Monday, December 24, 2012

Cinta Ayuni - Part 3

9 bulan telah berlalu. kehidupan Ayuni beransur pulih, dia kini tampak lebih segar dan ceria. sikapnya yang periang kini telah kembali. dia kini lebih bersemangat. kisah silamnya banyak telah mendidik diri Ayuni supaya menjadi muslimah yang lebih kuat. dia masih lagi ingat pesanan ibunya, "setiap kelembutan wanita itu, tersimpang segunung kekuatan kerana tercalitnya beribu kedukaan yang mampu ditanggungnya seorang diri".

Julia juga telah banyak memberi dorongan dan semangat kepada Ayuni. 9 bulan bukanlah tempoh yang mudah untuk Ayuni harungi. hari-harinya ditempuhi dengan linangan air mata. kepada Julialah Ayuni selalu mengadu. namun, Ayuni tidak pernah melupakan Allah yang Maha Esa untuk memohon kekuatan, semangat dan petunjuk dariNya. 

kini Iskandar hanyalah secalit dari kisah silamnya. dia sudah menjauhkan diri dari Iskandar. kalau dulu, dia pasti ternanti-nanti SMS dari Iskandar, kini tidak lagi. malah Ayuni tidak lagi membalas mesej dari Iskandar. Iskandar juga kerap kali meminta maaf dari Ayuni. itulah lelaki, senang meminta maaf. kemaafan diberi penuh ikhlas, tetapi Ayuni tidak mungkin berpatah balik. hatinya jitu mengatakan dia perlu meneruskan kehidupan yang baru. Iskandar kini sangat kerap menghubungi Ayuni, tetapi dalam hatinya, tiada langsung perasaan untuk Iskandar, mahu pun sebagai teman.

walaupun begitu, dalam temph 9 bulan itu jugalah seseorang jejaka sudah mula mendekati Ayuni. dia Aliff. Aliff merupakan teman yang dikenalinya semenjak mereka menjalani latihan klinikal disebuah hospital. Aliff sudah lama menyimpan perasaan terhadap Ayuni, namum Ayuni tidak pernah mengendahkan perasaan Aliff. sebenarnya Aliff sudah lama meluahkan perasaan suci dan ikhlasnya terhadap Ayuni, semenjak Ayuni masih lagi menyukai, menyayangi dan mencintai Iskandar. tetapi Ayuni selalu sahaja memberi nasihat kepada Aliff dan dia sering menolak perasaan Aliff.

tetapi Aliff bukanlah seorang yang cepat mengalah atau berputus asa. bagi dirnya, kalau dia betul-betul ikhlas dan berusaha, dia yakin Ayuni pasti akan menjadi miliknya. dia benar-benar ikhlas ingin menjadikan Ayuni sebagai teman hidupnya, dia ingin menjadikan Ayuni sebagai isterinya suatu hari nanti.

hati Ayuni sangat keras, dia bersungguh menolak Aliff dari hidupnya. dia hanya menganggap Aliff hanya teman baiknya. tidak lebih dari itu. pengalaman lalu benar-benar memberi dia sejuta pengajaran. bukan mudah untuk dia mengubati luka hatinya. dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. dia sudah cukup serik. baginya, lelaki hanya hadir untuk memainkan perasaan wanita yang ikhlas.

walaupun Aliff kerap kali meyakinkan Ayuni bahawa dia tidak seperti lelaki lain, dia benar-benar ikhlas ingin menyayangi Ayuni, Ayuni tetap dengan pendiriannya. kehadiran Aliff juga diketahui Julia, kepada Julailah Ayuni selalu meminta nasihat. namum, Julia lebih menyerahkan keputusan itu dibuat oleh Ayuni. dia tidak mahu melihat Ayuni kecewa dan jatuh lagi. 

dalam jangka masa 3 bulan, Aliff lebih kerap menghubungi Ayuni. dia ingin berusaha lebih gigih untuk mendapatkan Ayuni, tambahan dia juga tahu Ayuni kini tidak menyukai sesiapa lagi.

Julia mula nampak akan keceriaan Ayuni, dia tahu Ayuni sudah mula menyimpan perasaan terhadap Aliff. Julia sangat kenal dengan sahabat karibnya itu. tetapi setiap kali soalan diaju kepada Ayuni tentang perasaanya terhadap Aliff, Ayuni pasti akan beriya untuk menidak dan menafikan. tetapi Ayuni juga sedar, dia kini sebenarnya sudah mula menyukai Aliff, dia tertarik dengan sikap Aliff yang tidak pernah jemu dan berputus asa dalam memikat hatinya. bagi dirinya, dia perlukan masa untuk dirinya untuk melihat sejauh mana serius dan ikhlas perasaan Aliff. dia perlu pasti itu. ya! perlu. dia tidak mahu perasaan sucinya itu dipermainkan lagi. 

kalau dulu, dia tidak berapa senang dengan SMS dan sapaan dari Aliff. Ayuni lebih senang untuk berdiam diri. kini, dia lebih menantikan SMS dari jejaka itu. jika sehari Aliff tidak menghantar SMS kepadanya, perasaannya kembali ragu-ragu tehadap keikhlasan Aliff. Ayuni akan merajuk tetapi Aliff pandai sekali memujuk hati Ayuni.

No comments:

Post a Comment