Sunday, August 12, 2012

Penantian Syawal

diam tak diam, minggu depan dah nak raya. kejap je kan rasa. sekarang ni masa berlalu dengan pantas. sedar-sedar, ramadhan dah nak tinggalkan kita. sayu pula rasa hati ni. entahkan ada rezeki lagi ke tidak untuk bertemu lagi ramadhan tahun depan. walau macam mana pun, ramadhan kali ni aku bersyukur sangat sebab dapat habiskan masa dengan family. almaklumlah....orang tengah cuti panjang.

selain 17 April, 2 Syawal juga penting dalam hidup aku. sebabnya 2 Syawal ni jugalah mak aku bertarung dengan nyawa untuk melahirkan aku. mak cakap, waktu siang tu bukan main lagi mak beraya sakan. makan punyalah banyak, semua rumah sedara mak lawat. tup tup malam tu dah sakit perut, nak bersalinkan aku. cehhh, tak boleh jadi ni mak beraya sorang-sorang, aku pun nak join sekali ye tak. haaa...apa lagi. tepat jam 4.22 pagi aku pun keluar dengan teriakan yang sangat nyaring. pada hal sebenarnya aku cakap..."yeay!!! dapat raya!!! kau ade?" hahaha

tapi kesian mak time tu, mak cakap masa tu wad penuh. nurse tu usung mak ke sana, usung ke sini, last-last kena bersalin kat wad third class. kenalah bersalin secara berjemaah. hahaha. tapi alhamdulillah, mak cakap senang je nak melahirkan aku ni berbanding adik-beradik yang lain. well, nama pun aidilfitri. kasi can kat mak lah tak perlu teran kuat-kuat sangat. anak solehah lah katakan.

oke, habis cerita pasal kelahiran aku. so raya tahun ni korang beraya di mana? dua-dua kampung aku kat melaka so senang je lah. dulu arwah nenek duduk sekali dengan kitorang so kira rumah aku ni tempat berhimpun nya sedara-mara sebelah mak. nanti pagi raya tu lari jap balik kampung sebelah ayah, then dalam tengah hari or petang tu dah balik rumah balik.

usually every raya kitorang akan sangat-sangat busy. tambah-tambah lagi family ayah memang buat konvoi beraya kat rumah kitorang, memang super busy la nanti. maybe dalam tempoh beraya tu, aku tak sempat nak update blog sekerap yang mungkin macam sekarang ni. tapi insyaAllah kalau ada kelapangan waktu, aku akan luangkan masa sekejap.

hopefully raya tahun ni kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama umat Islam, terutama sekali dalam kalangan ahli keluarga kita. saling bermaafan sesama kita agar ukhwah yang terjalin berkekalan selama-lamanya. bagi 7 malam terkahir ramadhan ni, bersama-sama kita pertingkatkan ibadah bagi mencari keredhaan Allah dan keampunanNya.

::Selamat Hari Raya, Maaf zahir Batin::

::Happy Becoming Birthday to Me::

No comments:

Post a Comment