Tuesday, April 12, 2011

TRUE FRIENDS

   ''Only your real friends will tell you when your face is dirty''

  Aku pun tak berapa nak sure sejauh mana kebenaran quote kat atas. Kadang-kadang kekawan kita bukan nye tak nak tegur muka kita kotor ke, ada cili kat celah gigi, ada sayur tersekat kat gusi, tak pun ade taik hidung dok terbang terbang kat lubang hidung. Macam-macam. Dorang mungkin nak jaga hati kita so takde lah kita malu dengan dorang selepas ditegur.

   Takpe malu dengan kawan kita sendiri daripada malu dengan orang lain yang kita tak kenal. Tu lagi lah malu. Nak pulak orang yang kita tak kenal tu yang tegur kita. Misal nye....

''Dik, abang nampak ade bawang lah kat gigi atas tu'' yang ni dah jatuh saham.

''Bang, abang makan lada hitam eh pagi tadi? Ade benda hitam kecik lah kat tengah-tengah gigi abang tu''

'' Amboi, nasib baik lah adik ni adik lagi. Nak je abang tangan tadi.'' Hati jantan si abang terdetik.

Kalau yang jahat pulak, saja je gelak terkekek-kekek sambil memandang dan menuding jari ke arah anda. Huh, time tu mula lah gelabah tak tentu pasal. Tudung aku tak jadi ke? Ada cili ke? Ada nasi kat bibir aku ke? Kalau perempuan nasib baik lah sebab dorang sentiasa ada cermin kat compact powder, yang takde boleh pinjam kat kawan. Yang lelaki cemane?hahaha...aku tak taw lah korang ade bawak jugak cermin macam kami ke tak. Nasib lah....



   Aku sendiri, malah kawan-kawan aku juga mengamalkan quote kat atas. Nak nak pulak kalau after makan. Masing-masing akan tunjuk gigi masing-masing bagi memastikan tiada sebarang perangkap makanan tertinggal kat gigi. Kalau nak story pasal kawan-kawan aku dok tegur pasal benda-benda macam ni memang tak boleh nak diceritakan lah. Ada jek kawan-kawan aku ni. Kalau salah sorang dah kata ''Assalamu' alaikum '' tu, baik tengok cermin cepat-cepat. Ada lah something yang korang tak habis makan.

   Tapi tak bermakna kawan korang tak tegur, kawan korang tu jahat. Kekadang dorang sendiri tak perasan kan. Walaupun begitu, korang jangan lah malu atau marah apabila ditegur muka kotor atau sebagainya. Anggap je sebagai gurauan sambil cungkil cili yang terselit tu. Buat yang menegur pulak, tegur lah dengan cara yang betul. Berani-berani kan diri anda untuk menegur agar kawan anda tidak malu kelak dengan kecuaian sendiri di hadapan orang lain. 

   Malu dengan kawan sendiri adalah lebih baik dari malu dengan orang lain yang tidak dikenali. Aku sayang kawan-kawan aku kerana korang telah membuktikan korang true friends aku dengan menegur lada hitam, cili and sayur hijau kat gigi aku selama ni.


p/s: nak beli cermin kecik tak? aku ada jual..kehkehkeh...malu dan teguran anda perlulah bertempat ye.. =)

2 comments: