Saturday, December 28, 2013

Wheelie??..

fuh .. fuh .. lama betul tak update belog. serius busy yang teramat. alasan aku ni asyik yang sama je. balik balik kata busy. tapi memang betul pun, tak kan nak kata aku tak busy, tu sebab lama tak update belog? gila ke hape? hari ni je aku ada presentation, habis presentation ada test, habis test ada test lagi! hah! amek kau! mau tak meletup kepala kau?ehh tak meletup pun. haha

masa diploma dulu tak pernah pun hectic macam ni sekali. minggu depan pulak aku ada 4 tests! Ohgosh! malapetaka apa yang aku dapat ni? kayuh je la slow-slow ye tak. makin nak habis semester makin busy pulak. aku rasa penyusunan study plan kitorang tak proper lah. that is why kitorang punya subjek banyak heavy. hmm entah la. banyak pulak songeh aku. oke, enough for that.

bila dah lama tak update belog, maka nya banyak lah cerita yang nak dikongsi. bila dah terlampau banyak cerita maka tak tau nak pilih yang mana satu untuk di kongsi. oke, tajuk pon wheelie. aku cerita pasal wheelie je dulu ye.

korang tau tak apa wheelie tu? haa bagi sesiapa yang tak tau, wheelie tu main jongket-jongket guna wheelchair? dapat bayang? takpe nanti aku tunjuk kan gambar ye. masa diploma dulu aku pernah belajar wheelie ni, cara nak propel guna wheelchair and so on lah. well, masa dulu lecturer yang ajar aku wheelchair ni mungkin tak pandai wheelie so masa tu dia tak wajibkan kitorang mahir wheelie. setakat tau benda tu ada, tau cemana nak handle and guna wheelchair tu sudah memadai. tapi ada jugak klasmet aku pandai wheelie dah masa tu. nak pulak bebudak lelaki. maklum le, dorang ni hyperact. siap boleh propel masa wheelie lagi. orang macam aku yang tak berminat nak wheelie ni memang tak amek pot la. lantok kome le.

malangnya time degree ni, subjek wheelchair ni aku kena amek balik. memula aku ingatkan macam biasa la, setakat tau benda basic tu dah oke. sekali nah kau, wheelie masuk practical test! weii, masa tu sumpah aku frust gila. first day practice, fail! masuk second week practice, fail again! masuk third week, guess what? ape lagi, FAIL le wei! sumpah aku give up dah time tu. ada yang cakap markah untuk wheelie 1 je, so aku mula pasrah. aku rasa nak burn je markah untuk wheelie. masuk forth week, lecturer cakap siapa yang tak mahir lagi wheelie kena pergi practice sebab next week ada test. oh man! time tu aku rasa macam nak mati.

at first, aku memang susah gila nak jerk kat wheelchair tu sampai terangkat. then kawan aku si wafi ni cakap kat aku, "kau kena berani noni, dah dapat angkat sikit tu kau kena konfiden and berani tolak lagi ke belakang"

haa, aku pon apa lagi. aku pon try la. oke jerk then aku angkat wheelchair tu, oke dah terangkat sikit. dalam kepala aku dok bermain main dengan ayat wafi. oke pon dengan gagah beraninya ikut nasihat wafi. hah! apa lagi. kebabom la aku jatuh ke belakang. nasib baik skill jatuh aku tu power. kepala dan badan aku sikit pon tak terhentak tapi trauma lepas tu jangan cakap lah. mulut aku lah paling bising dok terjerit jerit time prektis. semua dok ketawakan aku. hmmm sabau je la. tu belum kira part aku mengamuk. nasib baik ada kawan kawan yang supportive and understanding. tak serik serik and tak bosan dengan aku. hahaha.

lama kelamaan, aku pon boleh wheelie sikit sikit tapi dengan syarat mesti ada orang standyby kat belakang. kalau buat sendiri konfem tak jadi. kalau ada orang kat belakang aku, dan dan tu jugak aku boleh wheelie dengan powernya. tapi aku bab wheelie ni memang main psikologi aku betul. serius ! but after all, wheelie ni memang bagi aku pengalaman yang sangat berharga. pengalaman yang best lah dikatakan tapi lebam punya cerita takyah cakap lah. kesian ketiak aku. well, tak fisio lah kalau tak boleh wheelie ye dok. hahaha. tanak cakap banyak, kita tengok gambar gambar ye








sequel aku nak wheelie. oi susah aw nak maintain sebab nak tangkap gambar. maklumlah  ni first time dapat wheelie setelah sebulan aku prektis. 

gambar bawah ni masih belum pandai wheelie. aku tipu je tu, aena tolong jongketkan. kunun nya dah pandai wheelie.






tak boleh nak digambarkan cemana perasaan kalau dah dapat buat wheelie tu. rasa dia macam nak terjatuh ke belakang tapi korang rasa secure and korang percaya korang tak kan jatuh. how to describe it in a simple word? nahh, i dont know, you guys should try it out!


1 comment:

  1. What casino games and bonuses do JackpotCity offer?
    This is all about Jackpot City slots. In 김제 출장샵 the Jackpot City 여수 출장샵 slots, players can play 군산 출장샵 against a wide range of classic, 강원도 출장마사지 popular and 아산 출장마사지 unique game

    ReplyDelete