Wednesday, May 2, 2012

Renew

Apa hal tetiba tajuk renew? Haaa...biasa kita dengar orang cakap nak renew apa? Lesen lah kan. Masuk tahun ni dah 2 kali aku renew lesen. 2 tahun untuk jadi competent, dan dah 2 tahun aku lepas tahap competent. Campur, tolak, darab, bahagi semua kira-kira dah 4 tahun lah aku memiliki lesen kenderaan yang sah. Rekod lesen, tiada kesalahan jalan raya. Memang lah takde kesalahan jalan raya, dah 4 tahun tak sentuh stereng kereta. Memang nice. Sebaik sahaja aku dapat lesen P, sehingga sekarang aku tak sentuh stereng kereta.

Selama 4 tahun kerja dok renew lesen je. Ayah kata takpe lah renew, nanti skill boleh gilap balik. Skill memang boleh gilap, keberanian and confident tu takde. Haiya...dah la bersusah payah dulu aku nak dapat lesen. Cikgu memandu je bertukar sampai 3 kali, siap bergaduh lagi dengan cikgu yang tak bertanggungjawab tu. Kerja nak makan gaji buta je! Huh!

Oke, lately ni ayah dah renew kan lesen aku. Mungkin yang lain dah tau kot bahawasanya lesen kita akan expired ikut birth date kita. Kenapa ek sampai macam tu? Mungkin pemandu tak lupa kot untuk renew lesen nanti. Erm...entah, maybe kot. Sepatutnya lesen aku expired bulan 5 ni nanti tapi ayah dah tolong renew kan bulan 4 hari tu dan sudah pon melepasi tarikh lahir aku. That means aku kena renew kan lesen untuk 2 tahun because untuk renew for one year is not enough as my birth date is already pass. So, I have to renew it for two years. Boleh faham tak? Oke, kalau aku renew before birth date aku, boleh lah renew untuk setahun je. Tapi memandangkan aku renew after 17 April, kire expired date nya dah terlepas dan tak cukup untuk setahun. Tu yang kena 2 tahun terus tu.

But why the price is RM43 and not RM60?

No comments:

Post a Comment