Thursday, May 5, 2011

GLEE WEYH !!

Aku pun tak tahu la cemane aku boleh minat sangat dengan Glee nih. Satu hari tak buka video dorang tak sah. Best sangat. Rasa nye dorang nyanyi balik lagu-lagu ni sedap and best dari penyanyi asal. Haha...sangat sangat minat dengan Sam yang ala-ala Justin Beiber. This guy is so cute and adorable. Kurt pulak, boleh lah tahan cute jugak even he is gay. Sume-sume dalam Glee ni sangat adorable and charming. Teringin nak pergi konsert dorang nanti tapi apa kan daya, itu hanya angan-angan saja.

Waktu ni Sam nyanyi lagu Baby untuk Quinn. Sangat comel tahu tak. Aku rasa Sam ni adalah gambaran awal JB yang dah besar panjang.

I love his smile because it shows how sincere he is. His smile is honest and sincere.

Comel kan kapel dua orang nih. Quinn + Sam = LOVE.  Tapi apa kan daya, setakat ni  Quinn nak kembali kepada Finn and Sam is dating with Santana

Ni baru nampak macam jantan sikit Kurt oiy. Kan macho macam nih. Anyway, he is quite  cute and cool.





p/s: mak aku tak suka mulut Kurt. Kesian kat dia. Takpe, Blaine kan ada. hak3

Wednesday, May 4, 2011

KISAH TIDAK ADA OTAK !

   Seorang pelajar yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya pada suatu hari. Kemalangan itu begitu ngeri sehingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu ada harapan untuk diselamatkan.

   Mendengar penjelasan doktor itu, bapa pelajar berkenaan berkata, "Dia akan selamat kerana besi itu pato tidak akan dapat mengenai otaknya." Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya, "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan insyaAllah pun pak cik tak sebut?"

   Sampuk si bapa,"Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang tidak ada otak, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi berbahaya ini. Buat habis duit PTPTN saja!" Terdiam doktor tersebut.

Kalau hampa suma naik motoq lagu ni kan baguih. Pandu cermat jiwa selamat.

Tak nak jugak naik motor camni. Jap jap...motor ke tayar ni? aku pun konfius lah. Macam ungka daaa


p/s : wahai anak-anak muda, hargailah kemudaan mu itu. jauhilah perkara-perkara yang tidak baik lagi berbahaya. anda semua adalah aset UMMAH buat menjayakan WAWASAN 2020!

Tuesday, May 3, 2011

KISAH IMAM BACAAN SEMPURNA

   Seorang imam dipilih daripada kalangan makmum yang berpotensi buat mengimami solat Maghrib. Pemilihan ini terpaksa dibuat gara-gara imam yang tidak qualified sebelumnya. Imam yang dipilih ini nampaknya berjaya melaksanakn tugasnya dengan baik.

   Setiap rakaat berjalan lancar. Setiap makmum khusyuk berdoa agar solat mereka dapat ditamatkan dengan tanpa masalah kerana jika imam ini tidak qualified juga, pemilihan baru terpaksa dibuat. Imam yang dipilih ini nampaknya oke.

   Solat telah dapat dilaksanakan hingga selesai tiga rakaat. Selepas sahaja memberi salam, dia terus menoleh ke arah para makmumdan bertanya; " Macam mana bacaan dalam solat tadi...oke ke?" " Kira oke lah...engkau mempunyai potensi untuk menjadi imam tetap," sahut salah seorang makmum. " Itu aku belum ambil wuduk lagi, kalau aku ambil wuduk tentu lagi sedap!" Tercengang kaku semua makmum mendengar kata-kata imam ini. Imam bersolat dengan tidak berwuduk! Dalam kecengangan itu, proses mencari imam baru bermula lagi.

Haruslah kita sentiasa khusyuk dalam solat dan berusaha menunaikan solat dengan segera.


Pengajaran : Imam janganlah sekadar suara sedap saja! Apapun, semangat ahli jemaah atas bersungguh dalam mendirikan solat berjemaah perlu diteladani.  ^^

KISAH PIL AWET MUDA !

   Seorang isteri yang semakin terasa kedinginan suami terhadapnya mula mengambil tindakan proaktif. Teringat si isteri ini, ketika baru mendirikan rumah tangga 25 tahun dahulu, jika suaminya pergi ke surau, dia akan segera pulang selepas imam habis sahaja membaca doa.

   Sekarang kalau pergi solat waktu isyak di masjid, kadang-kadang lepas subuh pun tak tentu balik. Kebetulan anak perempuan mereka sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah tinggi dalm bidang bio-tech di kampus UiTM, Shah Alam, si ibu pun mengadulah hal tersebut kepada anaknya, moga-moga ada jalan penyelesaian. Kebetulan pula bidang kajian si anak adalah berkaitan pil awet muda.

   Mendengar sahaja rintihan ibunya, si anak terus menjadikan ibunya sebagai uji kajian Ph.Dnya. Dia telah mengirim empat biji pil yang mengikut kajiannya sebiji pun sudah cukup untuk mengembalikan kemudaan usia ibunya sehingga 15 tahun. Dia turut menasihati ibunya untuk memakan  sebiji sahaja dahulu sambil melihat tindak balas ubat tersebut untuk beberapa bulan.

   Si ibu mematuhi peraturan preskripsi yang dicadangkan. Wah! Ternyata ubat itu bagaikan hikmat abad ke-21. Si ibu yang berusia 45 tahun terus bertukar bagai perawan jelita berusia 30 tahun. Perubahan mendadak ini telah juga membawa perubahan yang lagi mendadak kepada si suami. Nostalgia lama berulang kembali. Sekarang kalau pergi ke surau, tak sempat pun imam membaca doa, dia sudah pun berada di rumah. Kadang-kadang sampai tidak pergi ke surau langsung!

   Si ibu terlalu gembira dengan perkembangan positif ini hingga terlupa untuk memberitahu perkembangan ujian terhadap pil berkenaan kepada anaknya yang sentiasa teramat sibuk dengan kajiannya. Si suami yang terlalu kagum dengan perubahan isterinya cuba mengorek rahsia resipi perubahan mendadak tersebut. Pada suatu hari, bukan sekadar resipi, pil yang disimpan si isteri turut dijumpainya. Dengan gelojohnya, ketiga-tiga pil yang baki itu ditelannya sekali gus.

EMPAT BULAN KEMUDIAN.......

   Si anak kembali ke kampung halaman untuk mengahabiskan cuti semester hampir dua bulan. Apabila sampai di rumah, dia hampir tidak mengenali ibunya yang berwajah baru saling tak tumpah seperti dirinya. "Ini ibulah...., mujarab betul ubat engkau," sampuk si ibu dengan kegirangan dan keceriaan menyambut kepulangan anaknya. Sambil meletak begnya di ruang tamurumah, si anak ternampak seorang kanak-kanak kecil bermisai lebat sedang bermain bola mainan lalu terus bertanya : "Anak siapa ni mak?"  "Itu bapa kamu ler...."

Ayah aku???


Pengajaran: Kita sentiasa dianjur bersederhana dalam semua hal!

Rasulullah bersabda yang bermaksud;
Tiga perkara yang menyelamatkan : a) takut kepada Allah S.W.T di waktu sunyi dan terang-terangan
                                                      b) adil di waktu tenang dan marah
                                                      c) sederhana di waktu fakir dan kaya
Dan tiga perkara yang merosakkan: a) hawa nafsu yang diperturutkan
                                                       b) kikir yang ditaati
                                                       c) kekaguman seseorang terhadap dirinya

Gurindam Dua Belas.....oleh Raja Ali Haji rahimullah

Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.

Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
Itulah tanda hampir duka.

Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.

Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang yang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.

Apabila perkataan yang lemah lembut,
Lekaslah segala orang mengikut.

Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.

Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang membuat honar.

Monday, May 2, 2011

KISAH I'M SORRY !

   Suatu hari, seorang dari kawasan pendalaman bersama isteri yang dikasihi pergi ke Shah Alam untuk menziarahi anak sulung mereka yang sedang belajar UiTM. orang desa ini, walaupun tinggal di sebuah kawasan terpencil, bolehlah juga kalau setakat hendak bercakap bahasa Inggeris seperti I'm sorry, no, thank you dan mengira setakat one, two three sampai ten. Kalau bernasib baik, kadang-kadang dia teringat sampai eleven!


   Selepas menemui anaknya, kedua-dua suami isteri ini meluangkan masa bersiar-siar di kawasan Seksyen 2, Shah Alam. Di kaki limasalah sebuah kedai di Seksyen 2 itu, orang desa ini terlanggar dengan orang putihyang juga sedang menikmati keindahan kawasan berdekatan kampus UiTM bersama temannya. Pertembungan itu menyebabkan bungkusan mi yang dipegang oleh orang putih itu terjatuh. Sambil memungut bungkusan mi untuk diserahkan semula kepada orang putih tersebut, orang desa ini pun memulakan dialog interaksi mesra berikut....

Orang desa                        : I'm sorry....
Orang putih                        : I'm sorry too...
Isteri orang desa (berbisik) : Abang, jawablah lagi....
Orang desa                        : (Kerana menyangka too ialah two, orang desa pun berkata)...I'm sorry three...
Orang putih                        : What are you sorry for?
Isteri orang desa (berbisik) : Abang, jawablah lagi. Peramah betul orang putih ni...
Orang desa                        : (Kerana sangka for ialah four, orang desa pun menjawab)...I'm sorry five...
Teman orang putih              : Dear, I think this man must be sick!
Isteri orang desa (berbisik)  : Abang, jawablah lagi. Tengok tu, teman dia pun peramah juga.
Orang desa                         : (Oleh kerana ingatkan sick ialah six, orang desa pun terus menjawab)...
                                               I'm sorry seven.                       
Teman orang putih               : Come on dear, I'm afraid.
Orang desa                         : (Mendengar kata-kata afraid, orang desa ini menyangka eight, lalu dia
                                             berkata)... I'm sorry nine.


   Melihat temannya dalam keadaan tidak selesa, orang putih itu terus berkata, "Sorry. I really don't understand."

   Mendengar saja perkataan understand yang akhirnya macam ten, bagai pemidato agung, orang desa ini pun terus menyambut : "I'm sorry even!" (tersasul tatkala terlalu ghairahhendak menyebut eleven)

   Orang putih bersama temannya terus berada dalam keadaan terpinga-pinga. Malah orang putih itu bertambah terpinga-pinga keran kebetulan nama panggilan singkatan namanyan Evan! Bagaimana orang desa itu mengetahui namanya Evan! "Do you know me?" bertanya lagi orang putih itu sebelum dia beredar.

   Si isteri orang desa itu terus berbisik lagi kepada suaminya, "dia tanya apa lagi tu bang? Mesra betullah orang putih ni.''

   Suaminya menjawab, "dia tanya aku nak mee ke?" jawab selamba suaminya sambil memandang mee yang dipegang orang putih tersebut. "Eh, jangan terimalah bang, entah halal entah tidak!" mencelah isterinya. Si suami kemudian dengan cepat berkata kepada orang putih, "no thank you."

   Kemudian orang desa bersama isterinya terus meneroka pelbagai premis perniagaan di Seksyen 2, Shah Alam. Ternyata dialog yang seketika sahaja telah berjaya meningkatkan peratus kasih sayang isterinya kepada orang desa itu. Si isteri teramat berbangga terhadap pencapaian dan kebolehan suami tersayang.


Pengajaran : Jika ilmu kta sedikit, maka sedikitlah juga peranan yang boleh dimainkan oleh kita. Agama Islam memberi perhatian yang istemewa kepada kecemerlangan ilmu. Kedudukan ini menuntut UMMAH memberi perhatian yang setepatnya terhadap perkembangan ilmu. Ketinggian ilmu tatkala berganding dengan kekentalan iman dan komitmen amal pasti akan membawa UMMAH kepada mercu kegemilangan seperti yang telah dicapai oleh UMMAH terdahulu.