Monday, August 19, 2013

Kisah Hati



setiap orang pasti mahukan kebahagiaan dalam kehidupan mereka, kerat jariku jika ada yang ingin derita untuk menemani kehidupan ini. kita juga berhak untuk merasa kebahagiaan dan indahnya hidup ini. namun, setiap keperitan itu tidak dapat dielakkan kerana ia sudah pon tertulis dalam kisah hidup kita. seharusnya kita harus reda dan memohon diberi kekuatan dari Allah untuk menghadapi setiap dugaan itu.

derita dan keperitan juga akan menjadi guru yang terbaik buat kita. tanpa dugaan, kita tidak mungkin dapat mendewasakan diri dengan pemikiran yang matang. kadang kadang aku terfikir juga, dengan dugaan ini mungkin kita akan mengecapi bahagia tanpa tandingnya, diluar imaginasi dan harapan kita.

namun begitu, bukan mudah untuk menghadapi dan berdepan dengan rintangan hidup. bekalan semangat yang tinggi perlu ada agar kita tidak jatuh tersungkur dengan teruk. kita perlu kuat untuk bangkit semula supaya dapat memulakan sesuatu yang baru atau mungkin perbetulkan setiap khilaf yang dilakukan.

aku juga tidak lari dari melakukan kesilapan dan menghadapi saat saat kejatuhan dimana aku fikir tidak mungkin aku dapat bangkit semula untuk mencari diriku yang telah hilang dalam sekelip mata. kerana seorang lelaki, aku sanggup melakukan apa sahaja demi kemahuan dia tanpa aku berfikir panjang. aku hilang dan terus hanyut. terlalu banyak khilaf dan silap yang telah aku lakukan dalam masa yang singkat. aku semakin jauh dengan yang Maha Esa. aku sama sekali tidak salahkan dia. aku terus marah dan salahkan diri sendiri. kerana setiap itu tidak akan berlaku kalau aku kata TIDAK. tapi demi kasih sayang aku kepadanya, aku abaikan apa yang telah dididik dalam diriku sejak kecil.

pada saat aku tersedar bahawa aku tidak lagi bersama dia, diri ini mula menyesali apa yang dilakukan. menangis air mata darah sekali pun, aku tidak sama sekali memaafkan diri ini. walaupun aku sering bertaubat pada yang Maha Pengampun tapi tiada ketenangan dalam diriku seperti sebelum ini. aku mula risau seandainya Allah telah membenci diri ini. setiap kali aku teringat atas perbuatan terkutuk itu, aku memohon keampunan Allah tapi masih tiada juga ketenangan yang aku harapkan.

Alhamdulillah, 27 ramadhan yang lalu Allah telah memberi aku peluang untuk berqiam di masjid bersama jemaah jemaah yang lain. aku berazam untuk melakukan ibadah sebaik mungkin untuk qiam kali ini. pada ketika solat taubat dilakukan, aku menangis atas setiap dosa dosa yang aku lakukan. ketika imam membaca doa taubat, ya Allah .. hiba sungguh hati ini. aku berasa sungguh hina. aku meminta taubat dari yang Maha Esa. semenjak itu, hati aku kembali tenang. malah aku dapat rasa yang diri aku telah berubah menjadi seorang yang lebih tenang dan penyabar walaupun panas baran tu masih ada. syukur ya Allah .. aku berharap Kau terima segala taubat dan mengampunkan semua dosa dosa ku. namun, perbuatan dosa besar yang aku lakukan itu, tidak pernah aku maafkan diri ini agar menjadi peringatan. aku ingin mengingatkan diri betapa kotornya aku, betapa hinanya aku, betapa murahnya maruah aku, betapa bodohnya aku hanya demi seorang lelaki yang tidak pasti menjadi suamiku, malah mengkhianati perhubungan.

bodohnya aku sebagai seorang wanita yang dianggap baik pada pandangan mata manusia.
hinanya aku sebagai wanita yang dianggap indah pada pandangan mata manusia.
kotornya aku sebagai wanita yang dianggap suci pada pandangan mata manusia.
murahnya maruahku sebagai wanita yang dianggap tinggi martabatnya pada pandangan mata manusia.

namun kini aku telah bangkit untuk membina semula diri ini. Allah .. bimbing lah aku

::tiada siapa yang inginkan perhubungan berhenti di separuh jalan. women love men so much but men never appreciate them::

Sunday, August 18, 2013

Happy Belated Birthday!

tanggal 10 August 2013 yang lalu, bersamaan 3 Syawal 1434H ialah merupakan tarikh lahir sahabat aku yang jauh nunnn kat Sabah sana. ahaha. idok ler jauh sangat tapi kalau nak jalan kaki, rasa-rasa 2 3 tahun lagi baru sampai ke rumah dia. first of all, sorry for being late to wish you a great happy birthday so HAPPY BELATED BIRTHDAY dear!

>>semoga panjang umur dan murah rezeki selalu.
>>may all your wishes come true.
>>semoga dipertemu jodoh yang soleh yang mampu membimbing kau dan keluarga sehingga ke Jannah.
>>semoga memiliki masa hadapan yang cerah.
>> and may our friendship never last!
>>love you so much and thanks for being my friend who always be there when i need you.

seperti yang aku pernah kata sebelum ni, dulu selama 5 semester kita tak pernah bertegur sapa and sebenarnya aku ada sedikit pandangan negatif terhadap kau. sorry, tak baik aku ada sikap macam tu tapi aku bersyukur sebab masa final semester kita dipertemukan and we end up as a good friend and im very thankful. moments di JB sangat best dan aku akan sentiasa ingat kenangan kita bersama. the time kita ngumpat ngumpat, nyanyi kuat kuat depan kipas dalam bilik kau, jalan jalan pergi Tesco, makan makan, kena marah dengan jiran, jalan jalan pergi Zoo Johor, the time kau buli buli aku and soooo on la. tak ter'list aku. from that, i knew you better and you are someone who is best to be friend with. sorry takde hadiah, aku tunda ya. nanti kau tuntut masa graduation day kau tau. in case kalau aku terlupa lah. hewhewhew




:: Sweet 22 Siti NoorZulaikha bt Suhaili.
:: aku takde gambar lain yang best, gambar ni favorite aku. heee

ni masa kita tengah tunggu burger kita siap kat stall burger berhampiran flat kita tu.




a bunch of thanks to our tourist guide .. Incik Rafiq

ni saja aku upload gambar kenangan kita di JB, mau kasi imbas sweet memories kita. walaupun perit untuk aku godek album kat Johor ni, demi kau ..... aku buat juga. hahaha. aku tau kau pon ada gambar2 ni tapi aku mau kasi refresh itu kepala otak kau. lastly ..

happy belated birthday. love you and miss you dear!