Thursday, July 19, 2012

Arah Tuju Hidup

Salam semua and selamat sejahtera. Hopefully korang semua sihat-sihat belaka ye. Hmmm, semenjak 16 Julai lepas, aku ni dah takde kerja lain selain termenung memikirkan arah tuju hidup aku ni. Mana taknya, satu offer pun tak dapat untuk aku sambung degree. Sedih sangat-sangat. Nak mengadu tapi tiada tempat selain Allah yang sentiasa mendengar rintihan hambaNya. Aku buntu walaupun aku tahu pasti ada jalan penyelesaian.

Kalau boleh aku belum mahu bekerja lagi. Cukuplah kalau aku kata aku masih belum bersedia dan aku masih teringin untuk sambung pengajian dan kalau boleh ke peringkat yang tertinggi sekali. Memandangkan kami satu batch memang tak dapat offer, tambah-tambah lagi dalam bidang fisio nih, sudah tentu kami semua berasa sangat kecewa. Aku tak taulah polisi UiTM ni, kerjanya asyik nak berubah je tanpa memikirkan nasib student macam kami ni. Dah lah nak berjuang dalam UiTM tu bukan senang, bermati-matian kitorang study. Penyudah nye, ini yang kitorang dapat. Asyik nak terima student lain dari produk sendiri.

Pape pun, rayuan aku telah dibuat. Esok aku nak pergi jumpa dekan, nak settlekan benda ni semua. Harap semuanya berjalan lancar dengan keberkatan Allah. Kalau tak dapat fisio jugak, mungkin aku akan further study dalam bidang lain. Mungkin accounting yang sememangnya harapan ayah sejak aku daftar UPU lagi. Hmm...memang hancurlah kalau belajar akaun ni. Satu apa pun aku dah tak ingat lagi, after SPM semua pasal akaun aku dah lenyapkan dari otak aku ni. Bagi space banyak sikit untuk benda lain. Hahaha.

Doakan kejayaan aku ye. :'(

No comments:

Post a Comment