Tuesday, July 3, 2012

Kita Mamai

Siapa yang selalu mamai kat sini? Sila angkat tangan cepat! Hahaha. Oke, boleh turun tangan balik. Nak pengsan kita bau ketiak sorang-sorang. Hehehe. Gurau je. No heart feelings ea.

Kita sangat sure mesti ramai diantara kita yang selalu mamai, kalau tak selalu pun kira pernah jugaklah mamai kan? Hmm...kita nih dah banyak kali mamai tapi ada beberapa scenes yang paling kita ingat. Alaaa, kalau dah mata tu mengantuk jangan dipaksa untuk dibuka. Biarkan aje tutup. Ni tidak, eksen je lebih. Huhu. Kita ada sorang kawan ni yang selalu sangat mengigau dengan mamai. Lawak betul tapi tak nak lah story pasal dia kali ni.

Scene pertama. Masa kat sekolah dulu kan after solat Subuh berjemaah nanti ada baca Quran beramai-ramai. Tapi kita lebih suka baca Yassin sorang-sorang kat belakang. Kita ni dulu rajin stay-up pastu awal pagi lagi dah bangun sebab nak rebut shower. Arghh! Stress bila ingat balik kena bangun pagi-pagi ni. Memang surelah mengantuk punya tapi dipaksa juga mata ni buka nak baca Yassin. So far setiap pagi memang boleh habiskan baca walaupun mengantuk tersengguk-sengguk tapi since one morning nih, kalau ngantuk kita tak baca dah. Baik rehat kat belakang tu je. Masa tu tengah baca Yassin dalam keadaan yang sangat mengantuk tahap dewa tanpa disedari mata sudah pun tertutup and tetiba kita dengar mulut kita baca ni, "Kenapa tanah melayu berperang dengan Jepun...." Siap berlagu lagi kita baca tu! Hah! Time-time tu jugak mata terbeliak, terus baca laju-laju sampai habis. Lepas tu taubat tak nak paksa diri baca Yassin or Quran kalau mengantuk sebab Ustaz kata nanti kita berdosa.

Scene kedua. Masa tu kita sem 1 kat UiTM. Students Sains Kesihatan wajib belajar anatomy walaupun korang belajar Environmental Health yang takde kena-mengena dengan badan manusia langsung! Kejam! Untuk test anatomy kitorang boleh jawab test secara online. Memang syok lah sebab boleh letak buku kat sebelah, takpun nanti boleh share jawapan kawan sebab lecturer bagi tempoh beberapa hari untuk habiskan test. Mana taknya, sampai 7 test dorang bagi. Soalan pulak tak nak beratus pulak kan? So kita dengan kengkawan ni buat jugaklah slow-slow sambil discuss and sehingga sampai dead line test, kita tinggal satu test je lagi nak siapkan. Berhempas pulas dengan kengkawan ni stay-up malam tu, masa tu masing-masing belum beli laptop lagi. Kena share and queue la jawabnya. Tak ingat masa tu dah pukul berapa, balik kelas petang tu terus jawab test yang beratus tu. Sampai satu tahap semua dah exhausted, masing-masing mata dah mengecil. Tapi kena habiskan jugak ni. Masa tu kita tolong kawan kita jawab, kita tolong cari jawapan dalam buku and suddenly kita jawab, "Ayah aku tempah baju raya kat pak cik saudara aku..." Kawan kita pun tanya, "Kau cakap apa ni Noni? Aku tanya lain kau jawab lain" Hahaha. Tergelak-gelak kitorang. Yang kawan kita lagi sorang pulak, cursor dia dah berputar-putar kat laptop. Mata tertutup tapi tangan dia sibuk dok main pusing-pusing mouse laptop. Tapi kitorang berjaya habiskan jugak test malam tu dengan jayanya.

Scene ketiga. Ni time praktikal kat Johor hari tu. Kebiasaannya sementara tunggu Isyak kita tengok tivi, takpon anyam ketupat dengan kengkawan. Hehehe. Tapi satu hari ni rasa penat sangat, kita baring-baringlah kejap after solat Magrib sampai tertidur. Tak tau berapa lama terlelap, sedar-sedar kita ingat kan dah Subuh. Kita terus cakap kat Intan,"Kenapa kau tak kejut aku solat? Aku dah lambat ni. Tak sempat aku nak bersiap." Masa tu muka Intan tercengang gila. Dia pun tanya, "Kau kenapa Noni?" Aku tanya balik, "Eh, sekarang pukul berapa?" "Baru masuk Isyak la Noni," kata Intan. Mengucap panjang kita masa tu. Phewww...selamat.

Scene keempat. Yang ni baru terjadi dalam minggu lepas. Biasanya dalam pukul 1 ke atas, kalau kita tak online kita akan tidur. Nak rehat sebab dah separuh hari kemas rumah ke apa ke kan. Masa tu tengah dok syok-syok tidur kot and suddenyly mesej masuk, lebih kurang dalam 2 lebih kot masa tu. Ringtone pulak memang kasi kuat punya sebab kita suka tinggalkan phone dalam bilik, so kalau bunyi tu boleh dengar dari jauh. Ni kita letak phone betul-betul kat sebelah telinga sebab kita suka pasang lagu before tidur. Bila lagu Kelly Clarkson berkumandang, terus kita amek selimut and tutup phone tu. Habis lagu kita baca mesej and kita reply. Pastu orang tu reply and tanya apa maksud kita. Kita pun pelik lah kenapa dia tanya macam tu. Kita bukak sent mesej and baca. Rupa-rupanya orang tu tanya kita tengah buat apa, kita jawab "Tanah Melayu dah perang" Hmmm....mamai lagi kita ni. Terus mata celik, masuk bilik air, angkat wuduk and solat Zohor.

Begitulah kisahnya. Kita ni selalu mamai sebab kita suka tidur. Hehehe

No comments:

Post a Comment