Sunday, June 10, 2012

Bukan Senang Nak Senang

Siapalah yang taknak hidup senang. Semua orang nak hidup senang. Kalau boleh nak tidur atas duit lagi. Zaman sekarang ni kalau takde duit memang tak boleh hidup. Duit adalah segala-galanya bagi semua orang. Siapa setuju teruskan membaca. Hehehe. Hmmm, aku rasa tak semua orang setuju dengan statement aku tu. Tapi bagi aku duit adalah segalanya dalam hidup. Kita jangan campur adukkan hal agama dalam ini cerita eh sebab bab agama memang tak boleh dibawa berdebat.

Even sekarang ni nak pergi toilet awam pun kena standby 50 sen dalam poket. 30 sen kalau nak buang air kecil, 50 sen kalau nak melabur. Kalau takde duit, simpan ajelah sampai rumah nanti. Hahaha. Oke, ada orang kata kasih sayang adalah segala-galanya, takde duit pon takpe. Betul ke? Hmmm, musykil juga ni. Habis tu kalau dah sayang, tak kan nak tengok aje. Mesti la nak kahwin, mesti nak kena sara, mesti nak kena tanggung makan minum dia, mesti nak memenuhi keperluan harian dia. Eh, kalau takde duit suami isteri boleh bercerai tau. Punya serius kalau takde duit.

Hmmm, tapi bukan senang nak cari duit ni kan? Mesti nak kena ada ilmu, baru kita boleh menjawat jawatan yang tinggi-tinggi, baru kita boleh hidup senang. Tapi bukan senang kita nak senang. Mesti berusaha bersungguh-sungguh dulu, mesti ada pengorbanan yang dilakukan. Bak kata pepatah, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang di kemudian. Aisemen....belajar BM la pula.

So far, apa yang aku impikan pasti tertunai sama ada lambat atau cepat tapi dengan izin Allah jugalah. Alhamdulillah, walaupun aku berasal dari family yang berkemampuan tapi apa yang dimiliki kami sekarang adalah dari perit jerih parents aku dulu. Maaf, aku bukan berasal dari family yang kaya tau. Mak aku sendiri dari family yang daif, even mampu sekolah sampai form 3 je. Lepas kahwin dengan ayah pun, parents aku terpaksa berdepan dengan masalah kewangan. Mana nak tanggung adik ayah belajar, nak bayar sewa rumah, nak tanggung anak bini lagi. Gaji time tu baru berapa sen dengan kerja ayah sebagai kerani bank. Itu dululah sebelum ayah melanjutkan pelajaran beliau. Tapi dengan keberkatan rezeki, kesabaran mereka dan sebagainya, kini mak ayah dapat menarik lafas lega. Itulah, bukan senang nak senang kan?

Aku pula kalau boleh memang nak hidup senang. Tak mampu rasanya kalau kena melalui hidup yang susah ni. Apa yang aku impikan, lepas kahwin nanti tak nak merasa hidup susah. Kalau boleh nak kahwin dengan orang kaya, tak kisahlah dia anak datuk ke, kerja eksekutif ke, yang penting poket penuh tapi bukan orang tua mahu pun laki orang. Hahaha. Aku taknak family aku merasa hidup susah tanpa duit, itu je. Aku takut aku tak mampu memenuhi keperluan keluarga kelak. Tapi bila aku fikir-fikir balik, aku muhasabah diri ni, aku kenang balik kisah hidup mak ayah aku. Mereka pon bukan nye terus senang lepas kahwin, ramai je saudara-mara aku yang bersusah-susah dulu lepas kahwin tapi alhamdulillah, makin lama Allah melipatgandakan rezeki mereka. Dari situ aku ambil iktibar, kesenangan bukan datang bergolek atau pun boleh diwarisi. So, sekarang ni soal duit bukan lagi jadi ukuran tapi duit tu masih penting dalam hidup aku cuma prinsip yang dulu tu dah takde. Cuma kalau impian yang lama tu termakbul, hehehe....alhamdulillah sangat-sangat. Kalau kita yakin pada Allah, kita cari rezeki yang halal, kita tak putus asa, insyaAllah pasti ada rezeki untuk kita. Kuncinya adalah USAHA, BERDOA dan BERTAWAKAL.

Bila baca balik, kat atas ni aku lebih fokus dengan duitkan? Hmm, sebenarnya tajuk ni subjektif. Terlalu besar untuk dikupas dengan detail. Kira sama lah dengan belajar, kalau kita tak stay up, tak study rajin-rajin, boleh kita dapat result cemerlang? Bukan senang nak dapat 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR, straight A's dalam SPM, anugerah dekan time kat universiti. Tak mudah melainkan anda gifted. Senang cerita, tiada yang senang dalam dunia ni. Banyak liku yang kita perlu lalui untuk peroleh apa yang diimpikan, tak kiralah kesenangan hidup ke, kecemerlangan dalam pelajaran ke, kejayaan dalam hidup ke atau sebagainya.




No comments:

Post a Comment