Wednesday, August 8, 2012

Wanita Yang Gagah

hari Isnin hari tu aku ada update status kat fesbuk yang berbunyi begini....moooo...moooo. hahaha. tipu je. "wanita pun gagah juga tau". ni dia status aku. pada fikiran aku, aku tulis begini sebab aku baru lepas angkat almari, alih sofa sana sini, angkat meja yang berat, kira aku baru lepas melakukan sesuatu aktiviti yang agak berat untuk dilakukan oleh seorang wanita, tambah-tambah lagi dalam puasa ni.

seriously masa tu aku tak fikir lain melainkan wanita ni pun tak lah selemah mana. boleh je angkat something yang berat kan. then, aku dapat 3 komen.

1. wanita lagi gagah daripada lelaki in some aspects
2. kerana itu dia boleh mengandungkan anak yang berat selama 9 bulan dan melahirkannya
3. yes, wanita jauh lebih gagah namun ada kekurangannya juga

masa ni baru aku sedar betapa gagahnya seorang wanita dimana mungkin lelaki pun tak mampu atau setanding wanita. tambah-tambah lagi dengan komen nombor 2. aku memang tau wanita ini seorang yang kuat, kalau tak masa kan wanita ni boleh kandungkan anak yang berat selama 9 bulan dan menahan kesakitan yang tidak terhingga ketika bersalin. itu memang aku tau sejak dulu lagi tapi kenapa baru sekarang aku sedar? aku rasa sangat bersyukur dilahirkan sebagai seorang anak perempuan di mana aku akan menjadi seorang anak gadis, wanita dan seterusnya seorang ibu. aku akan menjadi seorang wanita yang benar-benar gagah.

dari komen-komen diatas juga aku tau wanita ni jauh lebih tabah dari lelaki. seorang wanita mampu menanggung pelbagai masalah dan bebanan walaupun dalam keadaan yang tengah sarat mengandung sekalipun. namun disebalik setiap kekuatan itu, pasti ada kekurangannya juga seperti komen nombor 3. tak kiralah lelaki atau perempuan, kita pasti ada kekurangan masing-masing kan.

ini juga memberi kesedaran pada aku bahawa kekuatan bukan hanya terletak pada fizikal semata-mata. kekuatan juga terletak dalam diri masing-masing yang mungkin tidak semua orang menyedarinya. jadi, kita janganlah fikir kita ni wanita yang lemah, hanya bergantung pada lelaki. tidak. kita juga kuat tapi dalam aspek yang berbeza. 


tidak mungkin semua wanita mampu jadi sebegini kuat tapi semua wanita mampu jadi yang lebih kuat....


ketika inilah kekuatan sebenar wanita akan teruji.
:)

::seriously aku tak suka tengok video ibu bersalin::

No comments:

Post a Comment