Friday, June 28, 2013

Aku VS Ustaz

tengah dok menulis nulis origin insertion muscle jadah ni, tetiba rasa mengantuk pulak. haiii .. pada hal lagu sikit punya kuat aku pasang kat telinga ni nak bagi mata ni celik. kalah jugak. nampaknya kuasa mata lagi hebat dari kuasa lagu head banging aku! puii. haha. then aku pun mengambil langkah untuk menulis kat belog. actually aku teringat kisah puasa tahun lepas. maklumlah, puasa dah makin hampir ye tak. tu yang dok teringat tu.

kisahnya macam ni. aku ada tanam azam dan niat untuk ikut mak aku pergi tadarus sepanjang Ramadhan tahun lepas. tambah-tambah pulak aku memang dapat full puasa kat rumah. selain itu, aku nak improve la skill bacaan Al-Quran aku ni, kalau masuk bab tajwid .. hmmm .. memang tingtong sikit. ke laut sikit lah. aku tahu basic-basic je. so kalau aku pergi tadarus, insyaAllah ustaz tu akan tolong aku. bak kata mak, cuma nak gilap sikit je lagi bacaan Quran tu. oke, first day Ramadhan tu aku tak ikut, sebab nervous, cuak, takut, gemuruh, plus aku terbangun lambat. so aku bilang sama emak aku akan ikut pada esok harinya.

hari esok pun muncul. semangat ni. siap mandi, kasi wangi-wangi, pakai molek je baju kurung tu. pastu mak pun bawak lah aku ke masjid, solat sunat semua, then aku dengan golongan warga emas yang lain (member mak. adalah dalam 10 orang) pun tunggu lah sehingga ustaz datang. orait, kami semua duduk dalam halaqah (bulatan) and aku bertentang betul-betul depan ustat. mak pulak kat sebelah aku.

tadarus dimulakan oleh ustat dan diikuti oleh anak-anak muridnya. dalam kalangan peserta tadarus ni, aku sorang je anak dara, yang lain semua nenek-nenek kepada anak dara. plus, aku sorang je bukan anak murid ustat ni. mula-mula tu aku rasa, "oke, aku boleh. setakat nenek-nenek ni takde hal lah"

then, aku dengar sorang demi sorang bacaan nenek-nenek ni. fuhh .. boleh tahan mantap jugak bacaan dorang. matilah aku. tapi dalam hati aku dok kata, takpe .. nak belajar kan. nak malu apa nya. tapi hati aku .. masyaAllah, mengalahkan  enjin motobot dok berdegup. beberapa minit kemudian, tibalah giliran aku. alamak. aku rasa macam nak tutup Al-Quran pastu terus cabut lari. tapi malangnya, bontot aku sangat berat dan memaksa aku untuk terus duduk disitu dan berdepan dengan kenyataan.

aku pun memulakan bacaan .. Auzubillahiminaisyaitonirajim .. Bismillahirrahmanirrahim ..

halamak, aku sendiri boleh dengar betapa teruknya suara aku vibrate dek nervous yang terlampau. rasa malu sudah mula menyelinap. aku sempat kalih ke wajah ustat, cehhh .. ustat tersenyum sinis. takpe, life must be go on. aku teruskan bacaan. ayat pertama, oke. takde salah lagi. ayat kedua pun oke. dan aku tak ingat ayat ke berapa baru ada kesalahan tajwid. ustat pun tegur untuk betulkan.

aku punya cuak sampai melatah latah. nasib baik mak ada kat sebelah. mak tolong. bila kena tegur je, mesti aku tak jumpa terus kat mana ayat yang aku baca tu. nasib baik mak tolong tunjukkan balik ayat yang aku berhenti tadi. kalau mak takde, memang sampai ke sudah aku tak kan jumpa! adehhh .. masalah .. masalah. dan sepanjang bacaan aku tu, suara menggigil tu memang jelas kedengaran lah. bila dah kena tegur, getaran suara tu makin ketara! i felt like .. what the ... aduii. makin parah suara aku.

habis je majlis tadarus pada hari tu, aku dengan mak terus balik. dalam kereta jangan cakaplah. mak asek ketawakan aku je. terkekek-kekek pulak tu. cehh. malu aku dengan nenek-nenek tadi. nasib baiklah masjid tak jauh dari rumah. sampai rumah pulak, habis mak cerita dengan semua orang. sedap dorang dok ketawakan aku. hampehhh

esoknya pulak mak tanya, "hari ni kau nak pergi tadarus tak (aku tau tu nada perli mak)" "nak kemas rumahlah mak. kesian angah kemas rumah sorang-sorang" pastu mak pun gelak-gelak sambil berlalu pergi. pada hal aku pun tahu itu hanya alasan untuk aku mengelak dari pergi. dan sepanjang Ramadhan tahun lepas, sekali tu je la aku join tadarus.

kelmarin mak call. mak cakap mak nak pergi tadarus, nak pergi terawih and sebagainya lah untuk Ramadhan tahun ni.

aku pun jawab balik, "haha. mak pergilah tadarus sorang-sorang. biar orang kemas rumah"

"hahaha. kau tak payah ikutlah dek. dengan suara kau menggigil-gigil tu, ustat pun tau kau takut dengan dia"

aku : -_-''

sumpah aku malu nak berdepan dengan ustat tu lagi.

Tuesday, June 25, 2013

Final Exam yaww ...!!!

sekarang ni bumi Malaysia teruk dilanda bencana alam iaitu makcik jerebu. makcik jerebu ni tak habis-habis nak melawat Malaysia. eh! kita orang Malaysia tak suka awak lah. boleh pergi main jauh-jauh tak? kita tak sudi lah nak kawan dengan awak makcik! asyik nak kacau kesihatan orang je. sampai ada tempat yang diisytihar darurat dah. bangunan kat puncak alam ni pun dah tak nampak bayangnya lagi. kejam lah makcik jerebu nih. I hate YOU! tapi alhamdulillah, hujan dah mula turun di beberapa buah kawasan hari ni. semoga pakcik hujan halau jauh-jauh makcik jerebu ni. ngeee

minggu ni akan bermula final exam kitorang, bermula dengan paper CTU (pendidikan Islam). huh! bosan tahap gaban dah baca CTU ni, cerita pasal sejarah lah, pasal politik lah, apa entah lagi. guwa pun dah lupa. tapi bosan bosan pun, banyak yang aku boleh refresh dalam hotak ni pasal sejarah Malaysia. mula la aku cakap camni ..

"laaaa .. rupanya macam ni"

"ouhh .. ini ke puncanya 13 Mei ni"

"eee .. jahatnya British"

haha, aku pun tak tahu lah macam mana aku jawab paper sejarah masa SPM dulu.

so far aku boleh tahan lagi dengan jadual exam teori, walaupun ada yang dekat-dekat, insyaAllah aku rasa aku boleh pick up and manage nak revise. masuk bab OSPE pula .. adehhh. stress mula melanda. jadual OSPE diawalkan! oh no no no. do you know what is that mean? that means you are going to die. mana tak nya, 5hb tu hanya untuk post-dip , iaitu aku and the geng lah. sudah lah modelnya diploma semester 1 yang sangat suci murni yang tak tahu apa itu OSPE. memang masaklah kami. examiner pulak, guwa suspek mesti lecturers yang hardcore and otai-otai yang jadi. haaa .. mau terketar-ketar masuk stesen. silap hari bulan mau terkincing tengok muka examiner yang serupa mau terkam kitorang. almaklumlah .. batch aku ni dulu memang most wanted punye student. hahaha

walau pape pun, aku tahu lecturers tak kan naya student. *penyedap hati*

so as a conclusion, aku bisa pulang ke kampung pada 9hb julai. means aku boleh sambut 1st ramadhan dengan familia. hahaha. mak aku kalau dapat tahu aku boleh balik awal ni, beliau lah orang pertama yang kemain suka. mana tidaknya, bila call je mesti tanya boleh puasa sama-sama ke tak nanti masa 1st day puasa. makbul juga doa puan emak. nampaknya tahun ni aku dapat puasa penuh di rumah, macam tahun lepas. mak ada geng lah. and aku lah akan ganti tempat mak jadi suri rumah, aku lah yang masak sahur, aku yang sediakan juadah berbuka puasa (sedia je, yang masak still emak) hik3

last but not least, doa kan kami semua dapat menempuhi final exam semester ni dengan cemerlang tau! harap-harap dapat improve kan pointer! aminnn~~



hey there! im watching you! jangan kecing merata, kena sampuk dengan hantu nanti baru tahu.

p/s: aku peliklah, awat muka aku jadi hitam sangat nih? tang mana yang tak kena?

Sunday, June 16, 2013

Sudut Pandangan Saya ..

apabila kami berjumpa dengan kawan-kawan masa diploma dulu, soalan cepumas yang sangat popular bagaikan va va voom yang wajib ditanya ialah .. "susah tak degree?"

hmm .. aku sendiri tak tau nak jawab macam mana. tengok! soalan pun dah susah, mengambil masa selama 3 jam untuk menjawab bagaikan soalan ini merupakan subjek yang membawa 3 jam kredit! fuhh. gitu kata kau. harharhar. bila kawan-kawan tanya je soalan ni, ligat kepala otak aku nak bagi jawapan yang padat dan ringkas serta penuh dengan informatif. bukan apa, kena fikir juga perasaan orang lain. kalau kita kata susah, nanti patah pula semangat dorang nak further study. kalau kata senang, nanti kena tanya pointer pulak. adehhh. serba salah dibuatnya. hik3

bagi pandangan aku lah, my personal opinion kata omputihnya. actually degree ni mungkin susah kalau nak dibandingkan dengan diploma. tapi sebenarnya tak lah susah mana. kalau pandai spend time, tak study last minute, insyaAllah boleh survive dalam degree ni. cuma iye lah, kadang-kadang kita ni penat, stress. sampai satu tahap, "oke, aku malas nak study. nak layan muvi lah malam ni" hahaha. perkara ni berlaku hari-hari dalam kehidupan pelajar, majoriti lah. 

nak pulak semua lecturers sepakat cari satu week yang konfem boleh buat kita gila di mana mereka kumpul test untuk dijalankan. perghh!! yang ni paling tak boleh tahan. nak tak nak, kena jugak redah. kalau tak, memang ciputlah course work kita, silap-silap boleh fail lagi.

sebagai konklusinya, degree ni mungkin susah dan bagi pandangan saya, iye. degree agak susah dan sangat mencabar. kalau kita tiada kekuatan fizikal dan mental, tiada sokongan moral dari parents and friends, susah untuk kita teruskan pengajian dalam degree ni sehingga habis. kena kuat semangat, jangan stress kan diri sendiri, just follow the flow, then you will succeed. dan yang penting, MINAT tu mesti ada. tapi kalau iye pon nak follow the flow, jangan lah nak follow memvavi buta. kena jugak study. kalau setakat nak follow tapi dok diam, memang nak kena makan tendangan padu namanya.

mungkin kata orang diploma itu senang tapi bagi kami 63 orang ni, kami tak rasa diploma itu senang. tak percaya? sila daftarkan diri anda ke program diploma fisioterapi di UiTM. 




antara gambau kenangan masa diploma dulu. ada banyak lagi tapi cukuplah bagi 3 keping je.

Saturday, June 15, 2013

Kau Pergi Jua ...

assalam semua .. harap korang semua dalam keadaan yang sihat hendaknya.

korang masih ingat perihal sepupu aku yang sakit teruk akibat buatan orang tu tak? yang aku ada cerita panjang lebar tu. oke, takpe kalau korang tak ingat. nanti korang boleh scroll lah kat list entry aku tu.

inalillah wainailahirojiunnn .. akhirnya sepupu aku pergi meninggalkan kami semua pada malam 12/6/2013, bersamaan hari Rabu yang lepas. kami semua redha dengan pemergian mu Angah. semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. aminnn~~

terlebih dahulu aku ingin memohon maaf kepada semua saudara-mara especially family Angah sebab aku tak pulang untuk menziarahi jenazah kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan. mengikut cerita mak, Angah mengalami kompilasi paru-paru dimana arwah mengalami sesak nafas akibat jangkitan kuman yang teruk di paru-parunya. dalam masa 2 jam sahaja, kuman merebak dengan cepat sekali lalu Angah terus menghembuskan nafasnya yang terakhir.

mengikut kata mak lagi, jenazah arwah sangat cantik, merah-merah. tidak seperti rupa mayat pun. alhamdulillah. sesungguhnya arwah ni seorang yang sangat baik, pendiam. apatah lagi dia meninggal kerana buatan orang. semoga Allah akan membalas orang yang menganiaya arwah dengan balasan yang setimpal.

walaubagaimana pun, aku bersyukur kerana aku pernah menjaga arwah semasa dia sakit teruk dulu tu. at least aku tak rasa terkilan sangat sebab tak pulang. orang akan sentiasa doakan kesejahteraan Angah di sana. semoga Angah tenang di sana. aminnn~

::biarlah Allah mengambil nyawa Angah dari dia terus terseksa menahan kesakitan dan terus terseksa::

Thursday, June 6, 2013

Semoga Allah Permudahkan Segalanya .....

ya Allah ya Tuhanku ....

busy nya diri  ni. Allah je yang tahu betapa busy nya kitorang sekarang ni. makin nak dekat dengan final exam makin banyak pancaroba. sibuk dengan video mandarin lagi, dengan test yang berlabamk-lambak minggu depan. korang bayangkan, minggu depan mula dengan Senin sampai Rabu, hari-hari kitorang ada test. bukan  satu hari satu test, tapi satu hari dua tests!! dengan presentation lagi. ya Allah... berilah kami semua kekuatan untuk harungi setiap ujiaan dan dugaan ni. semoga Kau permudah setiap soalan test, tenangkan hati kami untuk menjawab setiap soalan yang diberi, dan semoga dapat lakukan yang terbaik~~

tapi dalam kesibukan yang melanda ni, sempat jugak kami ni prektis aerobik sempena perasmian Aerobik Yokk 4.0 semalam, iaitu 6/6/2013. huhu. bestnya! rasa mcam nak ulang je peristiwa semalam. haha. oke. tipu. aku dah penat, sakit segala sendi dan tulang belulang kat badan ni. macam nak berderai-derai je rasa nya. alhamdulillah, aerobik kitorang mendapat sambutan yang memberansangkan dan mendapat komen yang positif. well, see the leg la brader. noni kot yang handle aerobik ni. kekeke. takdelah, ni semua kerjasama dari member-member aku. si zaty, aena, hanan, wafiqah and man. walaupun kitorang prektis 2 hari je tapi memang kitorang berhempas-pulas berlatih sampai perfect. tak pernah dalam sejarah hidup aku dok aerobik sampai pukul 2 3 pagi. macam dah buang tabiat je. but at the end, we all satisfied. yeay!!!

p/s: kalau ada sesiapa yang ingin mencari instructor aerobik, boleh lah hubungi kami ye. kih3

Monday, June 3, 2013

2.47 am (4.6.2013)

ya Allah ....

LAPAR NYA ..!!!

esok ada test BEL, aku tak study lagi weii!

nak buat yang mana satu ni?

MAKAN atau STUDY?

atau pun TIDUR? kemungkinan besar inilah pilihan yang tepat!


Saturday, June 1, 2013

Randomly Random

hmm ... kebosanan. terasa tangan ni nak menaip tapi tak tau nak share cerita apa dengan readers. hati ni tetiba rasa sangat kosong. kosong yang teramat. rasa sunyi menyelubungi diri ni semula. aduhh. susah nak atasi perasaan ni. ya Allah, berapa lama lagi aku akan jadi macam ni. final exam dah semakin hampir. emosi aku betul-betul terganggu saat ni. malang sungguh aku dalam keadaan uzur sekarang ni. aku tak dapat bersujud dan merintih kepada Tuhan ku yang satu. ya Allah...aku sangat rindu pada Kau. terlalu banyak untuk aku luahkan. rasa diri ni tak mampu menanggung derita ni seorang diri.

hati aku benar-benar kosong. sudah lama aku tak membajai jiwa dan nurani ni dengan taubat, zikir dan bacaan ayat-ayat suci. mungkin sebab ini aku semakin lemah, semakin sukar untuk aku bangkit, semakin jiwa ni kosong ibarat sebuah kamar yang luas tanpa sebarang pengisian.

ya Allah ya Tuhanku, adakah Kau akan mengampunkan segala dosa hambuMu yang hina ini? jiwa ku sangat resah, aku tidak mahu diriku jauh dariMu