Monday, December 24, 2012

Cinta Ayuni - Part 1

terasa begitu indah dan asyik sekali tatkala bayu laut menyapa lembut tubuh kecil Ayuni. segala masalah yang melanda seakan hilang seketika. ditemani kicauan burung-burung camar, pepohon nyiur meliok-lentok mengikut arahan angin membuatkan suasana petang di pantai Air Papan sungguh indah dan damai sekali. tudung Ayuni yang kadang-kala terselak akibat ditiup angin, diperkemas untuk sekian kalinya. terasa dunia ini telah berhenti seketika dari putaran paksinya, membuatkan Ayuni berasa begitu tenang sekali. mata dipejam seketika, terimbau kembali kisah percintaannya yang sudah 3 tahun tersemai dilubuk hatinya yang suci.

"kali ni aku mesti berani untuk tanya apa status aku dengan Iskandar sekarang. aku tahu Is pasti rasa sama seperti apa yang aku rasa sekarang ni. aku pasti Is juga sangat mencintai aku seperti mana aku telah mencurahkan segala kasihku kepadanya. dia juga sudah kerap kali memanggil aku sayang, malah dia juga pernah menyatakan yang dia cintakan aku. ya! Is juga mencintai aku. aku pasti walaupun dia tidak pernah menyatakan hasratnya untuk menjadikan aku kekasih hatinya"

 monolog Ayuni sendirian tatkala menunggu Is di Kafe Ibunda, kafe yang telah banyak merakam kisah kehidupan mereka sepanjang tempoh 3 tahun perkenalan mereka.

jam sudah menunjukkan pukul 4.55 petang, mereka telah berjanji untuk berjumpa pada pukul 5 petang. sengaja Ayuni datang lebih awal hari ini kerana dia sudah tidak sabar lagi untuk menerima berita gembira yang diimpikannya selama ini. diiringi alunan lagu Don't Let Me Fall nyanyian Lenka, penyanyi kegemaran Ayuni membuatkan petang itu sungguh menarik sekali. 

Iskandar telah sampai tepat pada waktu seperti yang telah dijanjikan. Is menarik kerusi bersebelahan Ayuni, seperti selalunya. mereka telah memesan air jus belimbing kegemaran mereka. 

"Ayu, cantik sungguh awak hari ni. tak seperti selalu, awak biasanya pakai seluar jeans dan t-shirt je. awak ada nak ajak saya pergi kemana-mana ke?" Iskandar memulakan bicara pada petang itu.

Ayuni tersipu malu dengan pujian Is. ya. Ayuni lebih selesa hanya dengan seluar jeans dan memakai t-shirt untuk keluar. sesekali Ayuni akan mengenakan cardigan untuk tampak lain sedikit, namun baginya pakaian seperti ini sudah cukup selesa baginya. biar simple, tapi kemas. itu prinsipnya. hanya secalit bedak tipis dikenakan di wajahnya, hanya untuk menambah seri semula jadi.

"cantik? betul? terima kasih. takdelah. saya tak nak pergi mana-mana pun. saja nak pakai macam ni. lain dari yang lain sedikit" Ayuni menyambut ringkas pujian Is tetapi dalam hatinya sudah cukup berbunga.

seperti biasa, mereka menghabiskan petang itu dengan bersembang tentang kuliah pagi tadi. 

Ayuni cuba memberanikan diri untuk menyatakan tujuan sebenar dia mengajak Is keluar kali ini. "Is, boleh saya tanya kamu sesuatu?" Ayuni teragak-agak untuk berkata-kata namun lancar sekali pertuturannya itu.

"awak nak tanya apa? saya ada buat salah ke?"

"tak lah. bukan. kamu mana ada buat salah. sebenarnya saya nak tahulah. sudah 3 tahun kita berkawan dan kamu juga kadang-kala memanggil saya sayang. boleh saya tahu apa status hubungan kita sekarang ni?" Ayuni menutup bicaranya dengan menghabiskan jus belimbing yang dipesannya tadi. hati Ayuni sunggu berdebar menunggu jawapan dari Iskandar.

Iskandar terdiam untuk seketika sebelum menarik nafas dalam-dalam untuk memberikan jawapan yang sewajarnya.

"saya tak mampu memberikan apa-apa janji kepada awak. saya anggap awak tak lebih dari sahabat baik saya"

Ayuni terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Iskandar. tak sangka selama ini Iskandar telah memainkan perasaannya yang ikhlas dan suci dalam perhubungan mereka. Ayuni terasa seperti dunia telah berhenti pada ketika ini. Ayuni terdiam. tiada kata yang mampu diucapkan lagi. pedih sungguh jawapan yang diberikan. perit bagi Ayuni untuk melaluinya, namun dia sedar, Ayuni perlu berpijak di dunia yang nyata. Ayuni tertunduk layu. titisan air mata mula mengalir di pipinya yang mulus itu. diseka air mata itu perlahan. Ayuni perlu bertahan untuk beberapa minit sahaja lagi sebelum menamatkan pertemuan mereka pada petang itu.

Ayuni memandang lesu wajah Iskandar, "yeke? terima kasih atas jawapan kamu tu. saya rasa saya perlu beredar sekarang. saya ada urusan yang perlu diuruskan" hanya kata-kata itu yang mampu diluahkan pada saat itu. bagi Ayuni, dia tidak perlu menghamburkan perasaan kecewanya pada lelaki itu, dia perlu jadi seorang yang matang dan bijak dalam menyelesaikan suasana  yang agak tegang pada masa itu. 

Ayuni terus mencapai tas tangannya lalu beredar meninggalkan Iskandar keseorangan. air mata mula mengalir laju membasahai pipinya, tidak dapat dibendung lagi betapa sakitnya hati Ayuni. jawapan yang diimpikan hancur begitu sahaja. apa tujuan kau selama ini? adakah kehadiran kau hanya untuk memainkan perasaan aku yang betul-betul ikhlas? adakah perasaan aku ini hanya untuk disia-siakan begitu sahaja? kenapa semua ini berlaku? kenapa perasaan cinta dan sayangku ini hanya untuk dipersiakan? kalaulah kau tahu Iskandar, kaulah lelaki pertama yang hadir dalam hidupku....seandainya kau tahu Is....pelbagai persoalan yan bermain dibenak pemikirannya.

Ayuni memacu laju kereta kancilnya, tidak tahu mana arah tujunya selepas ini......

No comments:

Post a Comment