Wednesday, April 20, 2011

AM I THAT BAD..??


is there still has love for me out there?
people keep running out of my life
they hurt me like hell
and for that, you are not deserve to have peace
i'll write this in my diary
so that i'll never forget what you did to me
i'll keep this revenge till my death
because of you i turned myself into this way
there's no way out for me
i've locked up myself in my own prison
people please burn me up
i can't bear this any longer
and if you know
i'm still waiting for true love
for someone who can take me out
and help me to fix everything i've done
loss of control, loss of my mind
i'm going crazy right now 
can i have some love now?




p/s: do you still love me? will you gimme some of your love to me?  ^_^

Tuesday, April 12, 2011

TRUE FRIENDS

   ''Only your real friends will tell you when your face is dirty''

  Aku pun tak berapa nak sure sejauh mana kebenaran quote kat atas. Kadang-kadang kekawan kita bukan nye tak nak tegur muka kita kotor ke, ada cili kat celah gigi, ada sayur tersekat kat gusi, tak pun ade taik hidung dok terbang terbang kat lubang hidung. Macam-macam. Dorang mungkin nak jaga hati kita so takde lah kita malu dengan dorang selepas ditegur.

   Takpe malu dengan kawan kita sendiri daripada malu dengan orang lain yang kita tak kenal. Tu lagi lah malu. Nak pulak orang yang kita tak kenal tu yang tegur kita. Misal nye....

''Dik, abang nampak ade bawang lah kat gigi atas tu'' yang ni dah jatuh saham.

''Bang, abang makan lada hitam eh pagi tadi? Ade benda hitam kecik lah kat tengah-tengah gigi abang tu''

'' Amboi, nasib baik lah adik ni adik lagi. Nak je abang tangan tadi.'' Hati jantan si abang terdetik.

Kalau yang jahat pulak, saja je gelak terkekek-kekek sambil memandang dan menuding jari ke arah anda. Huh, time tu mula lah gelabah tak tentu pasal. Tudung aku tak jadi ke? Ada cili ke? Ada nasi kat bibir aku ke? Kalau perempuan nasib baik lah sebab dorang sentiasa ada cermin kat compact powder, yang takde boleh pinjam kat kawan. Yang lelaki cemane?hahaha...aku tak taw lah korang ade bawak jugak cermin macam kami ke tak. Nasib lah....



   Aku sendiri, malah kawan-kawan aku juga mengamalkan quote kat atas. Nak nak pulak kalau after makan. Masing-masing akan tunjuk gigi masing-masing bagi memastikan tiada sebarang perangkap makanan tertinggal kat gigi. Kalau nak story pasal kawan-kawan aku dok tegur pasal benda-benda macam ni memang tak boleh nak diceritakan lah. Ada jek kawan-kawan aku ni. Kalau salah sorang dah kata ''Assalamu' alaikum '' tu, baik tengok cermin cepat-cepat. Ada lah something yang korang tak habis makan.

   Tapi tak bermakna kawan korang tak tegur, kawan korang tu jahat. Kekadang dorang sendiri tak perasan kan. Walaupun begitu, korang jangan lah malu atau marah apabila ditegur muka kotor atau sebagainya. Anggap je sebagai gurauan sambil cungkil cili yang terselit tu. Buat yang menegur pulak, tegur lah dengan cara yang betul. Berani-berani kan diri anda untuk menegur agar kawan anda tidak malu kelak dengan kecuaian sendiri di hadapan orang lain. 

   Malu dengan kawan sendiri adalah lebih baik dari malu dengan orang lain yang tidak dikenali. Aku sayang kawan-kawan aku kerana korang telah membuktikan korang true friends aku dengan menegur lada hitam, cili and sayur hijau kat gigi aku selama ni.


p/s: nak beli cermin kecik tak? aku ada jual..kehkehkeh...malu dan teguran anda perlulah bertempat ye.. =)

MOUSE PAD

   Sedang dok lepak-lepak kat fesbuk tadi, tetibe aku teringat kisah aku menghabiskan esaimen Fracture of wrist and hand dalam subjek Musculoskeletal atau singkatan MS pasa semester lepas. Hahaha..gempak tak nama subjek guwa. So dalam fracture of wrist and hand mestilah ada complication yang akan berlaku iaitu Carpal Tunnel Syndrome.

   Apa menatang tu? oke, bagi kami-kami fisio, kami panggil CTS je. Tak larat nak sebut panjang-panjang. Kering air liuq. CTS ni adalah sejenis penyakit yang tidak berbahaya mahu pun mampu menyagat meragut nyawa sesapa dimana saraf median anda dicompress. Maka dengan itu, tangan anda akan selalu berasa kebas jika memegang sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. 

   Jangan urut dada lagi kerana bukan setakat orang yang patah pergelangan tangan je yang kena, mak-mak yang selalu potong sayuq atau yang sedang pregnant, ayah-ayah yang kerja opis pon boleh kena jugak. Pendek kata, sesapa pon boleh kena kalau banyak sterss dekat pergelangan tangan kita. Jangan risau sebab CTS bisa diubati.

   Berbalik kepada cerita, aku mestilah nak search gambaq-gambaq yang berpatutan dan seumpama dengan nya untuk diletakkan dalam esaimen supaya dapat marakah banyak sikit. Sedang dok search-search tu, lain pulak yang aku dapat. Ni ha nak tunjuk kat hampa semua.

Haaa...menarik bukan. Patut lah ayah-ayah abang-abang suka pi kerja noh. keke

   Maka dengan itu, aku sangat berbesar hati nak cari mouse pad yang lain yang lebih menarik. Mana lah taw, kalau ada yang menarik boleh order ye tak. Jom kita tengok lagi.

Hahaha...yang aku rasa agak lucah dari yang lain-lain sebab mouse dia sendiri  berbentuk breast. Nak right klik kena tekan.....uihh..tengok je la

Yang ni pulak didatangkan dengan pelbagai saiz dan warna. Pilih je yang mana anda suka.  =)
  Tetapi, tak kurang juga ada yang comel dan menyelesakan.

Aku paling tertarik dengan yang ni. Dapat kat aku satu kan best. Nampak selesa giler. Sesape yang jual bagi taw sama aku

Tak minat yang ni. Perempuan sangat. Adik aku suka la kalau dapat yang ni.



Yang ni aku rasa sama dengan yang gambar burger tu. Hang masuk tangan hang kat dalam tu.


Yang ni paling tak boleh blah. Teringat time kekecik dulu kalau bukak tibi pukul 6.30 pagi atau waktu memalam buta . Gambaq ni la yang akan aku nampak kat tibi tu. Rasa nak kapak je tibi time tu. Ni mesti made in Malaysia.

   Walaubagaimana pun, korang belum tengok lagi mouse pad aku. Nak tengok?

Jangan gelak. Aku tampau kang. Ni je mouse pad aku, jadilah. Kad keluar masuk jadi mangsa aku. hahaha..siap ada gambau aku tuh...PINK?? tikus aku kaler pink
   Korang jangan pulak menyumpah seranah orang yang invent mouse pad yang seksi tu kerana dorang just nak bagi keselesaan menggunakan tetikus untuk tempoh yang lama supaya CTS dapat dielakkan. Kesian kat pak-pak kita yang kerja kat opis tu. Oke, nak gi cek mouse pad ayah aku.  =)

Friday, April 8, 2011

APA ITU SENYUM...

   Sesungguhnya senyum itu satu sedekah. Senyum juga satu senaman muka yang boleh dijadikan sebagai awet muda. Kalau hangpa dok usha-usha gambaq aku tuh, hangpa taw tak umoq aku sebenaqnya? haaa...umoq aku banyak dah tapi masih nampak macam belasan tahun kan. Haaa....rahsianya ialah aku sentiasa tersenyum dengan semua orang.

   Tak kira lah aku tengah ada masalah ke, aku tengah sedih ke, gumbira ke mahupun tengah syok sorang-sorang, aku tetap terseyum. Malas lah nak cakap lebih-lebih kan. Tengok je gambar-gambar aku tu, semuanya aku tengah senyum. Kan? kan? kan? baik hangpa angguk, kang aku tampaq laju-laju.

  Tapi kadang-kadang, masalah juga nak senyum ni. Kang ada orang cop kita ni orang gila lah, perasan lah, tak tahu malu lah dan yang paling tak boleh blah, macam kerang busuk. Ada ke patut dorang sama kan kita dengan si kerang tu. Dah la tak ada gigi, bibir pon takde. Tang mana yang dorang kata macam kerang busuk? Pernah pulak dorang tengok kerang senum. Kalau tanya Spongebob pon, gerenti dia pon tak taw.

   Walau apa pun, jangan lah kita berhenti senyum kerana senyum itu satu sedekah. Dan kalau kita senyum kat someone and dorang kata ''bila masa aku senyum kat hang?'' korang mesti lah pandai cover dengan mengatakan, ''aku baru buat botox la!'' Habis cerita. Baru padan muka dorang.



   Cuma satu pesanan aku, sebelum nak senyum tu. Sila pastikan gigi anda clear dari sebarang perangkap makanan. Jangan ada yang terselit cili kat celah-celah gigi dan yang paling tak boleh tahan kalau ada yang terselit bawang. Uihh..malu malu..oke?

p/s: senyum lah anda tanpa ragu-ragu kerana senyuma itu memberi satu seribu kebahagiaan.



KERJA KAMI WAKTU MALAM

Memandangkan esok nya aku nak test neurology, maka stay up lah aku bersama-sama rakan-rakan yang lain pada malam ini. Biasa lah, nama pun student kan. Kalau tak study last minute memang tak sah. Ke korang study early minute? Tabik-tabik...haha...Mana lah taw kot-kot aku dengan kawan-kawan aku je yang study last minute. Nak taw jugak siapa pelajar yang study awal before nak test atau nak exam pada esok nya. Boleh kerat jari guwa la kalau ada..kekeke..tanak-tanak. Nanti kurang duit hantaran aku. Jatuh saham wey..haha
Seperti biasa yang berlaku kepada student lain, kalau dah stay up, perut tak lapar, tak makan megi tak sah. Boleh kerat jari aku lagi sekali lah. Tapi kali ni, aku tak makan megi. Apa barang megi-megi nih. Kali ni aku makan Spaghetti dan Sandwich ayam mayonis kobis. Sodap ehh..
Ini lah spaghetti nya..sedap tak??

sandwich ayam mayonis kobis

Dah kenyang, korang nak?
Nampak menyelerakan tak? Sedapp...tambah-tambah pulak makan pada waktu malam dengan perut yang sangat lapar. Hah, awak yang tengah baca tu, lap sikit air liur nya. Dah meleleh-leleh dah tu. Terima kasih kepada angah saya yang telah  masak spaghetti dan sandwich ni untuk saya. Sem depan dah tak dapat dah nak makan makanan free lagi dari angah.

Wednesday, April 6, 2011

L.O.V.E

Some people say L.O.V.E is fragile,     
if you are careless you'll regret.
Some people say L.O.V.E is like torn,
if you too harsh you'll be hurt.
Some people say L.O.V.E is honey,
it is so sweet till make you live in fantasy.
Some people say L.O.V.E is friend,
it is always beside you either you are sad or happy.
Some people say L.O.V.E is devil,
you may loss control of yourself and get into the dark.
Some people say L.O.V.E. is like an angel,
where it will guide you to the right way.




p/s: it's up to you to choose what your L.O.V.E. is. don't be afraid to face the risk. He will always there to guide you and be there for you. =)

Sunday, April 3, 2011

Health Test di Sekinchan

Melayan adik-adik bermain Triiflowmeter

Dalam bas untuk berangkat ke puncak alam

Hand grip test. Hati-hati kak, terjatuh kang lepiak kaki. Berat tuhh

Yang ni BMI and fat test. Kalau aku tak bagi tahu, mesti korang ingat tengah main PSP kan

Bersungguh-sungguh sahabtku menerangkan cara penggunaannya. Takut-takut kang kakak ni main hentam je macam mana nak guna. Salah masuk berat dengan tinggi, terus kena obesity.

Oke, ini lah incentive spirometer. Terkembang-kembang lubang hidung budak ni sedut menatang nih.

Model of the day. Kalau tak jaga benda ni, nyaya kena bawak lari dengan budak-budak.

Bersantai-santai dan melepak-lepak selepas melayan budak-budak yang ramai.

Bila tengok lama-lama, pelik nya tiba-tiba ada benda terjulur putih tu. Macam nak sedut lemak aku je.

Yang kiri tu, hand grip test. Aku pegang BMI and fat test dan yang kanan tu Triiflowmeter.

Aku di bawah pokok kelapa yang panas membahang. Hangat wey

Hmmm...tengok je lah. Dalam bas nih. Nak pulang ke UiTM.

Ini lah classmate aku yang sangat-sangat sempoi.

Mata rosak atau gambar ni yang spoil. Aku tengok macam muka aku berkila-kilat.

 p/s : Gambar-gambar ni memang tak ikut turutan dan harap maaf jika gambar ini kabur dan gelap.agak-agak yang mata rabun,sila guna kanta pembesar ye sebagai precaution.




Saturday, April 2, 2011

KESIAN SAYA (-_-)''


Salam buat teman-teman yang masih lagi sudi mengunjungi blog aku yang dah tersangat usang nih. Agak-agak korang, dah berapa lama aku tak post entry baru? Oke, korang takyah kira sekarang kerana ini adalah masa untuk korang baca entry aku yang baru. Kalau suruh korang teruskan jugak mengira, sampai ke esok pon belum tentu dapat jawapan. Habislah semua ilmu hisab yang korang belajar dari darjah satu sampai form5 keluar. Addmath yang takde kaitan pon mesti terkeluar sekali. kan? kan? kan? haha..aku gurau je.

Untuk pengetahuan korang, esok iaitu tanggal 3/4/2011 aku akan mengikuti satu program Health Test yang akan diadakan di Shn Chan Sekinchan yang dianjurkan oleh pihak yang aku tak berapa nak sure dan yang pastinya PHYTAS terlibat. Tugas aku pada esok hari adalah untuk menjaga station Incentive Spirometer. Huh?menatang apa pulak ni?? Oke,buat teman-teman yang tak tahu spesies baru ni, jangan lah panik dan sebarkan berita yang bukan-bukan dalam berita ya. Incentive spirometer ni bukan lah bom atom mahupun bom tangan yang ditinggalkan oleh zaman penjajah kepada kita.Dan bukan juga spesies fauna yang baru diturunkan dari Marikh.

Tadaaa..!!!! ini lah incentive spirometer nye. Cantik kan?


Oke, kegunaan, cara menggunakan atau apa-apa aja tentang benda ni boleh lah korang Goole aje kerana kalau hendak dicerita, aku rasa aku tak sempat nak solat maghrib malam ni. Cuma untuk menggunakan benda ini perlulah di demo dahulu kepada pesakit oleh pendemo dan pendemo pula perlulah sihat dari segala macam penyakit especially BATUK.

Aku memang tak kisah kena jaga station mana-mana pon tapi kalau boleh aku tak nak jaga incentive spirometer ni. Bukan apa, sekarang ini aku menghidap penyakit batuk selama hampir 2 minggu. Tak hilang-hilang walaupun pelbagai ubat yang telah ditelan tapi nasib baik lah dah berkurang. Alkisah aku mendapat batuk ni berpunca daripada percutian aku dan rakan sekelas ke Port Dickson. 2 3 hari selepas balik dari PD (bukan postural drainage mahu pun peritoneal dialysis), aku diserang demam, kemudian selsema dan akhir sekali batuk sampai lah sekarang.

Are you ready kids? I can't hear youuu...haha..ada rupa kapten kapal tak aku?
Kalau korang masih tak kenal aku yang mana satu, aku yang depan sekali memakai baju merah dan bertudung biru. Niat nak jadi kapten, sekali dah gerak pisang panjang ni, jantung macam dah nak tercabut rasa nye. Time ni bukan main lagi tak ingat dunia. Main semua benda ikut sedap rasa je. Korang bayangkan bila 4 kali kena diterbalikkan, berapa banyak liter air laut masin yang telah aku minum? Aku rasa nakdekat satu baldi kot. Macam mana tak dapat nye demam, flu dan batuk? Padan muka sendiri la.

Nampak nya hari semakin gelap,aku nak keluar pergi beli ubat batuk banyak-banyak kat kedai. Harap-harap esok dah tak batuk lagi. Esok boleh lah aku demo kepada pesakit dengan bangganya. huhuhu..

p/s: petua ubat batuk yang diajarkan oleh mak ku sewaktu aku kecil. Telan 2 biji telur kuning yang masih mentah dan asingkan putihnya terlebih dahulu.Yang putih boleh digoreng dan dimakan bersama kicap dan nasi. Petua ini boleh diamalkan sehingga anda sembuh. Nasib baik aku hanya kena telan 4 biji telur kuning mentah...eeuuuwww  (-_-)''