Friday, August 3, 2012

Aktiviti Bulan Puasa

alhamdulillah. hari ni selesai pun projek aku dengan mak and angah untuk siapkan kuih raya tahun ni. takdelah banyak sangat, ada la sikit-sikit yang kitorang buat. ada tempeyek, chocolate chip my favorite, chocolate rice, mix cookies, pineapple tartlets, cornflakes crunch, cornflakes cup....emmm apa lagi ek? huhu...tak ingat dah tapi ada lah. ni nak siapkan kuih pun makan masa seminggu, seriously penat sangat. tersengguk-sengguk aku time buat kuih. lepas ni fokus kemas rumah pulak. perabot baru tak beli so kalau kita ubah suai rumah and perhiasan pon dah nampak cantik dan lain sikit kan.

korang punya persiapan raya pulak macam mana? berjalan lancar? harap-harap semuanya berjalan lancar kan. kitorang plan lepas settle kemas rumah semua, mak nak bawak jalan-jalan kat Melaka. maklumlah, bonus ada kan so dapatlah shopping sikit-sikit. itu pun kalau ada yang berkenan, kalau tak just window shopping jelah. amek angin time bulan puasa ni.

oke, malam ke 13 ramadhan hari tu kitorang terawih berimamkan orang Palestin, didatangkan khas oleh Haluan Malaysia. imam ni baru berumur 19 tahun. sebenarnya ada banyak aku nak cerita kisah Palestin ni tapi kita tunggu dalam next entry ea. tak larat nak taip lagi. sekarang ni dah pukul 12.08 malam, pukul 4 pagi kejap lagi aku da kena bangun nak siapkan juadah sahur. korang bangun sahur tak? bangun ye...jangan tak bangun. 

selamat menjalankan ibadah puasa semua
:)

No comments:

Post a Comment