Monday, May 7, 2012

Nazar

Semua tahu maksud nazar? Kepada sesiapa yang bernama Nazar, anda tidak ada kena-mengena dalam ini cerita. Keh keh keh. Maksud nazar ialah mewajibkan sesuatu yang sunat. Kalau tak silap lah. Nak makna lebih tepat, anda boleh lah rujuk dengan sumber yang boleh dipercayai ye. Ini aku dengar sekali imbas je dalam Tanyalah Ustaz tu.

Aku tahu, umat Islam memang suka buat nazar untuk mencapai sesuatu yang diimpikan dan aku pon tak terlepas untuk memasang nazar. Biasanya aku pasang niat nazar time exam-exam besar. Nazar aku tak berat, cukuplah sekadar berpuasa. Mengikut kata para ulama, sebaik-baik nazar ialah beriktikaf dan berpuasa. Jika ingin bernazar, kita jangan sebut BILA, BERAPA, DI MANA. Ini penting tau sebab kalau kita niat yang berat-berat, belum tentu kita mampu tunaikan nya. Kan dah kira berdosa kalau kita tak mampu lunaskan janji kita kepada Allah. Sebagai contoh:

1. Kalau aku dapat straight A's SPM nanti, aku nak puasa nazar 30 hari berturut-turut after result keluar.
2.Kalau aku dapat kerja nanti, aku nak solat Jumaat 3 kali berturut-turut di Masjid Negara.

Jelas tak contoh kat atas? Haaa....contoh kat atas ni ada sebut berapa, di mana dan bila kan?Macam mana kalau sesuatu berlaku ke atas individu yang memasang niat seperti di atas? Tak ke nyaya. Oleh itu, cukup kalau kita bernazar mengikut kemampuan diri. Sebagai contoh:

1. Kalau aku dapat straight A's dalam SPM nanti, aku nak berpuasa nazar.
2. Kalau aku dapat kerja nanti, aku nak beriktikaf.

Walaupun nampak mudah nazar dia atas tapi ia sudah cukup dan memadai mengikut kemampuan diri kita. Apabila kita tak sebut berapa, maknanya kita boleh melakukan seberapa banyak yang kita mampu seperti kita boleh berpuasa nazar untuk sehari, 2 hari, 3 hari atau lebih. Kita juga boleh beriktikaf seberapa lama yang kita nak sama ada 5 mimit, 2 minit atau seminit sekalipun. Dengan tidak menyatakan BILA, BERAPA dan DI MANA, kita boleh melunaskan nazar pada bila-bila masa yang kita nak dan di mana jua kita berada. So far faham kan?

Sesiapa yang bernazar juga perlulah menghebahkan atau bagi tahu sesiapa bahawa anda ada memasang niat nazar sebab orang tersebut akan mengingatkan kita supaya menunaikan niat nazar kita secepat mungkin. Aku ada seorang kawan yang memasang nazar untuk puasa 30 hari kalau dapat 5A dalam UPSR. Hmm...hari-hari aku tengok dia puasa, kesian pun ada tapi nak buat macam  mana. Itu pun dia bayar nazar tu masa form 2.

No comments:

Post a Comment