Tuesday, April 12, 2011

MOUSE PAD

   Sedang dok lepak-lepak kat fesbuk tadi, tetibe aku teringat kisah aku menghabiskan esaimen Fracture of wrist and hand dalam subjek Musculoskeletal atau singkatan MS pasa semester lepas. Hahaha..gempak tak nama subjek guwa. So dalam fracture of wrist and hand mestilah ada complication yang akan berlaku iaitu Carpal Tunnel Syndrome.

   Apa menatang tu? oke, bagi kami-kami fisio, kami panggil CTS je. Tak larat nak sebut panjang-panjang. Kering air liuq. CTS ni adalah sejenis penyakit yang tidak berbahaya mahu pun mampu menyagat meragut nyawa sesapa dimana saraf median anda dicompress. Maka dengan itu, tangan anda akan selalu berasa kebas jika memegang sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. 

   Jangan urut dada lagi kerana bukan setakat orang yang patah pergelangan tangan je yang kena, mak-mak yang selalu potong sayuq atau yang sedang pregnant, ayah-ayah yang kerja opis pon boleh kena jugak. Pendek kata, sesapa pon boleh kena kalau banyak sterss dekat pergelangan tangan kita. Jangan risau sebab CTS bisa diubati.

   Berbalik kepada cerita, aku mestilah nak search gambaq-gambaq yang berpatutan dan seumpama dengan nya untuk diletakkan dalam esaimen supaya dapat marakah banyak sikit. Sedang dok search-search tu, lain pulak yang aku dapat. Ni ha nak tunjuk kat hampa semua.

Haaa...menarik bukan. Patut lah ayah-ayah abang-abang suka pi kerja noh. keke

   Maka dengan itu, aku sangat berbesar hati nak cari mouse pad yang lain yang lebih menarik. Mana lah taw, kalau ada yang menarik boleh order ye tak. Jom kita tengok lagi.

Hahaha...yang aku rasa agak lucah dari yang lain-lain sebab mouse dia sendiri  berbentuk breast. Nak right klik kena tekan.....uihh..tengok je la

Yang ni pulak didatangkan dengan pelbagai saiz dan warna. Pilih je yang mana anda suka.  =)
  Tetapi, tak kurang juga ada yang comel dan menyelesakan.

Aku paling tertarik dengan yang ni. Dapat kat aku satu kan best. Nampak selesa giler. Sesape yang jual bagi taw sama aku

Tak minat yang ni. Perempuan sangat. Adik aku suka la kalau dapat yang ni.



Yang ni aku rasa sama dengan yang gambar burger tu. Hang masuk tangan hang kat dalam tu.


Yang ni paling tak boleh blah. Teringat time kekecik dulu kalau bukak tibi pukul 6.30 pagi atau waktu memalam buta . Gambaq ni la yang akan aku nampak kat tibi tu. Rasa nak kapak je tibi time tu. Ni mesti made in Malaysia.

   Walaubagaimana pun, korang belum tengok lagi mouse pad aku. Nak tengok?

Jangan gelak. Aku tampau kang. Ni je mouse pad aku, jadilah. Kad keluar masuk jadi mangsa aku. hahaha..siap ada gambau aku tuh...PINK?? tikus aku kaler pink
   Korang jangan pulak menyumpah seranah orang yang invent mouse pad yang seksi tu kerana dorang just nak bagi keselesaan menggunakan tetikus untuk tempoh yang lama supaya CTS dapat dielakkan. Kesian kat pak-pak kita yang kerja kat opis tu. Oke, nak gi cek mouse pad ayah aku.  =)

No comments:

Post a Comment