Monday, December 24, 2012

Cinta Ayuni - Part 2

lamunan Ayuni terhenti tatkala sahabat baiknya, Julia datang menepuk bahunya. Ayuni dengan segera mengesat air matanya. sudah dua minggu Ayuni berdiam diri, dia lebih suka untuk duduk termenung seorang diri dan melayan perasaannya. kadang-kala Julia mendengar esak tangis Ayuni. sayu sungguh hati Julia melihat keadaan temannya itu. Ayuni sudah tidak seperti dulu lagi, seorang yang sangat ceria, periang, dan sifatnya yang suka mengusik teman-temannya. sesiapa sahaja berdamping dengan Ayuni, semua pasti tertawan dengan sikpanya yang sangat semula jadi itu. 

Julia ingin cuba memecah kesunyian yang menyelebungi diri Ayuni, "oiy Ayu, mengelamun jauh nampak! tak elok anak dara termenung, nanti lambat kahwin".

"eh, mana ada aku termenung. aku mengantuklah. aku terlelap pulak dok tunggu kau ni. kenapa lambat sangat kau sampai ni? berjanggut aku tunggu kau tahu. baik aku ajak apek naik basikal dating, lagi cepat apek tu sampai dari kau. tahu?" Ayuni cuba menutupi wajah kesedihannya.

"aku minta maaflah. kau macam tak tahu, petang-petang macam ni kan selalu jem. tu, minyak kereta aku habis sebab jem, kau tak nak bayar? semata-mata untuk datang jumpa kau tau".

mereka berdua ketawa serentak. itulah gelagat sahabat karib antara Julia dan Ayuni. antara mereka, pasti ada selingan usik-mengusik. namun, Julia sedar disebalik sikap Ayuni itu, tersimpan beribu kedukaan dilubuk hatinya. 


Julia masih ingat dua minggu yang lepas, Ayuni tiba-tiba meluru masuk bilik rumah sewanya dalam keadaan nangis yang teresak-esak. Julia sungguh terperanjat, namun dibiarkannya sahaja Ayuni menangis sebelum dia bertanya lebih lanjut. Ayuni terlelap sendiri di katil Julia. 

"pukul berapa ni Julia? aku tak sedar aku tertidur atas katil kau. aku minta maaf. habis banyak peta dunia aku lukis ni", Ayuni cuba berlagak tenang.

"dah pukul 8 malam ni Ayu, kau pergilah mandi. segarkan dulu badan kau tu. nanti dah siap solat, kau turun makan tau. aku dah masak lauk kegemaran kau, sambal udang", Julia segera mencapai tuala dan sepasang baju tidur miliknya dan diberikan kepada Ayuni.

sudah kebiasaan Ayuni akan tumpang tidur di rumah Julia, kadang-kadang kerana ingin menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, kadang-kala memang sengaja Ayuni datang ke sana. teman serumah Julia pun sudah tidak kisah dengan kehadiran Ayuni, malah mereka lebih suka dan senang kalau Ayuni datang ke rumah mereka. ada sahaja cerita yang akan dikongsi oleh Ayuni. tetapi kali ini, kehadiran Ayuni penuh dengan kesedihan.

seusainya Ayuni menunaikan solat Isya', Ayuni menuruni anak tangga untuk makan malam.

"waaa, sedapnya bau. sempat pula kau beli udang ni Ju. macam dah tau je kan aku nak datang. hehehe".

"eh, kau jangan nak perasan. ni lauk semalam lah. aku panaskan je".

"takpelah, lauk semalam pun semalamlah. perut aku lapar ni. makan jum. Syidah, Tiqah, Sara, jum makan sekali. Ju, jumlah. penat aku masak banyak-banyak ni. hehehe".

"hahaha, mengadelah kau ni Ayu. pada hal tadi tidur terbungkang tak sedar diri".

mereka berlima ketawa dengan teletah masing-masing. 

selesainya makan malam...
 
Julia menghampiri Ayuni di sinki, Julia melihat sahaja gaya Ayuni membasuh pinggan makan tadi. jelas kelihatan mata Ayuni bengkak dan wajahnya yang sungguh sedih.

"aku tahu, kau pasti ada masalah kan? kau tak pernah macam ni", Julia memulakan bicara sambil mengusap lembut bahu sahabatnya itu.

air mata Ayuni kembali gugur. "Ju..."

Ayuni segera menghabiskan basuhan terakhirnya, lalu memeluk erat Julia. Julia terdengar esak tangis Ayuni. tersedu-sedu Ayuni menangis dibahu Julia. saat ini, dia sangat-sangat memerlukan sahabat baiknya itu. Julia juga sangat mengetahui kisah hidupnya. Ayuni selalu bercerita tentang perasaannya terhadap Iskandar, apa sahaja yang berlaku tentang dirinya dengan Iskandar, pasti Julia lah orang pertama yang akan mengetahuinya.

"Ju, Iskandar tak mencintai aku. dia hanya menganggap aku tak lebih dari teman biasa. hati aku pedih Ju. aku kecewa. kenapa ada lelaki seperti dia wujud kat dunia ni? aku tak sangka selama ni hanya aku seorang sahaja yang memendam perasaan", Ayuni menghamburkan perasaan kecewa dan sedihnya dalam keadaan yang nangis teresak-esak.

Julia sangat terkejut dengan kata-kata Ayuni itu. dia tak sangka Iskandar tergamak membuat Ayuni sperti ini. malah Julia juga pernah membaca SMS antara Ayuni dan Iskandar. Iskandar kerap kali menyatakan peraaan sayangnya kepada Ayuni, dan Julia yakin Iskandar sangat menyayangi Ayuni. namun, sangkaan mereka berdua meleset.

"bersabarlah Ayu. mungkin Is bukan jodoh yang sesuai untuk kau. aku pasti akan ada lelaki kat luar sana yang akan menyayangi dan akan menjaga kau sebaik mungkin Ayu. aku pun tak sangka Is sanggup mensia-siakan perasaan kau. memang dasar lelaki tak guna".

"aku dah serik untuk menyayangi lelaki lagi Ju. kau kan tahu aku memang tak pernah menerima mana-mana lelaki, tetapi semenjak kehadiran Is, hati aku terbuka untuk menerima dia. tapi aku serik Ju. kenapa aku degil dengan prinsip hidup aku? aku tidak akan menerima mana-mana lagi lelaki lepas ni Ju. aku tak mahu sakit lagi", tangis Ayuni.

"bersabarlah wahai temanku. kau kena kuat mengharungi semua ini. kau kena ingat, Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kekuatan dan kemampuan seseorang hamba itu. segala yang terjadi ini pasti ada hikmah yang tersembunyi. cuma kita je yang belum dapat lihat lagi", nasihat Julia kepada Ayuni.

............................................................................................................

"Ayu, jomlah balik. aku laparlah. aku tak makan lagi ni. kau belanja boleh? hehehe. aku mengidam nak makan KFC la". 

"kau ni ada-ada je lah. jom lah. nasib baik mood aku tengah baik hari ni. kalau tak, aku goreng je ayam kat rumah tu bagi kau makan. hahaha"

mereka berdua pun menuju ke restoran KFC yang berdekatan dengan kenderaan masing-masing.........

No comments:

Post a Comment