Thursday, July 12, 2012

Kenapa Nih?

Cemane ek nak betulkan balik time and date kat blog aku ni? Aku post entry hari Khamis tapi kat post nanti dia cakap hari Rabu. Gila ke apa? Sejak bila blog ni boleh ke masa lampau? Takpe lah, abaikan  jelah benda tak penting tu. Yang penting isi-isinya kan.

Lately ni kan, kenapa ye aku selalu mengeluh pastu tersenyum sorang-sorang? Bila aku perasan aku dah lain macam sikit, terus aku betulkan keadaan aku balik. Kang tak pasal-pasal orang canang aku ni muda-muda lagi dah gila. Hahaha.

Nak dikata ada benda yang buat aku happy....emmm...takde rasanya. Aku lalui hidup aku seperti biasa macam sebelum ni. Takde something yang special pun. Perubahan hormon kot...maybe. Tapi tak kan perubahan hormon melampau sampai macam ni? By the way, syok juga tersenyum sorang-sorang. Mungkin time tu adrenaline banyak dirembeskan kot. Pape je lah kan.

Oke, aku ada satu cerita ni. Harap boleh dijadikan ikitibar kepada kita semua. Last week, aku and family ada attend satu wedding ni, majlis bermula malam so kitorang seawal 6.30 petang lagi dah gerak dari rumah. Actually the wedding was held at a resort and we thought that it will take a long time to reach there. Tu yang gerak awal gila, lagi pun mak nak sembang dengan sedara-mara kalau sampai awal and we have been told that the ceremony will be started right after Maghrib. Rupa-rupany resort tu belakang rumah aku je. Oke, ni tipu gila ni. Belakang rumah kau kan hutan belantara, estet. Celah mana resort kau? Apa salahnya aku nak hiperbola sikit. Dalam setengah jam kitorang dah sampai kat resort tu, more or less dalam pukul 7 malam. Sementara tunggu Maghrib tu, aku pun lepak-lepak jelah kat situ. Dengar mak-mak ni berborak.

And seketika lepas tu, ada seorang mak cik ni pun sampai. Dengar mak cik-mak cik kat situ cakap, mak cik yang baru sampai ni baru balik dari umrah pagi tadi. Oke, seriously? And seriously, that mak cik admitted it. Dia cakap dia baru sampai pagi tadi. For my personal opinion, sepatutnya orang yang baru balik dari tanah suci ni kan sepatutnya berehat ajelah kat rumah. Berkat-berkat yang melekat kat badan dari tanah suci tu seeloknya biarlah seisi keluarga memperolehnya kan. Berehat je kat rumah tu, tak wajib pun nak attend. Kalau takut orang ngumpat, boleh hantar wakil kan. Mungkin sebab majlis kat resort kot, tu yang rasa rugi kalau tak datang. Ikut kan hati, tak terhingin aku nak datang. Baik aku berehat kat rumah.

Mak cik baru balik dari umrah ni pun cakap...katanya seronok sangat pergi umrah. Rasa teringin nak pergi lagi. Dia cakap lagi, umur dah banyak macam kita-kita ni (tuju kepada mak cik-mak cik), duit ada, buat apa nak simpan. Dari tak buat apa-apa, baik pergi umrah. Dengar ayat-ayat beliau ni, membuatkan semua orang cemburu nak pergi tanah suci.

Tak lama lepas tu, azan Maghrib pun berkumandang. Aku pun melangkah kaki mencari surau nak tunaikan solat. Dalam hati terdetik, eh mak cik umrah ni tak nak solat sekali ke? Mungkin lepas ni kot dia solat. Kami yang lain-lain pun solat lah macam biasa. Mak tak solat sebab ABC. Habis je solat, aku pun carilah mak and mak cik umrah tu ada lagi kat meja kami tadi. Sampai lah ke azan Isyak, she is still here. Oke, now what. Mak cik ni umur macam orang yang dah menopause, rasanya dah dalam golongan nenek-nenek. Tak kan masih boleh period? Tak solat ke? Pada hal baru balik umrah pagi tadi. Aduhhh...sayu betul hati aku.

p/s: Apalah gunanya kalau pahala besar dikejar tapi tanggungjawab penting tak dapat ditunaikan.

2 comments:

  1. noni senget macam aku..hahaha.. aku bru baca sebaris ayat awal ko aku da gelak2..adoiiii

    ReplyDelete
  2. hahahaha
    syukurlah kau masih boleh jd geng senget aku
    kui3

    ReplyDelete