Sunday, December 25, 2011

SEMBANG SANTAI

 Assalamualaikum semua....

Apa khabar kawan-kawan? Sihatkah anda? Harap-harap semuanya sihat-sihat belaka. Saya kat sini sihat, alhamdulillah. Eh, "aku" mana pergi? Hahaha..tetiba malam ni nak guna "saya" lah. Macam lembut and sedap sikitkan. Oke, thank you semua sebab walaupun dah lama sangat-sangat tak update blog tapi masih ada visitors and yang nak revisit blog yang tak seberapa ni. Tadi nak sign in blog pon dah lupa passwordnya. Terpaksa create password baru. Mula-mula ingatkan tanak dah update blog ni tapi memandangkan ada juga sambutan walaupun tak sehebat and setanding bloggers yang lain, tapi saya tetap rasa bangga and happy. Thanks taw korang.

Ada jugak yang suggest kan saya promote blog ni tapi saya malas lah nak promote sebab asalnya blog ni dicipta adalah untuk hobi saya and untuk kawan-kawan saya. Saya masih lagi study and I'm struggling for my final year. So, sekarang ni saya sedang praktikal di Hospotal Sulatan Ismail, JB. Atas urusan study saya, tu yang blog ni terbengkalai macam mayat hidup. Busy sangat-sangat. Doa-doakanlah supaya saya lulus dengan cemerlang eh (^-^)

Dari masa ke masa, saya akan try update apa yang patut and bermanfaat eh. Lagi pon sekarang ni saya tengah kering idea nak share apa dengan korang. Saya masih ada story yang nak share dengan korang tapi next time boleh? Kita share sikit-sikit. Nanti takdelah saya kehabisan idea cepat sangat.

Oke, saya cerita sikit eh pengalaman saya praktikal. Kali ni dah masuk kali ke-3 saya posting. First, kat Kuala Krai. Hospital daerah je tapi sedaerah-daerah pon, pengalaman yang saya kutip sangat-sangat berharga. Diakui bahawa equipment yang ada tak secanggih hospital besar and kes pon tak berapa menarik and tak banyak tapi sekadar mencari pengalaman untuk first posting, memang best. HOD Kuala Krai masih saya contact sampai sekarang. Beliau sangat baik and bersifat keibuan. Banyak juga ilmu yang beliau ajar kat kami.

Second time kat Hospital Selayang. Oke, ini hospital besar meh. Rasa excited memang tak terkata sebab memang teringin nak posting kat sana and alhamdulillah Tuhan makbulkan. Kat sini seriously memang banyak experienced yang saya cari. Staff nye pon oke, HOD pon oke walaupun tak rapat mana kan. Kira tenteram lah posting kat Selayang ni. Masuk kali ke-3, dapat kat JB ni. Hmm, so far staff kat sini oke and kira boleh masuk lah cuma problem nye HOD yang sangant annoying sampai staff kat sini kalau boleh tanak bertembung dengan dia. Kalau dah staff macam tu, apatah lagi kami ni student kan. Memang kalau boleh tanak bertentang muak dengan dia. Nanti ada je kesalahan yang dia nak cari kat kita. Stress jugak lah. Kalau naik ward, kita memang selamat sebab tak payah nak lari kalau terdengar suara dia. HSI ni pon hospital baru and barang-barang and susunan department, schedule patient tak berapa teratur kalau nak dibandingkan dengan Selayang. Selayang memang terbaik lah. Saya rasa sampai kat sini je kot. Kat bawah ni saya nak share beberapa gambar kenangan posting saya. Enjoy!

Bergambar di Pantai Cahaya Bulan. Best je angin kencang kat sini

Balik kerja, jalan kaki. Pergi kerja, ayah angkat hantar kan.

Ni Puan La. OT staff. Baik and sweet orangnya.

Ni kat pantri. HOD masak, kitorang yang habiskan. nyumm~

Kat gym. Macam ni lah kitorang kalau takde patient. Enjoy memanjang

Yang ni kat Selayang pulak. Last day kat sana.

Yang tudung pink tu CI kitorang. Beliau sangat best and really miss her. She's master of  hand therapy and ex-HOD of Selayang

Selayang staff yang baik hati and sangat best. Farewell party.

Farewell party dari UiTM. Kek Secret Recipe tu.

Peads gym ni kitorang hias sikit sebagai kenangan.
Ni pulak warga HSI from Rehab Departement. Termasuk lah Physio, OT,  doktornye.

Kami tengah hias jabatan untuk OKU day. Tu KLMU students.

Pada hari yang sama

Semuanya kenagan sebab dorang dah habis pratikal. Qualified dah pun

Ni time kursus penjgaan tulang belakang dari Rehab Dept.

Eating dominos pidza with my BF. HOD belanja wehh

Ni time OKU day. Ramai kan. Best sangat and agak terharu dengan mereka ni. Sedih sikitt

Kemas-kemas after OKU day. Penat...

No comments:

Post a Comment