1) perkara wajib setiap kali mandi ialah basuh baju. memang dah tabiat dari sekolah, kalau tak membasuh rasanya macam tak lengkap je kitaran mandi.
2) mata wajib ditutup dengan something sewaktu tidur especially malam. walaupun memang bilik dah gelap, mata tu mesti nak kena cover.
3) nama timangan dalam family, KUDID. guwa pun tak tau apa maksudnya.
4) penggemar tegar cerita kartun.
5) mudah touching, terutamanya bila tengok cerita sedih-sedih. dan dan tu air mata meleleh.
6) sangat mementingkan masa. kata lainnya very punctual lah. kalau kata nak jumpa pukul 5, lagi 5 10 minit nak pukul 5 aku dah siap.
7) sangat mencintai bahasa inggeris. feveret subjek tapi tak pandai mana pun. setakat YES, NO, ALRIGHT tu boleh lah.
8) suka mencari lagu-lagu baru. kira sentiasa update dengan lagu yang terkini tapi hanya english songs.
9) suka pasang lagu kuat-kuat, pastu dengar ikut earphone bila stress, marah, upset and yang sama waktu dengannya.
10) sangat mudah terjaga bila dikejutkan dari tidur.
11) makanan kegemaran laksa dan tomyam.
12) mempunyai taste yang sangat tinggi terhadap pilihan hati. (poyo macam awok tu cantik sangat)
13) kekemasan dan kebersihan amat penting. kalau tak nanti rasa kepala ni macam serabut je.
14) bad tempered person but senang nak cool down.
15) kalau bab buat kerja ni, jenis tak berkira sangat. kira nya aku akan buat sebanyak mana yang aku mampu walaupun tu tugas orang lain.
16) masuk bab cintan cintun ni, aku seorang yang sangat setia, penyabar, suka berterus terang.
17) garang dan jenis yang outspoken.
18) mudah dipengaruhi oleh orang lain. maksudnya susah nak tetap dengan pendirian sendiri.
19) jangan tak percaya kalau aku seorang yang romantik.
20) merupakan bekas ahli taekwondo. tali pinggang MERAH tu. kalau aku test lagi sekali, sudah BLACK BELT mehh.
21) pernah bercinta dan hanya mampu bertahan untuk beberapa bulan sahaja. that was my first love.
22) aku seorang yang simple tapi dalam simple tu, aku mementingkan kesempurnaan.
23) memiliki penyakit nervous yang severe.
24) pemalu yang teramat.
25) suka menceriakan hari-hari orang lain dengan lawak bersahaja.
26) suka ketawa berdekah-dekah. memang tak elok tapi aku rasa puas. hehe
27) aku suka shopping baju, seluar, skirt, tudung, kasut.
28) kalau masak-masak ni, ada masa rajin memasak, ada masa malas memasak. tapi dijamin setiap masakan aku tu sedap. (ikut lidah aku ler. lidah orang aku tak tau)
29) memiliki sikap penyayang yang menebal dalam diri.
30) aku lebih suka mencari kawan dari mencari cinta.
31) tak suka guna nama sendiri untuk akaun fesbuk.
32) menyimpan hasrat untuk memakai braces satu hari nanti.
33) im a good listener.
34) kepala aku akan jadi serabut kalau dengar orang tu bercakap dengan nada and suara yang kuat. grrr. telinga jadi bingit gila.
35) suka menyanyi tapi malangnya suara tak sedap.
36) rajin mengemas rumah.
37) seorang yang bersifat terbuka.
38) kuat merajuk tapi mudah sangat dipujuk.
39) suka bermanja-manja dengan semua orang sebab rasa disayangi.
40) suka pada kejutan. i like any types of surprises, but the good one only lahh.
41) tak suka dengar bunyi mesin kelapa, blender dengan mesin rumput.
42) buah betik adalah satu-satunya buah yang aku tak suka makan sebab nanti berak bau buah betik. erghh. aku tak suka.
43) tak suka pakai mekap. malah tak reti pon nak pakai.
44) tak berani and tak suka tengok cerita hantu.
45) lemah semangat, maksudnya aku ni kuat terperanjat. kalau aku menjerit sebab terkejut, hmmm konfem korang semua boleh pekak.
46) aku selalu berangan, kalau satu hari nanti aku ada keluarga sendiri, aku akan melayan and menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu sebaik mungkin. (hahaha, over giler kan)
47) aku akan pastikan cadar katil aku akan sentiasa tegang dan kemas. walaupun kedut sikit je, aku akan tegangkan jugak. even nak tidur pon aku kan tegangkan semula cadar.
48) suka mandi malam.
49) pembuli tegar kucin-kucin.
50) tak suka makan cheese and minum susu. rasa loya je tekak.
::THE END::
berhari-hari aku kaji selidik diri sendiri. who was me before this makes who i am today. someone with great personality and i proud for who i am now.
^_-
No comments:
Post a Comment