Tuesday, May 15, 2012

Semoga Berbahagia~

Dalam usia lingkungan 20-an ni, orang tua kata darah anak gadis tengah manis. Maksudnya? Entah. Hahaha...pandai-pandailah tafsirkan sendiri. Aku sendiri susah nak terangkan maksudnya. Mungkin maksud mereka umur macam ni sesuai untuk mendirikan rumah tangga. Erm...maybe. Tak tahulah.

Ada juga rakan-rakan seusia aku sudah pun mendirikan rumah tangga. Ada yang dah dapat baby, ada yang tengah pregnant, ada yang baru bertunang, ada yang plan nak kahwin tak lama lagi, dan ada juga yang baru nak bercinta. Mmmm...semua peringkat ada. Complete! Jangan kata orang yang kahwin awal ni gatal, tak baik tau. Inilah namanya kalau dah sampai jodoh. Kita sepatutnya mendoakan kebahagiaan kawan-kawan kan. Dok mengata orang, nanti awak tu kahwin lambat baru tau. Muka dah keras macam orang dah nak menopause baru nak naik pelamin. 

Bagi pandangan aku, tak salah kalau nak mendirikan rumah tangga dalam usia yang muda. Nenek moyang kita dulu kecik-kecik lagi dah kahwin. Baru belasan tahun dah ada 2 3 orang anak. Tapi itu dulu, tak sama dengan zaman sekarang. It's oke tu get married early as far you able to handle all responsible given. Marriage is not easy as we thought. It concerns so many things in life especially when we touch about responsible. As far as I know, responsible is one of the factors that cause divorce to married couples. Kalau dalam usia 20-an ni kita dah pandai berfikir dengan matang, pandai bertolak-ansur, pandai membezakan baik dan buruk dengan lebih terperinci, pandai menjalankan tanggungjawab masing-masing, dan pandai segala-galanyalah, InsyaAllah rumah tangga anda selamat hingga ke akhir hayat. Tapi walau pandai mana pun kita, tak bermaksud kita ni sempurna. Sedikit sebanyak mesti ada kekurangannya but it's oke. Dari sinilah pasangan tu mencari pengalaman dan lebih mematangkan diri masing-masing. Tapi janganlah gaduh lama-lama, duduk bersama and bawa berbincang. Cari persepakatan. Oke? Hahaha...umur baru setahun jagung dah pandai cakap hal kahwin ye.

Bagaimana dengan aku? Bila nak kahwin? Mmm...jauh lagi perjalanan aku ni. Aku baru pandai berjalan, tunggu  lah sikit masa lagi bila dah pandai lari ke, lompat ke, pandai main tali skipping ke. Kalau boleh, aku nak kahwin bila aku dengan pasangan aku benar-benar mampu pikul tanggungjawab yang besar tu. Mungkin dalam 4-5 tahun lagi ke, atau lebih. Siapa tahu, aku hanya merancang tapi Allah yang menentukan. InsyaAllah bila dah sampai jodoh, naik pelamin lah aku. Tapi aku mohon pada Allah, biarlah tak terlalu awal atau terlalu lambat untuk berumah tangga. Siapa jodoh itu? Hanya Allah saja yang tahu kerana aku sendiri tak tahu siapa. Mohon dikurnia jodoh yang mampu membimbing aku.

notakaki: Kata seorang Ustaz, jodoh tidak datang bergolek. Kita perlu keluar dan mencari jodoh itu. Bagi kawan-kawan yang dah berkahwin dan yang bakal berkahwin, aku doakan semoga korang semua berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan dengan zuriat yang ramai. Bagi pasangan yang sedang bercinta pula, mmmm....jagalah batas pergaulan anda. Haha...itu je

Peace yaww  (^-^)v

No comments:

Post a Comment