Wednesday, July 18, 2012

This Is My Nek Ngah!


Hmmm....tua dah Nek Ngah aku ni. Usia? Huhu...tidak diketahui sebab terlupa nak tanya. Mungkin lebih dari 95 tahun. Kalau tak silap aku lah, kalau jumpa lagi aku nak tanya umur Nek Ngah berapa. Sebenarnya dah bertahun-tahun lamanya aku tak jumpa Nek Ngah ni, bukannya jauh pun, rumah Nek Ngah ni dekat-dekat je dengan rumah nenek aku kat Air Molek sana tapi nak buat macam mana kalau takde rezeki nak jumpa ye tak. Even time raya pun susah nak jumpa.

Alhamdulillah...masa kenduri kahwin dua pupu aku hari tu, cucu Nek Ngah ni jugalah, dapat juga jumpa Nek Ngah lagi. Walaupun dah tua, mata dia masih terang, ingatan masih kuat, takde DM or HPT, still boleh goreng ikan, masak air and cabut rumput sikit-sikit. Setakat kerja ringan tu mampu lagi lah. Seriously ingatan Nek Ngah ni still power, sempat lagi dia bertanya hal family sebelah mak, tanya rumah kampung yang dah roboh tu, macam-macam lagi lah yang dia tanya.

Sementara tunggu mak solat, aku tunggu kat sebelah Nek Ngah ni. Saja nak relax after penat merewang tadi. Menjadi kebiasaan bagi kita untuk menziarahi orang tua kan so memang ramai lah yang menziarah Nek Ngah ni untuk bertanya khabar. Makin lama makin ramai orang and makin ramai bertanya aku ni siapa. Ada yang tanya aku ni bini si polan ke, alasan dia kata aku ni kecik je, kecik macam bini si polan tersebut. Hmmm...kecik lagi...

Ada juga yang yang dah tak cam aku lagi, sebenarnya ramai dah tak kenal aku ni siapa lagi. Even jiran sebelah rumah pun tak cam muka aku.Ye lah, dulu aku ni berkulit gelap, sekarang ni cerah sikit. Tu yang bila aku muncul depan khalayak ramai, konfem memang semua orang tak kan kenal aku ni anak mak ayah aku. Dan ada juga suara-suara sumbang mengatakan aku ni setakat pakai kosmetik je. Hello...apa barang pakai kosmetik! Ni kulit asli oke, I only tepek day cream and sedikit bedak je. Ni kecantikan asli tau tak! Haishhh....geram aku   -_-"

Bila dah makin ramai orang dok tanya aku ni siapa, aku pun angkat kaki cabut dari situ. Malas nak jawab soalan-soalan dorang. Baik aku pergi makan ais krim free kat bawah khemah sana

No comments:

Post a Comment