![]() |
Oke, kat sini aku bukan nak cerita terperinci pasal roti canai, roti penyek atau what so ever. Nampak kan roti canai ni hangus, terlebih garing dari yang biasa? Ni namanya kerja berangan. Lain kali, duduk kat dapur kena fokus. Mentang-mentang goreng roti canai ni sangat senang, mulalah buat kerja sambil lewa. Lepas lempar roti canai ni kat dalam kuali, aku terus duduk termenung. Memikirkan masalah yang ada, fikir hal masa depan yang belum pasti, fikir hubungan aku dengan orang sekeliling, macam-macamlah. Sedar-sedar kuali dah berasap. Mulalah nak gelabah. Angkat je roti canai ni, aku terus nampak roti ni dah hangus. Padan muka! Lain kali berangan lagi. Siapa yang nak makan? Aku lah jawabnya.
Dari cerita ni, aku dapat ambil iktibar bahawa kita mesti sentiasa fokus dalam apa jua hal yang kita lakukan. Tak kiralah sama ada pekerjaan yang kita sedang lakukan itu semudah goreng roti canai sekali pun, kita wajib fokus dan tumpukan perhatian. Janganlah dok tenung roti canai tu sampai masak, maksud aku kita jangan cuai dan lalai. Nanti padah akibatnya. Pastu jangan pulak nak menyesal. Tak guna dah.
Setiap pekerjaan yang dilakukan harus diberi perhatian dan jangan mudah terleka. Contohnya dalam pelajaran. Kalau kita lalai dan tidak fokus ketika dalam kelas, dapat ke kita input yang lecturer bagi tu? Bila result keluar, mulalah nak salahkan diri, paling teruk salahkan lecturer pulak. Tak baik kan?
Pastu masing-masing keluarkan ayat penyata:
1. Kalau lah aku tak tidur dalam kelas hari tu....
2. Kalau lah aku tak study last minute...
3. Soalan tu senang je sebenarnya, boleh jawab, kalau lah aku baca semua nota...
....dan bermacam-macam kalau lagi.
Pengajaran kat sini, hidup kita mesti sentiasa fokus dan tahu arah tuju kita. Mesti sentiasa alert tentang pekerjaan yang kita lakukan agar tidak mendatangkan musibah kepada diri mahu pun orang lain. Oke? Agak-agak, ke manakah arah tuju hubungan aku?
***Aku tak makan pun roti canai hangus tu. Adik aku yang nak makan tapi dia kikis dululah yang hitam-hitam tu. Hehehe
No comments:
Post a Comment