Tuesday, March 12, 2013

Nasihat Diberi Dengan Ikhlas

tetiba aku teringat satu peristiwa yang berlaku masa aku cuti-cuti Malaysia hari tu. well, sebenarnya aku bukan seorang yang suka cari pasal, suka-suki nak cari gaduh dengan orang, dan free free kena maki sebakul dengan orang. hell no! that definitely is not me. tapi nak buat cemane kalau orang sendiri dah salah tafsir dengan niat kita dan kita pula tengah deal dengan orang yang bad tempered. better take precautions. a lot! and be prepared what you will be heard. haha

oke, nak dijadikan cerita sebenarnya aku ada gaduh sikit lah dengan someone. LELAKI! takpe .. takpe. time sekolah dulu pon aku selalu gaduh gak dengan budak lelaki tapi dorang yang cari pasal dengan aku dulu. siapa kacau aku, memang nak cari nahas lah kan. tapi bila dah meningkat dewasa ni, kita dah tak gaduh pukul memukul ni. kita gaduh dengan cara matang, iaitu perang mulut or can i call it a psychology war? something like that lah.

bagi sesiapa yang sangat mengenali dengan diri aku ni, aku seorang yang suka cakap direct. takde nak berselindung tapi walaupun begitu, aku berhati-hati menuturkan setiap perkataan  untuk menjaga perasaan orang. dan aku ni bukan suka-suka je nak berterus terang sebab kita tahu, tak banyak, sedikit pon mungkin orang akan terguris dengan nasihat atau teguran kita tu. kebiasaannya aku akan tegur orang dalam nada gurauan. selalunya pon, bila aku dah tak tahan sangat dengan perangai orang tu baru aku tegur, bagi nasihat. kalau setakat sikit-sikit tu, takde hal lah bagi aku.

dan aku bagi nasihat tu pon bukan untuk cari gaduh, niat aku nak tolong dorang. kalau bukan kita yang beri nasihat, who else? kalau kita anggap dia itu sahabat kita, mestilah kita nak yang terbaik untuk dia kan? kita bagi nasihat tu pon untuk peringatan diri sendiri jugak. kita sama-sama berubah ke arah kebaikan.

oke, here we go. satu hari tu, hati aku tergerak untuk menegur seorang sahabat lelaki aku ni lah. selama aku berkenalan dengan dia, ada banyak perkara yang aku rasa dia perlu berubah sebab aku terlalu banyak menahan sabar dengan perangai dia. dan aku rasa aku dah tegur dengan ayat yang paling baik dan nice, lemah lembut. tak caya tanya kawan-kawan aku. dorang ada baca apa yang aku tulis. kalau korang nak baca pon boleh, aku simpan lagi mesej-mesej tu. nanti korang boleh nilai sendiri sama ada patut atau tak cara aku tu.

aku tahu sangat dia ni bad tempered, really bad tempered. sebelum aku sempat nak send mesej nasihat tu kat dia, dia terlebih dahulu dah bagi nasihat kat aku. takpe, bagi aku oke je. aku terima. dan aku sambung lagi menaip nasihat-nasihat yang patut diberi. and last, dia maki hamun aku. oke. itu sangat terkejut. tak marah tapi terkejut. aku ambil masa juga untuk reply apa yang patut. penyudahnya aku reply alhamdulillah. serious aku tak tahu nak reply apa. tak kan aku nak maki dia balik. tu bukan cara aku. kalau aku marah tahap dewa sekali pon, susah kot mulut ni nak maki orang.

beberapa minit kemudian baru perasaan amarah itu timbul tapi still aku boleh sabar and control. aku tetap mesej dia dengan nada yang baik walaupun dia dah cakap merepek kat mesej. bagi aku, kalau kita melayan dan balas balik apa yang dia buat kat kita, kita juga tak ubah sama macam dia. kan? so .. aku tenang je. lepas tu lelame aku rasa buat apa aku nak layan mesej dia ni lagi. tak matang langsung. serious macam budak-budak. so aku ambil keputusan untuk berdiam diri and malas nak reply lagi mesej dia. bila aku tak layan mesej dia kat celcom, dia mesej kat maxis pulak. hadoi. last2 aku reply jugak lah. puas kan hati dia. tapi aku reply sikit je, malas nak cakap banyak. biar lah dia dengan dunia dia sendiri. aku dah pon jalankan tanggungjawab aku.

kita dah jalankan tanggungjawab kita untuk saling menegur ke arah kebaikan, terpulang kepada dia untuk terima atau tak, untuk berubah atau tak. betul, sebelum kita menegur orang, kita perlu cermin diri sendiri. takde siapa pon yang perfect kat dalam dunia ni, begitu juga aku, banyak cacat celanya tapi aku tahu apa kelemahan aku. aku berusaha untuk berubah. 

sebagai nasihat, tak salah untuk kita menegur orang tapi mestilah kita kena pandai jaga perasaan orang dan niat itu yang penting. niat mesti ikhlas. dan orang yang menerima nasihat tu pula, kita janganlah pandang negatif apa yang diperkata. kalau kita tak salah, tak kan orang nak tegur kita kan? bukan kita yang boleh nampak kekurangan kat diri kita kan? so, kita kenalah sabar dan terima. kalau marah sekali pon, tak patut rasanya kita lemparkan ayat-ayat atau kata-kata yang tak sepatutnya kat orang tu. ambil masa dan renung-renungkan.

buat masa sekarang ni, aku tak mampu lagi nak maafkan dia selepas dia maki aku tu. aku rasa dia tak layak untuk sumpah seranah aku sampai macam tu sekali. memang betul aku tak marah tapi bukan senang kita nak lupakan kata-kata kesat orang terhadap kita kan?

love y'all

No comments:

Post a Comment