Saturday, December 31, 2011

ZAMAN STUDY

Assalamualaikum kawan-kawan....and selamat sejahtera for non-muslims

Time saya buat entry ni, ada lagi 1 jam nak 2012. Bosan takde kerja pulak malam ni. Nak bukak youtube, entah kenapa broadband saya slow semacam. Sabotaj saya agak nya. So, saya pon membelek-belek lah komputer ni. Tengok-tengoklah kalau ada pape yang best. Tetiba nak bukak pulak album yang ada. Wah! banyak sungguh kenangan yang ada. Dari zaman sekolah menengah sampailah zaman semester 5 saya di Puncak Alam.

Teringat pulak kawan-kawan sesame belajar. Rindu rasanya. Itu lah, time kuliah tanak hargai betul-betul. Nak sangat keluar praktikal. Dah praktikal, rindu zaman pergi kuliah. Itu lah lumrah manusia. Tak pernah bersyukur dengan apa yang ada kan? Bila dah takda baru nak kenang-kenang. So, ari ni just nak share gambar kenangan saya dengan kengkawan time last kitorang nak final exam kat UiTM iaitu time semester 5. Gila punya pulun  study nih. "poyo"

Kitorang kat library. Tak ingat pula time ni study subjek apa.  MS tak silap

Ini saya yang poyo study

Berlakon je ni untuk jadikan kenangan

.....berlakon lagi

Yang ni gila punya poyo
Haha...habis je tangkap gambar-gambar nih, kitorang teruskan study. Memang rindu lah zaman study ni. Betul kata orang, belajar lagi best dari kerja

Tuesday, December 27, 2011

KISAH PEKENA SUP

Suatu hari, seorang isteri yang begitu marah kepada suaminya telah memasak sup yang begitu pedas untuk menyeksa suaminya dengan kepedasan. Suaminya amat suka akan sup dan pasti akan menghirup sup tersebut dengan banyak dan kemudian akan menderita rasa kepedasan yang hebat.

Namun, ketika sup tersebut siap dihidang, si isteri sendiri yang tidak tahan dengan aroma sup tersebut, terlupa bahawa sup itu amat pedas. Beliau dengan gelojohnya terlebih dahulu menjamah dan menghirup sup yang pedas itu sehingga menitis air mata lantaran kepedasan.

Melihat air mata si isteri yang berlinangan bagai aliran anak sungai itu, si suami pun bertanya.

"Kenapa dinda menangis?"

"Terkenang arwah ibu yang ketika hidup dulu sering memasak sup sesedap ini", jawab si isteri terketar-ketar menahan kepedasan.

Melihat telatah si isteri yang tadinya begitu berselera menghirup sup tersebut, si suami pun menghirup sup tersebut dengan tidak kurang juga lahapnya sehingga turut bercucuran air mata lantaran kepedasan. Puas hati dengan apa yang berlaku, si isteri bertanya, "Kenapa kanda juga menangis?"

Jawab si suami, "Terkenang arwah ibumulah juga. Sepatutnya ketika dia hendak mati dahulu, dia bawa engkau sekali."

notakaki: Carilah jalan penyelesaian yang aman dan terbaik untuk setiap pertelingkahan. Bergaduh dan berdendam bukanlah jalan kepada keharmonian. Sifat begini hanya berpotensi menyemarakkan lagi api ketegangan. =)

Sunday, December 25, 2011

SEMBANG SANTAI

 Assalamualaikum semua....

Apa khabar kawan-kawan? Sihatkah anda? Harap-harap semuanya sihat-sihat belaka. Saya kat sini sihat, alhamdulillah. Eh, "aku" mana pergi? Hahaha..tetiba malam ni nak guna "saya" lah. Macam lembut and sedap sikitkan. Oke, thank you semua sebab walaupun dah lama sangat-sangat tak update blog tapi masih ada visitors and yang nak revisit blog yang tak seberapa ni. Tadi nak sign in blog pon dah lupa passwordnya. Terpaksa create password baru. Mula-mula ingatkan tanak dah update blog ni tapi memandangkan ada juga sambutan walaupun tak sehebat and setanding bloggers yang lain, tapi saya tetap rasa bangga and happy. Thanks taw korang.

Ada jugak yang suggest kan saya promote blog ni tapi saya malas lah nak promote sebab asalnya blog ni dicipta adalah untuk hobi saya and untuk kawan-kawan saya. Saya masih lagi study and I'm struggling for my final year. So, sekarang ni saya sedang praktikal di Hospotal Sulatan Ismail, JB. Atas urusan study saya, tu yang blog ni terbengkalai macam mayat hidup. Busy sangat-sangat. Doa-doakanlah supaya saya lulus dengan cemerlang eh (^-^)

Dari masa ke masa, saya akan try update apa yang patut and bermanfaat eh. Lagi pon sekarang ni saya tengah kering idea nak share apa dengan korang. Saya masih ada story yang nak share dengan korang tapi next time boleh? Kita share sikit-sikit. Nanti takdelah saya kehabisan idea cepat sangat.

Oke, saya cerita sikit eh pengalaman saya praktikal. Kali ni dah masuk kali ke-3 saya posting. First, kat Kuala Krai. Hospital daerah je tapi sedaerah-daerah pon, pengalaman yang saya kutip sangat-sangat berharga. Diakui bahawa equipment yang ada tak secanggih hospital besar and kes pon tak berapa menarik and tak banyak tapi sekadar mencari pengalaman untuk first posting, memang best. HOD Kuala Krai masih saya contact sampai sekarang. Beliau sangat baik and bersifat keibuan. Banyak juga ilmu yang beliau ajar kat kami.

Second time kat Hospital Selayang. Oke, ini hospital besar meh. Rasa excited memang tak terkata sebab memang teringin nak posting kat sana and alhamdulillah Tuhan makbulkan. Kat sini seriously memang banyak experienced yang saya cari. Staff nye pon oke, HOD pon oke walaupun tak rapat mana kan. Kira tenteram lah posting kat Selayang ni. Masuk kali ke-3, dapat kat JB ni. Hmm, so far staff kat sini oke and kira boleh masuk lah cuma problem nye HOD yang sangant annoying sampai staff kat sini kalau boleh tanak bertembung dengan dia. Kalau dah staff macam tu, apatah lagi kami ni student kan. Memang kalau boleh tanak bertentang muak dengan dia. Nanti ada je kesalahan yang dia nak cari kat kita. Stress jugak lah. Kalau naik ward, kita memang selamat sebab tak payah nak lari kalau terdengar suara dia. HSI ni pon hospital baru and barang-barang and susunan department, schedule patient tak berapa teratur kalau nak dibandingkan dengan Selayang. Selayang memang terbaik lah. Saya rasa sampai kat sini je kot. Kat bawah ni saya nak share beberapa gambar kenangan posting saya. Enjoy!

Bergambar di Pantai Cahaya Bulan. Best je angin kencang kat sini

Balik kerja, jalan kaki. Pergi kerja, ayah angkat hantar kan.

Ni Puan La. OT staff. Baik and sweet orangnya.

Ni kat pantri. HOD masak, kitorang yang habiskan. nyumm~

Kat gym. Macam ni lah kitorang kalau takde patient. Enjoy memanjang

Yang ni kat Selayang pulak. Last day kat sana.

Yang tudung pink tu CI kitorang. Beliau sangat best and really miss her. She's master of  hand therapy and ex-HOD of Selayang

Selayang staff yang baik hati and sangat best. Farewell party.

Farewell party dari UiTM. Kek Secret Recipe tu.

Peads gym ni kitorang hias sikit sebagai kenangan.
Ni pulak warga HSI from Rehab Departement. Termasuk lah Physio, OT,  doktornye.

Kami tengah hias jabatan untuk OKU day. Tu KLMU students.

Pada hari yang sama

Semuanya kenagan sebab dorang dah habis pratikal. Qualified dah pun

Ni time kursus penjgaan tulang belakang dari Rehab Dept.

Eating dominos pidza with my BF. HOD belanja wehh

Ni time OKU day. Ramai kan. Best sangat and agak terharu dengan mereka ni. Sedih sikitt

Kemas-kemas after OKU day. Penat...

Saturday, July 23, 2011

ME...

Try to stand up and move forward
What ever it takes, I must go on
Though it hurts so much, I must never give up
I must be strong, no one can stop me
I know my tears will subside one day
I know there will always someone there for me
Someone who will wipe my tears away
Never stop trying and hopping for better days
Try to figure out the best way to enjoy my life
Can somebody hold my hand and guide me
Don't leave me alone in this middle of life
I'm just only nobody try to be somebody

Tuesday, July 12, 2011

MENYUSUL KEMBALI

   Assalamualikum semua. Sudah lama sesangat tak update and post entry baru. Masuk sem 5 ni memang sesangat busy. Tak menang tangan nak siapkan esaimen yang berlambak-lambak. First week daftar kat UiTM, dah dapat hadiah baru dari lecturers. hahaha...terima kasih sesangat. Start next week aku dan rakan-rakan sekelas akan keluar praktikal selama 7 minggu after 7 weeks we had struggle enough with all the assignments and tests to get to the finish line. So exhausted right now but I feel a bit relieve.

   Hang praktikal kat mana? haaa...ceq praktikal kat hospital selayang ja. Malas taw tak nak keluar praktikal ni. Sangat-sangat penat. Dah la bulan puasa pulak tu. Macam mana lah aku nak cakap dengan patients nanti dengan keadaan aku yang sangat lapar. Mesti muka patients semua aku hanya nampak McD, KFC, pidza. Wahh..mau meleleh air liur aku ni nanti. Silap hai bulan, nyaye aku bertukar jadi singa. Terkam semua patients yang mengada-ngada nak bermanja dengan aku. hahaha...saya tak segarang seperti yang ditulis  ^_^  (muka suci)

   Haaa...ini bermakna, bagi pelajar Diploma Fisioterapi UiTM semester 5, kami tidak akan memiliki cuti mid term. Rindu sungguh kat mak pak aku taw dak. Meluap-luap rindu nih. Dah sebulan lebih aku tak balik kampung jenguk kucing-kucing aku. Kucing mesti diutamakan sebab mak aku, ayah aku boleh jaga. Ayah aku dijaga pula oleh mak ku dan angah ku dijaga pula oleh mak dan pak ku. hahahah...So, aku hanya ada cuti raya aidilfitri je. Nampak tak nusa dan bangsa sekalian, banyak aku berkorban demi kejayaan ku. Lautan dalam sanggup ke renangi dengan kapal selam.

   Doakan lah kejayaan aku dan rakan-rakan seperjuangan ku dalam meniti tahun terakhir kami. Semoga kami berjaya graduate tahun depan (sayu pulak hati ni). Minggu ni jugak adalah miggu terakhir aku study kat UiTM Puncak Alam ni. Sekejap je rasa nya 3 tahun tuh. Lepas ni tak tahu lah mana arah tujuan aku. Agak-agak kalau nampak aku bawah jambatan tu, jangan buat-buat tak kenal pulak. Memang aku kejar sekeliling Malaysia nanti. Doakan lah aku supaya berjaya sambung pengajian dalam ijazah fisioterapi nanti.

p/s: goodbye notes, books, pens, pencils

Thursday, May 5, 2011

GLEE WEYH !!

Aku pun tak tahu la cemane aku boleh minat sangat dengan Glee nih. Satu hari tak buka video dorang tak sah. Best sangat. Rasa nye dorang nyanyi balik lagu-lagu ni sedap and best dari penyanyi asal. Haha...sangat sangat minat dengan Sam yang ala-ala Justin Beiber. This guy is so cute and adorable. Kurt pulak, boleh lah tahan cute jugak even he is gay. Sume-sume dalam Glee ni sangat adorable and charming. Teringin nak pergi konsert dorang nanti tapi apa kan daya, itu hanya angan-angan saja.

Waktu ni Sam nyanyi lagu Baby untuk Quinn. Sangat comel tahu tak. Aku rasa Sam ni adalah gambaran awal JB yang dah besar panjang.

I love his smile because it shows how sincere he is. His smile is honest and sincere.

Comel kan kapel dua orang nih. Quinn + Sam = LOVE.  Tapi apa kan daya, setakat ni  Quinn nak kembali kepada Finn and Sam is dating with Santana

Ni baru nampak macam jantan sikit Kurt oiy. Kan macho macam nih. Anyway, he is quite  cute and cool.





p/s: mak aku tak suka mulut Kurt. Kesian kat dia. Takpe, Blaine kan ada. hak3

Wednesday, May 4, 2011

KISAH TIDAK ADA OTAK !

   Seorang pelajar yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya pada suatu hari. Kemalangan itu begitu ngeri sehingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu ada harapan untuk diselamatkan.

   Mendengar penjelasan doktor itu, bapa pelajar berkenaan berkata, "Dia akan selamat kerana besi itu pato tidak akan dapat mengenai otaknya." Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya, "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan insyaAllah pun pak cik tak sebut?"

   Sampuk si bapa,"Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang tidak ada otak, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi berbahaya ini. Buat habis duit PTPTN saja!" Terdiam doktor tersebut.

Kalau hampa suma naik motoq lagu ni kan baguih. Pandu cermat jiwa selamat.

Tak nak jugak naik motor camni. Jap jap...motor ke tayar ni? aku pun konfius lah. Macam ungka daaa


p/s : wahai anak-anak muda, hargailah kemudaan mu itu. jauhilah perkara-perkara yang tidak baik lagi berbahaya. anda semua adalah aset UMMAH buat menjayakan WAWASAN 2020!

Tuesday, May 3, 2011

KISAH IMAM BACAAN SEMPURNA

   Seorang imam dipilih daripada kalangan makmum yang berpotensi buat mengimami solat Maghrib. Pemilihan ini terpaksa dibuat gara-gara imam yang tidak qualified sebelumnya. Imam yang dipilih ini nampaknya berjaya melaksanakn tugasnya dengan baik.

   Setiap rakaat berjalan lancar. Setiap makmum khusyuk berdoa agar solat mereka dapat ditamatkan dengan tanpa masalah kerana jika imam ini tidak qualified juga, pemilihan baru terpaksa dibuat. Imam yang dipilih ini nampaknya oke.

   Solat telah dapat dilaksanakan hingga selesai tiga rakaat. Selepas sahaja memberi salam, dia terus menoleh ke arah para makmumdan bertanya; " Macam mana bacaan dalam solat tadi...oke ke?" " Kira oke lah...engkau mempunyai potensi untuk menjadi imam tetap," sahut salah seorang makmum. " Itu aku belum ambil wuduk lagi, kalau aku ambil wuduk tentu lagi sedap!" Tercengang kaku semua makmum mendengar kata-kata imam ini. Imam bersolat dengan tidak berwuduk! Dalam kecengangan itu, proses mencari imam baru bermula lagi.

Haruslah kita sentiasa khusyuk dalam solat dan berusaha menunaikan solat dengan segera.


Pengajaran : Imam janganlah sekadar suara sedap saja! Apapun, semangat ahli jemaah atas bersungguh dalam mendirikan solat berjemaah perlu diteladani.  ^^

KISAH PIL AWET MUDA !

   Seorang isteri yang semakin terasa kedinginan suami terhadapnya mula mengambil tindakan proaktif. Teringat si isteri ini, ketika baru mendirikan rumah tangga 25 tahun dahulu, jika suaminya pergi ke surau, dia akan segera pulang selepas imam habis sahaja membaca doa.

   Sekarang kalau pergi solat waktu isyak di masjid, kadang-kadang lepas subuh pun tak tentu balik. Kebetulan anak perempuan mereka sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah tinggi dalm bidang bio-tech di kampus UiTM, Shah Alam, si ibu pun mengadulah hal tersebut kepada anaknya, moga-moga ada jalan penyelesaian. Kebetulan pula bidang kajian si anak adalah berkaitan pil awet muda.

   Mendengar sahaja rintihan ibunya, si anak terus menjadikan ibunya sebagai uji kajian Ph.Dnya. Dia telah mengirim empat biji pil yang mengikut kajiannya sebiji pun sudah cukup untuk mengembalikan kemudaan usia ibunya sehingga 15 tahun. Dia turut menasihati ibunya untuk memakan  sebiji sahaja dahulu sambil melihat tindak balas ubat tersebut untuk beberapa bulan.

   Si ibu mematuhi peraturan preskripsi yang dicadangkan. Wah! Ternyata ubat itu bagaikan hikmat abad ke-21. Si ibu yang berusia 45 tahun terus bertukar bagai perawan jelita berusia 30 tahun. Perubahan mendadak ini telah juga membawa perubahan yang lagi mendadak kepada si suami. Nostalgia lama berulang kembali. Sekarang kalau pergi ke surau, tak sempat pun imam membaca doa, dia sudah pun berada di rumah. Kadang-kadang sampai tidak pergi ke surau langsung!

   Si ibu terlalu gembira dengan perkembangan positif ini hingga terlupa untuk memberitahu perkembangan ujian terhadap pil berkenaan kepada anaknya yang sentiasa teramat sibuk dengan kajiannya. Si suami yang terlalu kagum dengan perubahan isterinya cuba mengorek rahsia resipi perubahan mendadak tersebut. Pada suatu hari, bukan sekadar resipi, pil yang disimpan si isteri turut dijumpainya. Dengan gelojohnya, ketiga-tiga pil yang baki itu ditelannya sekali gus.

EMPAT BULAN KEMUDIAN.......

   Si anak kembali ke kampung halaman untuk mengahabiskan cuti semester hampir dua bulan. Apabila sampai di rumah, dia hampir tidak mengenali ibunya yang berwajah baru saling tak tumpah seperti dirinya. "Ini ibulah...., mujarab betul ubat engkau," sampuk si ibu dengan kegirangan dan keceriaan menyambut kepulangan anaknya. Sambil meletak begnya di ruang tamurumah, si anak ternampak seorang kanak-kanak kecil bermisai lebat sedang bermain bola mainan lalu terus bertanya : "Anak siapa ni mak?"  "Itu bapa kamu ler...."

Ayah aku???


Pengajaran: Kita sentiasa dianjur bersederhana dalam semua hal!

Rasulullah bersabda yang bermaksud;
Tiga perkara yang menyelamatkan : a) takut kepada Allah S.W.T di waktu sunyi dan terang-terangan
                                                      b) adil di waktu tenang dan marah
                                                      c) sederhana di waktu fakir dan kaya
Dan tiga perkara yang merosakkan: a) hawa nafsu yang diperturutkan
                                                       b) kikir yang ditaati
                                                       c) kekaguman seseorang terhadap dirinya

Gurindam Dua Belas.....oleh Raja Ali Haji rahimullah

Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.

Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
Itulah tanda hampir duka.

Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.

Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang yang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.

Apabila perkataan yang lemah lembut,
Lekaslah segala orang mengikut.

Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.

Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang membuat honar.

Monday, May 2, 2011

KISAH I'M SORRY !

   Suatu hari, seorang dari kawasan pendalaman bersama isteri yang dikasihi pergi ke Shah Alam untuk menziarahi anak sulung mereka yang sedang belajar UiTM. orang desa ini, walaupun tinggal di sebuah kawasan terpencil, bolehlah juga kalau setakat hendak bercakap bahasa Inggeris seperti I'm sorry, no, thank you dan mengira setakat one, two three sampai ten. Kalau bernasib baik, kadang-kadang dia teringat sampai eleven!


   Selepas menemui anaknya, kedua-dua suami isteri ini meluangkan masa bersiar-siar di kawasan Seksyen 2, Shah Alam. Di kaki limasalah sebuah kedai di Seksyen 2 itu, orang desa ini terlanggar dengan orang putihyang juga sedang menikmati keindahan kawasan berdekatan kampus UiTM bersama temannya. Pertembungan itu menyebabkan bungkusan mi yang dipegang oleh orang putih itu terjatuh. Sambil memungut bungkusan mi untuk diserahkan semula kepada orang putih tersebut, orang desa ini pun memulakan dialog interaksi mesra berikut....

Orang desa                        : I'm sorry....
Orang putih                        : I'm sorry too...
Isteri orang desa (berbisik) : Abang, jawablah lagi....
Orang desa                        : (Kerana menyangka too ialah two, orang desa pun berkata)...I'm sorry three...
Orang putih                        : What are you sorry for?
Isteri orang desa (berbisik) : Abang, jawablah lagi. Peramah betul orang putih ni...
Orang desa                        : (Kerana sangka for ialah four, orang desa pun menjawab)...I'm sorry five...
Teman orang putih              : Dear, I think this man must be sick!
Isteri orang desa (berbisik)  : Abang, jawablah lagi. Tengok tu, teman dia pun peramah juga.
Orang desa                         : (Oleh kerana ingatkan sick ialah six, orang desa pun terus menjawab)...
                                               I'm sorry seven.                       
Teman orang putih               : Come on dear, I'm afraid.
Orang desa                         : (Mendengar kata-kata afraid, orang desa ini menyangka eight, lalu dia
                                             berkata)... I'm sorry nine.


   Melihat temannya dalam keadaan tidak selesa, orang putih itu terus berkata, "Sorry. I really don't understand."

   Mendengar saja perkataan understand yang akhirnya macam ten, bagai pemidato agung, orang desa ini pun terus menyambut : "I'm sorry even!" (tersasul tatkala terlalu ghairahhendak menyebut eleven)

   Orang putih bersama temannya terus berada dalam keadaan terpinga-pinga. Malah orang putih itu bertambah terpinga-pinga keran kebetulan nama panggilan singkatan namanyan Evan! Bagaimana orang desa itu mengetahui namanya Evan! "Do you know me?" bertanya lagi orang putih itu sebelum dia beredar.

   Si isteri orang desa itu terus berbisik lagi kepada suaminya, "dia tanya apa lagi tu bang? Mesra betullah orang putih ni.''

   Suaminya menjawab, "dia tanya aku nak mee ke?" jawab selamba suaminya sambil memandang mee yang dipegang orang putih tersebut. "Eh, jangan terimalah bang, entah halal entah tidak!" mencelah isterinya. Si suami kemudian dengan cepat berkata kepada orang putih, "no thank you."

   Kemudian orang desa bersama isterinya terus meneroka pelbagai premis perniagaan di Seksyen 2, Shah Alam. Ternyata dialog yang seketika sahaja telah berjaya meningkatkan peratus kasih sayang isterinya kepada orang desa itu. Si isteri teramat berbangga terhadap pencapaian dan kebolehan suami tersayang.


Pengajaran : Jika ilmu kta sedikit, maka sedikitlah juga peranan yang boleh dimainkan oleh kita. Agama Islam memberi perhatian yang istemewa kepada kecemerlangan ilmu. Kedudukan ini menuntut UMMAH memberi perhatian yang setepatnya terhadap perkembangan ilmu. Ketinggian ilmu tatkala berganding dengan kekentalan iman dan komitmen amal pasti akan membawa UMMAH kepada mercu kegemilangan seperti yang telah dicapai oleh UMMAH terdahulu.

Wednesday, April 20, 2011

AM I THAT BAD..??


is there still has love for me out there?
people keep running out of my life
they hurt me like hell
and for that, you are not deserve to have peace
i'll write this in my diary
so that i'll never forget what you did to me
i'll keep this revenge till my death
because of you i turned myself into this way
there's no way out for me
i've locked up myself in my own prison
people please burn me up
i can't bear this any longer
and if you know
i'm still waiting for true love
for someone who can take me out
and help me to fix everything i've done
loss of control, loss of my mind
i'm going crazy right now 
can i have some love now?




p/s: do you still love me? will you gimme some of your love to me?  ^_^

Tuesday, April 12, 2011

TRUE FRIENDS

   ''Only your real friends will tell you when your face is dirty''

  Aku pun tak berapa nak sure sejauh mana kebenaran quote kat atas. Kadang-kadang kekawan kita bukan nye tak nak tegur muka kita kotor ke, ada cili kat celah gigi, ada sayur tersekat kat gusi, tak pun ade taik hidung dok terbang terbang kat lubang hidung. Macam-macam. Dorang mungkin nak jaga hati kita so takde lah kita malu dengan dorang selepas ditegur.

   Takpe malu dengan kawan kita sendiri daripada malu dengan orang lain yang kita tak kenal. Tu lagi lah malu. Nak pulak orang yang kita tak kenal tu yang tegur kita. Misal nye....

''Dik, abang nampak ade bawang lah kat gigi atas tu'' yang ni dah jatuh saham.

''Bang, abang makan lada hitam eh pagi tadi? Ade benda hitam kecik lah kat tengah-tengah gigi abang tu''

'' Amboi, nasib baik lah adik ni adik lagi. Nak je abang tangan tadi.'' Hati jantan si abang terdetik.

Kalau yang jahat pulak, saja je gelak terkekek-kekek sambil memandang dan menuding jari ke arah anda. Huh, time tu mula lah gelabah tak tentu pasal. Tudung aku tak jadi ke? Ada cili ke? Ada nasi kat bibir aku ke? Kalau perempuan nasib baik lah sebab dorang sentiasa ada cermin kat compact powder, yang takde boleh pinjam kat kawan. Yang lelaki cemane?hahaha...aku tak taw lah korang ade bawak jugak cermin macam kami ke tak. Nasib lah....



   Aku sendiri, malah kawan-kawan aku juga mengamalkan quote kat atas. Nak nak pulak kalau after makan. Masing-masing akan tunjuk gigi masing-masing bagi memastikan tiada sebarang perangkap makanan tertinggal kat gigi. Kalau nak story pasal kawan-kawan aku dok tegur pasal benda-benda macam ni memang tak boleh nak diceritakan lah. Ada jek kawan-kawan aku ni. Kalau salah sorang dah kata ''Assalamu' alaikum '' tu, baik tengok cermin cepat-cepat. Ada lah something yang korang tak habis makan.

   Tapi tak bermakna kawan korang tak tegur, kawan korang tu jahat. Kekadang dorang sendiri tak perasan kan. Walaupun begitu, korang jangan lah malu atau marah apabila ditegur muka kotor atau sebagainya. Anggap je sebagai gurauan sambil cungkil cili yang terselit tu. Buat yang menegur pulak, tegur lah dengan cara yang betul. Berani-berani kan diri anda untuk menegur agar kawan anda tidak malu kelak dengan kecuaian sendiri di hadapan orang lain. 

   Malu dengan kawan sendiri adalah lebih baik dari malu dengan orang lain yang tidak dikenali. Aku sayang kawan-kawan aku kerana korang telah membuktikan korang true friends aku dengan menegur lada hitam, cili and sayur hijau kat gigi aku selama ni.


p/s: nak beli cermin kecik tak? aku ada jual..kehkehkeh...malu dan teguran anda perlulah bertempat ye.. =)

MOUSE PAD

   Sedang dok lepak-lepak kat fesbuk tadi, tetibe aku teringat kisah aku menghabiskan esaimen Fracture of wrist and hand dalam subjek Musculoskeletal atau singkatan MS pasa semester lepas. Hahaha..gempak tak nama subjek guwa. So dalam fracture of wrist and hand mestilah ada complication yang akan berlaku iaitu Carpal Tunnel Syndrome.

   Apa menatang tu? oke, bagi kami-kami fisio, kami panggil CTS je. Tak larat nak sebut panjang-panjang. Kering air liuq. CTS ni adalah sejenis penyakit yang tidak berbahaya mahu pun mampu menyagat meragut nyawa sesapa dimana saraf median anda dicompress. Maka dengan itu, tangan anda akan selalu berasa kebas jika memegang sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. 

   Jangan urut dada lagi kerana bukan setakat orang yang patah pergelangan tangan je yang kena, mak-mak yang selalu potong sayuq atau yang sedang pregnant, ayah-ayah yang kerja opis pon boleh kena jugak. Pendek kata, sesapa pon boleh kena kalau banyak sterss dekat pergelangan tangan kita. Jangan risau sebab CTS bisa diubati.

   Berbalik kepada cerita, aku mestilah nak search gambaq-gambaq yang berpatutan dan seumpama dengan nya untuk diletakkan dalam esaimen supaya dapat marakah banyak sikit. Sedang dok search-search tu, lain pulak yang aku dapat. Ni ha nak tunjuk kat hampa semua.

Haaa...menarik bukan. Patut lah ayah-ayah abang-abang suka pi kerja noh. keke

   Maka dengan itu, aku sangat berbesar hati nak cari mouse pad yang lain yang lebih menarik. Mana lah taw, kalau ada yang menarik boleh order ye tak. Jom kita tengok lagi.

Hahaha...yang aku rasa agak lucah dari yang lain-lain sebab mouse dia sendiri  berbentuk breast. Nak right klik kena tekan.....uihh..tengok je la

Yang ni pulak didatangkan dengan pelbagai saiz dan warna. Pilih je yang mana anda suka.  =)
  Tetapi, tak kurang juga ada yang comel dan menyelesakan.

Aku paling tertarik dengan yang ni. Dapat kat aku satu kan best. Nampak selesa giler. Sesape yang jual bagi taw sama aku

Tak minat yang ni. Perempuan sangat. Adik aku suka la kalau dapat yang ni.



Yang ni aku rasa sama dengan yang gambar burger tu. Hang masuk tangan hang kat dalam tu.


Yang ni paling tak boleh blah. Teringat time kekecik dulu kalau bukak tibi pukul 6.30 pagi atau waktu memalam buta . Gambaq ni la yang akan aku nampak kat tibi tu. Rasa nak kapak je tibi time tu. Ni mesti made in Malaysia.

   Walaubagaimana pun, korang belum tengok lagi mouse pad aku. Nak tengok?

Jangan gelak. Aku tampau kang. Ni je mouse pad aku, jadilah. Kad keluar masuk jadi mangsa aku. hahaha..siap ada gambau aku tuh...PINK?? tikus aku kaler pink
   Korang jangan pulak menyumpah seranah orang yang invent mouse pad yang seksi tu kerana dorang just nak bagi keselesaan menggunakan tetikus untuk tempoh yang lama supaya CTS dapat dielakkan. Kesian kat pak-pak kita yang kerja kat opis tu. Oke, nak gi cek mouse pad ayah aku.  =)

Friday, April 8, 2011

APA ITU SENYUM...

   Sesungguhnya senyum itu satu sedekah. Senyum juga satu senaman muka yang boleh dijadikan sebagai awet muda. Kalau hangpa dok usha-usha gambaq aku tuh, hangpa taw tak umoq aku sebenaqnya? haaa...umoq aku banyak dah tapi masih nampak macam belasan tahun kan. Haaa....rahsianya ialah aku sentiasa tersenyum dengan semua orang.

   Tak kira lah aku tengah ada masalah ke, aku tengah sedih ke, gumbira ke mahupun tengah syok sorang-sorang, aku tetap terseyum. Malas lah nak cakap lebih-lebih kan. Tengok je gambar-gambar aku tu, semuanya aku tengah senyum. Kan? kan? kan? baik hangpa angguk, kang aku tampaq laju-laju.

  Tapi kadang-kadang, masalah juga nak senyum ni. Kang ada orang cop kita ni orang gila lah, perasan lah, tak tahu malu lah dan yang paling tak boleh blah, macam kerang busuk. Ada ke patut dorang sama kan kita dengan si kerang tu. Dah la tak ada gigi, bibir pon takde. Tang mana yang dorang kata macam kerang busuk? Pernah pulak dorang tengok kerang senum. Kalau tanya Spongebob pon, gerenti dia pon tak taw.

   Walau apa pun, jangan lah kita berhenti senyum kerana senyum itu satu sedekah. Dan kalau kita senyum kat someone and dorang kata ''bila masa aku senyum kat hang?'' korang mesti lah pandai cover dengan mengatakan, ''aku baru buat botox la!'' Habis cerita. Baru padan muka dorang.



   Cuma satu pesanan aku, sebelum nak senyum tu. Sila pastikan gigi anda clear dari sebarang perangkap makanan. Jangan ada yang terselit cili kat celah-celah gigi dan yang paling tak boleh tahan kalau ada yang terselit bawang. Uihh..malu malu..oke?

p/s: senyum lah anda tanpa ragu-ragu kerana senyuma itu memberi satu seribu kebahagiaan.



KERJA KAMI WAKTU MALAM

Memandangkan esok nya aku nak test neurology, maka stay up lah aku bersama-sama rakan-rakan yang lain pada malam ini. Biasa lah, nama pun student kan. Kalau tak study last minute memang tak sah. Ke korang study early minute? Tabik-tabik...haha...Mana lah taw kot-kot aku dengan kawan-kawan aku je yang study last minute. Nak taw jugak siapa pelajar yang study awal before nak test atau nak exam pada esok nya. Boleh kerat jari guwa la kalau ada..kekeke..tanak-tanak. Nanti kurang duit hantaran aku. Jatuh saham wey..haha
Seperti biasa yang berlaku kepada student lain, kalau dah stay up, perut tak lapar, tak makan megi tak sah. Boleh kerat jari aku lagi sekali lah. Tapi kali ni, aku tak makan megi. Apa barang megi-megi nih. Kali ni aku makan Spaghetti dan Sandwich ayam mayonis kobis. Sodap ehh..
Ini lah spaghetti nya..sedap tak??

sandwich ayam mayonis kobis

Dah kenyang, korang nak?
Nampak menyelerakan tak? Sedapp...tambah-tambah pulak makan pada waktu malam dengan perut yang sangat lapar. Hah, awak yang tengah baca tu, lap sikit air liur nya. Dah meleleh-leleh dah tu. Terima kasih kepada angah saya yang telah  masak spaghetti dan sandwich ni untuk saya. Sem depan dah tak dapat dah nak makan makanan free lagi dari angah.