Sunday, June 17, 2012

Kisah Takutkan Isteri!

I think its been a time I'm not posting any moral stories right. Oke, today I wanna share a story with all of you guys. (bajet jadi awek mat salleh pulak)

Cerita bermula begini.....

Sekumpulan para suami yang darjah ketakutan mereka kepada isteri masing-masing amat luar biasa telah pergi menemui pakar motivasi untuk mengubati penyakit yang amat serius ini. Setelah mengikuti kursus yang dikendalikan pakar motivasi berkenaan, para suami yang amat takutkan isteri itu telah mendapat suntikan baru yang amat luar biasa. Kesemua mereka ketika diberi peluang untuk berucap telah berucap dengan semangat yang berapi-api, yang rata-rata nampaknya sudah tidak takut kepada isteri lagi.

Ketika suami yang darjah ketakutan kepada isteri paling terserlah hendak berucap, tiba-tiba diumumkan oleh pihak urus setia kursus bahawa isteri para peserta sedang berada di luar dan sedang mara menuju untuk memasukki dewan. Mendengar pengumuman ini, semua peserta habis cabut lari menyelamatkan diri dari isteri masing-masing kecuali yang sedang pegang mikrofon dengan gaya begitu bersemangat hendak berucap.

Menyedari suami yang paling penakut ini masih di dewan dan tidak lari keluar, para peserta yang lain sepakat berpandangan bahawa pakar motivasi betul-betul hebat kerana telah berjaya memberi semangat baru kepada pesertanya yang paling penakut itu.

Tatkala semua para isteri dan suami memasukki dewan, mereka hanya melihat suami yang paling penakut tadi berdiri gagah memegang mikrofon. Isterinya juga kehairanan melihat suaminya yang tidak lagi menunjukkan sebarang ciri ketakutan terhadapnya. Apabila didekati, rupa-rupanya sudah kaku mati!






Pengajaran: Alangkah indahnya jika sifat setakut ini hanya dikhususkan untuk Allah S.W.T.   =)

No comments:

Post a Comment