Thursday, July 5, 2012

Kisah Tiga Budak Hitam

Diceritakan bahawa 3 orang budak hitam bermain di tepi pantai. Dalam kelekaan bermain, tiba-tiba mereka ternampak botol yang agak pelik dengan penutupnya yang begitu kemas. Salah seorang daripada mereka cuba untuk mencabut penutup botol tersebut tetapi gagal. Apabila yang kedua cuba membantumasih juga gagal maka ketiga-tiga mereka dengan sekuat tenaga mencabut penutup botol itu secara bersama.

Mereka terpelanting apabila penutup botol itu tercabut. Ketika mereka masih telentang di pantai itu, botol yang sudah tiada penutup itu tiba-tiba mengeluarkan asap yang terus membentuk suatu makhluk yang bernama jin. Jin ini kemudiannya ketawa terbahak-bahak, "Aku sudah bebas! Aku sudah bebas! Aku sudah bebas!" Rupa-rupanya jin ini dipenjara dalam botol berkenaan selama 200 tahun.

Jin ini bersuara, "Terima kasihlah kerana membebaskan aku. Sekarang sebagai membalas jasa kamu bertiga, mitalah setiap seorang satu permintaan, aku akan cuba kabulkan. Tapi ingat, setiap seorang hanya boleh membuat satu permohonan sahaja."

Budak hitam pertama memberi respons, "Kalau demikian, aku minta engkau memutihkan warnaku yang hitam ini." Sambil membaca jampi mentera, entah apa yang dibacanya namun antara yang agak jelas kedengaran ialah ".....Breeze, Fab, Daia, Dynamo dan Trojan....Serbuk Pencuci Khas Warna Manusia-Zip Zap Zup...." Budak hitam pertama itu pun terus menjadi putih.

Melihat peristiwa ajaib ini, budak hitam yang kedua bertanya kepada si jin, "Ada lagi ke warna yang mengatasi warna putih kawan kami ni?" Si jin pun menjawab, " Ada, yakni putih melepak." "Maka jadikanlah saya putih melepak," jawab budak hitam kedua spontan. Sekali lagi si jin yang mulutnya terkumat-kamit membaca ".....Breeze, Fab, Daia, Dynamo dan Trojan....Serbuk Pencuci Khas Warna Manusia-Zip Zap Zup...." Maka putih melepaklah budak hitam yang kedua hingga bersinar-sinar menyilau mata teman-temannya yang lain.


Melihat keindahan warna temannya yang kedua ini, budak hitam yang ketiga berkata si jin, "Ada lagi ke warna putih yang lebih hebat daripada putih melepak?" "Mana ada, stok pencuci pewarna putih setakat warna putih melepak sahaja," si jin menjawab balas. "Kalau demikian, permintaanku ialah engkau hitamkan semula kedua-dua kawanku...." Mohon budak hitam ketiga. Si jin pun tanpa banyak biacar membaca menteranya ".....Breeze, Fab, Daia, Dynamo dan Trojan....Serbuk Pencuci Khas Warna Manusia-Zip Zap Zup...." Maka dalam sekelip mata sahaja kedua-dua budak hitam yang sempat putih untuk beberapa ketika tadi terus bertukar bukan sekadar hitam seperti dulu malah metallic lagi.


Credit to  this blogger 




Pengajaran: Jauhilah perasaan hasad dengki.  ^_^

No comments:

Post a Comment