Sunday, March 17, 2013

Penyesalan ...

sepatutnya hari ni aku nak update pasal aktiviti semalam, banyak sangat yang berlaku. macam-macam hal, macam-macam dugaan yang kitorang dapat. tapi tetiba tak jadi aku nak share apa yang berlaku. kemudian nanti baru aku cerita dengan korang apa yang berlaku sepanjang hari aku jalan jalan kat Midvalley tu.

penyesalan .. iye. aku memang menyesal. nak tau kenapa? aku terkantoi dengan awek kepada member lelaki aku. adoii, aku takde pon rasa malu tapi aku kesian kan member lelaki aku ni. macam mana lah dia dengan awek dia tu. janganlah dorang gaduh besar disebabkan aku.

aku dengan akim (bukan nama sebenar) memang berkawan rapat, suatu ketika dahulu lah. kitorang selalu chat thru fesbuk, and bila dah chit chat tu, adalah terselit manja-manja sikit. sikit je, tak banyak pon. and time aku berkawan dengan akim, aku memang tau dia dah ada makwe. time tu pulak aku masih single. aku pon dok melayan je lah. but then, itu kisah lama. memang dah lama sangat kitorang tak contact lagi.

sejak aku couple dengan Mr. K, memang aku dah jarang contact dia. bukan setakat dia, mana-mana lelaki lain pon. Mr. K dah tak bagi aku gatal-gatal dengan lelaki lain. tapi masa dulu aku tak sedar dengan perbuatan aku ni akan memudaratkan orang lain. dan aku tak sangka dorang boleh share password. nak buat cemane, dah takdir nak terkantoi kan.

aku bukak je fesbuk, dapat mesej yang panjang berjela dari akim yang ditulis oleh makwe dia. teruk jugak aku kena marah tapi aku takdelah melawan balik. aku tau itu salah aku. aku mengaku kat dia dan aku minta maaf. aku janji kat dia aku tak kan kacau akim lagi. taubat dah ni. aku tak kan melayan lelaki lain sama ada sudah berpunya atau tak. iye lah, siapalah yang tak marah bila dapat tau pakwe dia dok menggatal dengan perempuan lain. kalau aku pon boleh naik angin. aku setia dengan kamal.

aku pon perempuan jugak, aku sangat faham apa yang dia rasa. oleh itu, kejadian ini sangat-sangat menginsafkan aku. kalau benda ni tak jadi, mungkin aku tak sedar akan akibatnya kepada orang lain walaupun aku tak kan buat lagi perangai melayan aku ni.

Friday, March 15, 2013

I Revealed Him

baru aku perasan rupanya entry yang lepas adalah entry first aku reveal siapa buah hati aku kan? inilah dia perempuan, kalau dah beremosi tu dah tak ingat pape dah. main tulis je. melepas la aku camni. mesti dah takde lelaki yang nak ngorat aku lagi. sob .. sob .. sob .. yang kau ni dah perasan kenapa? macamlah ada lelaki yang nak tackle kau. huk3

lepas aku habiskan kata-kata terakhir kat entry yang lepas tu, aku pon bagi link entry tu and bagi kat si buah hati tu baca. hehe. dia tak suka aku tulis bukan-bukan kat belog. actually it is not a bukan-bukan my dear, itu hanya luahan hati. aku meluahkan apa yang dirasa melalui penulisan. mungkin dia mengaggap aku buat bukan-bukan. haha. takpelah. ikut awaklah si buah hati nak cakap pape pon. yang penting awak da baca kan. saya harap awak faham apa yang saya cuba nak sampaikan. tapi kita sayang awak ketat-ketat tau. orait, dah ada yang nak termuntah hijau ke? oke oke, saya stop sebab saya dah terbau ada nada-nada cemburu ye disana. hehe.

hari ni aku nak keluar dengan kengkawan. katanya nak ke midvalley. aku ikut jelah. saja nak keluar jalan-jalan. nak amek angin. bosan dok lelame kat kolej ni. tak tau nak buat apa da. ingat nak cari kasut baru. tengoklah kalau jumpa nanti. pastu ada baucer buku tu lagi. aiyooo. kena banyak shopping la nampaknya ni.

so then, just wait for my new updates oke. kita tengok apa yang aku dapat rembat hari ni! hew3

papai. mmuuaahh2X (untuk buah hati kita je lah)

Thursday, March 14, 2013

Punching Pounds!

ooo yeahh!!! punching pounds dah nak mula dah minggu depan. tak sabar nak start! eh .. eh .. korang tau ke apa tu punching pounds? haaa, punching pounds tu program untuk lose weight yang dianjurkan oleh persatuan fisioterapi (persatuan aku la tu. ala-ala big looser jugaklah). ramai yang cakap aku ni tak layak untuk join program ni. apa aku peduli. aku nak jugak! nasib pengarah program ni member rapat aku. penat dok merayu kat dia bagi aku join program ni. last last dapat jugak! yeayy!!

so tadi aku dah buat 2 tests untuk tengok tahap fitness aku. aku buat beep test dengan step test. bagi sesiapa yang tak tahu apa tests tersebut, boleh mengGoogle ye. aku tau aku memang tak fit pon, cepat pancit. lepas tu tadi dorang ada ukur-ukur lemak kat badan la. huhu. malu i. kantoi dengan dorang. tebal lemak kat badan ni.

mengikut info terkini, minggu depan akan bermulanya program exercise yang telah dirancang. aku akan spend masa 3 hari dalam seminggu untuk program ni bersama-sama dengan team-mate and trainer aku. nasib baik Jumaat and weekend tak dikacaunya. tu pon yang 3 hari tu tengok pada kelapangan waktu kitorang. bila kitorang free, baru kitorang boleh exercise.

punya semangat nak join, aku siap beli sport shoes baru. nak ikutkan, aku tanak beli sport shoes, aku ni bukan nya rajin exercise, nak jogging ke, pergi gym ke, apa ke. aku lebih suka dok memerap kat bilik. pergi kelas pon aku pakai je kasut yang ada sebab sepatutnya kena pakai sport shoes ke kelas. memandangkan semester ni semangat nak bersenam tu begitu berkobar-kobar, tu yang beli kasut sukan baru. hari khamis petang pulak akan jadi rutin aku untuk bermain basketball dengan member-member. huhu. bukan apa. tetiba timbul kesedaran untuk memiliki tubuh yang sihat dan cergas. harap-harap lah semangat ni long lasting. janganlah hangat-hangat taik ayam je kan?

so far, tu je nak hupdate dengan korang. huhu. sayonara!

current weight: 55.8kg. berapa agaknya akan turun ye?

Tuesday, March 12, 2013

Nasihat Diberi Dengan Ikhlas

tetiba aku teringat satu peristiwa yang berlaku masa aku cuti-cuti Malaysia hari tu. well, sebenarnya aku bukan seorang yang suka cari pasal, suka-suki nak cari gaduh dengan orang, dan free free kena maki sebakul dengan orang. hell no! that definitely is not me. tapi nak buat cemane kalau orang sendiri dah salah tafsir dengan niat kita dan kita pula tengah deal dengan orang yang bad tempered. better take precautions. a lot! and be prepared what you will be heard. haha

oke, nak dijadikan cerita sebenarnya aku ada gaduh sikit lah dengan someone. LELAKI! takpe .. takpe. time sekolah dulu pon aku selalu gaduh gak dengan budak lelaki tapi dorang yang cari pasal dengan aku dulu. siapa kacau aku, memang nak cari nahas lah kan. tapi bila dah meningkat dewasa ni, kita dah tak gaduh pukul memukul ni. kita gaduh dengan cara matang, iaitu perang mulut or can i call it a psychology war? something like that lah.

bagi sesiapa yang sangat mengenali dengan diri aku ni, aku seorang yang suka cakap direct. takde nak berselindung tapi walaupun begitu, aku berhati-hati menuturkan setiap perkataan  untuk menjaga perasaan orang. dan aku ni bukan suka-suka je nak berterus terang sebab kita tahu, tak banyak, sedikit pon mungkin orang akan terguris dengan nasihat atau teguran kita tu. kebiasaannya aku akan tegur orang dalam nada gurauan. selalunya pon, bila aku dah tak tahan sangat dengan perangai orang tu baru aku tegur, bagi nasihat. kalau setakat sikit-sikit tu, takde hal lah bagi aku.

dan aku bagi nasihat tu pon bukan untuk cari gaduh, niat aku nak tolong dorang. kalau bukan kita yang beri nasihat, who else? kalau kita anggap dia itu sahabat kita, mestilah kita nak yang terbaik untuk dia kan? kita bagi nasihat tu pon untuk peringatan diri sendiri jugak. kita sama-sama berubah ke arah kebaikan.

oke, here we go. satu hari tu, hati aku tergerak untuk menegur seorang sahabat lelaki aku ni lah. selama aku berkenalan dengan dia, ada banyak perkara yang aku rasa dia perlu berubah sebab aku terlalu banyak menahan sabar dengan perangai dia. dan aku rasa aku dah tegur dengan ayat yang paling baik dan nice, lemah lembut. tak caya tanya kawan-kawan aku. dorang ada baca apa yang aku tulis. kalau korang nak baca pon boleh, aku simpan lagi mesej-mesej tu. nanti korang boleh nilai sendiri sama ada patut atau tak cara aku tu.

aku tahu sangat dia ni bad tempered, really bad tempered. sebelum aku sempat nak send mesej nasihat tu kat dia, dia terlebih dahulu dah bagi nasihat kat aku. takpe, bagi aku oke je. aku terima. dan aku sambung lagi menaip nasihat-nasihat yang patut diberi. and last, dia maki hamun aku. oke. itu sangat terkejut. tak marah tapi terkejut. aku ambil masa juga untuk reply apa yang patut. penyudahnya aku reply alhamdulillah. serious aku tak tahu nak reply apa. tak kan aku nak maki dia balik. tu bukan cara aku. kalau aku marah tahap dewa sekali pon, susah kot mulut ni nak maki orang.

beberapa minit kemudian baru perasaan amarah itu timbul tapi still aku boleh sabar and control. aku tetap mesej dia dengan nada yang baik walaupun dia dah cakap merepek kat mesej. bagi aku, kalau kita melayan dan balas balik apa yang dia buat kat kita, kita juga tak ubah sama macam dia. kan? so .. aku tenang je. lepas tu lelame aku rasa buat apa aku nak layan mesej dia ni lagi. tak matang langsung. serious macam budak-budak. so aku ambil keputusan untuk berdiam diri and malas nak reply lagi mesej dia. bila aku tak layan mesej dia kat celcom, dia mesej kat maxis pulak. hadoi. last2 aku reply jugak lah. puas kan hati dia. tapi aku reply sikit je, malas nak cakap banyak. biar lah dia dengan dunia dia sendiri. aku dah pon jalankan tanggungjawab aku.

kita dah jalankan tanggungjawab kita untuk saling menegur ke arah kebaikan, terpulang kepada dia untuk terima atau tak, untuk berubah atau tak. betul, sebelum kita menegur orang, kita perlu cermin diri sendiri. takde siapa pon yang perfect kat dalam dunia ni, begitu juga aku, banyak cacat celanya tapi aku tahu apa kelemahan aku. aku berusaha untuk berubah. 

sebagai nasihat, tak salah untuk kita menegur orang tapi mestilah kita kena pandai jaga perasaan orang dan niat itu yang penting. niat mesti ikhlas. dan orang yang menerima nasihat tu pula, kita janganlah pandang negatif apa yang diperkata. kalau kita tak salah, tak kan orang nak tegur kita kan? bukan kita yang boleh nampak kekurangan kat diri kita kan? so, kita kenalah sabar dan terima. kalau marah sekali pon, tak patut rasanya kita lemparkan ayat-ayat atau kata-kata yang tak sepatutnya kat orang tu. ambil masa dan renung-renungkan.

buat masa sekarang ni, aku tak mampu lagi nak maafkan dia selepas dia maki aku tu. aku rasa dia tak layak untuk sumpah seranah aku sampai macam tu sekali. memang betul aku tak marah tapi bukan senang kita nak lupakan kata-kata kesat orang terhadap kita kan?

love y'all

Sunday, March 3, 2013

Selamat Kembali!

assalam semua! lamanya tak hupdate belog! kan? kan? kan? memang dah lama teringin nak menulis tapi takde idea nak cakap apa kat sini. 

orait, first of all aku nak wish selamat kembali ke pangkuan UiTM untuk pelajar-pelajar ijazah. today is our first day of kuliah for this semester. so far so good. seronok dapat jumpa balik kengkawan. alahai, baru sebulan setengah tak jumpa. tapi rasa macam dah bertahun-tahun berpisah. gitu kau!

dengar khabar, kengkawan aku ramai yang dapat result yang cantik-cantik, power-power. aku punya cukuplah untuk lepas 3.0 tu. yang penting semua lulus and lepas 3.0. tapi aku tak boleh sekadar berpuas hati dengan apa yang aku dapat ni. aku berazam untuk berusaha dengan lebih gigih. doakan aku ye!

memandangkan ini waktu masih awal untuk melakukan ulangkaji dan esaimen (bajet rajin la tu), aku tak tahu nak habiskan waktu-waktu buhsan ni cemane. rindu pulak kengkawan yang dah dok kat rumah sewa tu. kalau tak, rumah dorang lah jadi port aku nak lepak-lepak, sembang kencang, gosip-gosip. incik boyfie pulak dah jarang mesej. lagi la kita buhsan. tapi elok jugak. jimat kredit, boleh aku fokus dalam kelas. kalau tak tu, henfon memang melekat kat tangan.

so, azam aku untuk sem ni ialah untuk study harder, more concentrate in class, be hardworking and hopefully i can get excellent result. please pray for me my dear frends! pleaseeee (sambil buat muka kiut miut)

rasanya dah takde pape kot nak cerita lagi. cuma nak kasi tahu, mungkin aku akan kerap hupdate belog sebab aku sangat kebuhsanan disini! hehe. kalau sudi membaca, singgahlah. minum kopi sambil baca entries aku ni ke....hehe

oraitt. sayonara!