Tuesday, July 10, 2012

Cantik Itu Istimewa

Normally kita akan dengar orang cakap cantik itu subjektif. Tapi bagi saya cantik itu juga satu yang istimewa. Kenapa? Sebab kecantikan tu dimiliki oleh semua orang. Oke, jangan marah and bertengkar dulu. Rilex der. Saya tau ada yang ukur cantik itu dari segi fizikal atau luaran sahaja. Takpe, saya tak kata pun salah. Terpulang kepada anda nak menilai cantik dari sudut yang mana. Tapi kalau boleh biarlah cantik itu dilihat dari segi luaran dan dalaman yang penting sekali. Dalam Islam pun menggalakkan kita mencari pasangan yang cantik tapi tak guna juga kalau luaran sahaja nampak indah, kat dalam tu busuk macam apa entah.

Nowadays kan, memang rata-rata antara kita cari pasangan yang good looking. Either boys or girls, we are just same. Yang boys nak cari awek cun, yang girls nak cari pakwe macho, hensem bagai. Again, its not a fault but remember! You must choose wisely. Rezeki anda kalau dapat someone yang cantik paras rupa dan indah budi bahasa. Seriously....UNTUNG lahhhh

Tapi janganlah ketepikan mereka yang tak cantik di luaran ni. Sesungguhnya pasti mereka ni memiliki kacantikan dalaman yang si cantik tak dapat miliki. Kadang-kadang, salah. Ramai je sebenarnya yang cantik rupawan ni tak mempunyai  sifat dalaman yang indah seperti ajaran Islam. Luaran je nampak baik tapi fiil dorang yang sebenar tiada siapa yang tahu kecuali mereka yang betul-betul kenal dengan dorang ni. Ada je lah yang cantik/hensem muka tapi pengotor, pemalas, ada hasad dengki sesama manusia and macam-macam lagilah. Tak salah kalau kita terus suka kat orang macam ni tapi alangkah bagusnya kalau kita dapat pimpin dia ke arah yang benar kan? Dapat pahala bersama secara free.

Kalau boleh semua orang nak cantik/hensem. Tengok je artis kat Korea tuh, seawal belasan tahun lagi dah pandai buat plastic surgery. Nak cantik fizikal ni memang ramai yang sanggup berkorban, cucuk botox sana sini. Macam mana dengan kecantikan nurani dan peribadi sendiri? Tak teringin ke nak perindahkan lagi? Hmmm, kan lebih indah kalau keperibadian kita diperkemas dan dibentuk dengan sempurna. Walaupun wajah kita tak secantik berbanding orang lain, namun keperibadian yang terpuji itu pasti nampak lebih cantik dan indah dari kecantikan fizikal yang diingini. Secara tak langsung, dengan sekilas pandangan orang dapat melihat kecantikan dalaman kita. Dari situlah anda memiliki kecantikan semula jadi anda. Seriously this is so priceless.

So, terpulang kepada anda semua menilai kecantikan seseorang dari sudut yang mana kerana setiap insan memiliki kecantikan yang tak mungkin semua orang mampu miliki. Bagi saya, keperibadian seseorang menjadi taruhan yang paling penting sekali sebab dengan keindahan dalaman itulah mampu membahagiakan saya. Tak kiralah lelaki atau perempuan, saya tak memilih tapi kalau perempuan ni kita senang nak menilai dia. Lelaki ni yang susah sikit sebab kita tak tidur sebantal, sekatil, seselimut. So, tak dapat nak kenal dorang ni dengan lebih dekat.

Penilaian bergantung kepada tangan anda tapi kalau nak menilai tu biarlah  berpada. Oke?
^_^


No comments:

Post a Comment