Thursday, March 14, 2013

Punching Pounds!

ooo yeahh!!! punching pounds dah nak mula dah minggu depan. tak sabar nak start! eh .. eh .. korang tau ke apa tu punching pounds? haaa, punching pounds tu program untuk lose weight yang dianjurkan oleh persatuan fisioterapi (persatuan aku la tu. ala-ala big looser jugaklah). ramai yang cakap aku ni tak layak untuk join program ni. apa aku peduli. aku nak jugak! nasib pengarah program ni member rapat aku. penat dok merayu kat dia bagi aku join program ni. last last dapat jugak! yeayy!!

so tadi aku dah buat 2 tests untuk tengok tahap fitness aku. aku buat beep test dengan step test. bagi sesiapa yang tak tahu apa tests tersebut, boleh mengGoogle ye. aku tau aku memang tak fit pon, cepat pancit. lepas tu tadi dorang ada ukur-ukur lemak kat badan la. huhu. malu i. kantoi dengan dorang. tebal lemak kat badan ni.

mengikut info terkini, minggu depan akan bermulanya program exercise yang telah dirancang. aku akan spend masa 3 hari dalam seminggu untuk program ni bersama-sama dengan team-mate and trainer aku. nasib baik Jumaat and weekend tak dikacaunya. tu pon yang 3 hari tu tengok pada kelapangan waktu kitorang. bila kitorang free, baru kitorang boleh exercise.

punya semangat nak join, aku siap beli sport shoes baru. nak ikutkan, aku tanak beli sport shoes, aku ni bukan nya rajin exercise, nak jogging ke, pergi gym ke, apa ke. aku lebih suka dok memerap kat bilik. pergi kelas pon aku pakai je kasut yang ada sebab sepatutnya kena pakai sport shoes ke kelas. memandangkan semester ni semangat nak bersenam tu begitu berkobar-kobar, tu yang beli kasut sukan baru. hari khamis petang pulak akan jadi rutin aku untuk bermain basketball dengan member-member. huhu. bukan apa. tetiba timbul kesedaran untuk memiliki tubuh yang sihat dan cergas. harap-harap lah semangat ni long lasting. janganlah hangat-hangat taik ayam je kan?

so far, tu je nak hupdate dengan korang. huhu. sayonara!

current weight: 55.8kg. berapa agaknya akan turun ye?

No comments:

Post a Comment