. Mak terjaga dari tidur dan ternampak aku tengah makan kudis sendiri! Euwww....korang pun jangan nak geli sangat dengan aku. Hengat aku nak makan kudis? Buat tabiat namanya tu tapi semua tu berlaku tanpa aku sedari. Mak kata mungkin sebab penyakit aku jadi macam tu. Mak cakap malam tu mak nangis teresak-esak, sedih tengok aku jadi macam tu. Sorry mak, tak niat pun nak makan kudis tu.

At the end, mak dapat jumpa sorang tukang ubat kampung ni. Aku ingat lagi nama dia, kami panggil Atuk Karim. Arwah dah atuk ni. Hmm...berubat dengan atuk ni baru kitorang sembuh. Malam-malam atuk tu suruh sapu ubat kunyit yang dah dicampur dengan bahan-bahan lain. Busuk gila bau ubat ni. Lepas tu kitorang kena mandi bunga atas tangga, malam pula tu. Menggigil-gigil aku. Last sekali, mak kena buang kitorang dan suruh jiran ambil kitorang jadikan anak angkat. Alaaa...bukan buang kat tong sampah. Ayat macam buang tapi macam letak kitorang bawah pokok pisang, ada bawah pokok mangga, pokok rambutan, pastu nanti jiran datang ambil kitorang bawa balik rumah dorang. Kira macam cerita orang buang anak tu kan, lebih kurang macam tu lah. So, setiap kitorang ada mak angkat masing-masing tapi mak angkat aku dah pun meninggal dunia masa aku form 1. Lepas habis semua treatment ni, barulah kitorang sihat sepenuhnya. Alhamdulillah. Terima kasih mak, ayah sebab jaga kami 4 beradik sampai sembuh.

Sunday, June 17, 2012

Keluhan Sahabat

Rajin nya hari ni nak post banyak entry. Alaaa...bukan apa. Sementara internet ni oke, baik saya manfaatkan dengan sebaiknya. Satgi kalau tenet ni jadi biol balik, dah berjanggut baru dapat post entry baru. Oke, jom kita baca kisah lucu.

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka dah buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pula?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Nak juga rancang anak 2 3 ekor buat menemam hari tua. Ada juga waris aku bila aku dah tak ada satu hari nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dorang makan telur aku, macam mana aku nak dapat waris!

Lembu : Sabarlah Ayam. Nak buat mcam mana. Kita ni binatang je. Tapi semalang-malang nasib kau, lagi malang nasib aku.

Ayam : Apa maksud kau?

Lembu : Kalau fikirkan aku, memang rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah nak paggil aku MAK.

Ayam : (Tak boleh pakai punya lembu)



Kisah Takutkan Isteri!

I think its been a time I'm not posting any moral stories right. Oke, today I wanna share a story with all of you guys. (bajet jadi awek mat salleh pulak)

Cerita bermula begini.....

Sekumpulan para suami yang darjah ketakutan mereka kepada isteri masing-masing amat luar biasa telah pergi menemui pakar motivasi untuk mengubati penyakit yang amat serius ini. Setelah mengikuti kursus yang dikendalikan pakar motivasi berkenaan, para suami yang amat takutkan isteri itu telah mendapat suntikan baru yang amat luar biasa. Kesemua mereka ketika diberi peluang untuk berucap telah berucap dengan semangat yang berapi-api, yang rata-rata nampaknya sudah tidak takut kepada isteri lagi.

Ketika suami yang darjah ketakutan kepada isteri paling terserlah hendak berucap, tiba-tiba diumumkan oleh pihak urus setia kursus bahawa isteri para peserta sedang berada di luar dan sedang mara menuju untuk memasukki dewan. Mendengar pengumuman ini, semua peserta habis cabut lari menyelamatkan diri dari isteri masing-masing kecuali yang sedang pegang mikrofon dengan gaya begitu bersemangat hendak berucap.

Menyedari suami yang paling penakut ini masih di dewan dan tidak lari keluar, para peserta yang lain sepakat berpandangan bahawa pakar motivasi betul-betul hebat kerana telah berjaya memberi semangat baru kepada pesertanya yang paling penakut itu.

Tatkala semua para isteri dan suami memasukki dewan, mereka hanya melihat suami yang paling penakut tadi berdiri gagah memegang mikrofon. Isterinya juga kehairanan melihat suaminya yang tidak lagi menunjukkan sebarang ciri ketakutan terhadapnya. Apabila didekati, rupa-rupanya sudah kaku mati!






Pengajaran: Alangkah indahnya jika sifat setakut ini hanya dikhususkan untuk Allah S.W.T.   =)

Aduh....Kuciwa

Korang dah tau kan saya ni suka dengar lagu english kan? Ni ha, satu video ni dah lama saya nak tengok tapi tak berkesempatan sebab selalu terlupa dan masalah internet yang tiada kesudahan ni. Korang mungkin dah tengok video ni tapi saya saja nak share. Bagi yang belum tengok, korang wajib tonton dan dengar lagu ni sampai habis.





Dah tengok? Hahaha. Lawak kan? Adui....kesianlah kat cik awek ni. Saya mula-mula tengok pun, mak aihhh...Dah lah badan tough, memang tak berkelip mata tengok. Muka kacak. Tip-top. Saya ni dah lah minat lelaki yang berbadan tough, last-last....mmmm GAY rupanya cik abang ni. Saya gelak punyalah kuat. Memang tak boleh tahan lagi. Oke lah...lagu best, video pun best. Sempoi~

Aku Pun Tak Paham Lah!

Masuk hari ni, dah seminggu internet kat rumah ni buat hal. Aku pun tak paham kenapa la line ni jadi begini. Before ni dah buat report, penyudah orang TM kata mungkin rumah ni kena buat wiring balik. Kalau masalah kabel dalam dinding rumah ni, kenapa line ni kejap oke kejap tak oke. Sepatutnya sentiasa tak oke lah kan?

Dalam seminggu ni, walaupun aku tau mustahil untuk dapat connection tapi aku tetap berusaha untuk on kan streamyx ni. I even waited for hours everyday! At last, after a week, this night, with His bless, I've got the connection. Syukur alhamdulillah. Boleh mati tau tak tanpa internet ni. Lepas ni, tak tau lah bila lagi aku dapat online semula. Tunggu dan lihat je lah.

Thursday, June 14, 2012

Kuala Langat

Malam Isnin yang lepas, agak-agak dalam pukul 10 lebih kot, Mak dapat call dari Cik Ita iaitu wife kepada pengerusi homestay Air Limau untuk ajak aku join program homestay kat Kuala Langat pula. Last minute tau tak. Dah la aku tengah get ready nak tidur, tak pasal-pasal kena pergi sana pula. Nak kena packing baju lagi. Seyes malas! Ikutkan hati memang tak nak pergi sebab aku ada banyak kerja yang perlu di settle. Tapi bila mak dah start keluarkan ayat-ayat power beliau, hmmm....kena ikut jugalah jawabnya, Tadi asalnya macam bagi pilihan kat aku, tak kisah nak ikut ke tak sebab orang offer. Bila dah start pujuk ni, mulalah hati ni rasa terkilan dan rugi kalau tak ikut.

Apa lagi, dengan sepantas kilat aku packing barang, iron baju semua. Dalam 12 lebih baru siap. Tu pun malam tu tak dapat lelap sangat. Kenapa entah. Esoknya sebelum Subuh lagi mak dah kejut bangun. Aduhai....tak cukup guwa tidur. Pukul 7 pagi mesti ada dalam bas sebab nak gerak ambil orang lagi kat homestay Sri Tanjung dengan Kampung Morten. Hmm...semua orang lelap dalam bas, aku sorang je yang tak dapat tidur. Stress! Pukul 9.30 pagi kitorang berkumpul kat hotel mana entah kat Melaka tu untuk breakfast. Alaaa....hotel murah je, bajet ciput kot. Dah makan, ada lagi 1 bas dari homestay Alai dengan mana entah gerak sekali ke Kuala Langat.

Around 12.30, kami semua sampai ke homestay Kampung Kundang, Tanjung Sepat. Makan dulu der, dah tengah hari ni. Pastu kami semua diberi keluarga angkat untuk bermalam di sana. Nasib baik dapat sekali dengan mak aku. Family angkat aku ni tauke kerepek. Untung lahhh!! Hahaha. Program tengah hari tu kitorang melawat produk-produk yang ada kat sana. Hmm, area sini aku rasa memang produk utama dia kerepek lah. Semua yang kitorang pergi tu hasilkan kerepek. Gambar pun aku tak ambil sebab takde mood rasanya nak tangkap gambar. Semua benda yang sama je. Cuma yang aku kagum kat sini, pengusaha kerepek ni sangat berjaya sebab ada produk-produk mereka dieksport ke luar negara seperti Australia, mmmm...lupa lah kat mana lagi and bakal dieksport ke Filipina. Aku dengan mak tak beli banyak mana kerepek sebab nanti ada lawatan ke Sepang. Haaa....kat sini ada laaaaagi banyak kerepek. Beli kat situ je nanti.

Malam pula ada ucapan dari pengarah perlancongan negeri Selangor dan dinner sambil dihiburkan oleh kumpulan muzik dari kampung Banggoris. Menu istimewa malam tu tempe goreng. Memang sedap tempenya, lain dari yang lain. Banyak pula tu aku makan. Risau juga ni takut-takut nanti muka jadi macam tempe. Tapi takpe, ada orang kata nanti aku tempe kiut. Hahaha. Esok pagi nya, pukul 8 pagi dah gerak ke homestay Kampung Sungai Lang Tengah. Ada aerobik bagai, dengan jeans nya, high heel nya, bedal ajelah. pastu kitorang dibawa untuk melawat produk kerepek lagi. Alahaiii...isi perut dengan kerepek je la perut ni. Kat sini ada 2 keping gambar je yang diambil sebab ni kuih tradisional kita.


Cuba teka makcik ni tengah masak kuih apa? Haaa...ni kuih sepit. Kalau tak silap aku, kuih sepit ni bukan kuih tradisional kita tapi orang Cina punya. Kalau aku salah, tolong betulkan ye. Baru aku tahu macam mana nak hasilkan kuih sepit banyak-banyak. Berpeluh-peluh makcik ni. Ada juga yang amik nk rasa panas-panas punya tapi aku tak nak lah.


Yang ni pula? Ni kuih bunga ros. Dah macam penyidai baju je aku tengok dok tergantung-gantung. Leceh...kena tengok satu-satu. Ini je la 2 keping gambar yang aku berminat nak tangkap. Yang lain-lain tu biarlah terlepas. Malas nak tangkap.

Last sekali melawat landskap kat sana. Matahari dah mula tegak, kaki dah mula penat, mata dah naik mengantuk, malas den nak ikut. Duduk dalam bas je layankan mata ni tapi orang kata rugi kalau tak ikut sebab cantik-cantik rumah dorang, dengan landskap yang menarik semua. Alahaiii...lantaklah. Dah habis tu kitorang lunch kat rumah pengerusi Homestay Kampung Sungai Lang Tengah. Ada tempe lagi! Aduhhh...Pastu dapatlah nanas sorang sebiji sebagai buah tangan. Kalau kat Kampung Kundang kitorang dapat kerepek. Mak angkat pula tauke kerepek, memang banyaklah kerepek yang dapat. Tak yah beli tapi dah sebakul besar kerepek aku. Untung.......untung.

Pukul 4 petang, yeay!! Home sweet home. Dah sampai kampung. But....ayah takde. Ayah ada kat Sabak Bernam pula ha, takde siapa nak amek. Aku dengan mak terpaksa jalan kaki selama 15 minit kat dalam estet tu. Kalau Intan baca, dia mesti tau betapa jauhnya nak sampai ke rumah aku dengan kena naik turun bukit lagi. Berpeluh-peluh aku weh. Dengan seret luggage nya kat dalam hutan tu. Memang lawak! Kerepek-kerepek semua tinggalkan dulu kat rumah kawan mak, nak ikutkan boleh je rehat kat rumah kawan mak ni tapi tak sedaplah. Masing-masing penat, nak rehat. Kita pun tak selesa nak baring-baring kat rumah orang. Nak tak nak, jalan kaki je lah dengan panas teriknya. Penat-penat pun, dapat rehat kat rumah sendiri juga kan?

Pukul 9.30 malam aku dengan mak dah tidur. Sorry eh kat kamu. Saya dah tidur. Tak perasan mesej masuk. Bangun pagi ni tadi....alahai....tak sedap badan rasa.. Rasa macam nak demam pun ada, dengan sakit kepala nya lah. Hmmm....so dengar cerita nanti nak pergi Homestay kat Pahang pula. Dengar khabar homestay ni adalah homestay pertama sekali yang dibuka kat Malaysia. Mesti best ni! Ada rezeki, aku ke sana pula.  Hehehe.

Sunday, June 10, 2012

Siapa Kau, Siapa Aku?

Seriously aku sendiri masih tak faham dan kenal dengan diri aku sendiri walaupun aku telah bersama dengan jasad dan tubuh ni lebih 20 tahun. Kalau ada orang kata mereka memang kenal aku ni macam mana, mungkin aku boleh terima. Tapi kalau mereka kata mereka faham dengan diri aku, macam mana pula? Bagi aku kenal dengan faham ni adalah 2 perkara yang berbeza.

Macam mana kalau aku sendiri tak faham dengan diri aku sendiri tapi ada orang lain yang lebih memahami diri ni? Yelah, kalau kata kenal tu mungkin dia tau nama aku siapa, umur aku berapa, aku tinggal kat mana, kira latar belakang hidup aku semua dia tahu. Bila dia kata faham diri aku ni, aku rasa mustahil. Mungkin dalam 20% dia faham perangai dan sifat yang aku miliki.  Oke, tak perlu kecilkan topik dengan melihat contoh diri aku sendiri. Topik ni general untuk semua orang.

Kira kat sini bagi aku KENAL adalah jelas tentang bibliografi seseorang, biodata, latar belakang atau kisah hidup individu. Bila sebut MEMAHAMI ni aku lebih cenderung kepada sifat, fiil, tingkah-laku dan yang sama waktu dengannya lah. Ini kerana sifat seseorang tu boleh berubah mengikut peredaran masa, perubahan hormon, perubahan cuaca, perubahan apa lagi....dan juga perubahan sikap apabila sampainya hidayah dariNya. Jelas kan kat sini maksudnya sifat dan sikap seseorang tu tak bersifat kekal dan latar belakang hidup pula akan dibawa kemana sahaja kita pergi sampai kita mati pun.

Aku sendiri tak berapa faham dengan perangai yang aku miliki. Contonhya, mungkin korang tak kan percaya bahawa aku dulu seorang yang sangat pendiam. Tapi sekarang, tengoklah. Kalau bercakap tu memang tak boleh berhenti. Ada je benda aku nak sembang. But sometimes, sifat pendiam tu datang balik. Dulu aku seorang yang panas baran dan sangat garang. Sekarang ni masih garang lagi tapi under control lah. Tapi yang aku pasti aku seorang yang suka bergurau dan funny (puji diri sendiri ke). Entahlah, sometimes aku faham dengan diri sendiri, sometimes not. Korang macam mana? Sama macam aku jugak? Aku tau setiap pendapat yang diutarakan pastinya tidak akan dipersetujui oleh semua orang dan aku rasa ramai juga yang tak setuju dengan pendapat aku ni. So kalau ada salah dan silap, harap maaf ye. Ini pendapat sahaja. Tak semestinya apa yang aku kata ni betul.

Dan aku tau setiap insan tu tidak sempurna, ada yang negatif ada yang positif. Sebagai umat Islam yang cemerlang, kita perlu kurangkan negatif dan tingkatkan positif dalam diri. Jadi siapa aku, siapa kau? Tepuk dada tanyalah selera. Korang pasti akan memahami diri sendiri kalau rajin muhasabah diri.



Setiap ekspresi wajah yang dipamerkan tak semestinya menunjukkan sifat dan identiti kita yang sebenar. Warnailah kehidupan anda dengan penuh warna-warni dan keceriaan tanpa mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan olehNya.

notakaki: aku pun tak percaya aku pernah tangkap gambar dengan muka macam ni. Thanx zaty for making me this awesome picture.

Bukan Senang Nak Senang

Siapalah yang taknak hidup senang. Semua orang nak hidup senang. Kalau boleh nak tidur atas duit lagi. Zaman sekarang ni kalau takde duit memang tak boleh hidup. Duit adalah segala-galanya bagi semua orang. Siapa setuju teruskan membaca. Hehehe. Hmmm, aku rasa tak semua orang setuju dengan statement aku tu. Tapi bagi aku duit adalah segalanya dalam hidup. Kita jangan campur adukkan hal agama dalam ini cerita eh sebab bab agama memang tak boleh dibawa berdebat.

Even sekarang ni nak pergi toilet awam pun kena standby 50 sen dalam poket. 30 sen kalau nak buang air kecil, 50 sen kalau nak melabur. Kalau takde duit, simpan ajelah sampai rumah nanti. Hahaha. Oke, ada orang kata kasih sayang adalah segala-galanya, takde duit pon takpe. Betul ke? Hmmm, musykil juga ni. Habis tu kalau dah sayang, tak kan nak tengok aje. Mesti la nak kahwin, mesti nak kena sara, mesti nak kena tanggung makan minum dia, mesti nak memenuhi keperluan harian dia. Eh, kalau takde duit suami isteri boleh bercerai tau. Punya serius kalau takde duit.

Hmmm, tapi bukan senang nak cari duit ni kan? Mesti nak kena ada ilmu, baru kita boleh menjawat jawatan yang tinggi-tinggi, baru kita boleh hidup senang. Tapi bukan senang kita nak senang. Mesti berusaha bersungguh-sungguh dulu, mesti ada pengorbanan yang dilakukan. Bak kata pepatah, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang di kemudian. Aisemen....belajar BM la pula.

So far, apa yang aku impikan pasti tertunai sama ada lambat atau cepat tapi dengan izin Allah jugalah. Alhamdulillah, walaupun aku berasal dari family yang berkemampuan tapi apa yang dimiliki kami sekarang adalah dari perit jerih parents aku dulu. Maaf, aku bukan berasal dari family yang kaya tau. Mak aku sendiri dari family yang daif, even mampu sekolah sampai form 3 je. Lepas kahwin dengan ayah pun, parents aku terpaksa berdepan dengan masalah kewangan. Mana nak tanggung adik ayah belajar, nak bayar sewa rumah, nak tanggung anak bini lagi. Gaji time tu baru berapa sen dengan kerja ayah sebagai kerani bank. Itu dululah sebelum ayah melanjutkan pelajaran beliau. Tapi dengan keberkatan rezeki, kesabaran mereka dan sebagainya, kini mak ayah dapat menarik lafas lega. Itulah, bukan senang nak senang kan?

Aku pula kalau boleh memang nak hidup senang. Tak mampu rasanya kalau kena melalui hidup yang susah ni. Apa yang aku impikan, lepas kahwin nanti tak nak merasa hidup susah. Kalau boleh nak kahwin dengan orang kaya, tak kisahlah dia anak datuk ke, kerja eksekutif ke, yang penting poket penuh tapi bukan orang tua mahu pun laki orang. Hahaha. Aku taknak family aku merasa hidup susah tanpa duit, itu je. Aku takut aku tak mampu memenuhi keperluan keluarga kelak. Tapi bila aku fikir-fikir balik, aku muhasabah diri ni, aku kenang balik kisah hidup mak ayah aku. Mereka pon bukan nye terus senang lepas kahwin, ramai je saudara-mara aku yang bersusah-susah dulu lepas kahwin tapi alhamdulillah, makin lama Allah melipatgandakan rezeki mereka. Dari situ aku ambil iktibar, kesenangan bukan datang bergolek atau pun boleh diwarisi. So, sekarang ni soal duit bukan lagi jadi ukuran tapi duit tu masih penting dalam hidup aku cuma prinsip yang dulu tu dah takde. Cuma kalau impian yang lama tu termakbul, hehehe....alhamdulillah sangat-sangat. Kalau kita yakin pada Allah, kita cari rezeki yang halal, kita tak putus asa, insyaAllah pasti ada rezeki untuk kita. Kuncinya adalah USAHA, BERDOA dan BERTAWAKAL.

Bila baca balik, kat atas ni aku lebih fokus dengan duitkan? Hmm, sebenarnya tajuk ni subjektif. Terlalu besar untuk dikupas dengan detail. Kira sama lah dengan belajar, kalau kita tak stay up, tak study rajin-rajin, boleh kita dapat result cemerlang? Bukan senang nak dapat 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR, straight A's dalam SPM, anugerah dekan time kat universiti. Tak mudah melainkan anda gifted. Senang cerita, tiada yang senang dalam dunia ni. Banyak liku yang kita perlu lalui untuk peroleh apa yang diimpikan, tak kiralah kesenangan hidup ke, kecemerlangan dalam pelajaran ke, kejayaan dalam hidup ke atau sebagainya.




Friday, June 8, 2012

Mesej seorang kekasih kepada kekasihnya ♥

Perempuan : Awk.. Kenape awk tak penah ajak sy tengk wayang atau keluar jalan2 macam pasangan lain?
Lelaki : Saje..
Perempuan : Saje ke atau awk malu nk kuar ngan sy?
Lelaki : Mana ada.
Perempuan : Kenape kita tak penah gayut malam2 macm pasangan lain?
Lelaki : Sebab sy nak jimat kredit..
Perempuan : Sampai hati awk kan? Kenape ye kwn sy panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awk tak pernah pun panggil saya ''sayang''?
Lelaki : Geli la perkataan tu.. Nak termuntah..

--> Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat2 kekasihnya.. Beberapa minit kemudia dia menerima satu mesej..

Lelaki : Sy tak penah ajak awk kuar tngk wayang ngn jalan2 sbb nanti bila kita dah kahwin, awk takkan rasa boring nak kuar ngan sy dan sy nak saat tuh nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup sy.. Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan? Mcm2 boleh terjadi kan? Sy tak nak gayut ngn awk mlm2 bukan sebab sy nk save kredit ke ape tapi sy tak nak diri sy hanyut dengar suara merdu awk.. Biarlah sy mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya sy akan lebih menghargainya.. Sy tak panggil awk sayang bukan sy geli nak panggil tapi biarlah sy panggil awk ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awk takkan rasa bosan mendengarnya dan dpt menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.. Sy sangat mencintai awk dan sy janji suatu hari nanti awk akan merasai ape yg orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri..
Perempuan : Sambil menangis terharu berkata " terima kasih bakal suamiku.. Aku amat menyintaimu.. Ya Allah, satukan lah kami dalam ikatan yg sah"..



Alahaii...sweetnye


Jumpa kat sini

Family Day...Part 3

Yeahhh!! Akhirnya sampai pun part 3. Phewww...penat aku nak mendaki sampai part last nih. Keh keh keh. Oke, dalam episod yang lepas...cewahhh! Siap ada episod! Hahaha. Dalam entries yang lepas aku dah story sedikit dan sangat banyak tentang Cameron dengan Kalumpang kan? Hahaha. Kali ni aku nak cerita destinasi terakhir iaitu ke Homestay Kampung Sungai Kertas, Batu Caves. 

Pada awalnya hanya ada 2 buah bas sahaja yang ada kan? Oke, pada hari kitorang nak ke Batu Caves ni ada lagi 2 buah bas didatangkan dari Kampung Air Limau. So total up ada 4 buah bas! Mak aihhh...ramai gila yang datang! Aku pun tak tau seramai ini yang akan ke sana. Kira kosonglah kampung aku pada hari tersebut. Mesti lengang je kan. Dari kanak-kanak kecil sehingga atuk-atuk yang dah tua pun ada untuk turut bagi sokongan. Kitorang semua diwajibkan memakai pakaian berwarna merah. Merah maksudnya apa? Hahaha. Faham-faham sendirilah ye!

Merah je semua~ Ini hanya suku je dari 4 buah bas. Nampak kan atuk tua kat tepi tu?  Cayalah tok!
=)


Bas dari kampung sampai tepat jam 3 petang seperti yang dijadualkan tapi kitorang terlewat satu jam. Hmm, biasalah kalau dah ramai-ramai macam ni bila stop kat mana-mana untuk rehat, solat dan sebagainya kan. Walau macam mana pun, aktiviti yang dirancang berjalan seperti biasa dengan lancar. Kami semua disambut dengan paluan kompang dari kumpulan hadrah dan disaji dengan ucapan dan ceramah ringkas serta padat tentang isu-isu semasa mengenai keadaan politik di kampung tersebut. Nak cerita terperinci tentang ceramah tersebut memang tak muat space nih. Nyaye kena tambah part pulak kang. Hahaha. Lagi pun aku bukan nak berpolitik dalam blog ni.

Oke, habis ceramah dan ucapan dari orang-orang penting kitorang pun menjamah jamuan ringan yang disediakan. Ada laksa, bihun goreng, karipap, limau, macam-macam juadah lagi lah. Eh, ni bukan jamuan ringan dah ni. Sambil tu ada juga yang membeli hasil produk keluaran kampung tersebut yang dijual secara kecil-kecilan macam popia kecik tu, tempeyek, maruku, dan lain-lain lagi. Memang setiap homestay akan menghasilkan produk jualan sendiri, macam homestay Air Limau ada produk rotan, dodol, kuih-muih, dan sebagainyalah.




Anda nampak longkang di atas yang besinya dah rongak tuh? Haisyhhh(-_-'') Sakit nya hati bila teringat balik. Malu pun ada! Nak dijadikan cerita, mak suruh aku beli popia yang kecik-kecik tu. Dalam hati rasa malas nak beli. Aku ni bukan jenis suka makan sangat tapi mak nampak macam teringin nak makan so aku ikutkan aje lah. Belikan jugak popia tu. Dah sudah beli, aku pun kira baki duit dengan khusyuknya tanpa menyedari aku sudah hampir dengan longkang tu. Sekali.....papppp! Terbolos kaki kanan aku dalam lobang tu! Malunya aku tak terkata. Bayangkan 4 buah bas punya orang yang ada kat situ! Ramai tu! Anak-anak teruna pula memang ada je kat area-area tu. Tapi aku buat muka slumber je, terus bangun sambung kira duit. Alahhh, bukan banyak pun. RM5 je kau! Aku rasa memang tak berbaloi aku jatuh longkang. Nasib baik aku tak menjerit, kalau tak orang tak tau pun boleh jadi tau. Ni kira tak ramai yang nampak aku jatuh lah. Selamat sikit tapi dalam hati memang aku sumpah habis longkang jahat ni. Nasib baik tak ankle sprain, calar sikit je. Nasib baik juga bukan aku jatuh tersembam, just kaki tremasuk dalam tu je. Ikutkan hati nak nangis guling-guling, jatuh saham guwa beb! Teringat aku ni dah besar, hmmm sabar aje lah. Buat aje lah muka slumber yaya aku tuh.

Pastu aku, mak dengan beberapa kawan mak lagi bergerak ke bas. Aku nak balik!! Kira-kira dalam jam 9 malam, selamatlah kami semua sampai ke kampung halaman. Hehehe. Boleh balik rehat.

The end of family day~

notakaki: Seriously banyak sangat pengalaman yang aku peroleh dari family day ni! Thanx kat semua yang menjayakan program ni. Lain kali ajak lagi ea.

-_^

















Family Day...Part 2

Dalam entry yang lepas aku dah cerita pasal Cameron kan, next destination is Kalumpang! Around noon, kitorang dah gerak turun nak pi Kalumpang. Orang lain mesti excited tak sabar nak mandi sungai, maklumlah pagi tadi tak sempat mandi. Kalau boleh aku nak lelapkan mata sekejap, sakit kepala dah tak tahan sangat. On the way ke Kalumpang, kami singgah jap kat latar Iskandar untuk lunch then continue our journey to the destination.

Tak sure tapi maybe dalam pukul 3 lebih dah sampai Kalumpang. Masa aku pergi Kalumpang dengan coursemate dulu, bas tak boleh masuk sampai ke resort sebab jalan yang sangat nazak. Kitorang kena naik traktor tapi ni mungkin resort yang sebelah kot sebab kedua-dua bas boleh masuk sampai ke resort. Alhamdulillah, after check-in semua, kemas-kemas barang, sayur semua hangkut bawak naik bilik sebab takut rosak, aku dengan mak pun mandi (dalam toilet je, tak mandi sungai pun), aku pun segerakan solat jamak takhir. Rehat-rehat jap, guling-guling atas katil pastu turun gotong-royong untuk masak makan malam.  Dah macam kenduri, maklumlah untuk 2 buah bas punya orang makan. Ada bbq, nasi putih, lauk-pauk, ada karaoke lagi, memang meriah lah. Best! Remaja-remaja lain mandi sungai. Aku malaslah, leceh nanti.

Dalam pukul 7 aku dengan mak naik bilik untuk menghormati waktu maghrib, lagi pun time-time camtu kan makhluk yang lagi satu tu keluar. Tapi kanak-kanak dengan remaja lain tu semua mana nak ingat, bersuka sakan, dahlah dalam hutan. Dah habis solat jamak takdim, kitorang pun  turun makan malam. Aku dengan mak tak stay lama, dalam 8 lebih dah naik. Mak nak rehat. Aku dalam 10.30 dah lelap, sempat jugak tu layan edisi khas dulu. Malam tu dorang sambung karaoke lagi tapi tak lama, dalam pukul 10 ke 10.30, dorang stop dah. Masing-masing penat, nak rehat.

Pagi esoknya, barulah kitorang terdengar cerita-cerita yang tak diingini. Alkisahnya, Pak cik Din driver bus terdengar suara ''orang'' mengilai kat atas pokok, menurut beliau dalam pukul 2-3 pagi camtu. Anak kepada pengerusi JKK pulak ternampak ada ''orang'' mandi sungai. Yang ni tak sure pukul berapa tapi ''orang'' tu sorang-sorang je mandi. Kawan mak pulak iaitu Mak cik Zawiyah terdengar suara kecoh macam orang tengah karaoke, tengah sembang-sembang, macam time ramai-ramai makan malam tadi. Masa tu baru pukul 11 lebih kata dia. Dia terdengar macam suara caterer kitorang iaitu abang Shikin (beliau adalah lelaki oke) tengah dok karaoke. Dengan beraninya Mak cik Zawiyah ni turun nak tengok. Sekali, haram sorang pun takde. Meremang bulu roma dia satu badan, terus dia cabut lari masuk bilik.

Lagi satu cerita, abang Shikin punya periuk masak lauk pulak kena sorok. Hahaha. Pandai hantu ni main sorok-sorok ye. Dengar cerita periuk abang Shikin dah hanyut, pastu pagi tu dia bangun cari periuk dia kat sungai. Sambil tu dia kata,"pulangkan piok den, pulangkan piok den". Rupa-rupanya periuk tu ada berhampiran kat tempat dorang ni mandi. Tapi habis kemek sana-sini periuk dia. Entah apa agaknya "dia" masak. Itulah, lain kali nak bersuka pun jengan lelebih sangat. Hutan ni kan tempat "orang".

Tengok betul-betul kat periuk tu, ada nampak kemek kan? Kalau tak periuk tu cantik je macam periuk lagi satu tu.

Pagi tu lepas habis sarapan, ada aerobik. Aku duduk kat belakang sekali. Hahaha. Tergelak-gelak aku time aerobik ni. Macam-macam gaya ada, gaya macam nak teran berak pon ada. Dah lah takde warm-up dulu. Tapi aku tak kisah pun, untuk suka-suka kan. Yang penting semua orang enjoy. Nenek-nenek pun aktif tau tak! Then, rehat jap pastu sukaneka pun bermula. Sama ada yang tua mahupun yang muda, semua join. Aku je yang malas, tak berminat. Suka tengok je. Ada game pancing ikan kertas, kumpul batu delima guna chopstik, masak megi, tiup belon, kumpul air dalam belon, macam-macamlah. Memang fun! Sambil tu makanan tengah hari pun disediakan. Sementara nak tunggu lunch and check-out, habis je sukaneka adalah aktiviti bebas. Sesiapa nak sambung mandi sungai, bolehlah  mandi. Aku dengan mak setakat rendam kaki dalam air sungai jelah. Sejukkkk.

Inilah sungai nye. Cintailah sungai kita~
=)

Inilah pengerusi JKK kitorang~

Ibu-ibu sedang meniup belon sampai besar~


Tepat jam 1.30 tengah hari, kami 2 buah bas bertolak ke Homestay Kampung Sungai Kertas, Batu Caves. Tak jauh pun, lebih kurang 2 jam lebih je. Yang ini kita story dalam part 3 oke. Ada cerita memalukan berlaku! Hahaha....enjoy~

Thursday, June 7, 2012

Family Day...Part 1

Fuh...fuh...fuh...Eh eh, jangan takut, jangan lari. Aku bukan nak manderam korang. Aku dok tiup habuk yang melekat kat blog ni ha. Kang semput pulak aku sebab kotor. Keh keh keh. Agak lama ye tak post entry baru. Internet ni gelong sikit, tu yang malas nak online. Ni nampak macam oke sikit, barulah potpet balik. Hehehe.

Aku rasa entry pasal family day ni kena buat 3 parts la sebab aku rasa macam nak story banyak sikit. Boleh?Eh, tak boleh pun ada aku kisah. Hehehe. Oke, jom kita berceloteh.

Dengan bangganya aku memperkenalkan korang nama kampung aku. Hehehe


Nampak banner kat atas nih? Haaa, jangan memain kau. Siap ada banner lagi! Sempena cuti sekolah ni, kampung aku ada menganjurkan family day untuk peserta homestay. So ahli yang berdaftar macam mak aku kira dapat free, kalau ada family members yang lain nak join dikenakan bayaran RM140. Ikutkan hati malas nak pergi sebab nak rehat-rehat kat rumah je. Boleh bangun lambat sebab mak takde. Keh keh keh. Tapi ayah suruh teman atas sebab-sebab tertentu disamping kesian aku dok rumah tak keluar mana-mana. Fikir punya fikir, pergi jugaklah. Orang dah belanja kan. Tapi syukur alhamdulillah, last minute tambang difreekan. Hooray! Peruntukan untuk JKK dan ada sumbangan mana-mana entah, tu yang dapat free tu. Untung aku tengah bercuti sakan, adik-beradik ku yang lain sila jangan jeles oke.

So destinasi percutiannya ialah Cameron Highlands, Kalumpang (second time dah ni) dan Homestay Sungai Kertas. Malam Isnin tanggal 4/6/2012, tepat jam 11 malam kami 2 buah bas telah bertolak ke Cameron Highlands. Disebabkan Cameron ni takde pape sangat bagi aku, sekeping gambar pun aku tak ambil. Dah la kotor, harap sejuk je lah. Masa aku pergi time kekecik dulu, bersih je, cantik, memang best pemandangannya. Sekarang ni habis tercemar pemandangan, sampah sarap sana sini. Kitorang naik Cameron pun tujuan nak beli sayur segar je, golongan mak-mak memang sukalah kan, excited habis. Nasib baik aku follow, mak borong sayur.....masyaAllah. Tak larat den nak bawak. Gambar sayur yang mak beli pun tak sempat ambil sebab penat sangat. Sakit tangan aku ni ha. Kitorang sampai kat Brinchang dalam 5.30 pagi, after sarapan kitorang solat Subuh then dalam pukul 8.00 pagi dah gerak pergi pasar pagi. Kantoi tak mandi. Hahaha. Dalam tengah hari, kitorang dah turun nak ke Kalumpang. Barulah boleh mandi puas-puas!

Dengan masa yang singkat dan tujuan yang padat, ole-ole yang dipesan pun tak sempat nak beli. Sorry eh! Next time saya naik Cameron, insyaAllah kalau ada rezeki saya belikan eh. Bila fikir-fikir balik, walaupun dah beberapa kali aku naik Cameron tak pernah pun aku beli something yang iconic dari sana untuk dibuat kenangan. Hmmm, mungkin aku ni tak minat kot nak beli. On the way nak turun tu kitorang ada singgah kedai orang asli kat lereng-lereng bukit tu, ada yang beli petai, madu, rebung, macam-macamlah. Mak macam biasalah, mesti beli madu dengan rebung tapi rebung dia...ya Allah bapak punya besar. Aku first time jumpa rebung besar gedabak ni, mungkin korang dah banyak kali jumpakan?

Tu dia rebungnya. Boleh lentur ke rebung besar-besar camni? Jangan khuatir, mak aku pun angkat satu rebung besar ni, RM18. Nasib baik aku ada, orang asli tu tak reti kira baki duit.

Tak sangka masih ada orang asli pakai cawat lagi weh! Hmm, mungkin dia nak kekalkan budaya dia. Takpun baju dia tak kering-kering lagi, cawat je yang ada. Hahaha. Sepanjang jalan nak turun dari Cameron tu korang memang akan dapat lihat banyak gerai-gerai kecil orang asli, pilihlah gerai mana yang korang suka tapi produk jualan sama je. Lastly sekali singgah kat kebun teh, just bagi peluang kat sesape untuk tangkap gambar. Aku stay dalam bus je, ngantok sebab malam tu tak dapat tidur. Berdenyut-denyut kepala.

Rasanya dah habis nak story untuk Cameron Highlands. Pasni kita sambung cerita Kalumpang. Ada cerita hantuuuuu.....Hehehe