Monday, December 31, 2012

2013!

assalam semua. alhamdulillah, kita berjaya juga sampai ke tahun yang baru iaitu 2013! syukur kita masih diberi peluang untuk terus bernafas, berbuat kebaikan dan memohon keampunan dari Allah. semoga peluang yang diberi oleh Allah ini kita pergunakannya dengan sebaik mungkin. buatlah banyak kebaikan dan kurangkanlah....nope! kalau boleh janganlah melakukan kejahatan. nakal sikit-sikit tu bolehlahhh. hehehe

banyak juga kenangan manis dan pahit yang aku dah lalui untuk 2012 yang lepas. macam-macam dugaan, seriously tahun 2012 memang tahun yang sangat-sangat mencabar bagi aku. dan aku sendiri pun tak sangka aku telah pun melalui segala pahit maung tu. alhamdulillah. dan ada juga yang manis seperti dapat jumpa ehem ehem...aicehh. ape tu? entah. saja je buat gempak.

untuk tahun 2013 pulak, semestinya aku tak sabar nak menghadapi apa yang akan berlaku dalam hidup aku. insyaAllah, 31 OGOS 2013, along aku akan melangsungkan perkahwinannya. tak sabar nak dapat abang! yeay! tak sabar nak busy-busy, nak penat-penat, nak hepi-hepi, nak cantik-cantik. buat kawan-kawan kalau ada yang baca post nih, jemput datang nanti ye walaupun kad nye belum ada lagi. mak pun dah pesan ajak kawan-kawan aku datang tidur rumah sekali! haha. mak yang paling excited!

bagi aku, setiap tahun takde pun azam baru yang aku buat. prinsip aku, pastikan apa yang aku nak tu menjadi kenyataan, tak perlu kot untuk buat azam beriya-iya tapi no action untuk every new year! so wasted! tapi tak salah pun sebenarnya nak ada azam baru, at least nawaitu da ada kan? hehe. aku punya azam ni tak kira masa, bila-bila masa je akan ada azam.

so... HAPPY NEW YEAR, 2013 peeps! semoga tahun baru ni akan mencoretkan banyak kenangan manis dalam hidup kita. hargai setiap detik yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita.

Monday, December 24, 2012

Cinta Ayuni - Part 4

esok Ayuni akan pulang ke kampung untuk menghabiskan cuti pertengahan semesternya. dia ingin berehat secukupnya dirumah, setelah penat mengulangkaji pelajaran di kampus. namun, tugasan dan buku-buku tidak lupa untuk dibawa pulang bersama kerana banyak tugasan yang perlu dihantar naik sahaja cuti nanti. test-test dan kuiz begitu juga, dia perlu menelaah walaupun cuti adalah masa untuk dia berehat.

namun, sepanjang cuti ini, Aliff sudah jarang SMS Ayuni. perasaan ragu-ragu tentang keikhlasan lelaki itu kembali bersarang dalam dirinya. dia mula membenci Aliff. sakit benar hatinya.

"memang dasar lelaki semua sama je! semua lelaki jahat! semua nak mainkan perasaan aku"

namun dalam kemarahan Ayuni itu, dia tetap mengirim mesej kepada Aliff, tetapi Alif tidak pula membalas. perasaan bencinya itu semakin menggunung. mahu sahaja dia memaki lelaki itu tetapi dia perlu bersabar, dia perlu bertindak waras.

seminggu berlalu tanpa khabar dari Aliff. ahad, 12.30 tengah hari, Ayuni menerima panggilan dari Aliff. Ayuni tidak mengendahkan panggilan itu. 

"lantak kau lah. malas aku nak layan kau." gerutu Ayuni dalam hati. sakit benar hatinya. dah seminggu baru Aliff datang mencarinya. telefon itu dibiarkan berdering sehingga tertutup sendiri.

malam itu, tiba-tiba Aliff memberinya mesej.

"kenapa kau tak angkat fon tadi?"

"malas aku nak layan kau. kenapa kau call aku?"

"aku ada kat shah alam tadi. aku nak balik kedah"

"bukannya ada kaitan dengan aku pon"


"kau sombong dengan aku kan"

"kau kenapa tiba-tiba ni?"

"yelah, kau tak angakt fon pon masa aku call kau"

"kalau setakat ada satu je misscall tu, kau tak payah nak kecih sangatlah. satu misscall je pon"

"kau merajuk dengan aku ea? minta maaflah. aku kat kampung ni sibuk sikit. aku memang jarang dengan fon"

"aku hantar mesej pon kau tak reply kan?"


"aku minta maaf Ayu. aku tak sengaja"
tiba-tiba Aliff menelefon Ayuni. hati Ayuni kemabli girang. dengan segera dia menjawab panggilan Aliff. 


"Ayu, kau merajuk dengan aku ea? aku minta maaf. rindu aku ea?"

"banyaklah aku nak rindu kau. takde masa. yang kau ni dah kenapa tetiba call aku?"

"aku nak ganti balik la, hari tu aku call tapi kau tak angkat"

hati Ayuni begitu gembira sekali. setelah beberapa minit mereka berbual di telefon, Ayuni meminta untuk mereka bermesej semula.


"Ayu, aku betul-betul suka kau ni. aku sayangkan kau. aku betul-betul ikhlas nak jadikan kau isteri aku."

"kau janganlah macam ni Aliff. dah berapa kali aku cakap, aku anggap kau x lebih dari kawan aku"

"Ayu, bagilah aku peluang. aku janji aku tak kan kecewa kan kau. aku nak jadi yang sah dalam hidup kau. tolonglah bagi aku peluang"

"mmmm, aku rasa aku boleh terima kau kot"

"aik, siap ada kot pulak"

"sorry, aku rasa aku boleh terima kau dalam hidup aku"

Ayuni sendiri tergamam dengan mesejnya itu. dia tidak sangka dalam hanya beberapa saat, dalam pengakuannya yang menganggap Aliff adalah temannya, dia kini telah menerima Aliff dalam hidupnya.


"Ayu. betul ni? terima kasih Ayu. aku janji aku takkan sia-siakan kau. aku akan jaga kau sebaik mungkin, aku akan cuba bimbing kau. terima kasih Ayu. aku betul-betul sayangkan kau Ayu."

"sama-sama. janji tau jangan sia-siakan perasaan sayang ni. jangan hancurkan kepercayaan aku terhadap kau." dalam sekelip mata, selaut perasaan sayang mula menyelinap keseluruh hati Ayuni. sungguh besar kuasa Allah. hanya seketika, hatinya sangat mencintai dan menyayangi lelaki bernama Aliff itu. 

kini 6 bulan telah berlalu. Ayuni sangat bahagia disamping Aliff walaupun mereka berjauhan. Aliff tidak pernah mengabaikan Ayuni. Aliff benar-benar mencintai dan menyayangi Ayuni. sesekali Ayuni akan merajuk, dia hanya inginkan perhatian dari Aliff. tetapi Aliff tidak pernah jemu melayan segala kerenah buah hati kesayangannya itu. Aliff bahagia kerana Ayuni sanggup menerima dirinya.

"bukan senang tau Bie nak dapatkan Sayang. punyalah susah"

"susah sangat ke Bie?"

"susahlah. Sayang tu jual mahal sangat"

"mana ada Sayang jual mahal. Sayang berhati-hati je"


"kenapa? Sayang tak percaya Bie ke?"

"dululah. mana Sayang nak percaya Bie. Bie kan mat romeo. tapi sekarang Sayang percaya Bie sangat-sangat."

"mana ada Bie romeo Sayang."

"hehe. yelah. Bie tak romeo. Sayang tau Bia setia dengan Sayang, Bie tak kan curang dengan Sayang. dalam hati Sayang ni pun, hanya ada Bie sorang je. sampai Sayang mati pun, hanya Bie sorang je lelaki dalam hidup Sayang."

"terima kasih Sayang. Bie pon sama juga. Bie nak Sayang sorang je selama hidup Bie."

"takpe, Sayang izinkan Bie kahwin lebih dari sorang nanti."

"ish. taknak lah Sayang. Bie nak Sayang sorang je dalam hidup Bie. Sayang sorang dah cukup untuk hidup Bie."

"bukan ke lelaki suka kalau dapat izin kahwin lebih. patutnye Bie sukalah. ni taknak pulak. rugi je."

"ish. Sayang ni. Sayang tak sayang kat Bie la tu kan? Bie tak nak orang lain. Bie nak Sayang sorang je."

"hehehe. yelah Bie. Sayang pon tak nak kongsi Bie dengan orang lain."

"dengan Bie sorang je tau Sayang. jangan dengan orang lain"

itulah Ayuni dan Aliff. mereka saling mengusik. walaupun Ayuni sangat manja dan suka merajuk, Aliff tidak pernah jemu memujuk dan mengambil hati Ayuni. kini mereka berdua sangat bahagia. Ayuni lebih bersikap matang, dan Aliff lebih bertanggungjawab. tanggal 1/11/2012 adalah tarikh sah mereka bergelar pasangan kekasih. Julia tumpang bahagia dengan kehidupan Ayuni sekarang.

::doakanlah semoga jodoh mereka berpanjangan::

::THE END::


^__^

Cinta Ayuni - Part 3

9 bulan telah berlalu. kehidupan Ayuni beransur pulih, dia kini tampak lebih segar dan ceria. sikapnya yang periang kini telah kembali. dia kini lebih bersemangat. kisah silamnya banyak telah mendidik diri Ayuni supaya menjadi muslimah yang lebih kuat. dia masih lagi ingat pesanan ibunya, "setiap kelembutan wanita itu, tersimpang segunung kekuatan kerana tercalitnya beribu kedukaan yang mampu ditanggungnya seorang diri".

Julia juga telah banyak memberi dorongan dan semangat kepada Ayuni. 9 bulan bukanlah tempoh yang mudah untuk Ayuni harungi. hari-harinya ditempuhi dengan linangan air mata. kepada Julialah Ayuni selalu mengadu. namun, Ayuni tidak pernah melupakan Allah yang Maha Esa untuk memohon kekuatan, semangat dan petunjuk dariNya. 

kini Iskandar hanyalah secalit dari kisah silamnya. dia sudah menjauhkan diri dari Iskandar. kalau dulu, dia pasti ternanti-nanti SMS dari Iskandar, kini tidak lagi. malah Ayuni tidak lagi membalas mesej dari Iskandar. Iskandar juga kerap kali meminta maaf dari Ayuni. itulah lelaki, senang meminta maaf. kemaafan diberi penuh ikhlas, tetapi Ayuni tidak mungkin berpatah balik. hatinya jitu mengatakan dia perlu meneruskan kehidupan yang baru. Iskandar kini sangat kerap menghubungi Ayuni, tetapi dalam hatinya, tiada langsung perasaan untuk Iskandar, mahu pun sebagai teman.

walaupun begitu, dalam temph 9 bulan itu jugalah seseorang jejaka sudah mula mendekati Ayuni. dia Aliff. Aliff merupakan teman yang dikenalinya semenjak mereka menjalani latihan klinikal disebuah hospital. Aliff sudah lama menyimpan perasaan terhadap Ayuni, namum Ayuni tidak pernah mengendahkan perasaan Aliff. sebenarnya Aliff sudah lama meluahkan perasaan suci dan ikhlasnya terhadap Ayuni, semenjak Ayuni masih lagi menyukai, menyayangi dan mencintai Iskandar. tetapi Ayuni selalu sahaja memberi nasihat kepada Aliff dan dia sering menolak perasaan Aliff.

tetapi Aliff bukanlah seorang yang cepat mengalah atau berputus asa. bagi dirnya, kalau dia betul-betul ikhlas dan berusaha, dia yakin Ayuni pasti akan menjadi miliknya. dia benar-benar ikhlas ingin menjadikan Ayuni sebagai teman hidupnya, dia ingin menjadikan Ayuni sebagai isterinya suatu hari nanti.

hati Ayuni sangat keras, dia bersungguh menolak Aliff dari hidupnya. dia hanya menganggap Aliff hanya teman baiknya. tidak lebih dari itu. pengalaman lalu benar-benar memberi dia sejuta pengajaran. bukan mudah untuk dia mengubati luka hatinya. dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. dia sudah cukup serik. baginya, lelaki hanya hadir untuk memainkan perasaan wanita yang ikhlas.

walaupun Aliff kerap kali meyakinkan Ayuni bahawa dia tidak seperti lelaki lain, dia benar-benar ikhlas ingin menyayangi Ayuni, Ayuni tetap dengan pendiriannya. kehadiran Aliff juga diketahui Julia, kepada Julailah Ayuni selalu meminta nasihat. namum, Julia lebih menyerahkan keputusan itu dibuat oleh Ayuni. dia tidak mahu melihat Ayuni kecewa dan jatuh lagi. 

dalam jangka masa 3 bulan, Aliff lebih kerap menghubungi Ayuni. dia ingin berusaha lebih gigih untuk mendapatkan Ayuni, tambahan dia juga tahu Ayuni kini tidak menyukai sesiapa lagi.

Julia mula nampak akan keceriaan Ayuni, dia tahu Ayuni sudah mula menyimpan perasaan terhadap Aliff. Julia sangat kenal dengan sahabat karibnya itu. tetapi setiap kali soalan diaju kepada Ayuni tentang perasaanya terhadap Aliff, Ayuni pasti akan beriya untuk menidak dan menafikan. tetapi Ayuni juga sedar, dia kini sebenarnya sudah mula menyukai Aliff, dia tertarik dengan sikap Aliff yang tidak pernah jemu dan berputus asa dalam memikat hatinya. bagi dirinya, dia perlukan masa untuk dirinya untuk melihat sejauh mana serius dan ikhlas perasaan Aliff. dia perlu pasti itu. ya! perlu. dia tidak mahu perasaan sucinya itu dipermainkan lagi. 

kalau dulu, dia tidak berapa senang dengan SMS dan sapaan dari Aliff. Ayuni lebih senang untuk berdiam diri. kini, dia lebih menantikan SMS dari jejaka itu. jika sehari Aliff tidak menghantar SMS kepadanya, perasaannya kembali ragu-ragu tehadap keikhlasan Aliff. Ayuni akan merajuk tetapi Aliff pandai sekali memujuk hati Ayuni.

Cinta Ayuni - Part 2

lamunan Ayuni terhenti tatkala sahabat baiknya, Julia datang menepuk bahunya. Ayuni dengan segera mengesat air matanya. sudah dua minggu Ayuni berdiam diri, dia lebih suka untuk duduk termenung seorang diri dan melayan perasaannya. kadang-kala Julia mendengar esak tangis Ayuni. sayu sungguh hati Julia melihat keadaan temannya itu. Ayuni sudah tidak seperti dulu lagi, seorang yang sangat ceria, periang, dan sifatnya yang suka mengusik teman-temannya. sesiapa sahaja berdamping dengan Ayuni, semua pasti tertawan dengan sikpanya yang sangat semula jadi itu. 

Julia ingin cuba memecah kesunyian yang menyelebungi diri Ayuni, "oiy Ayu, mengelamun jauh nampak! tak elok anak dara termenung, nanti lambat kahwin".

"eh, mana ada aku termenung. aku mengantuklah. aku terlelap pulak dok tunggu kau ni. kenapa lambat sangat kau sampai ni? berjanggut aku tunggu kau tahu. baik aku ajak apek naik basikal dating, lagi cepat apek tu sampai dari kau. tahu?" Ayuni cuba menutupi wajah kesedihannya.

"aku minta maaflah. kau macam tak tahu, petang-petang macam ni kan selalu jem. tu, minyak kereta aku habis sebab jem, kau tak nak bayar? semata-mata untuk datang jumpa kau tau".

mereka berdua ketawa serentak. itulah gelagat sahabat karib antara Julia dan Ayuni. antara mereka, pasti ada selingan usik-mengusik. namun, Julia sedar disebalik sikap Ayuni itu, tersimpan beribu kedukaan dilubuk hatinya. 


Julia masih ingat dua minggu yang lepas, Ayuni tiba-tiba meluru masuk bilik rumah sewanya dalam keadaan nangis yang teresak-esak. Julia sungguh terperanjat, namun dibiarkannya sahaja Ayuni menangis sebelum dia bertanya lebih lanjut. Ayuni terlelap sendiri di katil Julia. 

"pukul berapa ni Julia? aku tak sedar aku tertidur atas katil kau. aku minta maaf. habis banyak peta dunia aku lukis ni", Ayuni cuba berlagak tenang.

"dah pukul 8 malam ni Ayu, kau pergilah mandi. segarkan dulu badan kau tu. nanti dah siap solat, kau turun makan tau. aku dah masak lauk kegemaran kau, sambal udang", Julia segera mencapai tuala dan sepasang baju tidur miliknya dan diberikan kepada Ayuni.

sudah kebiasaan Ayuni akan tumpang tidur di rumah Julia, kadang-kadang kerana ingin menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, kadang-kala memang sengaja Ayuni datang ke sana. teman serumah Julia pun sudah tidak kisah dengan kehadiran Ayuni, malah mereka lebih suka dan senang kalau Ayuni datang ke rumah mereka. ada sahaja cerita yang akan dikongsi oleh Ayuni. tetapi kali ini, kehadiran Ayuni penuh dengan kesedihan.

seusainya Ayuni menunaikan solat Isya', Ayuni menuruni anak tangga untuk makan malam.

"waaa, sedapnya bau. sempat pula kau beli udang ni Ju. macam dah tau je kan aku nak datang. hehehe".

"eh, kau jangan nak perasan. ni lauk semalam lah. aku panaskan je".

"takpelah, lauk semalam pun semalamlah. perut aku lapar ni. makan jum. Syidah, Tiqah, Sara, jum makan sekali. Ju, jumlah. penat aku masak banyak-banyak ni. hehehe".

"hahaha, mengadelah kau ni Ayu. pada hal tadi tidur terbungkang tak sedar diri".

mereka berlima ketawa dengan teletah masing-masing. 

selesainya makan malam...
 
Julia menghampiri Ayuni di sinki, Julia melihat sahaja gaya Ayuni membasuh pinggan makan tadi. jelas kelihatan mata Ayuni bengkak dan wajahnya yang sungguh sedih.

"aku tahu, kau pasti ada masalah kan? kau tak pernah macam ni", Julia memulakan bicara sambil mengusap lembut bahu sahabatnya itu.

air mata Ayuni kembali gugur. "Ju..."

Ayuni segera menghabiskan basuhan terakhirnya, lalu memeluk erat Julia. Julia terdengar esak tangis Ayuni. tersedu-sedu Ayuni menangis dibahu Julia. saat ini, dia sangat-sangat memerlukan sahabat baiknya itu. Julia juga sangat mengetahui kisah hidupnya. Ayuni selalu bercerita tentang perasaannya terhadap Iskandar, apa sahaja yang berlaku tentang dirinya dengan Iskandar, pasti Julia lah orang pertama yang akan mengetahuinya.

"Ju, Iskandar tak mencintai aku. dia hanya menganggap aku tak lebih dari teman biasa. hati aku pedih Ju. aku kecewa. kenapa ada lelaki seperti dia wujud kat dunia ni? aku tak sangka selama ni hanya aku seorang sahaja yang memendam perasaan", Ayuni menghamburkan perasaan kecewa dan sedihnya dalam keadaan yang nangis teresak-esak.

Julia sangat terkejut dengan kata-kata Ayuni itu. dia tak sangka Iskandar tergamak membuat Ayuni sperti ini. malah Julia juga pernah membaca SMS antara Ayuni dan Iskandar. Iskandar kerap kali menyatakan peraaan sayangnya kepada Ayuni, dan Julia yakin Iskandar sangat menyayangi Ayuni. namun, sangkaan mereka berdua meleset.

"bersabarlah Ayu. mungkin Is bukan jodoh yang sesuai untuk kau. aku pasti akan ada lelaki kat luar sana yang akan menyayangi dan akan menjaga kau sebaik mungkin Ayu. aku pun tak sangka Is sanggup mensia-siakan perasaan kau. memang dasar lelaki tak guna".

"aku dah serik untuk menyayangi lelaki lagi Ju. kau kan tahu aku memang tak pernah menerima mana-mana lelaki, tetapi semenjak kehadiran Is, hati aku terbuka untuk menerima dia. tapi aku serik Ju. kenapa aku degil dengan prinsip hidup aku? aku tidak akan menerima mana-mana lagi lelaki lepas ni Ju. aku tak mahu sakit lagi", tangis Ayuni.

"bersabarlah wahai temanku. kau kena kuat mengharungi semua ini. kau kena ingat, Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kekuatan dan kemampuan seseorang hamba itu. segala yang terjadi ini pasti ada hikmah yang tersembunyi. cuma kita je yang belum dapat lihat lagi", nasihat Julia kepada Ayuni.

............................................................................................................

"Ayu, jomlah balik. aku laparlah. aku tak makan lagi ni. kau belanja boleh? hehehe. aku mengidam nak makan KFC la". 

"kau ni ada-ada je lah. jom lah. nasib baik mood aku tengah baik hari ni. kalau tak, aku goreng je ayam kat rumah tu bagi kau makan. hahaha"

mereka berdua pun menuju ke restoran KFC yang berdekatan dengan kenderaan masing-masing.........

Cinta Ayuni - Part 1

terasa begitu indah dan asyik sekali tatkala bayu laut menyapa lembut tubuh kecil Ayuni. segala masalah yang melanda seakan hilang seketika. ditemani kicauan burung-burung camar, pepohon nyiur meliok-lentok mengikut arahan angin membuatkan suasana petang di pantai Air Papan sungguh indah dan damai sekali. tudung Ayuni yang kadang-kala terselak akibat ditiup angin, diperkemas untuk sekian kalinya. terasa dunia ini telah berhenti seketika dari putaran paksinya, membuatkan Ayuni berasa begitu tenang sekali. mata dipejam seketika, terimbau kembali kisah percintaannya yang sudah 3 tahun tersemai dilubuk hatinya yang suci.

"kali ni aku mesti berani untuk tanya apa status aku dengan Iskandar sekarang. aku tahu Is pasti rasa sama seperti apa yang aku rasa sekarang ni. aku pasti Is juga sangat mencintai aku seperti mana aku telah mencurahkan segala kasihku kepadanya. dia juga sudah kerap kali memanggil aku sayang, malah dia juga pernah menyatakan yang dia cintakan aku. ya! Is juga mencintai aku. aku pasti walaupun dia tidak pernah menyatakan hasratnya untuk menjadikan aku kekasih hatinya"

 monolog Ayuni sendirian tatkala menunggu Is di Kafe Ibunda, kafe yang telah banyak merakam kisah kehidupan mereka sepanjang tempoh 3 tahun perkenalan mereka.

jam sudah menunjukkan pukul 4.55 petang, mereka telah berjanji untuk berjumpa pada pukul 5 petang. sengaja Ayuni datang lebih awal hari ini kerana dia sudah tidak sabar lagi untuk menerima berita gembira yang diimpikannya selama ini. diiringi alunan lagu Don't Let Me Fall nyanyian Lenka, penyanyi kegemaran Ayuni membuatkan petang itu sungguh menarik sekali. 

Iskandar telah sampai tepat pada waktu seperti yang telah dijanjikan. Is menarik kerusi bersebelahan Ayuni, seperti selalunya. mereka telah memesan air jus belimbing kegemaran mereka. 

"Ayu, cantik sungguh awak hari ni. tak seperti selalu, awak biasanya pakai seluar jeans dan t-shirt je. awak ada nak ajak saya pergi kemana-mana ke?" Iskandar memulakan bicara pada petang itu.

Ayuni tersipu malu dengan pujian Is. ya. Ayuni lebih selesa hanya dengan seluar jeans dan memakai t-shirt untuk keluar. sesekali Ayuni akan mengenakan cardigan untuk tampak lain sedikit, namun baginya pakaian seperti ini sudah cukup selesa baginya. biar simple, tapi kemas. itu prinsipnya. hanya secalit bedak tipis dikenakan di wajahnya, hanya untuk menambah seri semula jadi.

"cantik? betul? terima kasih. takdelah. saya tak nak pergi mana-mana pun. saja nak pakai macam ni. lain dari yang lain sedikit" Ayuni menyambut ringkas pujian Is tetapi dalam hatinya sudah cukup berbunga.

seperti biasa, mereka menghabiskan petang itu dengan bersembang tentang kuliah pagi tadi. 

Ayuni cuba memberanikan diri untuk menyatakan tujuan sebenar dia mengajak Is keluar kali ini. "Is, boleh saya tanya kamu sesuatu?" Ayuni teragak-agak untuk berkata-kata namun lancar sekali pertuturannya itu.

"awak nak tanya apa? saya ada buat salah ke?"

"tak lah. bukan. kamu mana ada buat salah. sebenarnya saya nak tahulah. sudah 3 tahun kita berkawan dan kamu juga kadang-kala memanggil saya sayang. boleh saya tahu apa status hubungan kita sekarang ni?" Ayuni menutup bicaranya dengan menghabiskan jus belimbing yang dipesannya tadi. hati Ayuni sunggu berdebar menunggu jawapan dari Iskandar.

Iskandar terdiam untuk seketika sebelum menarik nafas dalam-dalam untuk memberikan jawapan yang sewajarnya.

"saya tak mampu memberikan apa-apa janji kepada awak. saya anggap awak tak lebih dari sahabat baik saya"

Ayuni terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Iskandar. tak sangka selama ini Iskandar telah memainkan perasaannya yang ikhlas dan suci dalam perhubungan mereka. Ayuni terasa seperti dunia telah berhenti pada ketika ini. Ayuni terdiam. tiada kata yang mampu diucapkan lagi. pedih sungguh jawapan yang diberikan. perit bagi Ayuni untuk melaluinya, namun dia sedar, Ayuni perlu berpijak di dunia yang nyata. Ayuni tertunduk layu. titisan air mata mula mengalir di pipinya yang mulus itu. diseka air mata itu perlahan. Ayuni perlu bertahan untuk beberapa minit sahaja lagi sebelum menamatkan pertemuan mereka pada petang itu.

Ayuni memandang lesu wajah Iskandar, "yeke? terima kasih atas jawapan kamu tu. saya rasa saya perlu beredar sekarang. saya ada urusan yang perlu diuruskan" hanya kata-kata itu yang mampu diluahkan pada saat itu. bagi Ayuni, dia tidak perlu menghamburkan perasaan kecewanya pada lelaki itu, dia perlu jadi seorang yang matang dan bijak dalam menyelesaikan suasana  yang agak tegang pada masa itu. 

Ayuni terus mencapai tas tangannya lalu beredar meninggalkan Iskandar keseorangan. air mata mula mengalir laju membasahai pipinya, tidak dapat dibendung lagi betapa sakitnya hati Ayuni. jawapan yang diimpikan hancur begitu sahaja. apa tujuan kau selama ini? adakah kehadiran kau hanya untuk memainkan perasaan aku yang betul-betul ikhlas? adakah perasaan aku ini hanya untuk disia-siakan begitu sahaja? kenapa semua ini berlaku? kenapa perasaan cinta dan sayangku ini hanya untuk dipersiakan? kalaulah kau tahu Iskandar, kaulah lelaki pertama yang hadir dalam hidupku....seandainya kau tahu Is....pelbagai persoalan yan bermain dibenak pemikirannya.

Ayuni memacu laju kereta kancilnya, tidak tahu mana arah tujunya selepas ini......

Sunday, December 23, 2012

Sembang-sembang Petang!

assalam semua. apa khabar? wow! lamanya tak update blog. rindu sebenarnya nak menulis tapi disebabkan kekangan waktu, blog yang setia ni terpaksa diabaikan untuk seketika. sibuk dengan esaimennya lah, test lah, homework, sampai waktu tidur pun agak kacau sedikit. tapi tak mengapa sebab inilah lumrah kehidupan sebagai pelajar. kan?

pejam celik, pejam celik, aku dah pun sampai ke minggu study week. cepatnya 14 minggu tu berlalu. tak sedar pun. masa betul-betul mencemburui kita. aku rasa macam baru je semalam aku daftar sebagai pelajar ijazah, ni aku nak tamat dah semester baru aku.  

indah pulak cuaca petang ni. ikut ramalan kaji cuaca aku sendiri, kejap lagi hujan la ni. dengan angin sepoi-sepoi nya lah, phewww, memang layan betul menulis blog. idea tu datang mencurah-curah pulak. sambil ditemani lagu GIRL ON FIRE by Alicia Keys, layan sungguh.


ya. inilah adik-beradik 10 orang aku. member dari diploma sampai ke ijazah. walaupun tinggal 10 ketul je, insyaAllah kami semua boleh survive dalam bidang fisio ni. susah senang kami akan hadapi bersama-sama. stress sama-sama, ketawa sama-sama, nakal sama-sama. even kitorang ni tinggal 10 orang je, tapi nakal nye nauzubillah. tak caya? jap ea.




takpe, aku rasa gambar ni tak cukup nakal lagi. nanti aku akan capture a lot of pictures. soon oke. ^^


 
 yang ni pulak member rapat aku. sebelah tu hanan, aena and zaty. kira dengan dorang ni aku dah takde rahsia lagi. aku rasa dorang pun macam tu jugak. kitorang share semua suka duka bersama. mana je kitorang pergi mesti berempat ni. banyak jugak masalah dan kehidupan peribadi yang aku dah share dengan dorang. yang zaty tu, dia memang dah kenal sangat dengan perangai aku. mana taknya, dari diploma kitorang dok berkepit, sampailah ke ijazah. indahnya persahabatan tu. and aku harap persahabatan yang dah terbina ni akan berkekalan ke Jannah, insyaAllah.

::i hope our friendship just like a circle that has no ends::