Monday, December 31, 2012

2013!

assalam semua. alhamdulillah, kita berjaya juga sampai ke tahun yang baru iaitu 2013! syukur kita masih diberi peluang untuk terus bernafas, berbuat kebaikan dan memohon keampunan dari Allah. semoga peluang yang diberi oleh Allah ini kita pergunakannya dengan sebaik mungkin. buatlah banyak kebaikan dan kurangkanlah....nope! kalau boleh janganlah melakukan kejahatan. nakal sikit-sikit tu bolehlahhh. hehehe

banyak juga kenangan manis dan pahit yang aku dah lalui untuk 2012 yang lepas. macam-macam dugaan, seriously tahun 2012 memang tahun yang sangat-sangat mencabar bagi aku. dan aku sendiri pun tak sangka aku telah pun melalui segala pahit maung tu. alhamdulillah. dan ada juga yang manis seperti dapat jumpa ehem ehem...aicehh. ape tu? entah. saja je buat gempak.

untuk tahun 2013 pulak, semestinya aku tak sabar nak menghadapi apa yang akan berlaku dalam hidup aku. insyaAllah, 31 OGOS 2013, along aku akan melangsungkan perkahwinannya. tak sabar nak dapat abang! yeay! tak sabar nak busy-busy, nak penat-penat, nak hepi-hepi, nak cantik-cantik. buat kawan-kawan kalau ada yang baca post nih, jemput datang nanti ye walaupun kad nye belum ada lagi. mak pun dah pesan ajak kawan-kawan aku datang tidur rumah sekali! haha. mak yang paling excited!

bagi aku, setiap tahun takde pun azam baru yang aku buat. prinsip aku, pastikan apa yang aku nak tu menjadi kenyataan, tak perlu kot untuk buat azam beriya-iya tapi no action untuk every new year! so wasted! tapi tak salah pun sebenarnya nak ada azam baru, at least nawaitu da ada kan? hehe. aku punya azam ni tak kira masa, bila-bila masa je akan ada azam.

so... HAPPY NEW YEAR, 2013 peeps! semoga tahun baru ni akan mencoretkan banyak kenangan manis dalam hidup kita. hargai setiap detik yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita.

Monday, December 24, 2012

Cinta Ayuni - Part 4

esok Ayuni akan pulang ke kampung untuk menghabiskan cuti pertengahan semesternya. dia ingin berehat secukupnya dirumah, setelah penat mengulangkaji pelajaran di kampus. namun, tugasan dan buku-buku tidak lupa untuk dibawa pulang bersama kerana banyak tugasan yang perlu dihantar naik sahaja cuti nanti. test-test dan kuiz begitu juga, dia perlu menelaah walaupun cuti adalah masa untuk dia berehat.

namun, sepanjang cuti ini, Aliff sudah jarang SMS Ayuni. perasaan ragu-ragu tentang keikhlasan lelaki itu kembali bersarang dalam dirinya. dia mula membenci Aliff. sakit benar hatinya.

"memang dasar lelaki semua sama je! semua lelaki jahat! semua nak mainkan perasaan aku"

namun dalam kemarahan Ayuni itu, dia tetap mengirim mesej kepada Aliff, tetapi Alif tidak pula membalas. perasaan bencinya itu semakin menggunung. mahu sahaja dia memaki lelaki itu tetapi dia perlu bersabar, dia perlu bertindak waras.

seminggu berlalu tanpa khabar dari Aliff. ahad, 12.30 tengah hari, Ayuni menerima panggilan dari Aliff. Ayuni tidak mengendahkan panggilan itu. 

"lantak kau lah. malas aku nak layan kau." gerutu Ayuni dalam hati. sakit benar hatinya. dah seminggu baru Aliff datang mencarinya. telefon itu dibiarkan berdering sehingga tertutup sendiri.

malam itu, tiba-tiba Aliff memberinya mesej.

"kenapa kau tak angkat fon tadi?"

"malas aku nak layan kau. kenapa kau call aku?"

"aku ada kat shah alam tadi. aku nak balik kedah"

"bukannya ada kaitan dengan aku pon"


"kau sombong dengan aku kan"

"kau kenapa tiba-tiba ni?"

"yelah, kau tak angakt fon pon masa aku call kau"

"kalau setakat ada satu je misscall tu, kau tak payah nak kecih sangatlah. satu misscall je pon"

"kau merajuk dengan aku ea? minta maaflah. aku kat kampung ni sibuk sikit. aku memang jarang dengan fon"

"aku hantar mesej pon kau tak reply kan?"


"aku minta maaf Ayu. aku tak sengaja"
tiba-tiba Aliff menelefon Ayuni. hati Ayuni kemabli girang. dengan segera dia menjawab panggilan Aliff. 


"Ayu, kau merajuk dengan aku ea? aku minta maaf. rindu aku ea?"

"banyaklah aku nak rindu kau. takde masa. yang kau ni dah kenapa tetiba call aku?"

"aku nak ganti balik la, hari tu aku call tapi kau tak angkat"

hati Ayuni begitu gembira sekali. setelah beberapa minit mereka berbual di telefon, Ayuni meminta untuk mereka bermesej semula.


"Ayu, aku betul-betul suka kau ni. aku sayangkan kau. aku betul-betul ikhlas nak jadikan kau isteri aku."

"kau janganlah macam ni Aliff. dah berapa kali aku cakap, aku anggap kau x lebih dari kawan aku"

"Ayu, bagilah aku peluang. aku janji aku tak kan kecewa kan kau. aku nak jadi yang sah dalam hidup kau. tolonglah bagi aku peluang"

"mmmm, aku rasa aku boleh terima kau kot"

"aik, siap ada kot pulak"

"sorry, aku rasa aku boleh terima kau dalam hidup aku"

Ayuni sendiri tergamam dengan mesejnya itu. dia tidak sangka dalam hanya beberapa saat, dalam pengakuannya yang menganggap Aliff adalah temannya, dia kini telah menerima Aliff dalam hidupnya.


"Ayu. betul ni? terima kasih Ayu. aku janji aku takkan sia-siakan kau. aku akan jaga kau sebaik mungkin, aku akan cuba bimbing kau. terima kasih Ayu. aku betul-betul sayangkan kau Ayu."

"sama-sama. janji tau jangan sia-siakan perasaan sayang ni. jangan hancurkan kepercayaan aku terhadap kau." dalam sekelip mata, selaut perasaan sayang mula menyelinap keseluruh hati Ayuni. sungguh besar kuasa Allah. hanya seketika, hatinya sangat mencintai dan menyayangi lelaki bernama Aliff itu. 

kini 6 bulan telah berlalu. Ayuni sangat bahagia disamping Aliff walaupun mereka berjauhan. Aliff tidak pernah mengabaikan Ayuni. Aliff benar-benar mencintai dan menyayangi Ayuni. sesekali Ayuni akan merajuk, dia hanya inginkan perhatian dari Aliff. tetapi Aliff tidak pernah jemu melayan segala kerenah buah hati kesayangannya itu. Aliff bahagia kerana Ayuni sanggup menerima dirinya.

"bukan senang tau Bie nak dapatkan Sayang. punyalah susah"

"susah sangat ke Bie?"

"susahlah. Sayang tu jual mahal sangat"

"mana ada Sayang jual mahal. Sayang berhati-hati je"


"kenapa? Sayang tak percaya Bie ke?"

"dululah. mana Sayang nak percaya Bie. Bie kan mat romeo. tapi sekarang Sayang percaya Bie sangat-sangat."

"mana ada Bie romeo Sayang."

"hehe. yelah. Bie tak romeo. Sayang tau Bia setia dengan Sayang, Bie tak kan curang dengan Sayang. dalam hati Sayang ni pun, hanya ada Bie sorang je. sampai Sayang mati pun, hanya Bie sorang je lelaki dalam hidup Sayang."

"terima kasih Sayang. Bie pon sama juga. Bie nak Sayang sorang je selama hidup Bie."

"takpe, Sayang izinkan Bie kahwin lebih dari sorang nanti."

"ish. taknak lah Sayang. Bie nak Sayang sorang je dalam hidup Bie. Sayang sorang dah cukup untuk hidup Bie."

"bukan ke lelaki suka kalau dapat izin kahwin lebih. patutnye Bie sukalah. ni taknak pulak. rugi je."

"ish. Sayang ni. Sayang tak sayang kat Bie la tu kan? Bie tak nak orang lain. Bie nak Sayang sorang je."

"hehehe. yelah Bie. Sayang pon tak nak kongsi Bie dengan orang lain."

"dengan Bie sorang je tau Sayang. jangan dengan orang lain"

itulah Ayuni dan Aliff. mereka saling mengusik. walaupun Ayuni sangat manja dan suka merajuk, Aliff tidak pernah jemu memujuk dan mengambil hati Ayuni. kini mereka berdua sangat bahagia. Ayuni lebih bersikap matang, dan Aliff lebih bertanggungjawab. tanggal 1/11/2012 adalah tarikh sah mereka bergelar pasangan kekasih. Julia tumpang bahagia dengan kehidupan Ayuni sekarang.

::doakanlah semoga jodoh mereka berpanjangan::

::THE END::


^__^

Cinta Ayuni - Part 3

9 bulan telah berlalu. kehidupan Ayuni beransur pulih, dia kini tampak lebih segar dan ceria. sikapnya yang periang kini telah kembali. dia kini lebih bersemangat. kisah silamnya banyak telah mendidik diri Ayuni supaya menjadi muslimah yang lebih kuat. dia masih lagi ingat pesanan ibunya, "setiap kelembutan wanita itu, tersimpang segunung kekuatan kerana tercalitnya beribu kedukaan yang mampu ditanggungnya seorang diri".

Julia juga telah banyak memberi dorongan dan semangat kepada Ayuni. 9 bulan bukanlah tempoh yang mudah untuk Ayuni harungi. hari-harinya ditempuhi dengan linangan air mata. kepada Julialah Ayuni selalu mengadu. namun, Ayuni tidak pernah melupakan Allah yang Maha Esa untuk memohon kekuatan, semangat dan petunjuk dariNya. 

kini Iskandar hanyalah secalit dari kisah silamnya. dia sudah menjauhkan diri dari Iskandar. kalau dulu, dia pasti ternanti-nanti SMS dari Iskandar, kini tidak lagi. malah Ayuni tidak lagi membalas mesej dari Iskandar. Iskandar juga kerap kali meminta maaf dari Ayuni. itulah lelaki, senang meminta maaf. kemaafan diberi penuh ikhlas, tetapi Ayuni tidak mungkin berpatah balik. hatinya jitu mengatakan dia perlu meneruskan kehidupan yang baru. Iskandar kini sangat kerap menghubungi Ayuni, tetapi dalam hatinya, tiada langsung perasaan untuk Iskandar, mahu pun sebagai teman.

walaupun begitu, dalam temph 9 bulan itu jugalah seseorang jejaka sudah mula mendekati Ayuni. dia Aliff. Aliff merupakan teman yang dikenalinya semenjak mereka menjalani latihan klinikal disebuah hospital. Aliff sudah lama menyimpan perasaan terhadap Ayuni, namum Ayuni tidak pernah mengendahkan perasaan Aliff. sebenarnya Aliff sudah lama meluahkan perasaan suci dan ikhlasnya terhadap Ayuni, semenjak Ayuni masih lagi menyukai, menyayangi dan mencintai Iskandar. tetapi Ayuni selalu sahaja memberi nasihat kepada Aliff dan dia sering menolak perasaan Aliff.

tetapi Aliff bukanlah seorang yang cepat mengalah atau berputus asa. bagi dirnya, kalau dia betul-betul ikhlas dan berusaha, dia yakin Ayuni pasti akan menjadi miliknya. dia benar-benar ikhlas ingin menjadikan Ayuni sebagai teman hidupnya, dia ingin menjadikan Ayuni sebagai isterinya suatu hari nanti.

hati Ayuni sangat keras, dia bersungguh menolak Aliff dari hidupnya. dia hanya menganggap Aliff hanya teman baiknya. tidak lebih dari itu. pengalaman lalu benar-benar memberi dia sejuta pengajaran. bukan mudah untuk dia mengubati luka hatinya. dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. dia sudah cukup serik. baginya, lelaki hanya hadir untuk memainkan perasaan wanita yang ikhlas.

walaupun Aliff kerap kali meyakinkan Ayuni bahawa dia tidak seperti lelaki lain, dia benar-benar ikhlas ingin menyayangi Ayuni, Ayuni tetap dengan pendiriannya. kehadiran Aliff juga diketahui Julia, kepada Julailah Ayuni selalu meminta nasihat. namum, Julia lebih menyerahkan keputusan itu dibuat oleh Ayuni. dia tidak mahu melihat Ayuni kecewa dan jatuh lagi. 

dalam jangka masa 3 bulan, Aliff lebih kerap menghubungi Ayuni. dia ingin berusaha lebih gigih untuk mendapatkan Ayuni, tambahan dia juga tahu Ayuni kini tidak menyukai sesiapa lagi.

Julia mula nampak akan keceriaan Ayuni, dia tahu Ayuni sudah mula menyimpan perasaan terhadap Aliff. Julia sangat kenal dengan sahabat karibnya itu. tetapi setiap kali soalan diaju kepada Ayuni tentang perasaanya terhadap Aliff, Ayuni pasti akan beriya untuk menidak dan menafikan. tetapi Ayuni juga sedar, dia kini sebenarnya sudah mula menyukai Aliff, dia tertarik dengan sikap Aliff yang tidak pernah jemu dan berputus asa dalam memikat hatinya. bagi dirinya, dia perlukan masa untuk dirinya untuk melihat sejauh mana serius dan ikhlas perasaan Aliff. dia perlu pasti itu. ya! perlu. dia tidak mahu perasaan sucinya itu dipermainkan lagi. 

kalau dulu, dia tidak berapa senang dengan SMS dan sapaan dari Aliff. Ayuni lebih senang untuk berdiam diri. kini, dia lebih menantikan SMS dari jejaka itu. jika sehari Aliff tidak menghantar SMS kepadanya, perasaannya kembali ragu-ragu tehadap keikhlasan Aliff. Ayuni akan merajuk tetapi Aliff pandai sekali memujuk hati Ayuni.

Cinta Ayuni - Part 2

lamunan Ayuni terhenti tatkala sahabat baiknya, Julia datang menepuk bahunya. Ayuni dengan segera mengesat air matanya. sudah dua minggu Ayuni berdiam diri, dia lebih suka untuk duduk termenung seorang diri dan melayan perasaannya. kadang-kala Julia mendengar esak tangis Ayuni. sayu sungguh hati Julia melihat keadaan temannya itu. Ayuni sudah tidak seperti dulu lagi, seorang yang sangat ceria, periang, dan sifatnya yang suka mengusik teman-temannya. sesiapa sahaja berdamping dengan Ayuni, semua pasti tertawan dengan sikpanya yang sangat semula jadi itu. 

Julia ingin cuba memecah kesunyian yang menyelebungi diri Ayuni, "oiy Ayu, mengelamun jauh nampak! tak elok anak dara termenung, nanti lambat kahwin".

"eh, mana ada aku termenung. aku mengantuklah. aku terlelap pulak dok tunggu kau ni. kenapa lambat sangat kau sampai ni? berjanggut aku tunggu kau tahu. baik aku ajak apek naik basikal dating, lagi cepat apek tu sampai dari kau. tahu?" Ayuni cuba menutupi wajah kesedihannya.

"aku minta maaflah. kau macam tak tahu, petang-petang macam ni kan selalu jem. tu, minyak kereta aku habis sebab jem, kau tak nak bayar? semata-mata untuk datang jumpa kau tau".

mereka berdua ketawa serentak. itulah gelagat sahabat karib antara Julia dan Ayuni. antara mereka, pasti ada selingan usik-mengusik. namun, Julia sedar disebalik sikap Ayuni itu, tersimpan beribu kedukaan dilubuk hatinya. 


Julia masih ingat dua minggu yang lepas, Ayuni tiba-tiba meluru masuk bilik rumah sewanya dalam keadaan nangis yang teresak-esak. Julia sungguh terperanjat, namun dibiarkannya sahaja Ayuni menangis sebelum dia bertanya lebih lanjut. Ayuni terlelap sendiri di katil Julia. 

"pukul berapa ni Julia? aku tak sedar aku tertidur atas katil kau. aku minta maaf. habis banyak peta dunia aku lukis ni", Ayuni cuba berlagak tenang.

"dah pukul 8 malam ni Ayu, kau pergilah mandi. segarkan dulu badan kau tu. nanti dah siap solat, kau turun makan tau. aku dah masak lauk kegemaran kau, sambal udang", Julia segera mencapai tuala dan sepasang baju tidur miliknya dan diberikan kepada Ayuni.

sudah kebiasaan Ayuni akan tumpang tidur di rumah Julia, kadang-kadang kerana ingin menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, kadang-kala memang sengaja Ayuni datang ke sana. teman serumah Julia pun sudah tidak kisah dengan kehadiran Ayuni, malah mereka lebih suka dan senang kalau Ayuni datang ke rumah mereka. ada sahaja cerita yang akan dikongsi oleh Ayuni. tetapi kali ini, kehadiran Ayuni penuh dengan kesedihan.

seusainya Ayuni menunaikan solat Isya', Ayuni menuruni anak tangga untuk makan malam.

"waaa, sedapnya bau. sempat pula kau beli udang ni Ju. macam dah tau je kan aku nak datang. hehehe".

"eh, kau jangan nak perasan. ni lauk semalam lah. aku panaskan je".

"takpelah, lauk semalam pun semalamlah. perut aku lapar ni. makan jum. Syidah, Tiqah, Sara, jum makan sekali. Ju, jumlah. penat aku masak banyak-banyak ni. hehehe".

"hahaha, mengadelah kau ni Ayu. pada hal tadi tidur terbungkang tak sedar diri".

mereka berlima ketawa dengan teletah masing-masing. 

selesainya makan malam...
 
Julia menghampiri Ayuni di sinki, Julia melihat sahaja gaya Ayuni membasuh pinggan makan tadi. jelas kelihatan mata Ayuni bengkak dan wajahnya yang sungguh sedih.

"aku tahu, kau pasti ada masalah kan? kau tak pernah macam ni", Julia memulakan bicara sambil mengusap lembut bahu sahabatnya itu.

air mata Ayuni kembali gugur. "Ju..."

Ayuni segera menghabiskan basuhan terakhirnya, lalu memeluk erat Julia. Julia terdengar esak tangis Ayuni. tersedu-sedu Ayuni menangis dibahu Julia. saat ini, dia sangat-sangat memerlukan sahabat baiknya itu. Julia juga sangat mengetahui kisah hidupnya. Ayuni selalu bercerita tentang perasaannya terhadap Iskandar, apa sahaja yang berlaku tentang dirinya dengan Iskandar, pasti Julia lah orang pertama yang akan mengetahuinya.

"Ju, Iskandar tak mencintai aku. dia hanya menganggap aku tak lebih dari teman biasa. hati aku pedih Ju. aku kecewa. kenapa ada lelaki seperti dia wujud kat dunia ni? aku tak sangka selama ni hanya aku seorang sahaja yang memendam perasaan", Ayuni menghamburkan perasaan kecewa dan sedihnya dalam keadaan yang nangis teresak-esak.

Julia sangat terkejut dengan kata-kata Ayuni itu. dia tak sangka Iskandar tergamak membuat Ayuni sperti ini. malah Julia juga pernah membaca SMS antara Ayuni dan Iskandar. Iskandar kerap kali menyatakan peraaan sayangnya kepada Ayuni, dan Julia yakin Iskandar sangat menyayangi Ayuni. namun, sangkaan mereka berdua meleset.

"bersabarlah Ayu. mungkin Is bukan jodoh yang sesuai untuk kau. aku pasti akan ada lelaki kat luar sana yang akan menyayangi dan akan menjaga kau sebaik mungkin Ayu. aku pun tak sangka Is sanggup mensia-siakan perasaan kau. memang dasar lelaki tak guna".

"aku dah serik untuk menyayangi lelaki lagi Ju. kau kan tahu aku memang tak pernah menerima mana-mana lelaki, tetapi semenjak kehadiran Is, hati aku terbuka untuk menerima dia. tapi aku serik Ju. kenapa aku degil dengan prinsip hidup aku? aku tidak akan menerima mana-mana lagi lelaki lepas ni Ju. aku tak mahu sakit lagi", tangis Ayuni.

"bersabarlah wahai temanku. kau kena kuat mengharungi semua ini. kau kena ingat, Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kekuatan dan kemampuan seseorang hamba itu. segala yang terjadi ini pasti ada hikmah yang tersembunyi. cuma kita je yang belum dapat lihat lagi", nasihat Julia kepada Ayuni.

............................................................................................................

"Ayu, jomlah balik. aku laparlah. aku tak makan lagi ni. kau belanja boleh? hehehe. aku mengidam nak makan KFC la". 

"kau ni ada-ada je lah. jom lah. nasib baik mood aku tengah baik hari ni. kalau tak, aku goreng je ayam kat rumah tu bagi kau makan. hahaha"

mereka berdua pun menuju ke restoran KFC yang berdekatan dengan kenderaan masing-masing.........

Cinta Ayuni - Part 1

terasa begitu indah dan asyik sekali tatkala bayu laut menyapa lembut tubuh kecil Ayuni. segala masalah yang melanda seakan hilang seketika. ditemani kicauan burung-burung camar, pepohon nyiur meliok-lentok mengikut arahan angin membuatkan suasana petang di pantai Air Papan sungguh indah dan damai sekali. tudung Ayuni yang kadang-kala terselak akibat ditiup angin, diperkemas untuk sekian kalinya. terasa dunia ini telah berhenti seketika dari putaran paksinya, membuatkan Ayuni berasa begitu tenang sekali. mata dipejam seketika, terimbau kembali kisah percintaannya yang sudah 3 tahun tersemai dilubuk hatinya yang suci.

"kali ni aku mesti berani untuk tanya apa status aku dengan Iskandar sekarang. aku tahu Is pasti rasa sama seperti apa yang aku rasa sekarang ni. aku pasti Is juga sangat mencintai aku seperti mana aku telah mencurahkan segala kasihku kepadanya. dia juga sudah kerap kali memanggil aku sayang, malah dia juga pernah menyatakan yang dia cintakan aku. ya! Is juga mencintai aku. aku pasti walaupun dia tidak pernah menyatakan hasratnya untuk menjadikan aku kekasih hatinya"

 monolog Ayuni sendirian tatkala menunggu Is di Kafe Ibunda, kafe yang telah banyak merakam kisah kehidupan mereka sepanjang tempoh 3 tahun perkenalan mereka.

jam sudah menunjukkan pukul 4.55 petang, mereka telah berjanji untuk berjumpa pada pukul 5 petang. sengaja Ayuni datang lebih awal hari ini kerana dia sudah tidak sabar lagi untuk menerima berita gembira yang diimpikannya selama ini. diiringi alunan lagu Don't Let Me Fall nyanyian Lenka, penyanyi kegemaran Ayuni membuatkan petang itu sungguh menarik sekali. 

Iskandar telah sampai tepat pada waktu seperti yang telah dijanjikan. Is menarik kerusi bersebelahan Ayuni, seperti selalunya. mereka telah memesan air jus belimbing kegemaran mereka. 

"Ayu, cantik sungguh awak hari ni. tak seperti selalu, awak biasanya pakai seluar jeans dan t-shirt je. awak ada nak ajak saya pergi kemana-mana ke?" Iskandar memulakan bicara pada petang itu.

Ayuni tersipu malu dengan pujian Is. ya. Ayuni lebih selesa hanya dengan seluar jeans dan memakai t-shirt untuk keluar. sesekali Ayuni akan mengenakan cardigan untuk tampak lain sedikit, namun baginya pakaian seperti ini sudah cukup selesa baginya. biar simple, tapi kemas. itu prinsipnya. hanya secalit bedak tipis dikenakan di wajahnya, hanya untuk menambah seri semula jadi.

"cantik? betul? terima kasih. takdelah. saya tak nak pergi mana-mana pun. saja nak pakai macam ni. lain dari yang lain sedikit" Ayuni menyambut ringkas pujian Is tetapi dalam hatinya sudah cukup berbunga.

seperti biasa, mereka menghabiskan petang itu dengan bersembang tentang kuliah pagi tadi. 

Ayuni cuba memberanikan diri untuk menyatakan tujuan sebenar dia mengajak Is keluar kali ini. "Is, boleh saya tanya kamu sesuatu?" Ayuni teragak-agak untuk berkata-kata namun lancar sekali pertuturannya itu.

"awak nak tanya apa? saya ada buat salah ke?"

"tak lah. bukan. kamu mana ada buat salah. sebenarnya saya nak tahulah. sudah 3 tahun kita berkawan dan kamu juga kadang-kala memanggil saya sayang. boleh saya tahu apa status hubungan kita sekarang ni?" Ayuni menutup bicaranya dengan menghabiskan jus belimbing yang dipesannya tadi. hati Ayuni sunggu berdebar menunggu jawapan dari Iskandar.

Iskandar terdiam untuk seketika sebelum menarik nafas dalam-dalam untuk memberikan jawapan yang sewajarnya.

"saya tak mampu memberikan apa-apa janji kepada awak. saya anggap awak tak lebih dari sahabat baik saya"

Ayuni terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Iskandar. tak sangka selama ini Iskandar telah memainkan perasaannya yang ikhlas dan suci dalam perhubungan mereka. Ayuni terasa seperti dunia telah berhenti pada ketika ini. Ayuni terdiam. tiada kata yang mampu diucapkan lagi. pedih sungguh jawapan yang diberikan. perit bagi Ayuni untuk melaluinya, namun dia sedar, Ayuni perlu berpijak di dunia yang nyata. Ayuni tertunduk layu. titisan air mata mula mengalir di pipinya yang mulus itu. diseka air mata itu perlahan. Ayuni perlu bertahan untuk beberapa minit sahaja lagi sebelum menamatkan pertemuan mereka pada petang itu.

Ayuni memandang lesu wajah Iskandar, "yeke? terima kasih atas jawapan kamu tu. saya rasa saya perlu beredar sekarang. saya ada urusan yang perlu diuruskan" hanya kata-kata itu yang mampu diluahkan pada saat itu. bagi Ayuni, dia tidak perlu menghamburkan perasaan kecewanya pada lelaki itu, dia perlu jadi seorang yang matang dan bijak dalam menyelesaikan suasana  yang agak tegang pada masa itu. 

Ayuni terus mencapai tas tangannya lalu beredar meninggalkan Iskandar keseorangan. air mata mula mengalir laju membasahai pipinya, tidak dapat dibendung lagi betapa sakitnya hati Ayuni. jawapan yang diimpikan hancur begitu sahaja. apa tujuan kau selama ini? adakah kehadiran kau hanya untuk memainkan perasaan aku yang betul-betul ikhlas? adakah perasaan aku ini hanya untuk disia-siakan begitu sahaja? kenapa semua ini berlaku? kenapa perasaan cinta dan sayangku ini hanya untuk dipersiakan? kalaulah kau tahu Iskandar, kaulah lelaki pertama yang hadir dalam hidupku....seandainya kau tahu Is....pelbagai persoalan yan bermain dibenak pemikirannya.

Ayuni memacu laju kereta kancilnya, tidak tahu mana arah tujunya selepas ini......

Sunday, December 23, 2012

Sembang-sembang Petang!

assalam semua. apa khabar? wow! lamanya tak update blog. rindu sebenarnya nak menulis tapi disebabkan kekangan waktu, blog yang setia ni terpaksa diabaikan untuk seketika. sibuk dengan esaimennya lah, test lah, homework, sampai waktu tidur pun agak kacau sedikit. tapi tak mengapa sebab inilah lumrah kehidupan sebagai pelajar. kan?

pejam celik, pejam celik, aku dah pun sampai ke minggu study week. cepatnya 14 minggu tu berlalu. tak sedar pun. masa betul-betul mencemburui kita. aku rasa macam baru je semalam aku daftar sebagai pelajar ijazah, ni aku nak tamat dah semester baru aku.  

indah pulak cuaca petang ni. ikut ramalan kaji cuaca aku sendiri, kejap lagi hujan la ni. dengan angin sepoi-sepoi nya lah, phewww, memang layan betul menulis blog. idea tu datang mencurah-curah pulak. sambil ditemani lagu GIRL ON FIRE by Alicia Keys, layan sungguh.


ya. inilah adik-beradik 10 orang aku. member dari diploma sampai ke ijazah. walaupun tinggal 10 ketul je, insyaAllah kami semua boleh survive dalam bidang fisio ni. susah senang kami akan hadapi bersama-sama. stress sama-sama, ketawa sama-sama, nakal sama-sama. even kitorang ni tinggal 10 orang je, tapi nakal nye nauzubillah. tak caya? jap ea.




takpe, aku rasa gambar ni tak cukup nakal lagi. nanti aku akan capture a lot of pictures. soon oke. ^^


 
 yang ni pulak member rapat aku. sebelah tu hanan, aena and zaty. kira dengan dorang ni aku dah takde rahsia lagi. aku rasa dorang pun macam tu jugak. kitorang share semua suka duka bersama. mana je kitorang pergi mesti berempat ni. banyak jugak masalah dan kehidupan peribadi yang aku dah share dengan dorang. yang zaty tu, dia memang dah kenal sangat dengan perangai aku. mana taknya, dari diploma kitorang dok berkepit, sampailah ke ijazah. indahnya persahabatan tu. and aku harap persahabatan yang dah terbina ni akan berkekalan ke Jannah, insyaAllah.

::i hope our friendship just like a circle that has no ends::

Friday, November 16, 2012

01112012




just a few words. I really love you. really do! hehehe

favorite quotes. "my love for you is infinity" 

Wednesday, October 31, 2012

LOVE can wait

apa pendapat korang. korang lebih prefer yang mana. cinta selepas kahwin atau cinta sebelum kahwin? kalau aku, mungkin aku nak try cinta sebelum kahwin tapi cinta selepas kahwin pon oke juga kan. 

tadi aku terbaca ada satu komen ni lah, pasal kahwin kahwin ni. ada seorang tu dia cakap, tak salah pun sama ada nak bercinta after kahwin atau pun sebelum kahwin. sebabnya perasaan cinta tu tak boleh dihalang. cinta tu akan hadir dengan sendirinya cuma diri kita yang perlu dikawal agar tak melakukan perkara yang tak sepatutnya.

bagi aku, memang indah cinta selepas kahwin sebab ramai yang mengatakan lepas kahwin hubungan tu akan bertambah menjadi sweet dan erat. tapi aku tak berapa nak percaya dengan hubungan selepas kahwin ni, tak taulah kenapa. yang peliknya, kekadang tu macam teringin juga nak merasa cinta selepas kahwin. 

bila aku fikir-fikir balik, huh! parents aku 7 tahun bercinta woo. 3 tahun bertunang. lama tak lama? sangat lama kan? even dorang dah bertahun-tahun cintan-cintun, but sekarang dorang masih lagi sangat sweet, berkepit je kemana-mana pun. kalau mak aku merajuk, pandailah ayah aku nak pujuk. setakat gaduh sikit-sikit tu adatlah. kalau tak, tak happening juga kan? kekadang moment yang dorang gaduh tu lah buat kitorang semua ketawa besar. biasanya hal kecik je pun tapi mak aku yang over over kan hal tu. kata mak, seharian tak jumpa ayah buat dia rasa sangat bosan dan RINDU. maklumlah, suri rumah kan. gitulah kena tinggal sorang sorang kat rumah. so bila gaduh tu, ayah akan more pay attention kat mak, contohnya ayah akan pujuk pujuk, camtulah. bukannya ayah abaikan mak tapi kita sedia maklumlahkan dengan orang bekerja ni, mesti penat sangat selepas seharian bekerja. kan?

nanti before ayah pergi kerja, mak akan salam and cium tangan ayah. ayah pula akan cium dahi mak. sweet kan? kekadang aku yang segan nak tengok, cemburu pun ada. alangkah bestnya dapat suami macam ayah suatu hari nanti.

dari hubungan dorang ni aku percaya cinta sebelum kahwin. siapa kata cinta sebelum kahwin akan membuatkan pasangan tu akan bosan selepas kahwin nanti? mungkin ada tapi tak semua. bagi aku, masing-masing perlu memainkan peranan untuk mengeratkan lagi hubungan tu. yang penting, bagi sesiapa yang menjalinkan hubungan sebelum kahwin, WAJIB lah bagi anda untuk menjaga adab-adab dan pantang larang yang telah disyariatkan oleh Islam. sesungguhnya Islam tu agama yang indah dan suci dimana ia sentiasa menjaga kemurnian setiap insan yang menganutinya.

bagi sesiapa yang belum lagi jumpa insan yang korang rasa boleh bimbing korang, takpe. sabar. sebab LOVE can wait. ada je tu cuma belum sampai je lagi. dan korang-korang semua boleh dahlah nak mula doa minta jodoh yang soleh dan sebagainya. 

sweet sampai ke usia senja    ^__^ 




::actually LOVE is not an easy game tu play::

Monday, October 29, 2012

Nak Bahu Boleh..???

bahu atau dalam bahasa medical dipanggil shoulder adalah salah satu sendi yang terdapat pada tubuh kita. bahu merupakan sendi yang selalu mendapat kecederaan kerana keadaan anatominya yang .. bla .. bla .. bla .. oke, STOP ! kalau kau nak story pasal anatomy jadah ni better kau close je tab ni, then pergi sambung usha fesbuk kengkawan kau. puii. hahaha. 

a shoulder to cry on. tu yang aku nak cerita dalam entry kali ni. korang semua pun mesti ada someone yang korang percaya where you can share all 'bout your life, your problems, your happiness and so what ever where you really need someone to share with. right? me either. dari dulu sampai sekarang memang aku perlukan someone yang aku boleh percaya, yang aku tak malu nak mengaku pape je dengan dia. aku rasa aku tak boleh nak share semuanya dengan diri aku je, sometimes kita memang perlukan somebody untuk luahkan apa yang kita rasa. right?

cuba korang bayangkan kalau korang just share pape je tentang kehidupan, tentang masalah ke, atau pape je dengan diri korang je? tak ke anda rasa anda akan terjerumus ke kancah kegilaan? mungkin ada antara kita yang memang tak boleh nak kongsi tentang diri mereka dengan orang lain, takpe. tak jadi masalah atau bebanan pun. semuanya terpulang kepada keselesaan masing-masing. but it's better if you can find someone that you really trust and share something about your life with her/him. it's feel so relieve if you can tell something 'bout your life with others.

aku bersyukur kerana diberi peluang untuk berjumpa, bertemu, berkenalan dengan kawan-kawan yang sangat supportive, understanding, trusted and helpful. so far, takde lagi kawan-kawan aku yang try nak tikam belakang ke, yang nak mengkhianati persahabatan ke, belum lagi and hope never. dorang sering bagi nasihat kalau aku ada masalah, tengah bersedih, rasa down gila. nak kata time tu dapat heal juga memang tak lah tapi sedikit sebanyak dorang telah melapangkan dada dan fikiran aku. ada juga kawan yang sanggup berkorban dan menyusahkan diri sendiri semata-mata untuk menolong aku. seriously aku sangat terharu dan sangat berterima kasih tapi takde ucapan atau perbuatan yang dapat tunjukkan betapa aku sangat menghargai perngorbanan yang dilakukan. thanks frends! 

in return, kita pun sepatutnya jadilah seorang yang boleh dipercayai untuk kawan kita. janganlah kita hanya perlukan kawan-kawan masa kita kita tengah kesedihan, tapi bila time happy kita tinggalkan mereka. bila kawan-kawan perlukan kita pula, jangan bagi alasan nak gayut dengan boyfie la, ada discussion la, tak sihat la. tak  baik tau. biarlah berat sama dipikul, ringat sama dijinjing. persahabatan macam ni lah baru akan berkekalan dan diberkati. bak kata orang berkawan biar beribu tapi antara yang beribu tu pun bukannya semua boleh dipakai ye tak? huhu. semuanya terpulang kepada kita untuk mencari kawan yang dapat membimbing sesama kita dan saling menegur jika tersilap langkah.

so, buat readers semua carilah bahu yang sesuai yang boleh dipercayai untuk kita kongsi serba sedikit tentang kehidupan kita agar tidaklah kita hanya merasai keindahan kehidupan itu seorang diri.

Monday, October 22, 2012

Syukur, Terima Kasih

alhamdulillah atas segala kurniaan dan nikmat yang Allah berikan kepada aku sejak aku lahir lagi. sempurna dari fizikal mahu pun mental. ^__^

apa aku nak cakap kali ni ialah tentang kecantikan. first of all, bila dah baca entry aku ni, korang jangan lah cakap aku ni poyo ke, perasan cantik ke, bajet je lebih ke, apa-apa ke yang seumpama dengan benda tu semua lah. oke? boleh ea?

lately, i mean sejak aku sambung belajar ni ramai kawan-kawan aku memuji tentang kecantikan wajah aku. hmm?? aku pun banyak berfikir dan sangat konfius dengan kenyataan dorang. betul ke aku ni cantik? nanti bila balik, mulalah aku menilik-nilik wajah ni untuk berjam-jam lamanya kat depan cermin. oke, itu sangat menipu! ada lah dalam beberapa minit je. cermin pun da naik muak tengok muka aku. kalau dia ada tangan, agaknya dah lama dia lempang muka aku laju-laju.

bila dorang cakap je camtu, mesti aku jawab, "takdelah...aku biasa-biasa je. sama je macam orang lain" yup! memang. aku sama je seperti orang lain. aku tak pernah pun rasa diri ni cantik, menarik atau menawan. gitu kau! haha. tapi aku juga tak lupa ucap alhamdulillah apabila dipuji, penting woo.

bagi aku, lebih ramai lagi gadis-gadis kat luar sana yang lebih cantik dan layak mendapat pujian tu berbanding aku. even members yang memuji aku tu pun aku rasa korang jauh lebih cantik and better dari aku. seriously! no doubt! setakat aku ni ape lah sangat. aku ni just perempuan kampung yang pakai tshirt + kain batik, kerja menyapu sampah and memasak kat dapur. tu je. tak lebih dari tu, dan aku rasa aku tak layak mendapat pujian CANTIK dari korang semua. 

pape pun, aku bersyukur and terima kasih atas segala pujian yang diberikan. tak baik menolak pujian...kan? hehehe. bagaimana pun, aku berbalik kepada yang SATU. kecantikan itu milik Allah, ini hanyalah pinjaman sementara yang diberikan olehNya kepada kita semua. kulit and bentuk muka kita ni macam topeng je, luar je nampak cantik. tapi cuba kalau kita buang kulit kita ni, kita sebenarnya semua sama. Melayu ke, India ke, Cina ke, warna-warni tu semua dah takde lagi. kita sama-sama hodoh. yang tinggal otot-otot je. boleh bayangkan tak? kalau tak boleh, try buka buku Anatomy and tengok bab skeletal muscle tissue. huh! gitulah muka kita semua sebenarnya. nak tengok kat cermin pun takde selera.

entry ni bukan aku nak cerita pasal aku cantik, seriously bukan tau! apa yang aku nak sampaikan ialah bahawa setiap dari kita ni adalah sama je. bagi aku, kita ni sama-sama cantik, sama-sama mempunyai keistimewaan masing-masing. apa yang membezakan kita ialah keimanan dan ketaqwaan kita kepada Pencipta kita. oke? boleh dapat kan mesej yang cuba disampaikan oleh penulis? kihkihkih

::biarlah kecantikan diluar seiring dengan kecantikan peribadi kita::

Friday, October 12, 2012

Totally Packed!

aiyark ! sangat busy meh. rasa tak terkejar masa. kalau boleh nak je cekup masa tu, lepas tu letak dalam poket. biar aku sentiasa ada masa. actually, bukan tak cukup masa. masa tu memang ada tapi aku yang dok bazir-bazirkan dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya.

minggu ni dah lepas 2 tests, next week kena mengadap lagi test. pheww. dengan BEL nye lagi, banyak pula homework minggu ni. uihhh, larat ke ni ?? ya Allah...bagilah aku kekuatan. test tadi pun aku main buat je la. lantak lah dapat berapa pun, yang penting nanti aku akan score untuk next tests and final payper. aicehhh, gitulah gamaknya ayat bila menyesal. 

and that so called student's life yang aku rindu sangatkan dulu. puihhh la. hahaha. sekarang rindu tak? memang tak lah. rasa macam nak lari je. rasa nak drop, then balik rumah sambung kerja memasak kat dapur. tapi bila fikir-fikir balik, tak baik menyesal. ini pilihan aku, walau pape pun rintangan yang aku hadapi, aku mesti kuat dan tak putus asa. tak boleh dah nak berpatah balik sebab aku dah pun memulakan langkah sejak dari dulu lagi. bodohlah aku kalau aku sia-siakan peluang ni. 

oke, habis cerita pasal tu. sekarang ni aku dah ada twitter. ops! actually aku dah lama ada twitter, since part 1 ke part 2 masa diploma dulu tapi masa tu kawan-kawan aku sorang pon takde twitter lagi.  aku just create account tu untuk suka-suka je. sekarang ni baru aku nak aktifkan balik tapi aku tak aktif mana pun. cukuplah sekadar ada je, untuk gantikan fesbuk tu memang tak kot. kalau orang lain akan lebih aktif dengan twitter kan, tapi aku tak lah kot. aku sendiri pening nak guna twitter macam mana. lagi pun kat fesbuk banyak group yang aku join yang memerlukan keaktifan aku. cewahhh. tapi kalau ada orang nak follow aku kat twitter, sila lah ye. @syazni razak  (^__^)

esok ahad kan, so esok ada jugalah program aku dengan PHYTAS ni kat petaling jaya. program dengan elderly kalau tak silap. erkkk ! malas ! langsung tak berminat nak join.

::bright day because of your sweet smile::



Saturday, October 6, 2012

Apa Itu S.A.B.A.R

harap maaf kerana aku tak mampu memberikan definisi yang sebenar tentang sabar. kamus dewan bahasa dan pustaka tak pernah ada, tu yang tak dapat buat research tentang sabar. cewahh. 

tapi mungkin aku dapat berikan maksud sabar mengikut pandangan peribadi. sabar tidak bermakna kita lemah, pasif, tidak berguna, mudah dipijak oleh orang lain, atau sebagainya yang seumpama, seerti dengan contoh-contoh diatas. sabar membawa erti kita sedang mengumpul kekuatan untuk terus berjuang dan bertahan selama mana yang kita mampu. sabar juga melatih diri kita menjadi seorang yang lebih waras dalam melakukan sebarang tindakan dengan mengambil langkah yang lebih rasional.

bila kita tidak mampu bersabar, bayangkan kita akan bertindak mengikut sesuka hati tanpa memikirkan akibat pada masa akan datang. kalau kita kurang sabar juga, kita akan mudah putus asa, akan cuba cari jalan pintas instead of solving problems. dalam erti kata lain, kalau kita tidak sabar, sia-sialah akal dan fikiran yang dikurniakan Allah kepada kita. anda paham? tak paham boleh tanya cikgu BM masing-masing ye. ^__^

kalau dulu aku memang seorang yang kurang sabarnya dan aku akan menyesal atas apa yang aku lakukan sebab tak mampu bersabar. but now, I've improved. not totally but im quite impressive with myself that i've patience inside of me. actually, masa dan keadaan sekeliling yang mematangkan kita bahawa SABAR itu penting dan perlu dipupuk dalam diri kita. hey, memang tak logik la budak kecik 5 tahun pun dah pandai sabar kan? even kau dah umur 17 tahun pun belum tentu kau jadi seorang yang penyabar. 

dengan pelbagai masalah yang pernah aku hadapi, dengan pelbagai pengalaman hidup yang aku lalui, tak dinafikan aku sekarang sudah pandai untuk mengambil langkah bijak dan rasional sebelum melakukan sesuatu. aku akan mengambil masa untuk bertenang dan berfikir dengan sebaiknya sebelum aku membuat keputusan. maka dengan ini keputusan yang diambil tidak akan memudaratkan aku. mostly berkaitan dengan kehidupan peribadi aku dengan orang sekeliling lah. 

biarlah orang lain mengata kita berbakul-bakul sekalipun dengan kata-kata kesat, kita jangan ikutkan sangat amarah kita. kalau kita juga bertindak sedemikian rupa, maka kita juga sama macam dia, tak matang macam budak 4 tahun. (adik 4 tahun jangan marah ye) bagi aku, kalau orang tu mengata aku macam-macam yang memang pedih, yang boleh bernanah telinga ni kalau dengar, aku akan Istighfar, minta pertolongan Allah untuk beri kesabaran and then aku akan let them marah sorang-sorang. biar dia sorang yang meroyan, jangan kita yang berpegang teguh pada ajaran Islam ni terikut sama. 

pape pun, cubalah latih diri kita untuk jadi seorang yang penyabar kerana tiada ruginya kalau kita bersabar. hadapi segalanya dengan tenang dan mintalah bantuan dari sahabat andai kita tak mampu hadapinya seorang diri. oke? hehehehe



after neuroscience kelas. saja upload gambar ni sebab that day semua orang puji aku nampak sweet dengan pakaian PINK. kehkehkeh (ini takpe untuk memuji diri sendiri)


sebelah kiri tu kad matrix aku yang baru. yang sebelah kanan tu kad matrix masa diploma. nampak tak dulu agak chubby kan, sekarang ni gambar nampak makin matang. ^__^


::never dull yourself for others brightness::

Aku Kelakar ?

bagi sesiapa yang dah kenal rapat or maybe dah mengenali aku mungkin dorang akan cakap, "kau ni kelakar la noni", "kau ni sengal lah noni". mungkin kot aku ni seorang yang funny. sometimes aku memang sengaja buat jokes dengan kawan-kawan. but sometimes aku takde intention pun nak buat kelakar, tapi aku tak tau kenapa dorang boleh gelak guling-guling dengan apa yang aku buat. selalu mereka buat aku konfius.

lagi teruk, ada sorang kawan aku ni langsung tak boleh tengok muka aku. kalau tengok je muka aku mesti dia nak tergelak. ha ?? why hanan? why ??


tak dinafikan aku someone yang suka ketawa, tak suka hidup dalam keadaan yang stress, dan aku memang suka buat jokes. tapi aku selalu ingatkan diri yang aku tak boleh selalu sangat buat jokes dan jokes tu mestilah tak kan mengguris perasaan sesiapa. 

masalahnya dalam sehari kalau aku tak usik orang, memang aku tak kan tenteram. kadang-kadang aku suka juga buat perangai pendiam aku ni tapi mesti kawan-kawan aku ni fikir aku tengah dalam keadaan yang marah atau aku tengah ada problems. oh, baru aku perasaan yang semua kengkawan aku ni sangat prihatin dengan aku. hehehehe. pada hal tak pun. ada masa rasa mulut ni macam malas nak bercakap, lebih prefer dengar apa orang sekeliling berbual.

mungkin aku ni seorang yang outspoken, spontan, tak berapa nak malu sangat yang buat aku ni seorang yang kelakar. hahaha. maybe. entahlah. walau pape pun, aku nak minta maaf kat semua if selama ni aku dah banyak mengguris perasaan korang dalam jokes aku. seriously, aku memang takde intention nak sakiti perasaan korang cuma mungkin kekadang aku ni melampui batas tanpa aku sedari. maaf sangat-sangat kerana sesungguhnya aku ni seorang insan yang sangat lemah yang sering melakukan kesilapan dalam kehidupan.

::you do it again to make me love you::

Tuesday, September 25, 2012

Live While We're Young




Hey girl I’m waiting on ya, waiting on ya
Come on and let me sneak you out
And have a celebration, a celebration
The music up the windows down

[Zayn]
Yeah, we’ll be doing what we do
Just pretending that we’re cool
And we know it too
Yeah, we’ll keep doing what we do
Just pretending that we’re cool
So tonight

[All]
Let’s go crazy, crazy, crazy ’till we see the sun
I know we only met but let’s pretend it’s love
And never, never, never stop for anyone
Tonight let’s get some and live while we’re young
And live while we’re young
Tonight let’s get some
And live while we’re young

[Zayn]
Hey girl, it’s now or never, it’s now or never
Don’t over think just let it go
And if we get together, yeah, get together
Don’t let the pictures leave your phone
Oh, oh

[Niall]
Yeah, we’ll be doing what we do
Just pretending that we’re cool
So tonight

[All]
Let’s go crazy, crazy, crazy ’till we see the sun
I know we only met but let’s pretend it’s love
And never, never, never stop for anyone
Tonight let’s get some and live while we’re young
Come on and live while we’re young
Tonight let’s get some
And live while we’re young

[Zayn]
And girl, you and I, we’re ’bout to make some memories tonight

[Louis]
I wanna live while we’re young
We wanna live while we’re young

[All]
Let’s go crazy, crazy, crazy ’till we see the sun
I know we only met but let’s pretend it’s love
And never, never, never stop for anyone
Tonight let’s get some and live while we’re young

Crazy, crazy, crazy ’till we see the sun
I know we only met but let’s pretend it’s love
And never, never, never stop for anyone
Tonight let’s get some and live while we’re young

(Wanna live, wanna live, wanna live while we’re young)
[Harry]
Young! We wanna live while we’re young

[All]
Tonight let’s get some

[Zayn]
And live while we’re young

::just enjoyed listening this song at this moment::

Monday, September 24, 2012

Rojak Campur

assalamualaikum w.b.t

hari ni kita akan membincangkan tentang rojak campur, bermaksud tiada topik khas. apa aku nak cerita, aku akan cerita je walaupun tiada hubung kait. anda oke? oke je lahhh, tak kan stress punya macam study anatomy. opsss!! hehehe

semenjak aku daftar belajar ni kan, every weekend aku balik Melaka. penat tu memang penat sangat sebab habis je kelas, aku direct ambil bas rapid u90 untuk ke Klang Sentral. then kat sana aku ambil tiket transnasional nak ke Melaka. kalau bas lambat lagi nak gerak, berjam-jam jugalah aku kena bertapa kat Klang Sentral tu. 

tapi apa nak buatkan, kewajipan aku kena balik Melaka sebab nak prepare untuk kenduri haji parents aku. 1st weekend aku balik, aku dah start alih-alih perabot, bentang karpet, keluarkan pinggan mangkuk, periuk belanga, beli barang-barang kenduri. second weekend, aku balik sebab kenduri nak langsung hari sabtu. ahadnya tu, dari 6 pagi aku bangun sampailah ke 6 petang, kitorang satu family bertungkus-lumus bersihkan rumah. mak aihhh...penatnya bukan main lagi. rasa mcam nak pengsan.

tapi alhamdulillah, majlis berjalan lancar. tetamu pun ramai juga yang hadir, lauk tak terbuang, ramai yang sedekah kuih. yang paling bestnya, 30 budak tahfiz datang jemputan kenduri rumah kitorang. (^_^) biasanya kan, orang lain kalau jemput tak dapat pun semua budak-budak ni datang. ada yang 15 orang je yang datang, 10 orang, camtu lah. tapi ni rezeki mak aku kan, semua hadir. comel-comel je budak-budak ni. masa dorang baca Yassin, aku rasa macam sayu je hati ni, macam tersentuh tengok budak-budak tahfiz ni baca Yassin. kenapa ek? tapi aku berani pandang muka budak-budak kecil je la, yang budak besar tak berani aku. lagi pun dorang ni kena jaga pandangan, nanti hilang ilmu dengan hafalan dorang. (bajet budak-budak ni tergodalah tengok muka kau)

next weekend aku kena balik lagi sebabnya flight parents aku jatuh pada hari Isnin, kena check-in kat Kelana Jaya pukul 9.50 malam. kalau hujung minggu kan senang, tak perlu aku ponteng kelas tapi ni semua dah tertulis kan. redha je la. 






ni gambar aku yang terkini. haha. sangat terkinilah sebab baru ambil time habis kelas pagi tadi. without any cream, dengan bedak yang sangat-sangat nipis (maklumlah bedak orang, pakai sikit je), tak pernah aku pergi kelas dengan muka yang sangat selekeh macam ni, tanpa secalit bedak. tapi bila aku tengok balik, not bad gak kan. takdelah muka macam minah indon sangat. berkilat-kilat. inilah natural beauty aku. cewahhh...kui3

jubah ni pun pinjam sebenarnya, aku tertukar kunci dengan rumet so locker aku tak boleh nak buka. terpaksa pinjam baju kawan, tu yang jadi ustazah sekejap ni. labuh tu tak perlu nak kasi tau lagilah ye, memang tersangat labuh tapi nasib baik aku ada high heels, penyelamatlah juga. boleh cover. semua nak puji aku cantik, sorry ye adik-adik. akak tak bawa duit lebih nak belanja korang makan. next time puji lebih-lebih sikit tau. hehehe

::sayalah ustazah pilihan minggu ini::

Wednesday, September 19, 2012

Kakiku Terus Melangkah

alhamdulillah....akhirnya aku dapat juga melanjutkan pelajaran di luar negara dalam ijazah sarjana muda fisioterapi bagi sesi September 2012 ni. ohhhh...kalaulah ayat tadi tu benar belaka alangkah bestnya. tapi pape pun aku tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran even dalam Malaysia. ehh...belajar dalam Malaysia pun not bad apa. tak malu pun kan, bangga lagi. hari ni kira minggu kedualah kaki aku dijejakkan semula ke puncak alam ni. hmmm...so far kelas boleh tahan lagi lah. boleh bawa lagi tapi tak tau lah untuk minggu-minggu akan datang. rasa cam subjek tu makin berat untuk aku pikul. phewww...aku kena endure benda ni semua untuk lagi 3 tahun! masa diploma dulu pun aku rasa macam separuh mati nak harung, ni kena tambah lagi 3 tahun aku kena bertahan. aku mohon Allah bagi kekuatan untuk aku lalui semua ini dengan mudah dan lancar. so my student life already begun and i'll try my best to endure all the challenges for this upcoming 3 years.

waaa....seriously rindu gila kawan-kawan diploma dulu. dulu ada dalam 60 orang, sekarang ni tinggal 9 orang je. memang terasa kehilangan betul lah. tapi semalam kawan-kawan diploma datang puncak alam balik. dapat lepak dengan cik intan, cik leykha, member-member yang lain. seronok gila. memang sembang kencang, pot pet pot pet je la kerjanya.  buat kawan-kawan, i'm wishing all the best for your professional examination and i can guarantee that all of you will pass for this semester. okey? hehehe. insyaAllah

oke, sekarang sampai kemuncak cerita. yeahhh!! tak sabar nak cerita. sesampai je semua kengkawan aku kat sini, ayat pertama yang dorang cakap bila berjumpa dengan aku ialah, "noni!!! kurus nya!! nampak pipi cengkung gila."


mana tak kurusnya, orang patah hati kan. jiwa lara melampau-lampau. hahaha. oke, itu sememangnya dongeng. siapa yang tak bangga bila orang puji kita kurus kan? bila dorang tanya kenapa kurus sangat and aku jawab sememangnya aku diet kat rumah. tapi cara diet aku tu salah, better jangan ikut. selama 6 bulan aku kat rumah, lebih kurang 6-7 kilo jugalah berat aku turun. kira berjaya la kan. huhuhu. bangga kejap. aku harap dapat maintain kan body weight sekarang ni and hopefully akan turun lagi. 

masa kat rumah pon aku dah rasa semua baju dengan seluar aku dah longgar-longgar, clavicle aku pun rasa macam dah prominence sangat. cuma sorang je member aku ni pelik sikit, kak bel ni ha. orang lain semua dok puji aku ni kurus, kak bel ni tetiba cakap, "noni, kenapa noni makin rendah ni?" haaa??? what? hahaha. time tu aku rasa pelik gila. hahahaha. kak bel, kak bel. lawak lah kak bel ni. tapi sayangnya aku takde gambar terkini yang membuktikan aku dah kurus. hehehe. takpelah, nanti-nanti aku tangkap gambar, then aku upload ye.

so doa-doakan lah aku berjaya kat sini ye. semangat tak berapa nak ada lagi ni, risau juga.

::woman's heart is hardly to tell and it is complex::

Wednesday, August 29, 2012

Ya Allah...Sembuhkanlah Dia....

hari ni masuk hari ke-9 angah kecik masuk wad. since isnin aku, angah dengan mak ulang-alik dari masjid tanah ke hospital melaka. dari pagi kami datang, malam nanti baru kami sampai rumah. so far, keadaan angah beransur pulih cuma dia still tak nak bercakap, bila kita tanya, dia tenung je muka kita. tak pun palingkan muka dia. paling tidak pun, sama ada dia akan angguk atau geleng. tapi bila doktor tanya, boleh pula dia bersuara. takpelah, as long angah takde masalah psikologi tu dah kira alhamdulillah because orang yang hantar sihir kat angah ni memang nak kasi angah ada gangguan emosi + tak boleh bercakap sampai bila-bila. tapi angah tak sepatutnya melayan penyakit, angah sepatutnya melawan tapi apa kan daya, bila kita cakap ni dia buat tak tau je. kadang-kadang hilang juga tahap kesabaran ni. ni lah karenah menjaga orang sakit.

aku paling kasihan bila tengok anak dia, Irfan yang baru berumur 4 tahun. dia selalu cakap, "Irfan rindu ayah", "Ya Allah ya Tuhanku, Kau sembuhkanlah penyakit ayahku ni", "ayah kenal Irfan tak?" "Irfan sayang ayah".  sebak sangat setiap kali Irfan datang tengok ayah dia. 

mesti ada yang tertanya-tanya sejak bila angah sakit, macam mana tau angah kena santau kan. oke, camni. dah lebih setahun angah kena batuk-batuk tapi batuk tu datang right after angah stop smoking. then angah fikir ni mungkin kesan sebab merokok. bila mak lang (mak kepada angah) nasihatkan dia pergi check-up kat hospital, barulah dia pergi. malangnya, lung angah semua clear. kira angah ni takde masalah respiratory langsung. no doubt! kenapa nak kata MALANG? well, of course. bila kesihatan kita sempurna secara medicalnya, maksudnya kesihatan kita terganggu secara mistiknya.

bila angah pergi berubat secara tradisional, memang sah angah kena santau. angah pergi pun bukan kat bomoh bomoh or dukun dukun. angah memang rujuk kat ustaz-ustaz yang berkebolehan ni. santau tu dihantar dari makanan dan minuman kat kafe yang angah selalu lunch. batuk tu still berterusan sehinggalah sebulan yang lalu kesihatan angah makin terjejas. bila angah dapat tau kawan sekerja yang hantar santau tu, angah terus minta tukar tempat kerja tapi baru sehari angah kerja kat tempat baru tu, next day and the next following days till today angah terus tak dapat kerja lagi. 

kenapa dorang nak hantar santau, sihir tu semua kat angah? sebenarnya angah ni replace tempat orang yang dah kena buang kerja. asalnya orang ni kuat makan rasuah, SPRM memang dah lama aim dia. kawan-kawan sekerja semua dah nasihatkan orang ni stop dari makan suap lagi tapi degil. gaji tak seberapa tapi dah boleh pakai CRV. memang nampak sangatlah makan suapnya. bila SPRM tangkap dia, soal siasat semua barulah orang ni kena buang kerja and angah pula ganti tempat dia. orang ni rasa sakit hati, dia pun cari bomoh orang asli untuk buat kerja kotor ni semua. bukan orang ni je yang makan suap, ada juga kaki-kaki bawah dia yang makan rasuah sekali so dorang ni beramai-ramai hantar santau, sihir semua kat angah. patutlah sakit angah sangat serius. 

dalam sebulan yang lalu, keadaan angah makin teruk and seminggu sebelum raya keadaan angah jadi bertambah parah. masa angah berubat kat Kedah, mak mertua dengan isteri angah cakap yang angah pernah terbang macam superman. pernah tengok puaka niyang rapik the movie tak? kan ada scene yang awal kena rasuk sampai terbang panjat pokok kan? samalah apa yang berlaku kat angah. korang boleh percaya? rasa-rasanya korang mesti susah nak percaya melainkan benda ni semua berlaku depan mata korang sendiri kan? tapi aku percaya. masa angah terbang, ustaz tu dapat tangkap and angah terjatuh atas tar. lepas tu angah gesel-geselkan muka dia atas tar. patutlah aku tengok banyak kesan luka kat badan dengan muka angah. masa berubat tu juga, ada keluar ulat bulu yang masih hidup, kaca dengan apa barang lagi entah dari tekak angah. 

masa angah dalam keadaan tak sedarkan diri tu, angah cakap orang tu guna dukun orang asli dengan bayaran RM7000. masa tu angah ada juga sebut nama-nama orang yang sihir dia. mak pula cakap maybe orang asli tu guna kongkang (spesis beruk) untuk jerut leher angah. that's why malam yang angah kena attack kat rumah kitorang tu, angah ada buat muka macam kongkang. menyingai je, sesekali dia macam menyembur/berbunyi macam kongkang. bukan mak je yang cakap, sedara-mara lain pun cakap benda yang sama. ishkkk...kalau aku terkenang balik malam tu, memang menakutkan. sometimes nak tergelak pon ada bila teringat gelagat dia bila dia tak sedarkan diri tu. angah...angah...

aku berdoa agar angah cepat-cepat sembuh seperti sedia kala. aku kesian tengok isteri dia, anak dia, mak dia, penat dorang berjaga malam kat hospital. mak pun dah nak pergi haji tak lama lagi, mak kena banyak rehat. kalau tak mesti mak pun bergilir-gilir jaga malam kat sana. korang pun doa-doakan lah angah kecik saya cepat sembuh. semalam doktor cakap nak remove dia punya Ryle's tube tapi by step jugalah kan. harap-harap lepas ni angah dah boleh minum air and makan macam biasa. sekarang ni kitorang risau pasal tekak dia je, tak boleh nak masuk air even setitik pun. perit sangat aku tengok. berkerut-kerut muka dia tahan sakit bila minum air.

kalau ada sesiapa nak dengar cerita ni dengan lebih real, bila kita jumpa ingatkan aku untuk stroy balik kisah ni oke. pape pun, sekarang ni aku dah percaya dengan cerita-cerita orang kena sihir, santau macam yang tivi tu. selama ni aku sangka dorang ni just menipu, saja mereka-reka. walhal benda tu semua berlaku dalam dunia realiti kita. yang sampai merasuk, meracau-racau, terbang tu semua berlaku dalam kehidupan sekeliling kita.

::doakan kesejahteraan dan keselamatan angah saya::

::salam Merdeka semua::

deya, kak ayu, kak intan, sheb....hari-hari aku melepak kat taman department fisio tu.
^^

Saturday, August 25, 2012

My Raya, My Bad Memory

assalam semua. harap semua masih dapat merasai bahang raya walaupun dah masuk raya ke-8. so far cemane? best?? mestilah best kan. mana boleh tak best kalau raya ni. rumah sedara mara habis dilawatnya. apa apa  pun, aku mendoakan semoga raya tahun ni banyak memberi kita peluang untuk berbaik-baik sesama umat Islam. aminnn. and aku rasa mesti ramai yang dah jadi tembam akibat raya ni. betul kan? hahaha. jangan nak tipu. macam lah aku tak tau. sebelum aku nak meneruskan lagi isi-isi dalam blog ni, aku nak bagi tau awal-awal bahawa entry kali ni memang akan penuh dengan tulisan. no raya pictures! so kalau ada sesiapa yang dah rasa macam nak give up or boring tu, silalah close tab anda sebelum terlambat. tapi bagi sesiapa yang berminat, aku jamin korang tak kan menyesal punya spend masa untuk baca entry aku ni.

baca tajuk je mesti korang pelik kenapa nak bad memory pula time raya-raya yang once a year ni. raya tahun ni tak seindah seperti tahun-tahun yang lepas. semuanya berlaku tanpa diduga walaupun pelbagai aktiviti yang family aku rancangkan. raya tahun ni kami sekeluarga ditimpa musibah dan dugaan yang sangat berat. kami semua beraya dengan rendaman air mata. malam last terawih yang lepas, kami sekeluarga telah mendapat berita yang sangat menggemparkan. around 10.30 pm, (just nice kitorang baru balik terawih) kitorang dapat a phone call from my cousin. she told us that angah kecik was dying! angah kecik ni nama panggilan dalam family besar sebelah mak. angah ni memang rapat dengan family aku. mana taknya, since dia kecil mak aku yang bela dia sampai dia dah dapat kerja. kitorang pula memang takde abang so kitorang dah anggap dia macam abang kandung kitorang sendiri. tapi sayangnya after dia kahwin, aku tak tau kenapa dia tinggalkan family aku. mungkin sebab dia dah baik semula dengan mak dia, dia nak buang mak aku dalam hidup dia. mak menangis setiap hari. tapi lepas 5 tahun berlalu, tiba-tiba kami dapat berita yang sangat mengejutkan ni.

kitorang semua panik and thank God masa tu dia ada di rumah mertua dia, dekat je. area Masjid Tanah juga so malam tu juga mak dengan ayah bergegas pergi melawat dia. kitorang 4 beradik tunggu kat rumah je and dalam pukul 2.30 pagi mak dengan ayah pun balik. kitorang tak pergi sebab rasa marah tu masih ada dalam diri kitorang. mak cakap angah memang tengah nazak, tak taulah umur dia panjang mana lagi. sakit apa? sakit kena buatan orang. angah kena sihir! leher dia kena cekik. mak cakap satu badan dia biru. mata asek terbeliak dengan pandang ke atas, pastu lidah dia terjelir. setitik air pun tak boleh masuk dalam tekak dia. astaghfirullah....kami mengucap panjang masa tu. malam tu juga family angah dari KL sampai and bawa dia pergi berubat kat Subang dengan Klang sana pastu pagi tu bawa balik ke rumah mertua dia semula. dengar khabar ada perubahan, dah boleh minum, dah boleh bercakap, dah mula kenal orang tapi menjelang maghrib, angah kena attack lagi. kali ni dia tak boleh berjalan, terlantar macam orang koma. mata tak tutup! terkebil-kebil. sesekali dia macam tersentak. family mertua angah cakap dah 3 hari 3 malam angah tak tidur.

malam batai tu juga dia nak balik rumah kitorang, mungkin dia nak jumpa dengan mak. angah sampai dalam pukul 2 pagi and masa tu kami semua dah tidur. pagi raya tu mak kejut aku. mak cakap angah dah balik rumah kitorang, ada terbaring kat ruang tamu. aku pon cepat-cepat solat subuh pastu pergi tengok angah. aku sungguh terkejut. aku tak percaya sekujur tubuh yang terlantar tu adalah angah. badan dia kurus kering, kepala sudah mula botak, muka dia jadi gelap macam terbakar. aku menangis teresak-esak tengok keadaan angah sekarang. aku usap-usap lembut tangan angah tapi takde respon langsung yang diberi. kami semua tak pergi solat raya pagi tu, lelaki je yang pergi. dalam 9.30 pagi mak dengan ayah bawa angah ke Muar untuk pergi berubat lagi. mak cakap tak kan nak biar sedara mara tengok keadaan angah yang koma macam tu. rupa-rupanya maalm tadi angah pun tak tidur, pukul 3 pagi dia bangun and dia mencari-cari something. bila mak tanya cari apa, dia cakap cari salib. mak terkejut pastu mak tanya nak buat apa dengan salib. angah sendiri pun tak tau. nak ajar mengucap pun susah dia nak ikut.

alhamdulillah, balik dari Muar tu angah nampak oke. dah boleh mula minum air balik, dah start makan sikit-sikit. masuk raya ke-2 angah dah boleh berjalan, dah mula kenal kami adik-beradik yang dah bertahun-tahun tak jumpa. sedara datang pun angah dah boleh join berborak sekali. rasa lega sekejap hati ni. orang yang ubatkan angah kat Muar tu pon cakap dalam badan angah dah takde pape, tinggal bisa-bisa santau dengan sihir tu. bila bercakap, suara angah tak terkeluar, dia kata tekak dia perit macam kena pisau. semua tukang ubat yang angah pergi kata orang yang menyihir tu letak pisau dalam tekak angah. lagi, sihir yang angah kena sampai tercekik tu pun sihir dari orang asli. hmmm...kesian nasib angah.

masuk je asar, perangai angah dah mula berubah. dia dah jadi pendiam balik, hingus meleleh pon dibiarkannya. baca yassin kat muka surat 12-13 tak gerak-gerak. bila kita tengok, dia tersengih. time mahgrib pula dah start hujan lebat, petir kilat berdentam-dentum. seriously dah macam cerita kat wayang. suis pula asyik nak black out. masa angah tengah solat isyak berimamkan ayah aku, tiba-tiba suis black out lagi. kitorang ni perhatikan je, angah dah stop solat masa rakaat ketiga time duduk antara dua sujud. angah tengok je ayah solat and bila ayah bagi salam, angah pun bagi salam juga. kitorang bawa dia duduk atas katil, dia dah start termenung, apa kita cakap ni dia langsung tak ambil peduli. nak ajar berzikir susah, mengucap lagi la payah. mak cakap, jin dah masuk dalam badan angah since asar lagi tapi keadaan belum teruk lagi. 

malam sudah makin menginjak jauh dan keadaan angah mungkin akan bertambah teruk. angah dah mula minta nak ke toilet, katanya nak buang air besar. isteri dia cakap, walau apa pun terjadi jangan bagi angah ke toilet sebab kat situlah punca dia akan sakit teruk. nanti angah kena cekik, tak boleh kena lepas macam yang dia kena kelmarin. macam-macam helah yang angah buat asalkan kitorang bagi dia ke toilet. angah sanggup lucut kain pelikat dia supaya kitorang bagi dia ke bilik air. nasib baik dia pakai diapers. kalau fikir logik, mana ada orang normal nak bogel kan? sempat juga angah cakap yang dia yakin Allah itu satu. angah cakap lagi yang dia nampak Allah. mak tanya nampak kat mana. angah cakap nampak kat atas sambil tunjuk ke arah siling. siap lagi angah kata nampak muka Allah. ni semua kerja syaitan nak pesongkan akidah angah. malam makin larut and ramai yang dah mula tidur. yang berjaga malam tu aku, along, angah, sepupu lelaki aku, dengan mak. tengok keadaan angah macam oke sebab dia dah baring and lelapkan mata, aku suruh mak dengan sepupu lelaki (along besar) tidur dulu. along aku dengan angah duduk jauh sikit, aku ni betul-betul menghadap muka angah kecik. aku usap-usap dia sebab nak suruh tidur. janganlah percaya. dia tak tidur pun. penipu je jin dengan syaitan ni. 2.30 pagi dia bangun nak minta ke toilet dengan aku sebab nak solat subuh. aku cakap, "angah tidur dulu ea. nanti pukul 6 orang kejut angah solat, sekarang ni belum masuk waktu lagi." ini smeua helah dia nak pergi toilet. aku pun tak tau cemane angah ni tau aku ni lemah semangat, tiba-tiba dalam keadaan dia lelap mata tu dia terbeliakkan mata dia pandang kat aku sambil tersengih nampak gigi. dua kali aku kena. lemah semangat aku, rasa macam terhenti kejap jantung ni. dah la aku betul-betul mengadap muka dia. masa ni semangat aku betul-betul hilang tapi aku kuatkan juga sebab kakak-kakak aku memang tak berani langsung. pukul 3 pagi waktu kemuncak dia. 

tiba-tiba angah bangun dari baringan dia sebab nak ke toilet. aku pun kejut along besar.

"along! along! tolong! dak angah nak bangun ni"

along besar terus hempap badan angah. mak semua terkjut and terbangun. angah kecik sempat jerit.

"acik! acik! tolong wan cik! syaitan tu. jangan lepaskan syaitan tu cik!"

acik tu mak aku, wan tu angah kecik.

along besar pun azan kat telinga dia dan kalau tak silap aku, aku terdengar angah jerit....

"ni wan cik. tolong wan cik. sakittt!!!"

after tu, dia terus tak sedarkan diri lagi. mata dia asek terbeliak dengan mulut ternganga. kitorang ni semua dah menjerit-jerit sebut Allahuakbar. berulang-ulang kali kami jerit kalimah suci ni. leher angah macam kena jerut lagi. terjelir lidah angah. sesekali badan angah macam ternaik, macam kejang. lepas tu angah kena cekik lagi dan lagi. hanya Allah sahaja yang tau betapa takutnya kami semua time tu. kami berulang-ulang baca ayat seribu dinar, ayat kerusi, berzikir tapi takde perubahan. malah angah jelir lidah mengejek lagi ada lah. siap lagi dia tersengih, tersenyum bila kitorang baca ayat-ayat suci tu. aku rasa kalau ada 10 buah rumah kat area rumah aku ni, konfem dorang semua terjaga bila kitorang jerit Allahuakbar. kitorang memng jerit sekuat hati, ibarat nak lawan dengan syaitan tu. hanya tu je yang mampu kami tolong. keadaan time tu memang aku tak boleh ceritakan satu-persatu untuk korang bayangkan cuma kalau apa yang korang tengok dalam tivi, memang benda tu berlaku secara real depan mata aku. macam-macam reaksi wajah hodoh yang angah buat, dengan mata terbeliaknya, dengan otot badan yang kejang sesekali, nasib baik je angah tak kena rasuk sampai nak pukul orang. 

kami ingat setibanya Subuh keadaan angah akan oke tapi tidak sama sekali. dalam pukul 6.30 baru angah macam tenang sikit tapi dia masih meracau-racau cuma takdelah kena rasuk seteruk tadi. nasib baik angah pakai diapers, tapi tu pun tertembus juga kena tilam. kseian angah terkencing-kencing menahan sakit. lepas mandikan dia pagi tu, angah still dalam keadaan separa sedar, half diri dia sendiri, half lagi jin yang rasuk tu. sempat lagi jin tu cakap dia akan datang balik. pukul 10 pagi, ayah mertua denagn abang ipar angah datang untuk bawak dia pulang ke rumah mereka semula sebab dorang tunggu ustaz dari Kedah tu datang tapi malangnya ustaz tu akan sampai pada esok harinya sebab tiket dah habis. apa yang kami boleh cakap, there's one more night to go. kitorang semua ni dah tak larat lagi, penat sangat. semalaman kitorang tak tidur. semangat aku pun dah takde, tak berani langsung nak jaga angah lagi melainkan ada lelaki lain yang akan teman sekali sebab along besar dah nak kena balik Kuantan. nak harapkan mak  angah sendiri?? memang tak lah. sedang kitorang tengah berperang dengan syaitan tu, mak dia sedap boleh tidur berdengkur-dengkur. apa punya mak lah macam ni! nak harap ayah, ayah pula penakut orangnya. hmmm...tapi nasib baik malam tu angah oke. tak kena attack. walaupun angah tak tidur tapi takdelah dia kena rasuk lagi.

bila ustaz dari Kedah tu sampai, kitorang semua rasa lega. mula-mula ustaz tu pulihkan rumah angah, rumah nenek sedara angah, pastu baru rumah kitorang. dapat kami 4 beradik pulih semangat balik. aku pun dah semakin berani. takde takut-takut lagi. nak mandi pun dah tak rasa seram sejuk lagi. cuma ustaz tu cakap orang yang pagarkan rumah kitorang before ni macam gelapkan rumah kitorang supaya orang luar takde nampak kami 4 beradik ni. kira nak jadikan kitorang ni susah nak kahwin lah. after ni kitorang kena pergi Kedah sebab nak kena mandi air akar kayu, kira macam or herba bagi naik balik seri, buang semua bisa-bisa badan. lebih kurang cmatulah. kenapa rumah aku kena pulihkan sekali? haaa....tu lain pula ceritanya.

last sekali pergi ke rumah mertua angah, semua jin tu diberi amaran terakhir. kalau jin tu serang angah lagi, ustaz tu akan bunuh jin-jin tu semua. ustaz tu cakap kita tak boleh sebarangan bunuh makhluk Allah, berdosa cuma kalau dia buat lagi barulah boleh hukum bunuh. cara ustaz ni berubat, jin tu akan masuk dalam badan salah seorang murid dia, nanti kita boleh berinteraksi dengan jin. then, dengan doa-doa dengan ayat suci tertentu, ustaz ni akan halau or buang jin tu semua. gayanya macam ustaz tu pancung leher jin tu lah. boleh bayangkan tak? macam kelar leher orang, macam tu lah tapi secara batinnya jin tu yang kena.

sekarang ni angah ada kat hospital sebab ustaz tu nasihatkan masukkan air dalam badan angah. angah tak nak minum, tak nak makan, temperature pun melambung-lambung. sekarang ni doktor cakap maybe angah ada infection kat brain and spinal cord. air tulang belakang dah pun diambil and hopefully angah past semua tests tu nanti. so far, doktor cakap keadaan angah ada improvement tapi secara mistik doktor tu cakap tak taulah. hmmm...aku berharap angah pulih macam sedia kala. ustaz tu pun cakap angah boleh pulih macam biasa.

angah kena sihir dengan santau ni sebab orang dengki, orang sakit hati. bukan sorang, 2 3 orang yang menyantau angah. smapai cari bomoh orang asli. tu yang bahaya tu. 

actually, semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Allah nak menyatukan semula family mak. mak angah (mak lang) ni dah tak balik rumah kitorang since 10 years ago when my grandmom dead. after angah kahwin, angah terus senyapkan diri. tak tanya khabar mak langsung. mungkin ni balasannya and aku harap family kitorang akan bersatu balik. cuma sekarang ni, pak su aku je yang belum muncul lagi. tengok lah sejauh mana dia nak pergi, mak pun dah nak pergi haji tahun ni.

seriously, ni pengalaman pertama kami sekeluarga menjaga orang kena rasuk. selama ni aku ingat apa yang aku tengok kat tivi tu bohong je, tak sangka benda tu semua sebenarnya betul and berlaku betul-betul depan mata aku sendiri. pape pun, semua baju raya tahun ni dengan kasut raya yang aku beriya-iya cari hari tu nampaknya boleh lah dipakai pada tahun hadapan.