Sunday, August 5, 2012

Kisah di P A L E S T I N

Assalam semua...macam mana puasa hari ni? harap semua masih boleh bertahan ye. tak boleh tahan pun kena paksa tahan jugak. ni bukan puasa sunat. huhuhu. oke, hari tu aku janji nak story pasal kisah di Palestin kan? actually, tak banyak yang diceritakan oleh pemuda Palestin tu tapi dari kisah yang beliau telah sampaikan tu kita dapat tahu betapa kejamnya rejim Zionis dan yahudi laknatullah tu terhadap penduduk Palestin.


terawih kat Masjid Jamek Putra, Masjid Tanah ni memang buat 23 rakaat. memang dari dulu lagi tapi malam tu kitorang just buat 11 rakaat je. hahaha. masing-masing dah tersenyum simpul sebab dapat balik awal malam tu. habis je doa, semua angkat kaki nak cabut and suddenly imam suruh buka tirai sebab ada tazkirah ringkas dari pemuda Palestin tu. cehhh. musnah harapan! time tu je la rasa harapan musnah. aku dengan angah pun duduk balik. hahaha.


of course pemuda ni menggunakan bahasa Arab tapi walaupun beliau menyampaikan tazkirahnya dalam bahasa Arab, semua jemaah tekun dan khusyuk mendengar tazkirah tersebut. dari yang muda sampai yang ke tua kerepot pun khusyuk, macam faham je apa yang beliau cakap kan. hahaha. termasuk aku sekali la tu. bukan apa, seronok dengar orang cakap bahasa Arab dengan begitu semangat sekali.

selepas 20 minit pemuda tersebut bercakap, ustaz Zaidi who is the imam translated what he had said just now. antara yang beliau sampaikan adalah kisah kekejaman rejim zionis terhadap penduduk Palestin yang sememangnya kita tahu sejak dulu lagi. yahudi laknatullah ni sanggup mengebom masjid ketika umat Islam sedang solat berjemaah dan kesemua mereka meninggal dunia. selain tu, yahudi juga mengebom sebuah rumah yang terdapat 23 ahli keluarga didalamnya dan yang selamat hanya seorang kanak-kanak kecil perempuan dan seorang saudaranya. mereka juga sanggup memotong kedua-dua belah kaki kanak-kanak di Palestin supaya mereka tidak mampu berperang dengan yahudi ketika dewasa nanti. rejim zionis juga mengebom sebuah kawasan di mana terdapat beberapa kanak-kanak kecil yang sedang leka bermain. alangkah kejamnya mereka, tanpa rasa belas ehsan dan sifat perikemanusiaan mereka sanggup lakukan apa sahaja demi mencapai matlamat mereka. bekalan elektrik mereka juga dihadkan, aku tak ingat berapa tapi kalau contoh, asalnya mereka dapat 5000 watt, kini mereka hanya diberikan 1000 watt sahaja.


namun bagi penduduk Palestin sendiri, mereka merasakan bahawa kemenangan kini menghampiri mereka setelah 63 tahun berperang dengan rejim zionis. ini kerana mereka sendiri telah melihat malaikat-malaikat dari langit turun untuk bersama mereka berperang dan menentang rejim zionis. macam mana mereka tahu itu adalah malaikat? sebab kesemua mereka berpakaian putih ketika berperang dan tiada siapa tahu atau kenal dengan mereka semua. subhanallah...itulah kelebihan bumi Palestin di mana lahirnya imam terulung kita iaitu imam as-Shafie. 


namun, mak cakap dalam Al-Quran ada menyebut bahawa bumi Palestin akan hancur dan tiada aman sudahnya. yang tinggal hanyalah Mekah dan Madinnah yang dipelihara Allah dibawah pimpian imam Mahadi. dari situlah Islam akan bangkit dan berkembang semula. adakah ini bermakna kiamat makin hampir dengan kita? subhanallah....sesungguhnya kiamat itu hanya Allah sahaja yang tahu. kita sebagai umat Islam haruslah mendoakan keselamatan rakyat Palestin di sana yang mengalami pelbagai kesulitan berbanding kita yang tinggal di sebuah negara yang begitu aman ini. kedatangan pemuda ini dari jauh adalah semata-mata untuk meminta kita berdoa untuk saudara kita di sana.


kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dan bersatu padu dengan apa yang dimiliki oleh negara kita sekarang ini. bayangkan andainya kita juga terpaksa menghadapi perkara yang sama seperti rakyat Palestin di sana. nauzubillah....

No comments:

Post a Comment