Monday, July 2, 2012

Super Duper Busy!

Lama tak lama jugaklah tak post enrty baru. Firstly sebab internet macam taik kucing, secondly sebab internet macam taik cicak, thirdly sebab internet macam taik ayam, fort sebab internet macam taik hidung and fifthly sebab kita busy sangat-sangat. Hahaha. Hati geram nih. Ayah dah plan nak potong steramyx and amek unifi tapi malangnya coverage unifi tak sampai lagi kat Masjid Tanah nih! Sampai bila guwa kena bersabar ni! Hishhhh

Lalalalala.......

Nampaknya bulan Jun telah pun melabuhkan tirainya dan Julai pula membuka lebaran lembaran yang baru. Ini bermakna kita bakal menyambut Syawal tak lama lagi! Eh kau! Ramadhan lah! Haha...ye ye. Bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah. Tersyasyul pulak dia. Mesti semua umat Islam di seluruh dunia tak sabar menanti kedatangan Ramadhan tahun ini. Begitu juga saya!  ^_^

Hmm, ketepikan dulu hal Ramadhan dan meh baca kisah kita pulak. Oke, rasanya semua sedia maklumkan bahawasanya hari-hari terakhir bulan Jun yang lalu mesti ramai yang berpusu-pusu sibuk nak mendirikan rumah tangga. Haaa...kita bukan salah seorangnya tapi sepupu kita. Tahniah buat Siti Khadijah dan Mohd Hafiz. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakn dengan zuriat yang ramai. Amiin.

Tapi....phewww...nak menempuh waktu wedding ni punya la seksa. Busy kemain lagi kita. Wedding nye hari Sabtu, 29.6.2012 tapi start Isnin lagi kita da busy. Tak duduk rumah, rumah pun dah macam rumah untuk disewa, taik cicak merata-rata, rambut sana sini. Sakit mata memandang tapi nak buat macam mana, memang tak sempat nak kemas. Pastu Khamis memang dah busy habis-habisan. Dari pagi sampai ke malam masak kek untuk sepupu yang sorang ni, ada lah 8 biji semuanya. Yang bestnya, sempat keluar kejap dengan mak pergi Jusco sebab ada JCard Day, beli beg yang dah siap booked pastu terus balik and sambung buat kek. Kau hade? Hahaha. Hebat tak hebat!

Jumaat tu pulak dah pergi rewang, kita ingat kerja kita just masuk-masukkan telur dalam kotak ke, buat bunga rampai ke, rupanya nah kau! Duduk kat dapur tolong mak cik-mak cik masak. Dari pagi sampai 8 malam lebih baru kita free. Bau badan tak yah cakap, memang harum semerbak. Mana taknya, kemaskan ayam berkilo-kilo. Mak aii...mau patah pinggang dibuatnya. Sabtu tu dah majlis and kerja kita tolong masak lauk pengantin and basuh pinggan mangkuk, kemas-kemas rumah mak long after wedding selesai. Penatnya masyaAllah....before ni sepupu yang lain buat catering so kerja kita just tunjuk muka je sebab takde kerja nak buat. Ahad tu pulak pergi menyalang rumah pengantin lelaki, nasib baik area Melaka je. Tapi walau macam mana pun alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun ayah sepupu kita ni dah meninggal dunia. Inalillah...Sorry ye gambar pengantin takde, kita memang tak suka amek gambar pengantin sebab bagi kita gambar dorang ni tak eksklusif mana. Haha. Kalau Dijah dengar ni mesti kecik hati. Takdelah....sebenarnya kita busy. Tak sempat pun tengok dorang berarak.

Bangun je pagi Isnin semalam, terasa macam nak demam, dengan kepala berdenyut-denyut, kalau boleh nak tidur je tapi rumah nak kena kemas, dah lah tapak kaki kucing sana sini. Kemas jugalah slow-slow. Pukul 2 petang nak kena pergi Putrajaya pulak. Kementerian perlancongan yang hantar sebab ada pesta bunga kat sana. So homestay kita dengan Sri Tanjung kira wakil dari Melaka. Cantik-cantik taman bunga yang dorang buat, seriously kita terpegun gila tapi gambar tak sempat nak tangkap sebab kita terkejar-kejar nak pergi main stage ade pertandingan bot berhias. Sedih betul! So, yang ada malam tu Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Menteri Perlancongan Ng Yen Yen and beberapa diplomat luar negera macam Kenya dengan China. Kita duduk kat belakang beliau je. Hehe. So kira kita duduk seat untuk invited guest only. Hello, I'm invited guest oke! Bot-bot pulak memang semua cantik-cantik, paling cantik dari negeri Cina. Kita ada tangkap gambar tapi maklumlah kamera bukan DSLR, tak cantik. Tak nak upload. Bot dari Melaka je yang macam...hmmmm....ada kata macam telur, macam kura-kura pun ada. Bulat aje, tapi yang uniknya Melaka guna konsep multimedia, ada tayangan macam yang wayang tu tapi tu lah....suram je, tak berwarna-warni macam bot-bot lain. Tak taulah negeri mana yang menang malam tadi.







Sepanjang seminggu yang kita busy tu, ni je gambar-gambar yang kita amek. Ni baru betul-betul eksklusif ye tak? Hahaha. Satu....MALAYSIA!!! TPM kita ni comel je orangnya.

Kita dapat tshirt free dari Tourism Malacca. Canteekkkk. Magic Of The Night!


No comments:

Post a Comment