Saturday, November 2, 2013

Pengalaman Berharga

lama sangat dah aku tak update blog kan? memang aku sangat sangat busy, so aku tak dapat spend masa untuk berceloteh kat blog. well, aku baru sahaja balik dari UiTM Dungun setelah seminggu aku berkampung di sana. nak cerita penatnya kat sana .... hmm tak larat nak tulis. kedatanngan aku di sana adalah sebagai sport physiotherapy untuk kontijen UiTM Shah Alam untuk sukan KARISMA. korang tahu kan apa tu KARISMA? so tak payah lah aku nak define kan benda ni.

at first, aku sangat sangat takut, nervous, cuak sebab aku tak pernah join benda ni. maklumlah, deal dengan sport injury ni lain sikit. otak kita kena pantas, cekap dan tau apa kita nak buat. kiranya kita perlu buat keputusan dengan cepat bila kita berhadapan dengan sesuatu injury. so first day, aku kena jaga game volleyball. nasib dorang ni takde injury, so aku agak relax sikit. malam nya pula kami perlu buka bilik rawatan untuk para players. malangnya malam itu Wafiqah takde. antara kami berempat, dia ni yang paling berpengalaman sebab dia dah memang selalu join benda benda camni. aku, ety dengan jidah memang kelam kabut malam tu. kitorang sangat blur, even benda simple pun kami jadi tak tau. tapi kitorang buat jugak slow-slow sambil mendapatkan pertolongan jarak jauh dengan Kak Nab. alhamdulillah, lepas sudah malam pertama.

maka dengan itu, aku ada sedikit konfiden dalam diri untuk melalui hari-hari yang mendatang. so lama-kelamaan kami semua bertambah oke. pengetahuan terhadap strapping semakin bertambah. nak handle setiap injury pon bertambah yakin.

selain volleyball, aku jaga jugak game handball lelaki perempuan, basketball lelaki (masa ni aku tolong ety sebab kesian sangat kat dia. dia exhasuted gila) and aku jaga game netball. dalam banyak-banyak game ni, aku paling banyak belajar strapping kat game netball. dorang ni yang paling banyak ada injury. dengan ankle sprain nye, ACL lagi, meniscus la, muscle injury la and sebagainya. kalau korang tengok coach dorang buat strapping, korang akan "WOW". strapping yang dia buat memang kita tak pernah tengok sebelum ni and aku sempat lah belajar sikit-sikit dari dia. especially tang ankle. so kalau palyer dia nak strapping ankle, aku serahkan pada coach dia. aku amek yang simple2 je la. sebab player netball ni mostly old injury so strapping dorang tu kena betul-betul.

antara pengalaman lain ialah aku tengok fracture yang berlaku depan mata aku sendiri. sampai sekarang aku fobia. alkisahnya player basketball lelaki dari UiTM Kedah ni nak amek bola, tapi kaki dia bersilang and dia terjatuh dan terseret. maka kaki yang bersilang tu patah and bunyi "POP" tu jelas kedengaran satu court. mungkin dia fracture tib-fib. aku takdelah nak menjengah, sebab aku masa tu tengah tegamam. macam ... "ehh, biar betul?"

suasana kat UiTM Dungun tu pulak ... hmm. suasananya agak best. cuma semua tempat jauh jauh. dah la dorang ni kekurangan susur gajah maka aku terpaksa menapak di bawah terik matahari. terik weh! berpeluh peluh ketiak aku nak berjalan. tu yang kulit aku sampai hitam legam jadinya. kalau mat salleh suka la ni. skin tanning katanya. -_-''

orang kata sambil menyelam, sambil minum air ye tak. haha. maka nya aku memang lah mengikut peribahasa itu. sempat lah jugak meng usha usha brader brader hensem lagi macho. ramai jugak lah yang kau usha nya. nak dikatakan semua lah aku usha. tapi yang paling best, ade sorang player handball lelaki hensem ni tegur aku. hahaha. aku ingat dia tak cam aku sebab aku jaga team dia sekejap je. tapi bila esok kami terserempak, dia cakap.. "hi kak fisio" time tu ... hmmm melting lerr. macam bangang jugak aku ni. so after that, setiap kali aku terserempak dia aku akan menyapa dia. and dia akan balas balik sambil memberi senyuman yang manis. bangang tahap abadi aku ni. tu je la tabiat aku. dari dulu sampai sekarang memang suka usha usha.

all in all, pengalaman join sport physiotherapy ni memang best. jangan dikira penat tu, adatlah lah kan. kalau tak nak penat, dok dalam bilik. banyak sangat ilmu yang aku belajar. thanks kepada member member yang banyak tolong macam Kak Nab, Wafi, Ety and Jidah. aku paling ingat pesanan Kak Nab, "konfiden Non, konfiden. kau buat apa yang kau tau" aku pegang kata-kata tu sampai sekarang.

insyaAllah kalau ada peluang lagi, aku akan follow. nak tambah lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman.