Sunday, July 8, 2012

Kisah Gigih Tanam Rumput


Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca talkin, si suami terus menyiram air mawar bukan satu cerek atau satu jar seperti kebiasaan orang, malah terus satu baldi. Para hadirin merasa tindak-tanduk itu membayangkan betapa kasihnya suami ini kepada isterinya. Ramai yang bercucuran air mata melihat senario romantik itu. Tak kurang juga ramai daripada kalangan pengunjung wanita yang berbisik di hati masing-masing betapa bernasib baiknya arwah ini mendapat suami yang begitu setia dengan kasih sayang yang sedemikian solid.

Namun, bagi kenalan rapat, tindak-tanduk si suami ini mula menimbul tanda tanya apabila setiap pagi, tengah hari dan malam, si suami itu masih menyiram air di pusara arwah isterinya, bukan secerek malah sebaldi. Kadang-kadang mereka melihat beliau membawa kanta sambil meninjau dengan penuh ketelitian seolah-olah sedang mebuat kajian terhadap bahagian atas tanah sekita pusara arwah isterinya. Malah beberapa hari kemudian mereka melihat beliau memasang penyiram atau perenjis automatik (sprinkler) di atas tanah perkuburan tersebut.

Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang membuka mulut bertanya sekali gus ingin menasihati kerana bimbang takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan yang teramat sangat. Apabila ditanya kenapa dia berbuat sedemikian rupa, si suami menjawab, "arwah isteriku telah berpesan bahawa jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehinggalah rumput atas kuburnya tumbuh. Itulah sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh!"

Pengajaran: Demikianlah hakikat cinta sesama makhluk. Cinta sebenar perlu dicurahkan kepada Pencipta. Curahan cinta seumpama ini akan membawa kita taat sepenuhnya kepada Kehendak Pencipta seperi yang ditunjuk oleh PesuruhNya Nabi Muhammad.

No comments:

Post a Comment