Friday, August 6, 2010

PANTUN TEMAN

Tersungkur jatuh dalam kegelapan,
Dalam hidup mencari cahaya;
Mengapa sukar mencari teman,
Seorang teman yang mampu setia.

Malam gelap disinari bintang,
Berkelip-kelip memancarkan cahaya;
Teman yang kuidam bukanlah kumbang,
Sekadar teman bisa dipercaya.

Hidup ini sentiasa dilema,
Hati perlu sentiasa bersih;
Tidak bermaksud Adam tidak diterima,
Yang ku pinta bukan teman berkasih.

Tidak mudah mengemudi perahu,
Arus deras menjadi penghalang;
Banyak lagi yang perlu ku tahu,
Agar hati tidak berduka walang.

Indah taman diseri bunga,
Harum mewangi di waktu pagi;
Indah rupa tidak diduga,
Kelak mungkin meracun hati.

Bulan bintang bernyanyi riang,
Sang kelip bermain sendiri;
Prasangka buruk harus dibuang,
Inilah petua harus dipatuhi.

Hilang gelap muncur sinar,
Hialng harapan tiada siapa yang punya;
Dalam hidup mesti berkata benar,
Kelak persahabatan kekal selamanya.

Indah sungguh langit dan awan,
Biarlah hati menjadi pertama;
Sudilah kawan menjadi teman,
Moga hdup indah bersama.

Tuesday, August 3, 2010

KISAH 3 SI PONTI....part 2

   Sedang syok si Pontianak B dan C bermain mata dengan Pontianak-pontianak betina yang sedang beterbangan, tetibe Pontianak A mencelah lantas mematikan kekhusyukan depa. 


"Wey, apa kata kita beradu tenaga? Senang je wey. Aku gerenti korang semua boleh buat. Aku nak buat pertandingan hisap darah paling cepat''.


  Pontianak B sangat terkejut dengan kata-kata Pontaianak A lantas berkata, "Apa yang kau merepek ni setan Pontianak A? Buang taring tebiat ke apa?''


''Cuba kau cerita sikit kat kitorang. Asal ko tetibe buat keputusan macam tu?", Pontianak C cuba berlagak alim bagi merungkai segala persoalan yang bermain di benak jantung Pontianak A.


Pontianak A cuba menarik nafas dalam-dalam walaupun dia tahu jantungnya memang sudah berabad out of service bagi menerangkan segalanya kepada mereka.


"Takde pape lah. Aku saja-saja je. Aku bosan. Semua orang pontianak kata kita tak berguna. Alip ba ta pon tak lepas-lepas lagi. Jadi, aku ingat dengan mengadakan pertandingan ni, kita boleh buktikan kat dorang yang kita ni pon ada bakat masing-masing.''


"Ape ke sengal lah kau nih. Bukan ke memang semua pontianak tahu hisap darah. Tu ha, kau nampak tak pontianak kat hujung tu? Maikel Syumaker pon menangis sebab kalah dengan dia tau tak. Idea kau tu dah usang sama macam rambut kau tu.'' Pontianak C membidas kata-kata Pontianak A dengan penuh keyakinan.


''Alah kau ni pon. Cuba lah sekali-sekala sokong idea aku nih. Tak kisah lah kalau ada pontianak yang hebat dalam kampung kita nih tapi yang pastinya aku nak cari siapa yang paling hebat antara kita bertiga.''


''Hmm, aku setuju je lah. Malas aku nak dengar korang bertekak lagi'', Pontianak B mencelah bagi membantutkan kebisingan dorang agar mereka tidak akan dicekup oleh mana-mana ustaz. Ini kerana perbualan mereka akan bertukar kepada ngilaian pada telinga manusia.


''Kalau macam tu, biar aku yang mulakan dulu pertandingan ni.''


   Tanpa melengahkan masa lagi, Pontianak A terus terbang dengan lajunya menuju entah ke mana. 10 minit kemudian, Pontianak A kembali kepada rakan-rakannya dengan mulut yang berlumuran darah.


''Engkau orang nampak tak kampung kat hujung sana tu?''


''Nampak. Nampak.'', Pontianak B dan C menjawab dengan serentak malah begitu tangkas sekali.


''Haa...aku dah hisap darah seluruh penduduk kampung yang ada kat sana dalam masa 10 minit je. Hebat tak aku?'' tanya Pontianak A sambil membetulkan posisinya agar tidak jatuh dari pokok.


Lalu Pontianak B pon berkata, ''Waaa...hebatlah kau. Guwa memang respek la lu brother. Sekarang ni turn aku pulak.'' Pontianak B tidak sabar lagi untuk menunjukkan kebolehannya pula. Maka Pontianak B pon terus terbang meninggal mereka berdua.


5 minit kemudian Pontianak B kembali dengan mulut dan baju yang  berlumuran darah. 


''Haa..korang nampak tak satu lagi kampung kat hujung sana tu? Habis aku kerjakan semua orang yang ada dalam masa 5 minit je.'' Pontianak B berasa sangat bangga kerana dia berjaya menundukkan taring Pontianak A.


   Pontianak C sudah tidak dapat menahan kesabaran lagi selepas mendengar penjelasan Pontianak B. Maka, dengan itu Pontianak C terus terbang tanpa berkata apa-apa. Kedua-dua Pontianak A dan B tercengang melihat kelakuan Pontianak C. Mereka berdua terkejut sekali lagi apabila tidak sampai 1 minit, Pontianak C telah kembali kepada mereka. Kali ini bukan setakat baju dan mulut malah dengan wajahnya sekali turut berlumuran darah.


''Korang nampak tak tembok kat depan tu?'' Pontianak C bertanya kepada sahabat-sahabatnya.


''Nampak. Nampak'', Mereka berdua menjawab dengan serentak.


''Haa..aku tak nampak''


Akhirnya mereka bertiga telah ditangkap oleh ustaz pada malam itu akibat mentertawakan Pontianak C.

Tuesday, July 27, 2010

KISAH 3 SI PONTI.....

   Sekitar tahun 1841, terdapat sebuah desa Angsana di mana kesemua penduduknya merupakan makhluk pontianak. Mereka hidup dalam keadaan yang aman damai dibawah  pemerintahan golongan aristokrat iaitu Mr. Dracula. Mak Lampir sebagai penasihat negara sentiasa memberi nasihat yang bernas agar bekalan darah negara sentiasa mencukupi. Tentera-tentera kelawar pula sentiasa menjadi pemerhati dikala malam agar tiada ustaz-ustaz yang datang mengganggu ketenteraman hidup rakyat Angsana.


   Rakyat-rakyat Angsana sangat dikenali dan dikagumi di seluruh negara. Ini kerana, ada antara dalam kalangan mereka telah berjaya menjadi filem star yang sangat berjaya. Sebagai bukti, baru-baru ini filem ECLIPSE telah ditayangkan di Malaysia dan telah mendapat sambutan yang hangat termasuk dari adik dan ayah saya. Nah...tak nampak lagi ke. Manusia pon boleh kalah dengan encik pontianak. Kerjaya mereka sebagai pelakon lagak ngeri sentiasa menjadi tarikan dan memiliki high demand di pasaran ye.


   Namun begitu, tidak semua makhluk ini mempunyai akal yang bijak dan sempurna seperti EDWARD. Ini kerana terdapat 3 ekor pontianak yang sangat bengap sehingga tak layak untuk memasuki mana-mana sekolah. Oleh itu, kehidupan seharian mereka dihabiskan dengan bertenggek di pokok. Hampeh nye pontianak. Ni la contoh generasi yang tak boleh dipakai. Kan lebih baik dorang ni pergi daftar kt IKBN. Dapat lah dorang mencungkil bakat yang terpendam.


   Alkisahnya bermula pada suatu malam yang hening. 3 ekor pontianak yang tak berapa cukup ilmu ni ingin mencabar kehebatan masing-masing. Seperti biasa, mereka bertenggek di sebatang pokok getah sambil mencari idea untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.


bersambung......

Thursday, July 22, 2010

JOGGING OH JOGGING

Selamat malam buat pembaca-pembaca blog ku yang setia....kalau ada la...

   Hari ini merupakan hari kedua aku jogging di Puncak Alam buat semester 3. Bukan tak pernah langsung oke. Dulu aku ni bukannya suka sangat jogging-jogging nih. Aku tak suka berpeluh. Rimas kot. Tapi disebabkan budak-budak lelaki kat kelas tu suka sangat nak menyakat aku, tu yang tetiba ubah tabiat. Kalau boleh, tiap-tiap hari nak jogging. Ceh, cakap je lebih. Selang 2-3 hari, semangat pun entah ke mana. Kasut sukan pun habis bersawang tak guna. 

   Aku pun tak paham lah. Geram pun ade gak. Suka-suki je dorang nak paggil aku gemuk. Pergh! aku ni pantang dicabar. Tapi, nasib baiklah aku ade kawan-kawan yang sangat supportive. Tak kisah lah si sengal-sengal tu nak kata apa kat aku, kawan-kawan aku yang setia ni tetap bagi semangat kat aku. wahhh....sayang aku kat korang. Nak taip nama sorang-sorang, penuh post aku ni kang. So, korang buat-buat lah perasan sendiri yek. kekeke...

  Oke. Aku, Deya, Intan, Zaty and Ica pun turun lah jogging hari nih. Semangat berkobar-kobar gila. Kalau obor SUKMA tu ade lagi la kan, memang malu la dia. Kalah dia punye semangat dengan aku punye semangat. Silap hari bulan, SUKMA kat Pahang memang takde obor la gua cakap sama lu. Malu punya pasal sampai nyorok bawah selimut. Oke, tu metafora je ye.

 Aku turun jogging siap dengan tali skipping bagai. Bajet jogging 7 kilometer tak cukuplah. Sampai bulatan keris kene skipping pulak. Huh!! sah-sah tu semua angan-angan. Dapat 4-5 kali lompat, dan-dan berhenti. Perut gua buat hal. Alasan tak mau skipping lagi. Ceh, niat semua orang tak  mahu dah makan malam kat Angsana. Jogging la katakan. Kena la bersesuaian ye tak. Mana buleh makan banyak-banyak. Niat hati kalau stomach berdondang sayang, ingat nak makan bisut cicah Milo je. Alas perut.

  Huh! selamat je aku bagi salam solat maghrib, si perut pun bagi salam kat aku gak. Pergh...tak bagi can langsung kat aku betul la si perut ni. Aku ingat aku sorang jek. Rupa-rupanya, yang lain-lain pun meronta-ronta nak makan. Ape lagi, isyak cepat-cepat, terus turun bilik Ica dengan Deya. Bantai masak air dua jag nak buat megi. Amek kau. Makan pukul 10 malam. Masing-masing makan tak buleh nak cakap. Penyudah nye, aku makan bihun pama sebungkus, milo panas secawan dengan sweet lava sebuku. Fuhh...nikmat gila.

   Kalau macam ni, sampai bila-bila pun takkan kurus kan. Tak kisah lah kurus ke tak. Yang penting tubuh badan sihat kan  kawan-kawan. 

p/s : esok aku turun jogging lagi. nak join?? jom lah...tapi tolong lah bagi semangat kat aku. tolong lah halang aku makan malam banyak-banyak.serik-serik X(

Tuesday, July 20, 2010

SAHAM JATUH

   Waaaahhh....bangun je pagi ni rasa damai dan aman gila. Hujan rupanya malam tadi. Patutlah tidur malam tadi nyenyak gila sampai semua bantal terbang ke sana-sini. Nak mandi pon rasa malas. Hari ni aku bangun sendiri. Intan tak sempat kejut aku dah bangun. Kunci jam pukul 6.30 pagi sebab terasa nak bangun awal sikit pulak. Selepas sedikit senaman ringan dan secubit stretching diatas katil, akhirnya pukul 6.43  pagi baru menjejakkan kaki ke toilet.
   Mood hari ni sangat oke sebab cuaca yang sejuk ala-ala western gitu. Macam biasa, aku turun ke rumah Zaty dulu sebelum ke kelas. Hari ni dia lambat pulak. Takpe Zaty. Take your time to finish your breakfast. Haha. Biasanya aku memang baran tunggu lelama nih. Tapi ini hari aku cool je. Selepas je Zaty dan Deya sudah ready untuk ke kelas, kami pon mulakan lah langkah ke tempat yang sepatutnya.
   Kami mengatur langkah membuntuti sekumpulan pelajar lelaki dan ada juga sekumpulan lagi pelajar lelaki mengekori kami dari belakang. Tujuan yang sama iaitu untuk ke kelas.

 "Noni, kau nampak tak budak laki yang baju kuning kat depan tu?". Zaty memulakan bicara.

  "Nampak la. Asal ngan budak tu?", aku balas dengan penuh tanda tanya.
   
   "Haha. Kau tak nampak ke budak tu cam skema?"

   "Skema?hmmmm...yekot.hahahahahaha"...aku balas dengan sedikit tawa riang.

   Aku pon terus kan langkah dengan penuh hati-hati kerana jalan yang licin. Harap-harap aku tak jatuh. Maklumlah, depan ngan belakang kan ade budak lelaki. Kenalah control sikit ye tak. Saham tengah naik ni. kekekeke.......Tengah dok jalan-jalan, sekali...........


"Aaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh"

   Alamak...malunya aku. Jatuh depan budak laki. Budak laki yang kat depan aku tu serentak menoleh ke belakang nak tengok asal aku menjerit tak tentu pasal pagi-pagi ni. Nasib baik dapat tahan dengan tangan, so taklah basah seluar dan baju. Nak control punye pasal, gelak je lah kuat-kuat. Konon nye aku ni cool la. Tapi sempat gak aku cakap, sapa gelak kat aku memang nak kene sepak free. Apa aku peduli budak-budak tu nak kata. Kan tak memasal saham dah jatuh pagi-pagi lagi.
   "Pengajaranya....korang janganlah ketawakan orang lain yek....Ko siap nanti Zaty. Kau lah punye pasal ni. Kau yang gelakkan budak tu tapi aku yang jatuh. Nak terjojol biji mata sorang-sorang tadi bila nampak aku jatuh. Bukan nak tolong pon. Tengok je. Tak gentleman langsung. Kalau tak, boleh aku mintak nombor telefon. haisyhhh (T_T '')

Sunday, July 11, 2010

BUKAN MUDAH

assalamualaikum....

     Ini bukanlah blog aku yang pertama. "IT'S NOT EASY" ni blog aku yang kedua. Blog yang lama tu, aku dah selamat pon terminate. Bukan ape, blog yang lame tu amatlah buruk. Yang ni pon tak lah cun sangat kan tapi kire oke la dari yang sebelum. Blog aku yang baru ni, aku tak kan harap sangat ia cantik seperti langit senja dan tak pula indah bak sang suria.




    Eceh, ayat cam ape je kan. Ye la, aku boleh naik gila kalau diingat-ingat balik sejarah blog tersebut. Blog yang baru ni pon aku buat sekadar hiburan aku sendiri. Tak kisahlah ade orang nak baca ke tak. Yang penting aku daapt mengisi masa lapang aku di sini. Takdelah aku membazir masa tak tentu pasal macam orang lain. Tak la aku dok tidur, bangun, makan. Tidur, bangun, makan. Keje nye dok ulang benda yang sama sampai diri sendiri pon bosan tahap gaban.




     Orang yang buta IT macm aku ni memang la tak reti cane nak hias blog bagi cantik. Tu yang aku kate bukan mudah. Bukan mudah bagi aku nak create satu blog yang sempuran dan juga bukan mudah bagi aku untuk bina semula blog yang baru ni. Ini pon aku dapat inspirasi dari sebuah blog yang memang betul-betul simple and orang tu buat blog tu demi diri sendiri. kekeke...ye kot. Memandai je aku ni.


  
     Okelah korang. Aku rasa sampai kat sini je la dulu sebagai permulaan. Kalau korang ade pape idea nak dikongsi bersama, kasik je taw oke. Itu pon kalau la ade readers ye tak.


Sekian, wassalam