Thursday, July 5, 2012

I'm Not Short! You're Just ABNORMALLY Tall

syaznirazak

Jenjalan kat Incik Google Image tadi, tetiba jumpa gambar kat atas nih. Boleh tak nak kata cenggitu bila ada orang kata saya pendek. Hmm...macam kasar aje bunyinya, RENDAH lah. Nice sikit kan. Eh, hello. I sedar diri oke yang I ni rendah. Siapalah yang tak teringin nak jadi tinggi lampai tapi nak buat macam mana kalau dah ini genetiknya. Ayah 156cm, mak lagi lah....seratus setengah je (150cm). So saya punya tinggi lebih kurang macam tu lah. Ada lah dalam 162cm 152cm. Kira oke lah kan? Comel apa.

Bila sebut pasal ketinggian ni kan, teringat beberapa peristiwa yang memang tak boleh lupa. First masa kat JB hari tu. Masa tu kami berempat ni pergi beli pisang goreng kat depan flat kitorang tu. Bila dah siap bungkus kitorang punya kuih-muih dengan pisang goreng tu, mak cik tu dah tak cam yang mana satu saya punya, Intan, Leykha dengan Mira punya. Dah bercampur aduk. Pastu sorang mak cik ni pun tanya kat kawan dia sambil menuding jari ke arah salah satu bungkusan kuih tu, "Yang ni siapa punya?" Mak cik lagi satu tu pun menjawab sambil menuding jari ke arah saya sambil berkata, "Adik KECIK ni punya." What mak cik?? Adik KECIK??? Time tu saya mampu tersengih aje lah. Apa lagi, kena pekak kan telingalah kena bahan dengan si Mira, Leykha dengan si Intan. Habis dorang gelak kan saya. Hahaha. Sabar ajelah ye.

Next cerita ni mesti ramai yang pernah mengalaminya. Kisah ada sorang nenek ni tanya saya sekolah kat mana. Kat bawah ni perbualan kitorang.

Nenek: Adik sekolah kat mana?

Saya: Kat mersing nek.

Nenek: Cuti ke sekarang ni?

Saya: Aah, cuti sampai bulan 9 nanti. Tunggu nak sambung ijazah kalau ada rezeki.

Nenek: (Mula kebingungan) Eh, umur adik berapa? Belajar kat mana?

Saya: 21 tahun. Belajar kat UiTM Puncak Alam.

Nenek. Lahh, nenek minta maaf. Nenek ingat adik sekolah lagi. Adik ni kecik sangat.

Saya: (Buat-buat ketawa) Hehehe. Takpe nek, dah biasa dah.

Haaa. Konfem ramai yang pernah, takpun selalu kena macam ni kan? Baik ngaku, tipu dosa tau. Hahaha. Alahai, tak pernah kecik hati pun kalau ada orang selalu salah anggap macam ni. Norma kehidupan kan? Disebabkan saya ni dikelilingi oleh kawan-kawan yang agak tinggi, hmm...apa lagi. Selau jugaklah kena bahan. Ada yang suruh pakai external fixator lah, suruh pakai heels 8 inci lah, suruh minum susu banyak-banyak,  macam-macam lagi yang dorang suruh. Kalau apa je yang saya nak buat mesti dorang cakap macam ni, "Kau sampai ke Noni?" Haha. Tak pernah kecik hati pun, tau dorang bergurau.

So, berbangga dan bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kerana walau serendah mana pun kita, pasti kita ada kelebihan yang tersendiri kan? ^_^

No comments:

Post a Comment