Sunday, July 8, 2012

Siput Sedut, Sotong

Kenapa tetiba nama budak dua ekor ni naik? Haaa, jangan tak tau sebab disebalik makanan dua ekor kat atas ni tersembunyi pelbagai kisah. Actually taklah pelbagai sangat.

Mula-mula sekali nak cerita pasal siput sedut dulu. Aku ada seorang nenek saudara ni yang tak makan siput sedut lagi since terjadi satu peristiwa ni. Begitu juga dengan family aku. Aku bahasakan nenek ni sebagai Wo Memun oke, so satu hari ni Wo Memun ni teringin nak makan siput sedut masak cili api bergulaikan keladi. Memang lauk femes la kat area Masjid Tanah ni. Dia pun minta arwah suami dia tolong belikan siput sedut. Bila arwah suami Wo Memun dah belikan, dia pun keluarkan siput-siput tu dalam baldi sebab takut mati nanti. Siput sedut kan susah nak mati, kalau kita baru beli tu kita boleh nampak lidah dia melekat-lekat kat dalam plastik kan? Dia bukan nak masak hari tu juga tapi nak masak keesokan harinya. So Wo Memun pun biarkan siput-siput tu hidup dengan gembiranya, bagi hirup udara segar, bergerak dengan bebas dalam baldi tu tanpa di tutup. Bila keesokan harinya, Wo Memun sungguh terperanjat sebab semua siput sedut yang dibeli semalam dah hilang. Sekor pun takde yang tinggal! Tetiba Wo Memun terpandang siling rumahnya dan kelihatan siput-siput sudah melekat kat atas sana! Disebabkan rasa jijik yang teramat, Wo Memun dah tak makan siput sedut lagi. Apa terjadi kat siput sedut kat atas tu? Huhu...tak taulah apa yang berlaku lepas tu, ni pun mak yang story.

Yang family aku tak makan siput sedut pula sebab hal lain. Rasanya semua tau kan dulu kat Melaka ni ada kandang khinzir paling besar kat Malaysia. Bab ni aku paling tak bangga pasal Melaka! Walau macam mana pun dah lama dah tutup kandang tu tapi nak dijadikan cerita, satu hari ni mak dengan ayah aku jalan-jalan dan melintasi bekas tapak ternakan khinzir tu dan time tu jugalah mak ternampak orang kutip siput sedut kat situ! Tak taulah tujuan untuk makan sendiri atau untuk dijual tapi inilah sebabnya kami semua dah tak makan siput sedut lagi. Taubat! Patutlah selama ni siput sedut gemuk-gemuk and manis rasanya. Puihhh

Kat mana-mana pun lauk siput sedut masak cili api memang femes kan?


Tamat cerita pasal siput sedut, kita baca kisah sotong pulak. Ni pun kisah orang tak makan juga. Pak anjang aku merangkap ayah punya adik lah, dia ni tak makan sotong sejak dia kecik lagi. Baru-baru ni ayah cerita kenapa Pak Anjang tak makan sotong. Orang Singh kan pakai sarban, yang lilit-lilit kat kepala tu and ada janggut panjang yang kerinting. Boleh imagine tak? Boleh kan, so orang dulu-dulu, kira budak-budak nakal kat tempat ayah aku dulu panggil Singh ni sotong sebab keadaan kepala dorang tulah. Janggut Singh yang kerinting tu dorang imaginekan macam janggut sotong and sarban Singh tu badan sotong. Boleh bayangkan kan? Hahahaha....sebab tulah Pak Anjang tak makan sotong, dia rasa geli. Dia rasa makan sotong macam makan kepala Singh tu. Hahahaha. Rugi tak makan sotong!

Yang kawan ayah ni pun tak makan sotong jugak. Tapi apa alasannya? Hmm....sebab ada orang pernah usik kawan ayah ni masa dia kekecik dulu. Orang cakap kat dia kalau makan sotong nanti sotong tu beranak dalam perut. Boleh dia percaya sampai sekarang? Tak taulah dia percaya atau memang dah tak biasa makan sotong tapi until now dia tak makan sotong. Rugi-rugi.



Gambar dari Incik Google

^_^









No comments:

Post a Comment